You are on page 1of 27

PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

HALAMAN PENGAKUAN

‘’ Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ’’.

Tandatangan :

Nama : PANIMALAR A/P DARMALINGAM

NO.K/P : 840326-10-6246

Tarikh : 1 APRIL 2014


PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

PENGHARGAAN

Salam sejahtera......

Bersyukur kepada tuhan kerana berkat dan limpah kurnianya, dapat saya
menyiapkan kerja kursus Pendidikan Pemulihan ini dengan baik sekali dalam tempoh masa
yang telah di tetapkan.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah yang
terlibat iaitu Puan Liew Fee Lan yang telah banyak membantu dan memberikan panduan,
dorongan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini
sehingga siap. Segala maklumat yang bernas dan berguna daripada beliau banyak
membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini . Saya juga amat beruntung
kerana mempunyai seorang pensyarah yang berdedikasi dan sanggup melungkan masa
bersama kami bagi berkongsi maklumat untuk tugasan yang diberikan. Budi baik dan tolak
ansur beliau amat saya hargai.

Akhir kalam, jutaan yang tidak berbelah bagi juga saya tujukan kepada rakan-rakan
sepejuangan saya yang telah banyak membantu, berkongsi maklumat serta mencurahkan
idea dalam masa saya menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung. Pelbagai input yang berguna telah kami kongsikan bersama bagi menyiapkan
tugasan ini. Budi baik kalian tidak akan saya lupakan. Saya juga berharap agar suatu ati
kelak kita tetap akan bersama tidak kira di masa susah ataupun senang. Semoga
persahabatan kita akan berkekalaan selama-lamanya dan dirahmati-Nya
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

Halaman Judul

PERKHIDMATAN DALAM
PEMULIHAN
(3103)

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS PAHANG
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

SENARAI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 Borang Maklum balas I

2 Halaman Pengakuan II

3 Senarai Kandungan III

4 Penghargaan IV
5 TUGASAN INDIVIDU

6 Refleksi
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

TUGASAN INDIVIDU: PENULISAN AKADEMIK (70%)

SOALAN 1: (20%)

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun


1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah
khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.

“ Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang


digunakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
pembelajaran, kanak-kank pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah
biasa,atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang
diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan .”

(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain- 1977)

Guru pemulihan merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus
pendidikan npemulihan seperti di university, institute perguruan mahu pun istitut pendidikan
guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya guru pemulihan mempunyai
kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murud-murid yang
lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M(menulis, membaca dan mengira).

2. PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS


Guru Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:

2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.
2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang
khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak
yang mempunyai
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

masalah pembelajaran yang tertentu.


2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan
memerlukan..

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapeutic)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran asas 3M.
2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “
guru pendamping ” sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-


bahan pengajaran dan pembelajaran.
2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang
menghadap masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan
latar belakang murid.
2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu
demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

3. TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari
Tahun 2
hingga Tahun 3. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3.
3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada
di kelas
biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas
sekiranya keadaan
memerlukan.

3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-
pihak lain
yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku,
kesihatan dan
keterangan lain mengenai latar belakang murid.

3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui


prestasi murid-
murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:

3.4.1 Laporan prestasi murid.


3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.


3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.


3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah.
3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan.
3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di sekolah.

Ketika saya menjalankan PBS di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit

Rajah, Klang saya berkesempatan untuk menemubual bersama guru pemulihan di sekolah

tersebut dalam itu saya dapat mengetahui bahawa guru pemulihan sekolah tersebut dapat

melaksanakan tugasnya dengan penuh semangat. Setiap tanggungjawab yang diberikan

dapat dilaksanakan. Semasa saya menjalankan temubual saya, ini yang dinyatakan oleh

Puan Pushpa sebagai pendapatnya, Peranan saya sebagai Guru Pemulihan Khas…

Saya bekerja di sekolah sejak tahun 2007 sehingga sekarang sebagai Guru

Pemulihan lepasan Ijazah dalam Bidang Linguistik Melayu (UPM).Saya juga telah

menamatkan Diploma Pendidikan di IPPBM KL pada tahun 2009. Setelah ditempatkan di

SJK(T) Ladang Bukit Rajah saya mula menjalankan tugas sebagai guru pemulihan. Pada

pandangan saya sekolah ini mempunyai murid yang berasal dari keluarga yang miskin dan

sederhana. Kebanyakan ibu bapa di sini bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit dan

juga buruh kasar. Walaupun taraf ekonami yang rendah namun saya tidak mengalami

banyah kemusykilan kerana kebanyakan murid menguasai 3M.

