You are on page 1of 3

JAWATANKUASA AJK KELAB PELAJAR OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

7000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.


Kepada Yang Berkenaan. Ruj. Kami:
Tarikh : 01/07/2018

Setiausaha Kelab Pelajar Negeri Sembilan (OUMNS),


Open University Malaysia,
7000 Seremban, Negeri Sembilan.

Tuan/ Puan,
Per: MEMOHON MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE “CSR ROHINGYA” BAGI
AKTIVITI KELAB PELAJAR OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya bagi pihak Kelab Pelajar Open University Malaysia ingin memaklumkan bahawa kelab
pelajar kami akan mengadakan lawatan atau rombongan sambil belajar ke “CSR ROHINGYA” di
Seremban pada tarikh , masa dan hari seperti berikut :-

Program : CSR ROHINGYA


Tarikh : 21 July 2018
Masa : 10.00 pagi-4.00 petang
Hari : Sabtu
Alamat : No 176 Lorong Kanan Jujur 13, Taman Jujur, 70400 Seremban, Negeri
Sembilan

3. Tujuan mengadakan lawatan sambil belajar ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang
keadaan kehidupan seharian masyarakat Rohingya di Seremban. Kelab pelajar juga ini memberi
sedikit sumbangan dana dalam berbentuk wang atau barang untuk mengurangkan beban kehidupan
masyarakat Rohingya.
4. Selain itu, pihak kami juga berharap pihak tuan/ puan dapat memberi kebenaran kepada kelab
pelajar kami untuk teruskan aktivti ini. Di samping itu, kelab pelajar kami juga berharap bahawa
staff-staff oum akan turut melibatkan diri aktviti ini. Untuk pengetahuan pihak tuan, rombongan
kami terbuka kepada semua pelajar OUM, fasilitator dan staff OUM.

5. Sokongan, pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan amat kami harapkan dan
hargai untuk menjayakan program tersebut. Sekiranya terdapat kemusykilan, kami berharap pihak
tuan tidak keberatan untuk memaklumkan kepada kami.

Segala kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………
JAMUNARANI A/P SATHASIVAM
Setiausaha Kelab Pelajar Negeri Sembilan,
Open University Malaysia.
(013-6167517)
LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM
PROGRAM “CSR ROHINGYA” 2018

SABTU (21/07/2018)

MASA AKTIVITI

10.00 a.m. - 10.30 a.m. Semua berkumpul di tempat yang disediakan.

10.30 a.m. - 11:30 a.m. Pendaftaran peserta dan agihan kumpulan.

11:30 a.m. - 12.00 p.m. Ceramah agama oleh Pn Zubaidah bt Yusoh dan Cik
Saidatul Nabilah Bt Mohd Sufi.

12.00 p.m. -12.30 p.m. Aktiviti permainan kanak-kanak.

12.30 p.m. - 1.30 p.m. Makan tengahari.

1.30 p.m. - 3.30 p.m. Aktiviti gotong-royong.


3.30 p.m. - 4.00 p.m. Memberi sumbangan dana kepada masyarakat Rohingya.

4.00 p.m. Penutup/bersurai.

You might also like