You are on page 1of 2

Konflik Israel-Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Israel, dengan Tebing Barat, Jalur Gaza dan Tanah Tinggi Golan

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan
orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-
Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan
mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.
Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara"
yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini,
kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara
merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat
yang utama.[1][2]Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai
sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh
kebanyakan orang Israel.[3] Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil
menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing
Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.[4]
[5]
Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk
persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-
masing.
Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik
ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud
Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas.
Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali
sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan
Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony
Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan
alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.
Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang
utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu,
wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin)
berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Hal ini terbukti
menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh
Israel dan banyak negara yang lain. [6] Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin
2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada
bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir
tahun 2008.[7] Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang
merupakan persoalan yang mesti
diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.[8]
Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai
pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam
konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Hal ini bertindak untuk
menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan
orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik
tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel
pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi
kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Isu utama[sunting | sunting sumber]


 Status wilayah diduduki Israel
 Saling mengiktiraf
 Pelarian Palestin
 Petempatan Israel
 Keselamatan Israel
 Pembahagian sumber alam
 Perobohan rumah orang Palestin

Rujukan[sunting | sunting sumber]


1. Panjat^ Soalan Lazim OneVoice
2. Panjat^ Hamas won't go away, The Economist, 31 Januari 2008
3. Panjat^ Dershowitz, Alan. The Case for Peace: How the Arab-Israeli Conflict Can Be Resolved.
Hoboken: John Wiley & Sons, Inc., 2005
4. Panjat^ Israel: The Alternative, The New York Review of Books, Jilid 50, Nombor 16, 23
Oktober2003
5. Panjat^ Virginia Tilley, The One-State Solution, University of Michigan Press (24 Mei 2005), ISBN
0472115138
6. Panjat^
 Israel: The Financial Sources of the Hamas Terror Organization, Israel Ministry of Foreign
Affairs
 USA: Country Reports on Terrorism 2005, US Department of State, April 2006
 European Union: COUNCIL DECISION of 21 Disember 2005, COUNCIL OF THE
EUROPEAN UNION
7. Panjat^ New Mid-East peace drive launched, BBC News, 28 Nov

You might also like