You are on page 1of 2

Skema Jawapan

Jadual menunjukkan kes jenayah harta


benda yang berlaku di Taman Hijau pada
tahun 2011.
Jumlah kes jenayah yang berlaku di
Taman Hijau adalah 46 kes. Jenayah
mencuri motosikal mencatat bilangan
tertinggi iaitu sebanyak 17 kes. Kemudian,
diikuti dengan jenayah mencuri kereta,
iaitu sebanyak 12 kes. Jenayah meragut
mencatat bilangan ketiga tinggi, iaitu
sebanyak sembilan kes. Jenayah pecah
rumah mencatat bilangan sebanyak enam
kes. Kes jenayah yang paling sedikit
berlaku di Taman Hijau ialah jenayah
mencuri van, lori dan jentera berat, iaitu
sebanyak dua kes.
Pihak berkuasa perlu meningkatkan
rondaan di Taman Hijau. Selain itu, rukun
tetangga perlu ditubuhkan dan bergiat
aktif supaya dapat meningkatkan kualiti
hidup di taman tersebut.
Kesimpulannya, semua penduduk
Taman Hijau perlulah bekerjasama untuk
mengatasi masalah jenayah agar
keselamatan rakyat terjamin.
(120 patah perkataan)

You might also like