Murid pemulihan yang dicalonkan oleh guru kelas saya menerimanya dengan tangan

terbuka. Saya juga mencuba sedaya upaya untuk memulihkan kelemahan mereka. Saya

juga akan menjalankan ujian diagnostic bagi mengenal bahagian kelemahan mereka. Sejak

awal lagi murid pemulihan bagi mata pelajaran Matematik sangat kurang dan kebanayakan

murid hanya mengikuti kelas pemulihan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Selepas
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

menjalankan Ujian Diagnostik saya akan menjalankan pdp yang terancang mengikut

kemahiran supaya dapat memulihkan mereka. Guru-guru Linus juga bertungkus lumus

untuk menghalang kewujudan murid LINUS dan juga Tegar. Kami hanya 10 orang guru

berganding bahu dalam menangani masalah murid Pemulihan dan LINUS. Tambahan pula,

saya juga merupakan guru BM arus perdana bagi murid tahun 5 dan 6 sejak tahun 2007.

Saya juga memegang jawatan Ketua Panitia BM dan setiausaha mesyuarat Guru.

Namun, saya sebagai guru pemulihan sedar bahawa skop kerja utama saya ialah murid

pemulihan semata-mata. Sekolah ini merupakan sekolah kurang murid yang mempunyai

127 orang murid. Namun skop kerja setiap orang guru adalah seperti guru-guru di sekolah

Gred B mahupun Gred A. Walaupun pelbagai masalah timbul serta menghalang tugas saya

namun saya tetap menaganinya sehingga sekarang tanpa menutup kelas saya.

Dalam pemerhatian saya apa yang dinyatakan oleh guru pemulihan ini adalah

keadaan sebenar yang dihadapi olehnya di sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, beliau

tetap melaksanakan peranan, bidang tugas dan tanggungjawabnya sebagai guru pemulihan

khas. Beliau telah menyediakan dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti

murid pemulihan dan seterusnya dapat menjalankan ujian diagnostic bagi menenal pasti

masalah pembelajaran khusus yang dihadapi oleh murid. Setiap satu ini dapat direkodkan

dan saya juga berkesempatan untuk tengok fail yang dihalkannya. Fail-fail yang disediakan

memang pada dengan apa yang diminta oleh pihak kementerian. Sistem fail beliau memang

cekap dan padat.

Beliau juga dapat merancang dan manyelia serta melaksanakan program individu

bagi murid yang mempunyai masalah. Dapat mengajar dan membantu murid yang lambat

dan menghadapi masalah. Membantu dan membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan

kaedah mengajar murid-murid yang mengadapi masalah 3M. Beliau juga berbincang

dengan ibu bapa murid untuk mendapat maklumat dan latar belakang murid. Pada masa

yang sama belia juga memberikan cadangan-cadangan yang baik bagi membantu anak

mereka demi kepentingan masa depannya.


PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

Dalam kesimpulan, saya perpendapat bahawa peranan dan

tanggungjawabnyan dapat dilaksanakan dengan baik. Beliau juga mempunyai

tanggungjawab lain selain menjadi guru pemulihan iaitu sebagai ketua panitia BM, ketua

panitian pemulihan, guru PLBS, guru kantin, guru kebersihan, Protim, setiausaha mesyuarat

guru dan guru BM tahun 5 dan 6. Walaupun sekolah kurang murid; menghadapi banyak

masalah kecerian bilik tetap dijaga. Cabaran yang tinggi dihadapi saya tetap kagum dengan

kecekapan beliau mengurus masanya.


PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

Soalan 2: (35%)

Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang
berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan
personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh:
Masalah dalaman individu
- Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang
Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:
- Model Psikopendidikan
- Teknik Kaunseling
- ‘Expressive Media’
- Teknik Pengurusan Tingkah Laku
Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi
pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang
menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah:
- Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan
- Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak
- Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak
dengan adil dan kasih saying
- Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-
kanak.
Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah
laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu
dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik
yang boleh dilaksanakan ialah:
- Life-space Interview
- Reality Theraphy
Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi
melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal
dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan
psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:
- Free Play
- Permainan Puppet
- Main Peranan
- Pergerakan Kreatif
- Terapi Seni
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

- Muzik
- Fotografi dan rakaman video
Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku
secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa
sahaja.
Antara Teknik yang boleh diguna ialah:

- Planned Ignoring
- Tension Reduction Through Humor
- Interest Boosting
- Hurdle Helping

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku
bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

A. Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara
berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat
ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya
bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

B. Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah
kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif
adalah seperti berikut:

i. Tingkah laku Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.


Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

ii. Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa


ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar kelas.

iii. Agresif

Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka
memaki hamun, dan sebagainya.

iv. Distruktif/merosakkan

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas,
mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v. Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini
akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan
yang dialami oleh seseorang .

vi. Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga
dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.

vii. Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa
dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

viii. Enggan ke sekolah

Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini
berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan
rumahnya.

ix. Mencuri
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas
akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

Punca salah laku

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu.
Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya
supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid
tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan
dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku

Dengan adanya pengetahuan dari nota ini saya dapat melakukan pemerhatian
terhadap tiga orang pelajar pemulihan ketika mereka menghadiri kelas pemulihan. Iaitu dua
orang budak perempuan dan seorang budak lelaki tahun 2 Pennarasi a/p Moorthi, Megala
a/p Lechumianan dan Navin a/l Ganesan. Melalui pemerhatian, saya dapat tahu bahawa
setiap seorang murid itu mempunyai masalah masing-masing. Ketiga-tiga orang murid ini
sangat bergantung kepada guru pemulihan mereka ketika membuat sesuatu latihan.
Masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid-murid ini dapat diselesaikan oleh gurunya.
Mengikut pandangan guru tiga daripada murid ini hanya seorang murid sahaja mengahadapi
masalah tingkah laku yang serius. Iaitu belajar yang bernama Navin. Navin adalah seorang
murid yang dari keluarga yang kurang pendidikan. Dia tidak dapat dorongan yang baik dari
keluarganya. Disini kita dapat ketahui bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang
penting dalam pengubahan tingkah laku murid ini. Bukan Navin sahaja mengahadapi
masalah dalam pembelajaran malah kakak serta abangnya juga sedemikian. Malah dalam
masalah Navin dia adalah seorang pendiam,sering gantung kepada orang lain dalam
pelajaran.
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

