You are on page 1of 8

REAKSI LUARAN

1.1 INDONESIA

Pada peringkat awal penubuhan gagasan Malaysia diumumkan, Dr. Subandrio, Menteri Luar
Indonesia mengalu – alukan cadangan Tunku Abdul Rahman tanpa ada tentangan. Tetapi,
apabila persekutuan telah tertubuh, Parti Komunis Indonesia yang diketui oleh D. N. Aidit
telah bersuara menentang rancangan penubuhan Malaysia dan memberi tekanan hebat
serta mengubah sikap Sukarno. Keadaan ini, telah mempengaruhi pemerintah Indonesia
iaitu Presiden Sukarno dan Dr. Subandria pada masa itu. Hal ini mnyebabkan Dr. Subandria
dan Presiden Sukarno berterus terang menyatakan mereka tidak bersetuju dengan
rancangan penubuhan Malaysia kerana beranggapan bahawa penubuhan Malaysia adalah
satu rancangan penjajahan baharu . Dengan erti kata lain, dianggap sebagai satu
neokolonisme. Hal ini dapat dibuktikan, pada 20 Januari 1963 Dr. Subandrio mengumumkan
dasar konfrontasi dengan berasaskan cogan kata ‘ganyang Malaysia’ terhadap gagasan
Malaysia. Menurut sarjana Sejarah iaitu tindakan konfrontasi Sukarno itu adalah kerana
penubuhan Malaysia dengan sendirinya menggagalkan rancangan Sukarno untuk
menubuhkan empayar Indonesia Raya. Sukarno juga dikatakan melancarkan konfrontasi
sebagai taktik mengalih pandangan rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman yang
sedang melanda Indonesia pada ketika itu (Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma'arof Redzuan,
Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Hj. Mohd Rashid, 2001). Oleh itu, keadaan ini telah
menjadi faktor utama mengapa berlakunya penentangan daripada Indonesia dalam proses
pembentukan Persekutuan Malaysia.
1.2 FILIPINA

Selain Indonesia, cadangan pembentukan Malaysia juga menghadapi tentangan daripada


kerajaan Filipina. Hal ini kerana, tuntutan kerajaan Filipina ke atas Sabah yang disuarakan
oleh Presiden Diosdao Macapagal bagi pihak waris Sultan Sulu sejak 1962 masih belum
selesai. Tuntutannya ialah pemindahan wilayah Borneo Utara daripada kesultanan Sulu
pada tahun 1778 yang telah dibuat dalam bentuk pajakan bukan jualan. Dengan erti kata
lain, kerajaan Filipina mengatakan Sabah adalah kepunyaan Raja Sulu dan sekarang sudah
mula menjadi hak milik kerajaan Filipina tetapi, tidak diendahkan oleh pihak British. Hal ini
dapat dibuktikan dengan pembayaran tetap tahunan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara
kepada Sultan Brunei dan warisnya-warisnya sebanyak $5000 setahun sebagai bayaran
pajakan dan bukannya bayaran ganti rugi penyerahan (Zulhilmi Paidi & Rohani abdul Ghani,
2003). Keadaan ini, telah menyebabkan berlakunya penentangan daripada pemimpin Filipina
iaitu Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap pembentukan
persekutuan Malaysia semasa kongres Filipina pada 28 Januari 1963. Oleh itu, jelaslah
terbukti di sini bahawa, tuntutan ke atas Sabah yang dibuat oleh Presiden Diosdao
Macapagal merupakan faktor utama mengapa berlakunya penentangan dari Filipina dalam
proses pembentukan Persekutuan Malaysia.
REAKSI DALAMAN

1.1 BRUNEI

Secara peribadi, pada awalnya Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin telah mnyokong
pembentukan Malaysia. Begitu juga parti Rakyat yang pada awalnya berminat untuk
menyertai gabungan ini. Hal ini kerana, mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini
selepas mereka mencapai kemerdekaan terlebih dahulu. Namun begitu, berlakunya
penentangan hebat dari Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A. M. Azahari dalam proses
penggabungan negara Brunei dengan negara Malaysia untuk membentuk Persekutuan
Malaysia . Hal ini kerana, Parti Rakyat Brunei lebih berminat untuk menggabungkan Brunei,
Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan. Buktinya, kerajaan Brunei
turut bersama – sama hadir di persidangan menandatangani Perjanjian Malaysia tetapi
enggan menandatanganinya dan telah mengundurkan diri. Hal ini, disebabkan oleh dua
perkara iaitu taraf kedudukan Sultan Brunei dan cara pembahagian hasil minyak yang
dianggap merupakan satu kerugian besar kepada negara Brunei. Tetapi, terdapat juga bukti
yang mengatakan bahawa, surat yang ditulis oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
tentang sebab-sebab Brunei tidak masuk ke dalam Malaysia ialah kerana soal kewangan
dan bukannya soal taraf kedudukan sultan brunei. Penafian juga telah dilakukan oleh
Kerajaan Brunei tentang tuduhan – tuduhan yang mengatakan Brunei tidak masuk ke dalam
Malaysia mengenai taraf kedudukan Sultan Brunei telah disiarkan kepada orang ramai
dalam suratkhabar Straits Time. Oleh itu, jelaslah terbukti di sini, bahawa keadaan ini adalah
merupakan faktor utama penentangan Brunei dalam proses pembentukan Malaysia.
1.2 SINGAPURA

