You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

genetik ialah berasal daripada perkataan gen.Terdapat beberapa definisi gen yang telah
diutarakan oleh beberapa orang tokoh terutama ahli biologi yang mahir dalam bidang
tersebut.Menurut Thomas Hunt Morgan,gen adalah material yang padat dan mempuyai
gabungan maklumat genetik yang menentukan sifat keturunan,dan memenuhi lokus suatu
kromosom.Gen ini dalam menentukan pelbagai karakter manusia dari aspek fizikal mahupun
mental.Menurut Gergor Mendel pula,gen adalah bahan yang berkait dengan sifat organisma
hidup dan dapat diturunkan daripada generasi ke generasi seterusnya.Menurut Wilhelm
Johansen pula,gen adalah unit terkecil dalam organisma hidup yang terdiri daripada protein dan
asid nukleit yang perukuran 4-8 mikron.

Artikel membincangkan tentang kajian genetik terhadap keturunan manusia. Pendekatan


analisis genetik seperti ini membolehkan pengenalpastian saudara-mara biologi dilakukan,
terutamanya bagi penduduk Afrika di Amerika yang ingin mengetahui sejarah keluarga asal
mereka yang terpisah disebabkan oleh dasar perhambaan sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Dalam kalangan penyelidik Barat penggunaan genetik bagi menelusuri asal usul keturunan
ialah satu aplikasi sains yang amat menarik dan relevan. Kini, kajian keturunan melalui genetik
masih giat dilakukan. Hal ini dikembangkan lagi dengan mengaitkan genetik dengan rupa paras
manusia, seperti warna rambut, warna mata, warna kulit, ketinggian dan bentuk muka.

Kemampuan ahli sains mengkaji keturunan manusia ini didorong oleh kehadiran satu bahan
di dalam badan manusia yang amat penting. Bahan ini dikenali sebagai asid deoksiribonukleik
(DNA) yang merupakan bahan kimia yang menyimpan maklumat genetik iaitu bahan penentu
ciri baka yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak dan seterusnya kepada generasi lain.

1
2.0 PERBINCANGAN ISI-ISI PENTING ARTIKEL

Pendekatan analisis genetik seperti mengkaji keturunan membolehkan pengenalpastian


saudara-mara biologi dilakukan untuk mengenalpasti asal-usul seseorang.Sebagai
contohnya penduduk Afrika di Amerika dapat mengetahui keluarga asal mereka yang
terpisah disebabkan oleh dasar perhambaan sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Kemampuan ahli sains mengkaji keturunan manusia didorong oleh kehadiran asid
deoksiribonukleik(DNA) yang merupakan komponen yang penting dalam membawa
maklumat genetik daripada manusia tersebut.Bahan kimia ini terbentuk daripada kombinasi
bahan tertentu yang dikenali sebagai nukleotida,iaitu kumpulan fosfat dan gula.

Teknik analisis DNA digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam bidang perubatan
untuk mengkaji penyakit berkaitan genetik manusia,seterusnya mencari punca rawatan dan
ubat yang sesuaian.DNA telah diturunkan daripada generasi ke generasi yang membawa
maklumat genetik kepada generasi yang masih hidup.

paterniti atau penentuan ibu bapa kandung merupakan analsi ketentusahihan status anak
yang tidak diketahui ibu atau bapa kandungnya.Kaedah ini biasanya diperlukan untuk
perwarisan harta atau kes jenayah yang melibatkan serangan seksual.

Analisis genetik bagi mengetahui talian persaudaraan,sepupu atau dua pupu dapat
dilakukan menggunakan STR iaitu bahagian yangterdapat dalam DNA.Analisis DNA
keturunan seperti ini diperlukan dalam kes orang hilang atau becana alam seperti tsunami
pada 2004 dan tragedi MH17 milik Malaysia Airlines(MAS)pada bulan Julai 2014 yang lalu.

Analisis DNA mitokondrial merupakan analisis keturunan sebelah ibu yang banyak
digunakan bagi menyelidiki susur galur keturunan saudaramara sebelah
ibu.Walaubagaimanapun anak perempuan sahajayang dapat menurunkan DNA
mitokondrial kepada generasi seterusnya.

DNA mitokondrial mempunyai kelebihan iaitu ianya yang diturunkan dalam keadaan
maklumat genetik yang tidak bercampur telah digunakan oleh ahli sains bagi memahami
corak penghijrahan manusia. Ahli sains barat juga menggunakan kelebihan DNA
mitokondrial yang mempunyai kadar mutasi yang sangat tinggu bagi membolehkan
pengiraan umur kewujudan manusia moden di dunia.

2
Ahli sains mendapati bahawa ada corak genetik yang berbeza-beza berdasarkan
populasi dan kedudukan geografi dan populasi manusia dibahagikan kepada beberapa
kumpulan haplo berdasarkan corak DNA mitokondrial.

Ahli sains Malaysia juga telah membuat kajian terhadap etnik Melayu Kelantan
menunjukkan bahawa ada percampuran genetik antara populasi Cina,Arab dan India pada
masa dahulu.Hal ini mungkin berlakunya perkahwinan campur antara pedagang dan
penduduk pada zaman kerajaan Melayu Melaka.