Masalah tingkah laku seperti mengasingkan diri dapat saya lihat ketika guru memberi
memberikan latihan kepadanya. Malah murid lain dapat berkerjasama antara satu sama lain
tetapi Navin enggan berkerjasama atau menanyakan sesuatu yang dia tidak ketahui olehnya
dari rakan mahupun guru. Dia juga sentiasa bergantung kepada guru bagi membimbingnya.
Saya dapat memerhatikan ini ketika gurunya mengajar matematik kepadanya. Guru
mengajar cara pengiraan kemudian gurunya juga memberikan batang ais krim sebagai
bahan bantuan dalam pengiraan tetapi dia masih tungng untuk gurunya menunjukan cara
pengiraan yang betul walaupun dia mengetahui pengiraan tersebut. Dia juga seorang murid
yang pasif. Suka mendiamkan diri dan tidak bersuara dalam kelas. Gurunya perlu menanya
soalan yang sama kerap kali bagi mendapatka jawapan darinya. Masalah tinbgkah laku
yang besar dihadapi olehnya adalah enggan hadir ke sekolah. Masalah tingkah laku ini
bukan sahaja mendantangkan masalah bagi diri Navin malah masalah bagi guru
pemulihannya juga.
Dengan tingkah laku sebegini pelajarannya terjejas. Guru juga mengadapi masalah
dalam pengajarannya. Gurunya menghadapi kesukaran dalam menyediakan rancangan
pengajaran yang betul dan guru terpaksa menyediakan rancangan pengajaran individu pada
dirinya. Inisiatif yang dia ambil oleh gurunya perlu dipuji. Guru pemulihan ini telah
menziarahi rumah muridnya bagi berjumpa dengan ibu bapanya supaya meminta hantar
anaknya kesekolah setiap hari. Guru pemulihan boleh mengatasi masalah dengan pelpagai
kaedah atau teknik. Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan
mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal,emosi, mental tahap keterukan dan
juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan tertentu. Dalam hal ini
guru boleh menggunakan kaedah ganjaran. Terdapat tiga jenis ganjaran iaitu ganjaran
primer, ganjaran sosial, ganjaran sekunder. Guru perlu mengetahi ganjaran yang mana
sesuai dengan muridnya. Bagi pendapat saya ketiga-tiga ganjaran ini boleh diberikan
terhadap murid tersebut. Ini kerana murid ini menghadapi masalah tingkah laku yang serius
iaitu enggan datang kesekolah. Ganjaran ini diteruskan sehingga Navin minat datang ke
sekolah. Kemudian ganjaran ini boleh dikurangkan.

Bimbingan dan kaunseling juga boleh menberikan keyakinan kedapa diri murid
tersebut. Guru boleh memberikan bimbingan supanya belajar tersebut dapat mengubahkan
tingkah lakunya. Memberikan keyakinan diri kepadanya. Pada masa yang sama juga guru
boleh menggunakan kaedah kontrak perjanjian. Persetujuan di antara dua pihak atau lebih
secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang
dipilih. Kontrak akan berjaya jika faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid
faham akan kesan yang akan berlaku. Pembentukan program pengurusan tingkah laku
adalah sesuatu yang penting. Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau
mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.Langkah-langkah yang
disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung
kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.Langkah-langkah pembentukan
program pengurusan tingkah laku;memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan
keutamaan,membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut,menentukan
tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour),mengenal pasti masa
pelaksanaan bagi tiap peringkat,memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna
pakai,menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment)
menjalankan program,melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala
(periodical evaluation),tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran
dicapai,memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah
dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan.Sebelum sesuatu tingkah laku dapat
diurus,beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu;Apakah jenis tingkah
laku yang dapat diperhati?Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?Bila
tingkah laku itu berlaku?Kekerapan tingkah itu berlaku.Apakah punca/sebab tingkah laku itu
berlaku?Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?
Kesimpulannya, sekiranya perkara-perkara yang dinyataka dapat diamalkan atau
diambil kira dalam setiap pengurusan tingkah laku. Guru dapat mengatasi masalah tingkah
laku dengan senang. Tingkah laku seseorang murid dapat diubahkan setra guru dapat
menghasilkan serta mewujudkan modal insan berakhlak mulia yang tinggi mengikut falsafah
pendidika Negara.
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN 2014

Nama Murid : Navin a/l Tarikh Lahir : 15 JUN 2006 Tarikh mula : 04 Apirl 2014 Tarikh Semak : 31 April 2014
Ganesan
Mata Pelajaran:Bahasa Melayu Umur : 8 Tahun
Pengetahuan sedia ada Navin boleh menulis perkataan berstuktur vkv,vkvk,kvkv dan kvkvk dengan kelancaran 50%
Matlamat jangka panjang Navin akan menulis perkataan 2 sukukata berstuktur kvkkvk dan kvkkvkk dan perkataan 3
sukukata.
Kekuatan/ Minat Murid boleh memahami arahan dengan mudah.

