You are on page 1of 89

Penerbit:

Institut Aminuddin Baki


Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK
Tel: 06-7979200

http://iab.moe.edu.my
e-mel: iab@iab.edu.my

Urusan Penerbitan:
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Institut Aminuddin Baki

Muat Naik Pertama 2018

©Institut Aminuddin Baki 2018

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

ISBN
978-967-0504-64-3

Pengurus Penerbitan
Azwan bin Wamin
Maryati binti Athan

Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman


Siti Suhaini binti Zaharin
Thilagam a/p Gurusamy

Penyediaan Tapak dan Muat Naik Digital


Pusat Pengurusan Teknologi

Pencetak
Merah Print & Supply Sdn. Bhd
No. 20 & 20A, Jalan 4/12A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 019-6507840
PENAUNG
Datuk Dr. Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT
Dr. Hj. Zainal Aalam bin Hassan
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pengurusan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGERUSI
Mistirine Binti Radin
Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
Institut Aminuddin Baki

TIMBALAN PENGERUSI
Mazlan bin Samsudin
(27 Okt 2017 Sehingga Kini)
Hashim bin Md. Zin
(1 Okt 2015 – 3 Julai 2017)
Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)
Institut Aminuddin Baki

SETIAUSAHA 1
Wan Azmiza binti Wan Mohamed
SETIAUSAHA 2
Noraisah binti Md. Yusof

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI


Abdul Mu’ti bin Ahmad
Dr. Marzita binti Abu Bakar
Nor Asiah binti Ibrahim
Dr. Nor Laila binti Kuslan
Mustaffa Kamal bin Osman
Nik Mohd. Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman
Dr. Zaharian bin Zainuddin
Mohd. Zakaria bin Ahmad

KETUA EDITOR
Dr. Shuhaida binti Shamsudin

SIDANG EDITOR
Noor Azimah binti Abdul Aziz
Che Zakiah binti Mohamad Salim
Rashinawati binti Abd. Rashid
Nor Ishsan binti Abd. Razak
Zainap binti Ibrahim
Dr. Nor Azman bin Mohamed
PRAKATA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Panduan Pelaksanaan
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Versi 2018
Institut Aminuddin Baki (IAB) ini dapat diterbitkan. Buku panduan ini bertujuan memberikan
maklumat dan gambaran latar belakang IAB, sejarah NPQEL, kaedah pelaksanaan dan
pentaksiran program NPQEL, pemprofilan peserta, kajian impak, penerbitan karya terpilih
dan semua perkara yang berkaitan dengan program NPQEL.

Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini amat penting kepada bakal peserta NPQEL
dalam usaha peserta menyahut cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
meningkatkan kompetensi Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin sekolah yang
berprestasi tinggi menjelang 2025.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan ahli
pemikir dan warga IAB yang telah menyumbang segala idea, tenaga dan masa bagi
merealisasikan penerbitan Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Versi 2018 ini.

KETUA EDITOR

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

1
KANDUNGAN
Halaman
PRAKATA 1
KANDUNGAN 2
SENARAI JADUAL 3
SENARAI RAJAH 4
KATA ALU-ALUAN MENTERI PENDIDIKAN 5
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 6
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 7
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH (KHIDMAT LATIHAN) IAB 8
RINGKASAN EKSEKUTIF 9
SINGKATAN 10
1.0 Pengenalan 11
1.1 IAB sebagai Institusi Latihan Kepimpinan Pendidikan 11
2.0 NPQEL Versi 2018 13
2.1 Sejarah NPQEL 14
2.2 Rasional Pindaan Kurikulum 15
2.3 Kerangka NPQEL 17
2.4 Kurikulum NPQEL 19
2.5 Pelaksanaan Kurikulum 20
2.6 Kaedah Penyampaian Latihan 21
3.0 Pelaksanaan NPQEL Versi 2019 22
3.1 Permohonan 22
4.0 Kaedah Pelaksanaan 28
4.1 Mod e-NPQEL 28
4.2 Mod Bersemuka 29
5.0 Pentaksiran Kompetensi NPQEL 69
5.1 Pemprofilan Kompetensi Peserta 71
6.0 Pengurusan Kecergasan Eksekutif 74
7.0 Bring Your Own Devices (BYOD) 77
8.0 Kandungan Kit Peserta 78
9.0 Kajian Impak NPQEL Versi 2018 78
GLOSARI 80
RUJUKAN 81
PENGHARGAAN 84