Kromosom-Y pula membawa maklumat genetik khusu daripada bapa dan diturunkan
kepada anak lelaki.Maklumat genetiknya juga diturunkan daripada generasi ke generasi
seterusnya tanpa percampuran genetik daripada sebelah ibu kecuali berlaku mutasi.Oleh itu
kaedah ini digunakan untuk mengkaji asal usul keturunan sebelah bapa kerana genetik
nenek moyang dapat dikesan.

Penerokaan Genom manusia membolehkan lebih banyak variasi yang ada pada DNA
digunakan bagi membezakan antara setiap populasi manusia berdasarkan
keturunan.Variasi yang dikenali sebagai SNP ini dapat digunakan bagi mengkaji sejarah
keturuna manusia dengan lebih tepat. Hal ini kerana SNP tidak berubah dalam tempoh
berpuluh-puluh ribu tahun.Pengunaan SNP juga adalah lebih tepat berbanding DNA
mitokondrial dan kromosom-Y kerana mengambil kira maklumat kedua-dua belah ibu bapa .

Di samping itu,kajian keturunan melalui analisis DNA memberikan pengetaahuan


kepada manusia berkaitan corak genetik.Oleh itu ianya dapat membantu dapat bidang
perubatan kerana dapat mengenalpasti penyakit dan seterusnya membolehkan rawatan
yang tepat kepada pesakit.

3
3.0 ANALISIS ISU DAN KESAN TERHADAP PENDIDIKAN

Penyelidikan dalam bidang genetik manusia disifatkan sangat signifikan khususnya jika
mengambil kira sumbangannya memberi nilai tambah dalam aspek perubatan dan kesihatan.
Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Zakri Abdul Hamid berkata, kajian
genomik akan mendedahkan variasi genetik yang menjadikan setiap dari manusia itu unik
dalam gennya tersendiri.H al itu katanya dapat memberi pemahaman yang lebih terperinci untuk
para saintis mengetahui variasi genetik yang manakah dalam diri seseorang yang boleh
membawa kepada gangguan, penyakit dan sebagainya. Ia sekaligus menyediakan satu kaedah
rawatan atau perubatan yang lebih baik yang menjurus kepada kesesuaiannya terhadap
seseorang dan perkara ini memang sedang hangat dibincangkan dalam kalangan kelompok
santifik global

sehingga kini perkembangan kajian bidang genomik semakin meluas di negara ini dan saintis
tempatan wajar menjadikan HGM sebagai platform untuk mereka menempatkan diri dalam
kelompok saintifik global.Ini adalah medium paling penting untuk saintis negara
mengembangkan penemuan dalam kalangan saintis dunia. Mereka berpeluang
mengenengahkan hasil penyelidikan dan mengukuhkan jaringan dengan pakar-pakar genomik
global.

genetik menjadi satu bidang yang sedang berkembang pesat dan memberi impak dalam
setiap aspek kehidupan termasuk agrikultur, perubatan, bioteknologi dan sebagainya.Teknologi
genetik juga telah menyumbang dalam menemukan pelbagai keperluan fundemental dan ia
turut menjanjikan peluang untuk penemuan lebih besar demi kesejahteraan manusia.
Kepentingan bidang ini turut dibuktikan dengan fakta yang mana universiti, institusi penyelidikan
dan sektor swasta bekerjasama memastikan infrastruktur yang diberikan menghasilkan output
yang boleh diukur.

Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk
menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan
binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya,
seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan
susu, daging, kulit dan juga kecantikan.

4
4.0 CADANGAN ISU BERKAITAN PENDIDIKAN

Secara umum dapat dikatakan bahawa pengetahuan bioteknologi perlu didedahkan kepada
pelajar kerana merekalah yang perlu membuat sesuatu keputusan bijak yang disokong dengan
kefahaman saintifik semasa menangani sesuatu isu berkaitan; umpamanya mengenai
penghasilan organisma yang telah termodifikasi kandungan genetiknya. Oleh itu, pelajar
seharusnya menggunakan kebolehan kognitif, mempunyai nilai dan motivasi diri untuk
menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sosio saintifik seperti isu berkenaan bioteknologi
(Holbrook & Rannikmae, 2007).

Namun demikian, pengalaman pengkaji mengajar komponen ini dalam mata pelajaran Biologi
Tingkatan empat dan lima mendapati sukar bagi guru menyampaikan kandungan pengajaran
bioteknologi kepada pelajar. Antara faktor yang menyumbang kepada fenomena ini adalah
komponen Bioteknologi ini tidak diberi penekanan yang sewajarnya dalam sukatan pelajaran,
ciri semula jadi komponen ini yang bersifat abstrak, kaedah penyampaian yang kurang
berkesan, kekurangan pengetahuan terkini mengenai aplikasi bioteknologi serta penyusunan
dan penyampaian komponen ini di dalam bab-bab yang terpilih dalam buku teks di dapati tidak
memperlihatkan kesinambungannya.

