You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA

06000 JITRA , KEDAH DARUL AMAN


Tel : +604- 9171260
Fax: +604-9179660
__________________________________________________________________________________________

Surat Tuan :
Surat Kami :
Tarikh : 15 JANUARI 2019
YDP PIBG
SMK Jitra
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.

Melalui :

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
06000, Jitra
Kedah Darulaman.

Tuan,

MOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBELI KERTAS A4


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa stok kertas A4 di Bilik Guru telah kehabisan..


Memandangkan pelbagai tugasan yang perlu dicetak oleh guru-guru, maka stok kertas perlu
disediakan dengan secukupnya untuk tujuan tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Staf ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk
menyumbangkan peruntukan kewangan sebanyak 50 X RM 10.00 = RM 500.00 (Ringgit
Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi tujuan tersebut.

4. Kerjasama yang bakal tuan berikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

(MIZAN BIN MUSTAPA)


Pengerusi Majlis Staf
SMK Jitra
s.k : Fail
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA
06000 JITRA , KEDAH DARUL AMAN
Tel : +604- 9171260
Fax: +604-9179660
_____________________________________________________________________________________________

Surat Tuan :
Surat Kami :
Tarikh : 15 JANUARI 2019
YDP PIBG
SMK Jitra
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBELI DAKWAT PRINTER


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa dua buah printer di Bilik Guru telah kehabisan dakwat..
Memandangkan pelbagai tugasan yang perlu dicetak oleh guru-guru, maka semua printer perlu
disiapsiagakan untuk tujuan tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Staf ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk
menyumbangkan peruntukan kewangan sebanyak 8 X RM 45.00 = RM 360.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Enam Puluh Sahaja) bagi tujuan tersebut.

4. Kerjasama yang bakal tuan berikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

(MIZAN BIN MUSTAPA)


Pengerusi Majlis Staf
SMK Jitra
s.k : Fail

You might also like