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

2
SENARAI JADUAL

Halaman

Jadual 1: Perbezaan antara NPQEL Mod Baharu (2011) dan


NPQEL Versi 2018 16
Jadual 2: Kurikulum NPQEL 2.0 Berdasarkan Kompetensi 20
Jadual 3: Jenis Aktiviti Latihan dan Pembangunan PGB Mengikut Kategori
Penyampaian Latihan 70:20:10 (Diadaptasi daripada Jennings
dan Wargnier, 2014) 22
Jadual 4: Struktur Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 28
Jadual 5: Definisi Kompetensi NPQEL Versi 2018 30
Jadual 6: Pembentangan Eksekutif Peserta 31
Jadual 7: Aktiviti dan Pelaporan Perantisan 2 43
Jadual 8: Pemetaan Pentaksiran Perantisan 2 44
Jadual 9: Deskripsi Kandungan Laporan Bicara Kepimpinan melalui Buku 69
Jadual 10: Pembentangan Bicara Kepimpinan melalui Buku 70
Jadual 11: Pentaksiran Individu Berasaskan Kompetensi 73
Jadual 12: Definisi Tahap Kompetensi Aras Ukuran
Rubrik Analitik Kompetensi 74
Jadual 13: Jenis, Peringkat dan Objektif Penyelidikan 83

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

3
SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 1: Visi dan Misi IAB 11


Rajah 2: Pelaksanaan Latihan Kepimpinan Pendidikan Program NPQEL 12
Rajah 3: Carta Aliran Sejarah NPQEL 14
Rajah 4: Kerangka NPQEL Versi 2018 17
Rajah 5: Domain Kompetensi NPQEL Versi 2018 20
Rajah 6: Proses Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 21
Rajah 7: Model Pembelajaran dan Pembangunan 70:20:10 22
Rajah 8: Carta Alir Permohonan secara Atas Talian 25
Rajah 9: Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran ke NPQEL Versi 2018 26
Rajah 10: Carta Alir Mod e-NPQEL 28
Rajah 11: Pentaksiran Amali Etiket di Meja Makan 55
Rajah 12: Pemilihan Judul Buku 68
Rajah 13: Pentaksiran kompetensi NPQEL Versi 2018 74
Rajah 14: Laporan Perkembangan Kompetensi Peserta 75
Rajah 15: Laporan Pencapaian Peserta mengikut Kelas 76
Rajah 16: Profil Kompetensi Peserta 77
Rajah 17: Aktiviti Pengurusan Kecergasan Eksekutif 78
Rajah 18: Carta Alir Pendaftaran BYOD 81

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

4
Kata Alu-Aluan
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan


Salam Sejahtera.

Syabas dan tahniah kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) atas kejayaan menerbitkan buku Panduan
NPQEL Versi 2018. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala usaha dan sumbangan
IAB dalam menerbitkan buku panduan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Trend dunia telah banyak berubah. Cabaran kita adalah untuk melangkaui kehidupan selepas tahun 2020.
Justeru, perkembangan ini memerlukan kita membentuk satu negara bangsa yang lebih berwibawa dari
segi ekonomi, sosial dan minds kerana kita perlu menghadapi pelbagai cabaran seperti demografi yang
semakin berusia, perubahan iklim, dan ekonomi digital. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
memacu usaha bagi mewujudkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia yang menyediakan modal insan
berkemahiran kritikal seiring dengan keperluan masa hadapan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mengupayakan pelaksanaan pelbagai inisiatif


yang mendukung usaha mentransformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh.
Dalam usaha ini, kerajaan komited untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara bagi
melengkapkan warga pendidik dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi menghadapi
cabaran abad ke-21. Perancangan dan inisiatif strategik disusun ke arah mewujudkan satu sistem
pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian dan kejayaan dalam tempoh
yang telah ditetapkan iaitu pendidikan berkualiti menjelang tahun 2025.

Pemimpin pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam melestarikan kecemerlangan
pendidikan. Oleh itu, usaha membangun kapasiti pemimpin perlu dilaksanakan secara holistik dan
memerlukan sokongan dalam bentuk pembangunan pembelajaran profesional yang berterusan.
Kompetensi diri, komitmen dan perwatakan pemimpin sangat penting dalam menyediakan pemimpin
sekolah yang mampu menangani perubahan. Buku Panduan ini adalah pemetaan pembangunan
profesional berterusan yang disediakan oleh IAB bagi meningkatkan kompetensi pemimpin pendidikan
supaya lebih profesional dalam memimpin organisasi pendidikan. Pembangunan kapasiti pemimpin
pendidikan yang bercirikan keperluan pendidikan watan amat penting dalam usaha memastikan
kemenjadian murid berdasarkan acuan sendiri yang mampu bersaing pada peringkat global.

Syabas dan tahniah kepada warga IAB kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
merealisasikan agenda transformasi pendidikan negara.

