You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA TEL :04-9171260

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN FAX: :04-9179660

SMKJ :60/002/3( )
TARIKH : 17 APRIL 2018

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 2/2018


TARIKH : 16 APRIL 2018
HARI : ISNIN
MASA : 12.30 TGH
TEMPAT : BILIK PSV

HADIR :
1. PUAN HAJAH SITI HAJAR BT ABDULLAH - GK KEMANUSIAAN
2. PUAN AHLAM BT HASSAN - GK SAINS DAN MATEMATIK
3. PUAN NOR’AIN SULAIMAN - KP PENDIDIKAN SENI VISUAL
4. PUAN ISMAJUHANA BT CHE ISMAIL
5. PUAN NURTASNIM BT OSMAN
6. PUAN SITI FATIMAH BT MOHD ALI

TIDAK HADIR BERSEBAB :


1. ENCIK OSMAN BIN NOOR (PENGETUA)

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Siti Hajar Bt Abdullah - GK Kemanusiaan


2. Ucapan terima kasih dan selamat datang GK Kemanusiaan kepada semua ahli panitia PSV
serta ahli yang baru dilantik.

Tindakan: Makluman

II LAPORAN PIHAK ATASAN

3. Pengetua minta agar digabungkan Panitia PSV dan Pendidikan Moral untuk memudahkan GK
mengendalikan mesyuarat panitia
4. GK mengucapkan tahniah kepada kedua panitia yang telah berjaya mengekalkan keputusan
mata pelajaran masing-masing di peringkat SPM.
5. Menurut beliau guru yang tidak pandai melukis tiadak sepertinya tidah pandai mengajar.

Tindakan: Makluman

1
III PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

6. Puan Nurtasnim Bt Osman mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh Puan
Siti Fatimah Bt Mohd Ali.

Tindakan: Makluman

IV PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

7. Pengganti guru PSV di SMK Jitra. Memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang guru
PSV yang telah pun memohon perpindahan. Beliau dari SMK Jerlun.

Tindakan: Makluman

8. Surat ketidakhadiran perlu dihantar secara ‘register’ jika pelajar tidak hadir 3 hari berturut-
turut. Manakala yang tidak hadir selama 10 hari dari Januari hingga April 2018 juga perlu
diambil tindakan dengan menghantar surat kepada Ibu-bapa.

Tindakan: Makluman

9. Kedatangan nazir ke sekolah, guru-guru diminta sentiasa bersedia dengan rancangan harian
penulisan buku rekod mengajar. Bahagian refleksi perlu dinyatakan dlm peratusan dan
nombor dan bukannya secara umum sahaja. Jika guru tidak mengajar pada hari berkenaan
maka tidak perlu refleksi tetapi perlu dibuat catatan.

Tindakan: Semua Ahli Panitia

10. CRK dan MC mesti dalam pengetahuan pengetua. CRK perlu mendapat kebenaran pengetua
sebelum tarikh bercuti sebenarnya.

V ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN 1 : TINGKATAN 1-5 TAHUN 2018

11. Tingkatan 1-3 : Masih terlibat di dalam PBS dan tiada isu besar yang
dihadapi

Tingkatan 4 : Terdapat 55 org pelajar yang berada di tahap lemah dan sederhana
dan perlu sedikit masa lagi untuk diperbaiki kelemahan. Kesemua
lulus. (Rujuk Lampiran)

Tingkatan 5 : Terdapat 6 pelajar kesemuanya dengan keputusan A, A-, dan B.


(Rujuk Lampiran). Target untuk SPM adalah A+ iaitu seramai semua 6
pelajar kesemuanya.

Tindakan: Semua Ahli Panitia (Guru Mata Pelajaran)

VI PENGESAHAN STATUS PELAKSANAAN PELAN TAKTIKAL PANITIA 2018

12. GK ingin mendapatkan penjelasan tentang beberapa istilah di dalam


cadangan pelan taktikal PSV untuk pembentangan di PPD Kubang Pasu.

2
Tindakan: Makluman

13. GK mahukan penerangan lanjut tentang perancangan aktiviti panitia PSV di dalam Pelan
Taktikal Panitia 2018.

Tindakan: Makluman

VII PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

14. Perlu ada peningkatan untuk peperiksaan utama sebagai contoh sebagai daripada purata SPM
target peningkatan adalah 1.5% manakala untuk daerah Kubang Pasu peningkatan adalah
2.4%.

Tindakan: Makluman

VIII ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN UJIAN 1 2018

15. Rujuk lampiran analisis dan post mortem peperiksaan Ujian 1 2018 yang
telah diedarkan sebelum ini untuk semua tingkatan.
16. Fokus untuk mata pelajaran PSV Tingkatan 5 SPM adalah untuk pencapaian Gred A
17. Pelan Intervensi 2018 menitikberatkan strategi dalam penghasilan Kerja Kursus dan latihan
intensif 6 soalan di dalam pengkaryaan Seni Halus.

Tindakan: Semua Ahli Panitia

IX KEWANGAN

18. Pesanan alatan dan media akan dibuat pada akhir bulan Mei.
19. Langkah berjimat terpaksa dilalukan untuk pembelian komputer desktop dan printer di bilik
seni ke arah pelaksanaan PAK21

Tindakan: Ketua Panitia

X HAL-HAL LAIN

1MURID 1SUKAN

20. Kehadiran pelajar sekurang-kurangnya 12 kali kehadiran – selepas bulan 6 tiada lagi
perjumpaan kelab dan persatuan
21. Guru hadir untuk kelab dan persatuan diminta membuat catatan di dalam kad hijau sebagai
bukti kehadiran.

Tindakan: Makluman

PAK 21

22. Pelaksanaan PDPC di dalam PAK 21.


23. Isi kandungan templat SKPMG2 :
a. Perancangan
b. Pelaksanaan
c. Pemantauan
d. Penilaian (Refleksi)

3
e. Penambahbaikan
f. Eviden / Borang Penilaian (Buku Latihan, Lembaran Kerja)

Tindakan: Semua Ahli Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh:

………………………………………
(NOR’AIN BINTI SULAIMAN)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
SMK Jitra

4
LAMPIRAN 1
PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2018

BIL CADANGAN AKTIVITI TEMPAT TARIKH TINDAKAN


1 MURAL SEKOLAH DECEMBER 2017 – KP DAN PELAJAR-
MAC 2018 PELAJAR TG5
DAN BEKAS
PELAJAR TG6

2 PERTANDINGAN MELUKIS HARI SEKOLAH JULAI/OGOS 2018 KP DAN AHLI


KEMERDEKAAN BULAN PANITIA
JULAI/OGOS MENGIKUT ARAS
KELAS

3 PERTANDINGAN MELUKIS MENGIKUT SEPANJANG TAHUN KP DAN AHLI


PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI SURAT SIARAN 2018 PANITIA
MENGIKUT ARAS
KELAS

4 BENGKEL / KURSUS UNTUK GURU- BILIK PSV MENGIKUT TARIKH KETUA


GURU PSV (AHLI PANITIA YANG MESYUARAT PANITIA
BUKAN OPSYEN PSV) PANITIA PSV
KE-2,3,4

5 PAMERAN PENDIDIKAN SENI DEWAN OGOS 2018 KP DAN SEMUA


VISUAL IBNU SINA AHLI PANITIA
BESERTA
PELAJAR

You might also like