You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Menurut Asmah Haji Omar(1985) sejarah menunjukkan Bahasa Melayu yang kita gunakan
sekarang bermula daripada Bahasa Melayu Purba dan kemudiannya dikenali sebagai Bahasa
Melayu Kuno setelah unsur-unsur bahasa asing iaitu Bahasa Sanskrit meresapi Bahasa Melayu
Purba. Pengaruh Hindu dan Buddha yang amat kuat menyebabkan Bahasa Melayu Purba
mengalami perubahan.Namun setelah kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah membawa
1001 perubahan kepada struktur masyarakat Melayu sehinggalah kepada sistem Bahasa
Melayu sendiri.

Pada kira-kira abad ke 13, Bahasa Melayu Kuno berevolusi menjadi Bahasa Melayu Klasik.
Hal ini terjadi apabila pengaruh agama Islam semakin kukuh dan mantap di Asia
Tenggara.Bahasa Melayu Klasik mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding Bahasa
Melayu Kuno iaitu merangkumi kosa kata, struktur ayat sehinggalah sistem tulisan.Bahasa
Melayu Klasik mencapai zaman kegemilangannya apabila pemerintah kerajaan Melayu yang
beragama Hindu memeluk Islam seterusnya mulai mendalami agama Islam dan masyarakat
Melayu mulai mempelajari Bahasa Arab dan Parsi daripada pedagang-pedagang
Islam.Penyerapan budaya asing menyebabkan bahasa Melayu Kuno berevolusi kepada bahasa
Melayu Klasik.

1.1 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan(1998), Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
perkembangan bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.
Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur
Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan
kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya
ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan
dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan
Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14.

Prasasti bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di
Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat
lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera

1
Utara dan Aceh. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang
dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa
Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat
Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab
seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai
sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di


bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut
pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam
dan seterusnya bahasa pada ketika itu.

Kemunculan bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat
kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara
terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate,
dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan
berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat
juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh
kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh
kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan bahasa Melayu telah
menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.

Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab.
Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di
Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan
bahasa ini. Warisan bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi
pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan
dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-
kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan
dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang
Islam, dan tasawuf.

Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai keunikannya tersendiri. Bahasa ini
dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga
memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan
secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan

2
bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi
memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

1.3 FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Kamarudin Husin(1997), Bahasa Melayu Klasik memainkan peranan yang sangat
besar pada zaman keagungannya dulu.Pertama Bahasa melayu klasik sebagai lingua franca di
alam melayu pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali.Hal ini kerana ia
memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut dan merupakan bahasa yang paling
dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain pada masa tersebut.

Selain itu,Bahasa melayu klasik juga menjadi bahasa pentadbiran dan menjadi bahasa rasmi
dalam pentadbiran kerajaan.Ia digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat
menyurat dalam kalangan raja di kepulauan melayu dan digunakan dalam surat-surat izin
perniagaan kepada pihak asing khususnya pedagang.

Bahasa melayu klasik juga adalah sebagai bahasa ilmu.Semasa zaman kerajaan Acheh
ramai cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan bahasa melayu klasik dan
digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah islam.Tokoh penulis pada zaman tersebut
seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani dan sebagainya.Karya-karya ilmu agama
Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-Asyikin, Miratul Mukmin,Al-Siratul Mustaqim.

Bahasa melayu klasik juga sebagai bahasa undang-undang.ianya digubal oleh penulis-
penulis di istana atas arahan raja.Dalam naskah undang-undang melayu lama dibicarakan
tentang aspek perlembagaan berkaitan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang
jenayah, perdagangan, pertanian dan dan sebagainya. Antara naskah undang-undang yang
ditulis dalam tulisan melayu klasik ialah undang-undang Melaka,undang-undang
Pahang,undang-undang Perak dan undang-undang Johor.

Akhir sekali ialah bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan.Peranan tersebut
terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa melayu.Karya-karya

3
klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam peperangan,
misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah.

RUJUKAN

Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Malaysia Pub. & Distributors.

Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamarudin Husin. (1997). Kamarudin Husin. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

You might also like