You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Saya rasa bersyukur kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan kerja
kursus Pendidikan Moral (GPM 1083) dalam tempoh empat minggu. Saya ingin
mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Kampus
Darulaman kerana telah memberi saya peluang untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
kerana memberikan sokongan dari segi mental dan kewangan dalam usaha
menjayakan penyiapan esei ini. Sokongan mereka amat diperlukan kerana semasa
membuat esei ini, saya telah menghadapi beberapa kesusahan. Sokongan moral
mereka telah memberikan motivasi kepada saya untuk meneruskan usaha tersebut.

Di samping itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kawan-kawan


saya. Mereka telah memberikan bantuan dan nasihat yang diperlukan semasa saya
memerlukannya. Kami saling membantu dan merujuk antara satu-sama lain untuk
mendapatkan informasi yang lebih banyak mengenai tajuk esei kami.

Akhir sekali, saya inign berterima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Puan
Asiah binti Saad kerana telah memberikan teguran dan informasi yang amat berguna
kepada rakan sekelas dan saya. Format membuat esei tersebut juga telah diberitahu
dengan jelas dan menyeluruh.

ii

You might also like