Membina perkataan dan ayat berdasarkan gambar yang ditunjukkan


Kelemahan/ Masalah yang - Murid kurang menumpukan perhatian di dalam kelas sewaktu matapelajaran bahasa
dikenal pasti
Melayu berjalan.
- Murid tidak dapat menumpukan tumpuan kerana pengajaran dan pembelajaran
membosankan.
- Sukar menulis perkataan kvkkvk, kvkvk dan perkataan lebih 2 sukukata.
- Contoh: pernah, pancing menjadi penah/pacing
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

Objektif Iangka pendek Strategi Pengajaran dan Penilaian Catatan


Pembelajaran

1. Navin dapat menyebut, membunyikan 1.Guru menunjukkan kad Jangka masa : 2 minggu Navin dianggap
dan menulis 10 daripada 15 perkataan perkatan. berjaya sekiranya
KVKKVK dan KVKKVKK berjaya menjawap 12
1.Melengkapkan lembaran
daripada 15 perkataan
kerja.
kvkkvk dan 3 daripada
5 ayat yang diberi.

2. Murid menyebut perkataan


2. Latih tubi
2. Navin dapat mengeja dan membaca KVKKVK dan KVKKVKK yang
mengeja,menyebut dan
4 daripada 5 ayat mudah yang guru sebut.
membunyikan perkataan
mengandungi perkataan KVKKVK DAN 3. Murid menyebut perkataan
KVKKVK dan KVKKVKK
KVKKVKK . KVKKVK dan KVKKVKK yang
berdasarkan gambar
guru sebut.
menggunakan slaid ,
4. Murid menyebut perkataan
power point dan kad
yang ditunjuk oleh guru.
gambar.
5. Murid menulis perkataan
KVKKVK dan KVKKVKK yang
3. Mengeja dan menyebut
diberikan oleh guru dalam kad
perkataan KVKKVK dan
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

perkataan. KVKKVKK perkataan


6. Guru mengeja perkataan dalam ayat mudah
KVKKVK dan KVKKVKK dalam menggunakan slaid power
bentuk ayat mudah. point.
1. Ali pernah pergi ke Langkawi.
2. Siva suka mincing ikan.

Tandatangan ibu bapa/ penjaga: Tarikh Bersidang Tandatangan ibu bapa/penjaga: Tarikh Bersidang

.................................................... Awal: ....................................................... Akhir:.....................

Nama:.......................................... Nama:..............................................

Tandatangan guru: Tandatangan guru:

...................................... .......................................................

Nama :.......................... Nama:...............................................


PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

SOALAN 3 : (15%)

NAMA :PANIMALAR A/P DARMALINGAM

NO I/C : 840326-10-6246

TOPIK : TEORI DAN MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

REFLEKSI

Menjadi seorang guru pemulihan bukan sesuatu perkara yang senang malah
guru pemulihan perlu mempunyai beberapa sifat seperti berikut seperti simpati,
empati dan dedikasi. Dalam hal ini banyak perkara harus diketahui oleh seorang
guru pemulihan. Terutamanya Teori dan Model Pengurusan Kelas Khas
Pengurusan kelas yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amalan rutin bilik darjah yang
lancar, disipln terkawal, penggunaan sumber p&p yang berkesan dan hubungan
harmoni serta mesra antara murid dan guru dalam kelas.

Levin dan Nolan (2004) :menyatakan bahawa kedua-dua arahan dan


pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta
sikap guru itu bertindak adalah untuk memudahkan guru mengurus kelas dalam
pengajarandan pembelajaran. Cegelka dan Berdine (1995) :Penyusunan fizikal bilik
darjah boleh mempengaruhi tingkahlaku dan pembelajaran murid. Kounin (1970)
:Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan
bilik darjah, mengurus pergerakan pelaja r di dalam kelas, dan mengawal disiplin
pelajar didalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan
kelas menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi
disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Melalui
pendapat tokoh-tokoh ini kita dapat mengetahui tentang kepentingan pengurusan
kelas.