Gagasan Malaysia disambut baik oleh kerajaan PAP dibawah Lee Kuan Yew dan
menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan itu. Hal ini kerana, PAP melihat cadangan
tersebut sebagai pelunag baik untuk terus kekal berkuasa dan membolehkan Singapura
untuk terus mencapai kemerdekaan dengan lebih cepat. Oleh itu, pada 23 Ogos 1961 Tunku
Abdul Rahman telah mencapai satu persetujuan dengan Encik Lee Kuan Yew, Perdana
menteri Singapura supaya dicantumkan kedua-dua buah negeri itu iaitu Tanah Melayu dan
Singapura. Kata sepakat telah dicapai tentang isu seperti keselamatan, perhubungan luar
dan keselamatan dalam negeri. Kesannya, pada 15 November 1961, kerajaan Singapura
mengeluarkan satu Kertas Putih (Surat Perintah No. 33, 1961) yang menggariskan butir-butir
percantuman itu. Namun, Parti Barisan Sosialis, iaitu puak berhaluan kiri yang telah keluar
daripada PAP telah membantah keputusan tersebut kerana ingin mempertahankan
kedudukan mereka dengan menyebarkan pengaruh komunis untuk mewujudkan
pemerintahan komunis. Bukti penentangan daripada parti barisan sosialis ialah mereka
mengatakan bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia merupakan satu penjajahan
bentuk baru. Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu
sebelum Singapura menyertai gabungan ini. Oleh itu, satu referendum berhubung dengan
persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962. Dalam
referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan
mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961 . Tetapi, mengikut Tunku Abdul
Rahman, lebih baik rancangan percantuman antara kedua-dua negeri tidak diteruskan
kerana akan menimbulkan kekacauan sehingga menumpahkan darah apabila selepas
Singapura menyertai Malaysia. Kesannya, pada 9 Ogos 1965, Singapura telah terpisah
daripada Malaysia dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Oleh itu,
terbuktilah di sini bahawa Parti Barisan Sosialis, iaitu puak berhaluan kiri adalah penyebab
berlakunya penentangan dalam proses pembentukan Persekutuan Malaysia.
1.3 SABAH

Cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia telah memeranjatkan para pemimpin dan


parti - parti politik di negeri - negeri dalam kawasan di wilayah Borneo. Hal ini kerana, ada
antara mereka menganggap rancangan Malaysia adalah sebagai satu helah dalam
meluaskan kuasa Tanah Melayu bagi menggantikan penjajah British (Ruslan Zainuddin,
2000). Oleh itu, ada antara pemimpin politik negeri – negeri di Borneo melahirkan keinginan
untuk membentuk sebuah Kesatuan Negeri - negeri Borneo yang merdeka dan
mendapatkan kemerdekaan negeri masing – masing secara berasingan. Buktinya, pada 9
Julai 1961 para pemimpin politik di Borneo telah membentuk satu Barisan Bersatu (United
Front) yang bertujuan untuk mencabar rancangan pembentukan Persekutuan Malaysia. Ong
Kee Hui, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Donald Stephens yang
menubuhkan United National Kadazan Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 dan A.
M. Azahari (Pengerusi Parti Rakyat Brunei) telah juga mengganggotai Barisan Bersatu.
Kesannya, berlakunya penentangan daripada para pemimpin dan parti - parti politik di negeri
- negeri dalam kawasan di wilayah Borneo terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia.

