You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KEM LENCANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS


SK FELDA ULU TEBRAU, PASIR GUDANG, JOHOR

Tarikh : 19 September 2019


( Khamis )
KERTAS KERJA
KEM LENCANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SK FELDA ULU TEBRAU,
PASIR GUDANG, JOHOR

1. PENGENALAN :

1.1 Membentuk generasi yang cintakan Negara, harmoni, memupuk keharmonian antara
kaum, mampu berdikari dan mengharungi kehidupan masa depan yang penuh cabaran dari
segi sosial dan budaya di samping menanamkan disiplin yang tinggi di dalam diri mereka
melalui aktiviti perkhemahan dan kepengakapan.

Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan


Malaysia ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelbagai cara boleh
dilakukan di peringkat sekolah dan peringkat seterusnya supaya perkembangan potensi
individu dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri.

2. MATLAMAT :

2.1 Kem Lencana Pengakap Pendidikan Khas ini dapat membantu murid berkeperluan khas ini
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ko kurikulum di samping menjalani hidup yang
sihat. Melalui aktiviti ini juga diharapkan agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi
emosi, rohani, jasmani, intelek serta sahsiah diri seterusnya dapat memberi sumbangan yang
bermakna kepada kehidupan sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

3. OBJEKTIF :

3.1 Membentuk generasi yang memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat
juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

3.2 Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman,


kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

3.3 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada


kesihatan tubuh badan

3.4 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisplin dengan aktiviti yang terancang.

3.5 Memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif dalam aktiviti pengakap.
4. SASARAN :
4.1 Murid Berkeperluan Khas SK Felda Ulu Tebrau.

5. BUTIRAN PROGRAM :

5.1 Tajuk : Kem Lencana Pengakap Pendidikan Khas SK Felda Ulu Tebrau
5.2 Tarikh : 19 September 2019 (Khamis )
5.3 Tempat : SK Felda Ulu Tebrau

6. JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Hashimah binti Hashim ( Pn Guru Besar )


Naib Pengerusi 1 : Pn Rohani binti Othman ( PK Ko-Kurikulum )
Naib Pengerusi 2 : En Sohaimi bin Ahmad ( PK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 3 : Pn Hjh Khamisah bt Haji Ayun ( PK Pentadbiran )
Setiausaha : Pn Asmah binti Razak ( Penyelaras PPKIBP )
Penyelaras Program : Mohamad Tajul Arif bin Mohamad Rani
Ajk : En Mohd Razi bin Salleh
: Pn Noorliana bt Che Yahya

9. TENTATIF PROGRAM :

Tarikh/ Hari Masa Aktiviti

19 September 7.15 pagi - Bacaan Yassin dan Doa


2019
8.00 pagi - Taklimat Aktivti
(Khamis)
8.30 pagi – 11.00 pagi - Aktiviti Stesen ke Stesen

Stesen 1 - Lencana Wajib


Aktiviti berbasikal

Stesen 2 & 3 - Lencana Keris Gangsa


a) Kraftangan – penanda buku ( watak jungle book)
b) Nilam – Lencana Pembaca Buku ( peserta wajib bawa
buku Nilam )
Makan Pagi ( 9.15 pagi -9.35 pagi)

Stesen 4 & 5 – Lencana Keris Perak


a) Bayblade ( peserta bawa sendiri )
b) Pekerja Am – cuci kereta

Stesen 6 & 7 – Lencana Keris Emas


a) Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Johor
b) Memasang dan membuka khemah

12.00 tengah hari - Majlis Penutup


-Penyampaian hadiah
-Ucapan Perasmian Penutup oleh : Pn. Hashimah binti
Hashim

1.00 petang - Bersurai

10. PENUTUP

Diharapkan program seperti ini dapat menjadi titik tolak dalam menjayakan Falsafah Pendidikan
Negara serta mencapai objektif yang disasarkan. Adalah menjadi harapan semua agar Kem
Lencana Pengakap Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2019 mampu meningkatkan martabat
murid berkeperluan khas ke peringkat yang lebih tinggi dalam aktiviti kepengakapan.

Disediakan oleh :

......................................
(Mohamad Tajul Arif bin Mohamad Rani )
Ketua Program Kem Lencana Pengakap Pendidikan Khas,
SK Felda Ulu Tebrau.

Disahkan oleh,

.....................................
( HASHIMAH BT HASHIM )
Guru Besar
SK Felda Ulu Tebrau

You might also like