Selain teori pengurusan kelas guru pemulihan juga harus mengutahui tentang
model pengurusan kelas. Melaui topik ini saya juga dapat mengetahui tentang model
pengurusan kelas khas. Kelas yang diurus dengan berkesan akan memberi kesan
yang baik kepada proses pengajaran dan pembelajaran Bilik darjah yang
mengandungi murid daripada pelbagai latar belakang , dan kebolehan memerlukan
satu gaya pengurusan yang cekap dan berkesan. Ada tiga model yang boleh
digunakan untuk mengurus sesebuah kelas pendidikan pemulihan Horse-
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

shoe,Stesen dan Kiosk. Setiap satu pengurusan kelas ini masing-masing mempunyai
kelebihan dan kelemahan. Model horse shoe, Biasanya murid disusun dalam
barisan berbentuk ladam kuda.Jika terdapat lebih dari dua barisan murid akan
disusun secara berselang supaya murid dapat belajar dengan selessa.Pastikan
penglihatan setiap murid yang duduk di belakang tidak terhalang oleh murid yang
duduk di baris hadapan .Jarak murid dari peti televisyen / papan tulis / guru
bersesuaian dan memudahkan pembelajaran murid.Sebaiknya model ini digunakan
untuk bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan satu barisan ladam kuda sahaja
terbentuk. Kelebihan model ini membantu guru untuk melihat dengan baik dan
mudah setiap pelajarnya.Ruang pergerakan pelajar mencukupi.Tiada halang
berinteraksi antara murid.Mudah untuk mengawasi tingkahlaku dan aktiviti pelajar.
Memudahkan interaksi antara pelajar serta melicinkan proses p&p. Semua pelajar
berada di hadapan guru.Tumpuan yang terhad .Sangat bersesuaian dengan
bilangan murid di kelas pemulian.

Kelemahanya pula Memerlukan ruang yang lebih besar dan luas. Hanya
sesuai untuk bilangan pelajar yang sedikit. Kedudukan murid tidak mengikut
kawasan kelemahan mereka sendiri. Menghadkan interaksi antara pelajar. Kelas
seterusnya adalah stesen Dilaksanakan untuk kelas yang ramai murid dan tahap
kebolehan berbeza. Mengatasi masalah kekurangan alat untuk mendapatkan
kemahiran yang sama. Murid berpeluang belajar sendiri secara aktif melalui
pembelajaran kendiri dan sambil bermain. Bilik darjah disusun mengikut stesyen
tertentu berdasarkan kemahiran atau aktiviti .Pembelajaran lebih berpusatkan
kepada murid dan bahan.Kelebihannya, Murid dapat mengetahui kemahiran yang
telah dikuasai dan perlu dikuasai. Dapat memupuk perasaan ingin berjaya dan
bersaing dengan rakan-rakan. Guru dapat meningkatkan kemahiran dalam
pengawalan kelas dan menggunakan pelbagai bahan mengajar yang sesuai. Murid
dapat melalui pembelajaran secara berperingkat dan berkesan.Guru dapat
memperkenalkan kemahiran-kemahiran asas yang mudah terlebih dahulu kemudian
diikuti dengan peringkat yang lebih tinggi. Kemahiran yang diajar di setiap stesen
merupakan kesinambungan kepada setiap kemahiran asas untuk membaca dan
mengira. Membantu membuat persiapan yang lebih terancang dan lebih mudah.
Guru hanya perlu menyediakan bahan bantu mengajar untuk bidang disiplin yang
berkesan. Dapat membina satu berbentuk pengajaran dan pembelajaran yang
berturutan dan berterusan. Keadaan stesen membolehkan murid berasa gembira
dan berminat untuk belajar di stesen masing-masing. Menggalakan mobiliti murid.
Membolehkan murid mengenali semua guru. Disiplin murid senang dikawal.
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

Kelemahan kelas ini adalah, Murid tidak terdedah dengan rakan-rakan yang dapat
mencabar kebolehan mereka untuk meningkatkan pencapaian. Murid berasa rendah
diri apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat melangkau ke stesen-stesen
berikutnya. Murid berkemungkinan dipandang rendah oleh rakan-rakan yang sudah
menguasai kemahiran yang lebih tinggi.Keadaan kelas mungkin tidak terurus kerana
tidak dapat memberi perhatian kepada semua murid di setiap stesen dalam masa
yang sama. Keperluan peralatan fizikal. Pengubahsuaian peralatan fizikal.