1.4 SARAWAK

Di Sarawak pula, Parti Negara Sarawak (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti
Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan
penggabungan ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui dan
parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang diketuai oleh Stephen. Menurut Stephen Kalong
Ningkan, setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menegaskan bahawa
parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menentang usaha meletakkan Sarawak di bawah
sebarang kuasa asing. Anatara sebab berlakunya penentangan ialah maklumat yang
diterima oleh mereka daripada kerajaan Tanah Melayu tentang rancangan Malaysia adalah
tidak lengkap sehinggakan ada antara mereka yang membuat kenyataan secara terburu –
buru. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya penentangan dan bantahan daripada
daripada kedua – dua parti di Sarawak iaitu dari Parti Negara Sarawak (Sarawak United
People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP).
Hal ini jelaslah terbukti bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya
penentangan dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia 1961 yang diterima
daripada parti – parti di Sarawak.
1.5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Akhir sekali, terdapat juga tentangan daripada parti – parti pembangkang melayu iaitu seperti
dari Parti Islam Se – Malaya (PAS) dan Parti Rakyat Malaya. Parti – parti politik yang masih
lagi berteraskan kebangsaan melayu telah dipimpin oleh mereka yang telah lama bergiat
dalam politik Persekutuan Tanah Melayu iaitu sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan
lagi. Buktinya, Dr Burhanuddin yang memimpin parti PAS masih memegang dan
memperjuangkan konsep melayu raya. Keadaan ini merupakan penyebab penentangan
mereka terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia. Hal ini kerana, antara alasan yang
dikemukan oleh Dr. Burhanuddin ialah soal menegakkan kebangsaan melayu dan negara
Melayu Raya secara prinsip dalam Malaysia. Bagi beliau, penubuhan Malaysia, yang
disebutnya sebagai Melayu Raya, sepatutnya berteraskan sejarah kekuatan rumpun Melayu
sebagai kuasa agung melalui empayar Srivijaya, Majapahit, dan Melaka yang telah wujud
sebelum kedatangan penjajahan Barat. Beliau menggunakan konsep ‘biduk lalu kiambang
bertaut’ sebagai dasar untuk mewujudkan semula kegemilangan rumpun melayu melalui
penubuhan Melayu raya itu (Ramlah Adam, 2004). Selain itu, memandangkan Singapura
mempunyai penduduk yang majoriti kaum cina, telah mendatangkan kebimbangan orang
melayu tentang hak mereka. Oleh itu, Zulkifli Muhamad telah membangkitkan soal
keselamatan politik orang melayu untuk menentang pembentukan persekutuan Malaysia.
Ahmad Boestamam pula telah menuduh Tunku Abdul Rahman tidak berbincang dengan
negara – negara jiran sebelum mengemukakan usul ini. Keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya penentangan terhadap pembentukan persekutuan Malaysia. Oleh itu, jelaslah di
sini bahawa, pembentukan Persekutuan Malaysia telah mendapat tentangan yang hebat
daripada parti – parti pembangkang melayu yang berada dibawah pimpinan Dr.
Burhanuddin, Zulkifli Muhamad dan Ahmad Boestamam.
RUMUSAN

Kesimpulannya, kemerdekaan pembentukan Persekutuan Malaysia adalah bukan mudah


untuk dicapai. Hal ini kerana, pelbagai cabaran, rintangan dan kesulitan yang harus
ditempuhi oleh rakyat dan pemimpin – pemimpin pada masa dahulu dalam membentuk
sebuah negara yang merdeka dan merupakan perjalanan yang cukup panjang dan
memberikan pengalaman kepada mereka. Tiada erti putus asa dalam kamus hidup mereka.
Hal ini dapat dibuktikan dalam proses pembentukan persekutuan Malaysia, barisan
pemimpin yang terdiri daripada pelbagai pihak memberikan kerjasama yang baik bagi
mewujudkan permuafakatan politik. Semasa dalam era penjajahan bermula, negara
Malaysia telah bergerak kepada permuafakatan awal demi kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu diikuti pula dengan kerjasama dan toleransi dengan pemimpin dari Sabah,
Sarawak dan Singapura bagi merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia 1963.
Kesannya, pencapaian Malaysia setakat ini hasil daripada usaha semua golongan rakyat
dan pemimpin – pemimpin terdahulu hingga sekarang dapat dilihat dengan jelas sekali oleh
negara – negara luar. Malah, negara Malaysia telah menjadi negara contoh bagi negara lain
kerana, kemajuan, keamanan dan kesenangan yang dikecapi kini. Memetik kata-kata
presiden Indonesia, Soekarno “Masa depan negara bermula melalui generasi masa kini”.
Oleh itu, “Sudah terang lagi bersuluh”, generasi kini seharusnya menghargai kemerdekaan
dengan menjadi warganegara yang berjaya supaya negara tidak lagi dijajah dalam apa jua
bentuk keadaan pada masa akan datang dan menjadikan negara Malaysia lebih terkenal di
seantero dunia.
BIBLIOGRAFI

Denixing. (2009, December 9). Bab 7 pembentukan Malaysia. Retrieved 3 11, 2016, from
Dokumen: http://www.scribd.com/doc/23860267/bab-7-pembentukan-malaysia

HOY. (2010, mei 11). Reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Retrieved 3 12, 2016, from
Dokumen: http://www.scribd.com/doc/31195444/Reaksi-Terhadap-Pembentukan-
Malaysia#scribd

HOY. (2010, Mei 11). Reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Retrieved 3 10, 2016, from
Dokumen: http://www.scribd.com/doc/31195444/Reaksi-Terhadap-Pembentukan-
Malaysia

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma'arof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Hj. Mohd
Rashid. (2001). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma'rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Hj. Mohd
Rashid. (2001). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.

Ramlah Adam. (2004). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zulhilmi Paidi , & Rohani abdul Ghani. (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Bentong,
Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

You might also like