You are on page 1of 5

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, para pendidik masih tidak mahir dalam penggunaan
Information, Communication and Technology (ICT) yang merupakan mekanisme yang
signifikan dalam perkongsian pengetahuan serta tidak mengoptimumkan apa yang
telah ditawarkan oleh teknologi. Oleh itu, guru haruslah menguasai ICT supaya dapat
menjana idea dan pengetahuan dapat dikongsi dengan pantas serta amalan
perkongsian pengetahuan menggunakan ICT dapat diperluaskan. Artikel yang telah
dihasilkan ini dapat memanfaatkan para pendidik untuk mempertingkatkan lagi
penggunaan ICT dalam perkongsian pengetahuan.

1.0 Identiti Artikel

Artikel yang digunakan untuk tugasan resensi ialah Hubungan di antara faktor
teknologi dan perkongsian pengetahuan menggunakan ICT: kajian empirikal terhadap
guru sekolah menengah di Malaysia yang yang ditulis oleh Fadillah Yassin. Beliau
merupakan seorang staf akademik berkelayakan Doctor of Philosophy (PhD) dalam
bidang teknologi maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Artikel ini adalah sebahagian daripada lapan artikel dalam
Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan 2013. Dalam kajian ini pengarang telah
memberi fokus kepada faktor-faktor teknologi yang dapat mengubah sikap guru
sekolah menengah di Malaysia dalam menyebarkan idea dan maklumat melalui ICT.
Fadillah telah melibatkan 400 guru sekolah menengah yang mengajar di negeri Perak
untuk menjalankan penyelidikan serta mengumpul maklumat dan data bagi
menyokong ideanya dalam kajian ini.

2.0 Sinopsis Kandungan

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji faktor yang menjurus kepada hasrat
pengguna dalam perkongsian pengetahuan menggunakan ICT dan bagaimana faktor
itu mempengaruhi tingkah laku hasrat dan tingkah laku sebenar dalamnya. Artikel ini
bersandar kepada Technology Acceptance Model (TAM) oleh Fred Davis dan Richard
Bagozzi tentang faktor tanggapan kebergunaan, mudah dan seronok di kalangan guru
sekolah menengah di Malaysia (Davis & Bagozzi, 1989; Fadillah 2013). Fadillah (2013)
menyatakan implikasi kajiannya adalah untuk melahirkan sifat sebenar pendidik agar
mampu melakukan pembaharuan bagi mempertingkatkan penggunaan ICT dalam
kalangan guru sekolah menengah. Ini dikaitkan dengan tiga aspek sumbangan
Kementerian Pendidikan Malaysia dari segi teori, pemantapan kaedah dan khidmat
praktikal.

1
Fadillah telah menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik dan temu bual
untuk menyokong ideanya dalam kajian tersebut tentang faktor teknologi dalam
mempengaruhi perkongsian pengetahuan melalui ICT dalam kalangan guru sekolah
menengah di Malaysia. Beliau juga telah membuat analisis terhadap data yang telah
dikumpul supaya memperoleh kajian yang mempunyai tahap kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi di antara pemboleh ubah (Nunally & Bernstein, 1994).
Dalam kajian Fadillah (2013), beliau telah membuat perbandingan dengan beberapa
dapatan kajian daripada jurnal lain mengenai penggunaan ICT dalam perkongsian
maklumat. Selepas menjalankan penyelidikan, pengarang telah mengenal pasti faktor
yang dapat mempengaruhi tingkah laku hasrat para guru sekolah menengah dalam
berkongsi idea dan pengetahuan melalui ICT.

3.0 Ulasan Fakta

Fadillah telah mengenal pasti faktor teknologi yang dapat mempengaruhi


tingkah laku hasrat guru sekolah menengah di Malaysia dalam perkongsian
pengetahuan melalui ICT. Antara faktor teknologi pertama yang dapat mempengaruhi
tingkah laku hasrat dalam perkongsian idea dalam kalangan guru sekolah menengah
di Malaysia melalui ICT ialah infrastruktur ICT. Dalam kajian Fadillah, infrastruktur ICT
mempunyai pengaruh yang tidak signifikan ke atas tingkah laku hasrat dan kajian ini
selari dengan kajian Syed dan Ikhsan (2005). Beliau berpendapat bahawa walaupun
kemudahan ICT yang baik dapat memudahkan perkongsian pengetahuan dalam
kalangan guru sekolah menengah tetapi ia tidak cukup untuk menyakinkan mereka
dalam menggunakan ICT untuk berkongsi maklumat. Namun begitu, kajian Fadillah
tidak selari dengan Teece (2003), Mc Adam dan Reid (2001), dan Mohd Bakhari (2010)
dan kajian mereka turut disokong oleh artikel Christina, Qistina, dan Hazman (2010)
yang berpandangan bahawa penggunaan makmal komputer dapat menggalakkan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor teknologi kedua ialah celik ICT. Kajian ini telah menunjukkan celik ICT
tidak mempunyai pengaruh yang penting ke atas tingkah laku hasrat dalam
perkongsian idea melalui ICT dan ini tidak selari dengan kajian Mohd Bakhari (2010)
bahawa celik ICT dapat mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Lim dan Zaidatun
(2010) berpendapat bahawa para guru tidak mengalami masalah dalam menguasai
kemahiran ICT yang selari dengan kajian Fadillah (2013). Lim dan Zaidatun (2010)
dan Fadillah (2013) menyatakan bahawa terdapat alasan lain guru tidak mahu
menggunakan ICT seperti kekangan masa, bebanan yang terlalu berat dan kesukaran
untuk menyesuaikan penggunaan ICT dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2
Dalam artikel ini, Fadillah (2013) telah berpendapat bahawa faktor pemerimaan
ICT yang diadaptasi daripada TAM dapat mempengaruhi tingkah laku hasrat dalam
perkongsian pengetahuan melalui ICT dalam kalangan guru sekolah menengah di
Malaysia. Berdasarkan dapatan soal selidik yang tedapat dalam kajian pengarang,
skor min bagi faktor penerimaan ICT ialah 5.56 dan ia juga memperoleh sisihan piawai
sebanyak 0.44. Daripada dapatan temu bual yang telah dijalankan oleh Fadillah,
terdapat 100% daripada peserta telah menunjukkan tanggapan yang positif terhadap
faktor penerimaan ICT dalam tingkah laku hasrat penggunaan ICT. Kajian Fadillah
dapat disokong oleh kajian Lim dan Zaidatun (2010) bahawa kemahuan guru dalam
menyediakan diri telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mempelajari
ICT.