PENDIDIKAN ADALAH KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG


DAN SALING HORMAT-MENGHORMATI

YB Dr. Maszlee bin Malik


Menteri Pendidikan Malaysia

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

5
Kata Alu-Aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Setinggi penghargaan dan syabas kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) atas inisiatif menerbitkan Buku
Panduan NPQEL Versi 2018. Inisiatif ini selaras dengan Anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) dalam menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap
sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan supaya sistem pendidikan


Malaysia setanding dengan sistem pendidikan di negara maju. Transformasi ini perlu untuk memastikan
sistem pendidikan Malaysia relevan bagi melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri dan berupaya
menjadi global player. Bagi merealisasikan matlamat ini, sistem pendidikan memerlukan transformasi
terhadap strategi latihan kepada pemimpin pendidikan.

Gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berorientasikan wawasan dan
pemikiran kepimpinan ke arah masa hadapan. Pemimpin pendidikan masa ini perlu berfikiran futuristik
bagi mendepani cabaran Pendidikan Abad Ke-21. Selaras dengan hasrat itu, pemimpin pendidikan
perlu meningkatkan kompetensi profesionalisme dan mampu meneraju transformasi pendidikan. Inisiatif
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah wadah ke arah memperkasakan kepimpinan berkualiti
dan futuristik bagi mencapai aspirasi murid secara global.

IAB adalah institusi yang diamanahkan untuk merealisasikan anjakan ke-5 dalam PPPM melalui
program latihan dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Tahniah kepada IAB yang telah berjaya
melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melatih dan meningkatkan kualiti pemimpin pendidikan. Latihan
komprehensif yang dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan pemimpin pelapis dan Pengetua/Guru
Besar baharu.

Melalui latihan komprehensif di IAB, pemimpin pendidikan mampu meningkatkan kompetensi, kemahiran
dan pengetahuan sedia ada mereka. Pada masa yang sama, pemimpin pendidikan berupaya mempamerkan
keyakinan dan kredibiliti sebagai penyalur maklumat yang baik dan pencetus transformasi pendidikan
negara sebagaimana yang diharapkan.

Semoga terus cemerlang Membina Negara Bangsa.

Datuk Dr. Amin bin Senin


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

6
Kata Alu-Aluan
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
(PENGURUSAN PROFESIONALISME KEGURUAN)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Panduan NPQEL Versi 2018 dapat
diterbitkan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan pemikir NPQEL kerana telah berjaya
menerbitkan buku ini. Institut Aminuddin Baki (IAB) memikul tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan
harapan dan amanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan pemimpin berprestasi
tinggi ditempatkan di setiap sekolah selaras dengan Anjakan Ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. IAB sebagai Institusi Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan terulung negara
telah mereformasikan pelbagai aspek dalam fungsi pensyarah IAB dan membuat pembaharuan yang
bersifat komprehensif dan holistik kepada program NPQEL yang merupakan satu-satunya program pada
peringkat kebangsaan bagi menghasilkan pemimpin pelapis pendidikan.

Bagi mencapai hasrat ini, IAB telah melaksanakan kaedah pendekatan latihan baharu iaitu NPQEL Versi
2018 atau NPQEL 2.0. NPQEL Versi 2018 merupakan suatu kaedah latihan yang berteraskan kompetensi
(competency based) berbanding kaedah sedia ada yang lebih berasaskan pengetahuan (knowledge
based). NPQEL Versi 2018 menumpukan kepada empat (4) domain dan 10 kompetensi berdasarkan
kepada definisi pemimpin berprestasi tinggi iaitu pemimpin berwawasan, mampu membawa perubahan
yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi dan berketerampilan personal dan profesional.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini juga mekanisme pelaksanaan penyampaian dan perkongsian turut
mengalami reformasi agar bersifat lebih futuristik.

IAB berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang dilaksanakan kekal
relevan serta mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan negara. Idea dan pemikiran
baharu sentiasa diimplementasikan bagi melestarikan sistem latihan agar memberi impak positif dalam
menzahirkan pemimpin berprestasi tinggi. Pemimpin pendidikan perlu berupaya menganjakkan pemikiran
agar menjangkau masa hadapan dan merentas pelbagai disiplin keilmuan serta kemahiran.

Semoga transformasi ini memberi impak positif kepada semua pemimpin pendidikan dan warga pendidik
seterusnya kepada kelangsungan kemenjadian murid.

