You are on page 1of 1

BAHAGIAN A

Soalan A1 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang
telah digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap perkataan.
Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

Jumlah siswazah Melayu/Islam yang meraih ijazah kepujian kelas pertama kekal
tinggi. Pada tahun 2015, jumlahnya seramai 38 orang, (1) tanding dengan jumlah rekod
tinggi tahun 2014.

Sementara itu, jumlah pelajar yang menerima Anugerah Mendaki adalah yang
tertinggi sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1982. Sebanyak 499 anugerah itu (2)
sampai oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob
Ibrahim.

Tiga kategori anugerah baru turut diperkenalkan dalam majlis tahun ini. Anugerah
Mendaki diperluaskan kepada pelajar madrasah terbaik dalam PSLE serta pelajar
cemerlang dari NAFA dan LaSalle bagi (3) iktiraf pelbagai laluan kejayaan yang tersedia
untuk semua pelajar.

Satu-satunya (4) terima Anugerah Mendaki dalam kategori PSLE madrasah ialah
Sukainah Sulaiman yang meraih agregat 264 dan 4A*.

"Anugerah ini merupakan motivasi untuk saya mencapai kejayaan yang lebih
tinggi dan dengan anugerah ini, saya mahu mencapai kejayaan dalam bidang sains
kerana impian saya ialah untuk menjadi seorang saintis," kata Sukainah.

Siswazah jurusan Sains Biologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU),


Muhammad Azhari Mohammad Zain pula merupakan antara 38 siswazah (5) puji kelas
pertama yang diberi pengiktirafan berprestij, Anugerah Cemerlang Mendaki. Beliau
mencapai GPA 4.82 daripada GPA maksimum 5, sekali gus menjadi pelajar terbaik dalam
kohort

You might also like