You are on page 1of 6

农村国民型华文小学

SJK (C) LONG CHUAN


MERGONG 05150, ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-7310140 EMAIL: KBC2121@moe.edu.my
____________________________________________________________________________

PROGRAM KECEMERLANGAN MATEMATIK (PKM) UPSR


SJK(C) LONG CHUAN

RASIONAL

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu


usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adala untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
kerharmonian dankemakmuran masyarakat dan Negara Berdasarkan FPK, PKM UPSR
dijadikan medium bagi melakar kejayaan untuk anak-anak didik pada tahun ini. Kejayaan
akademik merupakan tulang belakang inspirasi kehidupan insanJusteru pihak sekolah
ingin membudayakan kecemerlangan dalam aspek pendidikan merupakan satu usaha
murni yang berterusan ke arah penambah baikan dalam semua kerjadan sentiasa
mengutamakan kualiti pengajaran serta berusaha meningkatkan kecekapan dan
keterapilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insan yang menyeluruh yang
bermatlamat ke arah pendidikan seumur hidup.

OBJEKTIF

•Memastikan semua murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR

•Murid-murid terdiri daripada pelbagai kecerdasan oleh itu pendekatan yang disampaikan
berbeza mengikut tahap penerimaan seseorang individu

•setiap murid diberi peluang yang sama untuk menonjolkan kebolohan dan potensi diri
yang dimiliki
农村国民型华文小学
SJK (C) LONG CHUAN
MERGONG 05150, ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-7310140 EMAIL: KBC2121@moe.edu.my
____________________________________________________________________________
PENGISIAN PROGRAM

Terdiri daripada 4 komponen iaitu:

i. Akademik
ii. Kerohanian
iii. Emosi
iv. Jasmani

i. Akademik
•Kelas tambahan harian dan cuti sekolah
•Latih tubi
•Kelas insentif

ii. Kerohanian
•Kem Bestari Solat
•Bacaan Yassin

iii. Jasmabi
•Setiap murid berpeluang menonjolkan bakat
•Berkebolehan, aktif serta mampu bersaing
•Dorongan, motivasi dan latihan

iv. Emosi / Motivasi


•Persediaan awal menghadapi UPSR / Kemahiran Belajar Cara Belajar
•Perjumpaan / dialog prestasi ibu bapa bersama guru
•Teknik menjawab soalan
•Kem motivasi
农村国民型华文小学
SJK (C) LONG CHUAN
MERGONG 05150, ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-7310140 EMAIL: KBC2121@moe.edu.my
____________________________________________________________________________

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM KEMILAU

1. Menyampaikan cadangan dalam mesyuarat AJK Tahun 6 untuk persetujuan


2. Mengemukakan kertas cadangan program kecemerlangan UPSR
3. Menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakan program
4. Menganjurkan sesi pertemuan dan dialog prestasi dengan ibubapa.penjaga murid
Tahun 6
5. Mengadakan kelas bimbingan percuma sebelum waktu pembelajaran bermula seawal
minggu pertama Januari 2017
6. Menganjurkan program guru pendamping individu bagi setiap murid /mentor
mentee.
7. Mengadakan program motivasi bertujuan member kesedaran kepada murid
8. Mengadakan program Teknik menjawab soalan (TMS) bagi memberi pendedahan
kepadacara memahami serta menjawab soalan mengikut skema
9. Memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi
10. Pemantauan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa pelaksanaan (Guru Besar, PK
Kurikulum dan Penyelaras program)

VISI
Ke arah meningkatkan bilangan A dan juga mencapai 100% lulus bagi mata pelajaran
Matematik

MISI
i Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah
ii Mengadakan kelas tambahan secara berkala dan berfokus
iii Menyediakan kelas dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran murid-murid
iv Menyediakan bahan yang sesuai dan menarik
v Memastikan murid sentiasa bersedia dan berminat untuk belajar
农村国民型华文小学
SJK (C) LONG CHUAN
MERGONG 05150, ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-7310140 EMAIL: KBC2121@moe.edu.my
____________________________________________________________________________
vi Memberikan pengalaman belajar dan menjawab soalan yang terbaik melalui
program PECUT

PROGRAM YANG SEDANG DAN AKAN DILAKSANAKAN

PROGRAM KECEMERLANGAN MATEMATIK UPSR

1. Program Kongsi Info A+


 aktiviti murid dikendalikan oleh guru bertugas mingguan
 setiap kali perhimpunan dan dijalankan secara formal

