You are on page 1of 2

Mohamad Tajul Arif bin Mohamad Rani

SK Felda Ulu Tebrau,


81810 Ulu Tiram,
Johor.

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPAT SOKONGAN RAYUAN PERTUKARAN TEMPAT PERKHIDMATAN GURU KE


DAERAH PEKAN BAGI SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Saya dengan segala hormat dan penuh takzimnya merujuk kepada Tuan perkara di atas.

Terlebih dahulu saya mendoakan Tuan dan keluarga tercinta serta seluruh kakitangan kementerian dalam
keadaan sihat dan walafiat.

2. Untuk makluman Tuan, saya telah bertugas di SK Felda Ulu Tebrau dari 15 Ogos 2016 sehingga
sekarang.

3. Untuk makluman Tuan juga, saya ingin memohon pertukaran daripada PPD Pasir Gudang, Johor
ke PPD Pekan, Pahang. Antara faktor yang menyebabkan saya meminta pertukaran adalah kerana :

i. Ingin memberi tumpuan kepada penjagaan anak yang masih kecil. ( 7 bulan )

ii. Menjaga kesejahteraan dan keselamatan isteri dan anak di daerah Pekan yang tiada
saudara mara di sana.

iii. Isteri saya tidak dapat bertugas di tempat lain selain di Pekan, Pahang.

iv. Kedudukan dan jarak yang sangat jauh ini melibatkan kos pengangkutan dan masa
untuk berulang-alik dari Ulu Tiram ke Pekan.

4. Oleh itu, saya mohon sokongan daripada Tuan untuk menyokong pemohonan beliau diluluskan.
Segala kerjasama dan sokongan daripada Tuan amatlah saya hargai.

Sekian terima kasih.

“1 Malaysia” Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

YANG BENAR,
(nama ahli parlimen)
__________________________

S.K YBhg Datuk Hj Isa bin Hj Abu


Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(U / P : SEKTOR SEKOLAH RENDAH)

En You Tzyy Kang


SJKC Min Nam
Kuala Teriang,
07100, Langkawi, Kedah
017-4557309

You might also like