You are on page 1of 1

BAHAGIAN A

Soalan A1 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan
yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap
perkataan. Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

Jumlah siswazah Melayu/Islam yang meraih ijazah kepujian kelas pertama


kekal tinggi. Pada tahun 2015, jumlahnya seramai 38 orang, (1) tanding dengan
jumlah rekod tinggi tahun 2014.

Sementara itu, jumlah pelajar yang menerima Anugerah Mendaki adalah yang
tertinggi sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1982. Sebanyak 499 anugerah itu (2)
sampai oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob
Ibrahim.

Tiga kategori anugerah baru turut diperkenalkan dalam majlis tahun ini.
Anugerah Mendaki diperluaskan kepada pelajar madrasah terbaik dalam PSLE serta
pelajar cemerlang dari NAFA dan LaSalle bagi (3) iktiraf pelbagai laluan kejayaan
yang tersedia untuk semua pelajar.

Satu-satunya (4) terima Anugerah Mendaki dalam kategori PSLE madrasah


ialah Sukainah Sulaiman yang meraih agregat 264 dan 4A*.

"Anugerah ini merupakan motivasi untuk saya mencapai kejayaan yang lebih
tinggi dan dengan anugerah ini, saya mahu mencapai kejayaan dalam bidang sains
kerana impian saya ialah untuk menjadi seorang saintis," kata Sukainah.

Siswazah jurusan Sains Biologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU),


Muhammad Azhari Mohammad Zain pula merupakan antara 38 siswazah (5) puji
kelas pertama yang diberi pengiktirafan berprestij, Anugerah Cemerlang Mendaki.
Beliau mencapai GPA 4.82 daripada GPA maksimum 5, sekali gus menjadi pelajar
terbaik dalam kohort

(Dipetik dan diubahsuai dari http://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/38-pelajar-melayu-islam/2123676.html, 13/9/2015)

You might also like