You are on page 1of 1

1.

Gambar rajah Venn yang tidak lengkap di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang merupakan ahli tiga kelab
bagi sekumpulan 50 pelajar.

Diberi bahawa =A B C.
set A = {ahli bagi Kelab Memanah},
set B = {ahli bagi Kelab Boling}, dan
set C = {ahli bagi Kelab Catur}.
Bilangan pelajar yang merupakan ahli Kelab Memanah sahaja adalah sama dengan bilangan pelajar yang
merupakan ahli Kelab Catur sahaja.
(a) Nyatakan bilangan murid yang
(i) merupakan ahli bagi ketiga-tiga kelab itu,
(ii) merupakan ahli bagi dua kelab sahaja,
(iii) bukan ahli Kelab Boling atau Kelab Memanah.
(b) Cari bilangan pelajar yang merupakan ahli Kelab Catur.

2 Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang mempelajari tiga bahasa asing dalam
sekumpulan 40 pelajar.

Diberi bahawa =F J K,
set F = {pelajar yang mempelajari bahasa Perancis},
set J = {pelajar yang mempelajari bahasa Jepun} dan
set K = {pelajar yang mempelajari bahasa Korea}.
Bilangan pelajar yang mempelajari bahasa Korea ialah 23.
(a) Cari nilai bagi x dan y.
(b) Cari bilangan pelajar yang mempelajari satu bahasa asing sahaja.
(c) Cari bilangan pelajar yang mempelajari bahasa Jepun.

You might also like