2. Kem siap siaga / Teknik A


 dikenali sebagai kem motivasi dan bengkel menjawab soalan mengikut skema Murid
akan diberikan pendedahan mengenai strategi teknik menjawab berkesan bagi setiap
mata pelajaran daripada guru yang berpengalaman
 Program ini dijangka dilaksanakan pada bulan April dan Jun
 Meningkatkan keyakinan diri dan berusaha gigih serta berani mencuba untuk
menjadilebih baik
 Yakin terhadap kemampuan diri dan pendedahan teknik menjawab mengikut topic
matematik dengan menjemput penceramah, pemeriksa kertas soalan dan guru
cemerlang.pakar dari luar
 Membentuk jati diri

3. Jadual Blok Julai – pecutan akhir dikendali sebagai “Kelas Kepung”


 Murid dilatih tubi belajar topik-topik Matematik
 Setiap murid menjawab soalan Model UPSR dan perbincangan jawapan menggunakan
soalan percubaan negeri lain

4. Majlis Bacaan Yassin


 Murid diberikan pengukuhan dalaman iaitu dengan membentuk diri dan sahsia dengan
pengisian rohani
 Pihak sekolah merancang untuk mengadakan pada awal September bersama ibubapa,
penjaga

5. Program Streaming Group


 Mengenal pasti kebolehan murid sama ada cemerlang, sederhana dan lemah.
 murid dibahagikan kepada kumpulan progresif (cemerlang dan sederhana) dan
proaktif (lemah +GALUS).
 Murid-murid akan memulakan program ini bermula semester kedua (Jun-September) .
农村国民型华文小学
SJK (C) LONG CHUAN
MERGONG 05150, ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-7310140 EMAIL: KBC2121@moe.edu.my
____________________________________________________________________________
 Setiap guru mata pelajaran akan merekod setiap pencapaian murid serta membantu
murid untuk lulus bagi murid GALUS dan mencapai A bagi murid sederhana dan
cemerlang.
 Semua guru menggarap teknik berkesan bagi setiap murid dalam kelas kepada murid
yang telah diagihkan sama ada nota, latihan dan bimbingan

6. Program Capai A (Kelas Tambahan)


 Pengukuhan dan pengayaan murid adalah diberikan dalam program ini yang diadakan
pada waktu harian, cuti sekolah dan hujung minggu.

7. Dialog Prestasi / Kunjungan Mesra Guru Bersama Ibu Bapa / Penjaga Murid
 Pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan program melibatkan para ibu bapa /
penjaga murid Tahun 6 untuk menilai seterusnya membantu murid mencapai sasaran
yang dihasratkan
 Perkongsian ini bertujuan memberi bimbingan kepada murid dan ibu bapa untuk terus
meneruskan sesi pembelajaran ketika berada di rumah
 Dengan harapan ibu bapa dapat memainkan peranan utama dalam berusaha membantu
pihak sekolah mencapai hasrat kecemerlangan UPSR

8. Program Mentor Mentee


 Setiap murid akan mempunyai mentor dari kalangan guru-guru secara indiviu
 Mentor akan memberi bimbingan dari aspek pengurusan waktu dengan berbincang
dan menyediakan jadual waktu belajar di rumah
 Mentor juga akan memberikan tips dan bantuan yang berkaitan dengan pengurusan
diri, emosi dan sahsia

9. Program Timba Tambaha Ilmu A+ Berpusat


 Murid akan dihantar menghadiri program . kem kecemerlangan sama ada di
peringkat+on daerah mahupun negeri
 Ini bagi memberi peluang kepada murid menimba dan menambah ilmu serta
pengalaman di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri
 Guru-guru akan mengiringi murid sepanjang program /aktiviti dijalankan di samping
keperluan makan minum dan kebajikan murid dijaga dengan sangat baik
农村国民型华文小学
SJK (C) LONG CHUAN
MERGONG 05150, ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-7310140 EMAIL: KBC2121@moe.edu.my
____________________________________________________________________________

PENUTUP

Diharapkan dengan adanya perancangan dan pelaksanaan PKM UPSR ini, motivasi
murid dan keputusan dalam peperiksaan UPSR 2017 mencapai sasaran yang ditetap. Di
samping guru-guru juga dapat melaksanakan proses PdP dengan lebih berfokus.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ __________________

(CHEW LI LI) (KUA SAW LIAN)

You might also like