Kelas seterusnya adalah kelas model kiosk. Seakan sama kaedah stesen
tetapi ia agak kekal di satu-satu sudut pembelajaran dalam bilik darjah. Kiosk dibina
berdasarkan kepada kepelbagaian kebolehan murid dan murid perlu belajar
mengikut minat dan kebolehan yang berbeza. Kelebihannya, Memberi berpeluang
merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Memberi peluang guru untuk
mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka. Melalui
kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru, murid sebenarnya akan menarikan
minat untuk belajar .Murid-murid pemulihan khas agak lambat dalam memahami
pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung untuk belajar kepada kesesuaian,
kecerdasan dan minat mereka. Kelemahan kelas model ini, Suasana disiplin murid
akan menjadi disiplin yang negatif sekiranya kawalan kelas oleh guru tidak dijalankan
dengan baik dan murid gagal mendengar arahan guru untuk beralih menggunakan
kiosk lain kerana hanya minat kiosk yang tertentu sahaja.Kekurang ruang dan bahan
bantu pelajar yang sesuai.

Bukan sahaja teori dan model pengurusan sahaja terdapat dalam topik
pertama ini malah pengurusan pembelajaran murid pendidikan pemulihan juga
termasuk dalam topik. Pengurusan pembelajaran secara kelas mengurangkan
beban guru. Pelbagai kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada
masa yang sama kelas tidak dapat dikawal. Menghadapi masalah dalam
mengenalpasti kelemahan murid. Walaupun banyak kaedah digunakan masalah
murid susah diselesaikan. Pengurusan pembelajaran secara individu pula ada
banyak kelebihan menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid .Murid-
murid belajar mengikut kemampuan sendiri. Masalah murid dapat diatasi dengan
lebih cepat . Murid belajar tanpa bergantung kepada guru.Bahan bantu mengajar
amat releven dengan keperluan murid. kelas berpasangan , murid dapat berinteraksi
dengan rakan ,murid lebih aktif, masalah murid dapat diketahui dengan lebih cepa,
menggalakan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal,bertolak ansur,
hormat-menghormati dan murid yang lebih pandai dapat membantu guru bagi
nmenyelesaikan masalah. Dengan belajar berkumpulan pula murid mengikut
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

kebolehan. kerjasama dan pertandingan yang sihat diwujudkan,murid yang cerdas


dapat membantu murid-murid yang lemah,Murid dapat mengembangkan bakat
kepimpinan,pemupukan semangat kerjasama, sikap timbang rasa, bertolak ansur
dan semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan. Manakala pengurusan
pembelajaran secara kendiri dapat meningkatkan sifat ingin tahu murid. menjadikan
murid belajar berdikari dan sebagainya. Melaui topic ini saya dapat memperoleh
banyak maklumat yang berfaedah bagi diri saya. Dengan ini saya dapat manfaatkan
apa yang saya pelajari pada masa akan datang.

Akhir sekali, bahasa dijunjung, budi disanjung. Bahasa Jiwa bangsa.


Sekian, terima kasih.
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

RUJUKAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas.Bahagian Pendidikan Khas


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan


3M ).Jabatan Pendidikan Malaysia.

Brewer, J.A ( 1992 ) Introduction to Early Childhood Education Preschool Through


Primary Grade, Boston : Ally and Bacon.

Diakses pada 24 March 2014

http://www.scribd.com/doc/1787895/Pengurusan-Program-Pemulihan-Khas-pind-
2006-06

diakses pada 26 March 2014

file:///C:/Users/user/Documents/Peranan-Pentadbir-Dalam-Program-Pemulihan-
Khas.htm

Diakses pada 26 March 2014

http://kasih-skjap.blogspot.com/2008/10/pemulihan-khas-kelas-kasih.html
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)
PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP3103)

You might also like