You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BAU,

TAMAN MUTIARA,
D/A : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAU,
94000 BAU, KUCHING
Tel: 082-763243

Ruj. Kami : JPS(W)skb/(Kur)/153/06/04/23 ( 1 )


Tarikh : 26 FEBRUARI 2019

Kepada:
Ibu bapa/Penjaga
Calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, Lembaga Peperiksaan melaksanakan Pentaksiran Alternatif Sekolah
Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau MBK
yang mengikuti pendidikan inklusif separa. Pentaksiran tersebut dilaksanakan kepada murid tahun akhir
persekolahan rendah.

3. PASR ialah komponen Pentaksiran Pusat pada peringkat sekolah yang terdiri daripada dua (2) instrumen
iaitu ProKhas 1 dan ProKhas 2. Maklumat PASR adalah seperti yang berikut:

Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2


1. Tempoh Tugasan Julai – Ogos 2019 September 2019
( 8 minggu ) ( 4 minggu )
2. Mata Pelajaran  Kemahiran Hidup Asas (Masakan)  Bahasa Inggeris
 Bahasa Melayu  Pendidikan Sains, Sosial dan
 Matematik Alam Sekitar

3. Kaedah Pentaksiran dijalankan sepanjang Pentaksiran dijalankan sepanjang


Pelaksanaan waktu Pengajaran dan Pembelajaran waktu Pengajaran dan Pembelajaran
(PdPC) secara individu/berkumpulan secara (PdPC individu/berkumpulan

4. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menjalankan amanah,

_____________________________
ABDUL KADIR BIN HAJI MADELI
GURU BESAR,
SK BAU.

s.k: 1. Fail sekolah


2. Fail PASR

HB/mf/Makluman PASR 2019

You might also like