You are on page 1of 2

Karangan jenis biografi

Ibu Saya

Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan

mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada

batasannya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Aminah Ali. Beliau

berumur 35 tahun.

Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung.

Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu

saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau

dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.

Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk.

Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan

memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu

akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan

menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada

waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.

Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami

sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian

saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami

juga akan menonton televisyen bersama-sama.

Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu

tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa

membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan tokoh negarawan yang sangat saya

kagumi. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Setar, Kedah.

Pemikiran tajam dan idea yang bernas beliau dalam memacu pembangunan

negara membuatkan beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak,

AlorSetar, Kedah. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Government

English School (GES). Selepas Perang Dunia Kedua, beliau seterusnya

menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.

Kegigihan beliau menuntut ilmu terbalas dengan penganugerahan Ijazah

Doktor Perubatan (MBBS) pada tahun 1953.

Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang

keempat pada 10 Julai 1981. Beliau telah mengubah sektor ekonomi asas

negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah

negara berasaskan perindustrian.

Sebagai orang penting yang memegang jawatan tertinggi pentadbiran

negara, beliau telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Antara

projek terbesar yang dibangunkan oleh beliau semasa menjadi Perdana

Menteri ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara

BerkembarPetronas, Litar Antarabangsa Sepang, Putrajaya dan sebagainya.

Kesemua projek mega yang diilhamkan oleh beliau ini telah berjaya

meletakkan Malaysia di mata dunia. Wawasan 2020 ialah matlamat utama

beliau untuk melihat bangsa Malaysia maju dan berkualiti. Cita-cita beliau ini

dikagumi oleh negara-negara luar.

You might also like