Kajian yang dijalankan oleh Rashidah Begum Gelamdin dan Daniel (2016) ke atas pelajar di
Malaysia menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap pengetahuan bioteknologi yang
sederhana dalam semua lima komponen bioteknologi yang dinilai iaitu gen dan kromosom,
DNA cap jari, kejuruteraan genetik, Projek Genom Manusia dan penyelidikan sel stem. Di
samping itu, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar berminat untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai kesan buruk kejuruteraan genetik dalam bidang perubatan, pengambilan
makanan yang diubah suai secara genetik dan alam sekitar.

Oleh itu,subjek biologi di sekolah menengah perlu ditambah komponen berkaitan dengan
kejuruteraan genetik, pengklonan serta kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik perlu
dimuatkan dengan lebih banyak dalam buku teks. Satu lagi komponen baru yang tidak
diketengahkan dalam buku teks adalah komponen kultur tisu.

Selain itu, maklumat tambahan berkaitan DNA, kultur tisu, cap jari DNA, genom manusia, sel
stem dan sistem pembiakan dicadangkan untuk dilakukan penambahan. Sehubungan itu,
penambahbaikan kepada aspek ilustrasi dan penampilan pada buku teks perlu dibuat. aklumat
dan penjelasan sesuatu fakta mestilah dilakukan secara tepat, terperinci dan padat tanpa
penggunaan perkataan yang banyak. penambahan dari segi penampilan buku teks dengan

5
memasukkan lebih banyak gambar berwarna yang menarik, serta tambahan dapatan dan fakta
terkini dari penyelidikan yang berkaitan juga perlu dilakukan. Selain itu,lebih banyak gambarajah
yang bersesuaian perlu dimasukkan dalam buku teks.Disamping itu, fakta berkaitan
bioteknologi ini dikaitkan dengan bukti daripada Al Quran dan As Sunnah perlu disediakan dan
satu topik baru khusus untuk genetik dan bioteknologi.

Akhir sekali, kemudahan infrastruktur dan sumber manusia perlu ditambahbaik dalam
pembelajaran bioteknologi dalam kalangan pelajar dan kemudahan peralatan dalam makmal
bagi membolehkan aktiviti berkaitan bioteknologi dijalankan juga ditambahbaik.

5.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Secara kesimpulannya kajian genetik terhadap keturunan manusia memberikan banyak


manfaat kepada masyarakat dunia.sebagai contohnya kekeliruan terhadap asal usul keturunan
dapat dihuraikan dengan adanya kaedah-kaedah yang telah diketengahkan untuk mengetahui
maklumat genetik manusia melalui susur galur nenek moyang.

Kajian keturunan melalui genetik ini juga bukanlah suatu yang baru dan pendekatan ini
membolehkan pengenalpastian saudara-mara kandung.Oleh sebab DNA diturunkan daripada
generasi ke generasi seterusnya dengan membawa maklumat genetik yang sama.Hal ini
membuktikan bahawa betapa pentingnya maklumat genetik dalam kehidupan.

Selain itu juga ianya sangat membantu dalam bidang perubatan apabila penyakit dapat
dikesan melalui corak genetik seseorang dan memudahkan individu tersebut diberikan rawatan
yang tepat dan sewajarnya.Akan tetapi hal ini juga dapat menimbulkan konflik emosi jika hasil
analisis DNA tidak seperti diharapkan.

Di samping itu, kita juga dapat mengetahui asal usul sesuatu kaum dengan lebih mendalam
berdasarkan bukti yang ditunjukkan dalam analisis genetik.Contohnya hasil kajian mendapati
bahawa etnik Melayu Malysia terbahagi kepada beberapa subetnik seperti Minang,Jawa dan
Bugis.Hal ini menunjukkan bahawa sejarah keturunan dikongsi bersama.

Masyarakat perlu sedar tentang kelebihan dan kekurangan analisis genetik keturunan
menggunakan DNA. Hal ini agar masyarakat lebih menghargai usaha penyelidikan untuk
memperkembangkan pengetahuan dalam bidang genetik.

6
RUJUKAN

Hanegan, N., & Bigler, A. . (2009). Infusing authentic inquiry into biotechnology, Journal of Science
Education and technology.

Kamisah Osman, Zanaton Iksan, & Lilia Halim. (2007). Sikap terhadap sains dan sikap saintifik di
kalangan pelajar. Kuala Lumpur: jurnal pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Spesifikasi Kurikulum Biologi. Kuala Lumpur: Kurikulum
Bersepadu Sekolah menengah.

Latifah Amin, Nor Ayuni Ahmad Azlan, Mohd Fadhli Hamdan, Abdul Latif Samian, & Mohamad Sobri
Haron. (2011). Awareness and knowledge on modern biotechnology. Kuala Lumpur: African
Journal of Biotechnology.

7
LAMPIRAN

8
Rajah menunjukkan struktur bagi RNA dan DNA

9
Rajah 2 menunjukan struktur gen organisma dalam kromosom

Rajah 3 menunjukkan keratan akhbar tentang kajian asal usul penduduk di semenanjung
Malaysia

10
Rajah 4 menunjukkan DNA bagi molekul hidup

11

You might also like