You are on page 1of 1

2.2.

3 PERNYATAAN SEMASA PBS

26 Mac 2018 (Isnin)

Pada hari ini, saya telah melaporkan diri kepada pihak pengurusan sekolah di SJK (C)
Chung Hua Batu 4 ½ pada pukul 6.30 pagi. Saya berjumpa dengan guru besar dan
memberitahu tentang tujuan saya datang ke sekolah beliau. Saya dimaklumkan bahawa hari
ini akan mengadakan perhimpunan dan saya disuruh hadir ke perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dimula dengan pemeriksaan kesihatan oleh guru kelas dan pengawas
sekolah. Semua murid harus menjaga kebersihan diri seperti yang dicatat dalam peraturan
sekolah. Selepas itu, murid akan menyanyi lagu Negaraku dan membaca Rukun Negara.
Seterusnya, terdapat satu persembahan Wushu telah dijalankan untuk memupuk murid
menyertai aktiviti kokurikulum tersebut. Di sinilah Nampak bahawa sekolah ini mementingkan
keseimbangan individu.

Selepas perhimpunan, saya telah berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran


(PK1) dan ditempat di bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Saya juga diberi kebenaran
untuk membuat pemerhatian di sekitar sekolah. Saya telah mengambil gambar semasa
melakukan pemerhatian. Saya juga telah mengisi maklumat umum berkaitan dengan sekolah
ini.

Selain itu, saya telah menemu bual dan membuat kolaborasi dengan PK1 dan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM). Saya telah bertanya soalan tentang tugasan
utama dan masalah yang sering dihadapi mereka semasa menjalankan tugas. Saya juga
telah berbincang dengan PKHEM untuk membantu saya dengan mengatur waktu yang sesuai
terhadap subjek Bahasa Cina sapaya saya boleh memasuki ke kelas pada hari seterusnya.

Waktu tamat persekolahan bagi sekolah ini ialah pada pukul 1.00 petang dan guru
hanya dibenarkjan untuk balik dari sekolah pada pukul 1.30 petang. Hal ini adalah untuk
mengelakkan jalan raya daripada tersumbat. Sebelum balik rumah, saya dimaklumkan untuk
masuk kelas 6E untuk memerhati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru Bahasa Cina di bilik darjah.

You might also like