Faktor penerimaan ICT telah memainkan peranan yang penting dalam


memeberi impak yang besar dalam menyebarkan maklumat dan idea melalui ICT
dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Hal ini demikian kerana faktor
penerimaan ICT yang menekankan tanggapan kebergunaan, berasa seronok
(Agarwal & Karahanna, 2000) dan mudah digunakan (Venkatesh, 2003) telah
memudahkan tugasan para guru sekolah menengah dalam bidang pendidikan. Para
pendidik mempunyai hati dan pemikiran yang terbuka untuk menerima sesuatu yang
baru serta menggunakan kemudahan ICT yang dapat mempertingkatkan mutu kerja
mereka. Para guru yang mahir menggunakan ICT juga dapat berkomunikasi dengan
efektif untuk bertukar pendapat dan idea antara satu sama lain agar dapat menjadi
lebih cemerlang.

4.0 Kesimpulan

Natijahnya, Fadillah (2013) menegaskan bahawa faktor teknologi telah


membawa pengaruh dalam perkongsian pengetahuan melalui ICT di kalangan guru
dan ini selari dengan dapatan kajian Zuliana dan Khalil (2008) bahawa teknologi
merupakan salah satu infrastruktur yang boleh mengintegrasikan perkongsian
pengetahuan. Senario ini telah menunjukkan betapa penting peranan yang dimainkan
oleh guru dalam perkongsian pengetahuan melalui ICT untuk berkongsi idea tentang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jurnal ini telah memberikan informasi yang amat
berguna kepada para pembaca khususnya guru supaya dapat menguasai kemahiran
asas ICT bagi tujuan perkongsian pengetahuan. Dengan ini, para guru harus
memanfaatkan jurnal ini dengan sepenuhnya dengan melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan ICT agar dapat melahirkan insan yang berinformasi pada masa depan.

3
Rujukan

Agarwal, R. & Karahanna, E. (2000). Times flies when you’re having fun: cognitive
absorption and beliefs about information technology usage 1. MIS quarterly,
24(4), 665-694.

Christina Andin, Nur Qistina Abdullah, & Hazman Ali. (2010). Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru sekolah
kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. Dimuat
turun pada Mac 2, 2016, daripada http://eprints.utm.my/10521/

Davis, F. & Bagozzi, R. (1989). Technology Acceptance Model (TAM). Wikipedia: the
free encyclopedia. Dimuat turun pada Februari 17, 2016, daripada
https://en.wikipedia.org/wiki/Technology_acceptance_model

Fadillah Yassin. (2013). Hubungan di antara faktor teknologi dan perkongsian


pengetahuan menggunakan ICT: kajian empirikal terhadap guru sekolah
menengah di Malaysia. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan 2013, 1(11),
109-125.

Hendriks, P. (1999). Why share knowledge? The influence of ICT on the motivation
for knowledge sharing. Knowledge and Process Management, 6(2), 91-100.

Lim, B. Y. & Zaidatun Tasir. (2010). Tahap pengetahuan, sikap dan masalah
penggunaan komputer di kalangan guru di sekolah menengah daerah Alor Gajah.
Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. Dimuat turun pada Mac
2, 2016, daripada http://eprints.utm.my/11385/

Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Mohd Bakhari Ismail. (2010). Model kualiti
perkongsian pengetahuan dalam organisasi awam dan kesannya ke atas
prestasi pekerja serta penyampaian perkhidmatan. Tesis Ph.D. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric Theory. New York: McGraw.

Syed-Ikhsan, S. O. S. & Rowland, F. (2004). Knowledge management in a public


organization: a study on the relationship between organizational elements and
the performance of knowledge transfer. Journal of Knowledge Management,
8(2), 95-111.

4
Teece, D. J. (2006). Reflections on “profiting from innovation”. Research Policy, 35(8),
1131-1146.

Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. D. (2003). User acceptance of
information technology: toward a unified view. MIS quarterly, 425-478.

Zuliana Zookefli & Khalil Md Nor. (2008, Jun). Hubungan budaya organisasi dengan
perkongsian pengetahuan. Jurnal Kemanusiaan, 11(1). Dimuat turun pada
Februari 27, 2016, daripada http://www.management.utm.my/jurnal-
kemanusiaan/attachments/article/142/JK11_142.pdf

You might also like