Dato’ Sulaiman Bin Wak


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pengurusan Profesionalisme Keguruan)

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

7
Kata Alu-Aluan
TIMBALAN PENGARAH (KHIDMAT LATIHAN)
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Institut Aminuddin Baki (IAB) sangat bersyukur kerana berjaya menyediakan Buku Panduan NPQEL Versi
2018 atau singkatnya NPQEL 2.0. Buku ini memuatkan maklumat berkaitan NPQEL 2.0 dari segi sejarah,
kurikulum dan pelaksanaannya. Peserta NPQEL Ambilan 1 tahun 2018 merupakan pengguna pertama
buku panduan ini sekali gus peserta ulung bagi kaedah latihan NPQEL versi 2018 yang menekankan
kaedah latihan masa hadapan (future training) dan berfokuskan kepada kompetensi.

Penyediaan kaedah latihan NPQEL 2.0 telah bermula pada tahun 2016 sebaik sahaja mendapat
mandat melalui bengkel-bengkel pasukan pemikir yang melibatkan bukan sahaja pensyarah IAB tetapi
juga pegawai-pegawai dari Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah. Kandungan NPQEL 2.0 juga telah
ditatarkan kepada pegawai-pegawai JPN dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(KPPKM), serta sesi perbincangan bersama-sama Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan pandangan.

Kandungan buku ini dan kaedah penyampaian latihan NPQEL 2.0 akan ditambah baik dari semasa ke
semasa sejajar dengan hasil penilaian program tahunan. Melalui amalan kaizen, diharapkan agar latihan
NPQEL berjaya melahirkan bakal pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan membawa perubahan
positif terhadap kemenjadian murid di setiap sekolah yang dipimpin.

Kepada warga IAB, marilah kita bersama-sama menggembelingkan tenaga dan usaha untuk menunaikan
tugas dan tanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan NPQEL 2.0 dapat dilaksanakan dengan jayanya
seterusnya dapat menzahirkan aspirasi pendidikan negara.

Mistirine binti Radin


Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
Menjalankan Tugas Pengarah
Institut Aminuddin Baki

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

8
RINGKASAN EKSEKUTIF

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) merupakan satu inisiatif
latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan untuk membentuk kumpulan pemimpin pelapis yang bakal
menerajui sekolah di seluruh Malaysia. NPQEL adalah kesinambungan daripada Kursus Kelayakan
Profesional Pemimpin Sekolah (NPQH) yang telah dilancarkan pada 1 Jun 1999 yang lalu. Dari titik
permulaan tersebut, NPQEL telah mengalami perubahan kepada NPQEL pada tahun 2018. Bagi tujuan
memastikan keselarasan dalam pendokumentasian, Mesyuarat Lembaga Pengajian bertarikh 23 Januari
2018 menetapkan bahawa nama program NPQEL dikekalkan dengan nama sedia ada iaitu NPQEL
walaupun pendekatan latihan adalah berbeza.

Perubahan pendekatan latihan dalam NPQEL Versi 2018 mengambil kira pembangunan
profesional pemimpin secara berterusan berasaskan kepada penyampaian latihan futuristik dan
pentaksiran berpusatkan peserta Latihan NPQEL Versi 2018 ini turut menyesuaikan kaedah penyampaian
yang lebih tepat dalam menyediakan calon Pengetua/Guru Besar (PGB) novis dengan kompetensi
pemimpin berprestasi tinggi. Walaupun NPQEL Versi 2018 merupakan satu latihan dalam perkhidmatan
seperti kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) yang lain seperti NPQEL Mod Baharu (2011)
tetapi terdapat beberapa perbezaan yang dapat dikenal pasti termasuk tempoh kursus, bilangan ambilan
setahun, kurikulum, pentaksiran, kaedah penyampaian dan pengisian kursus.

Kerangka NPQEL Versi 2018 dibangunkan daripada definisi operasional pemimpin berprestasi
tinggi, iaitu pemimpin berwawasan, pemimpin pembelajaran dan juga pemimpin perubahan yang akan
memberi impak kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid melalui pembangunan kualiti
profesional dan kualiti peribadi seseorang pemimpin itu. Kurikulum NPQEL Versi 2018 dibentuk khusus
untuk menyediakan PGB novis yang berprestasi tinggi. Kaedah penyampaian latihan NPQEL Versi 2018 pula
adalah berdasarkan kepada kaedah penyampaian latihan 70:20:10, iaitu 70% pembelajaran berasaskan
pengalaman, 20% pembelajaran sosial dan 10% pembelajaran formal. Semua aktiviti ini bertujuan untuk
membangunkan penguasaan sepuluh kompetensi kepimpinan pendidikan. Sepuluh kompetensi yang
dimaksudkan itu adalah berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan
masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi
berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi.

Pelaksanaan Kurikulum NPQEL Versi 2018 dimulakan dengan permohonan secara dalam talian
menggunakan aplikasi Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) yang layak perlu memohon dan beberapa tapisan akan dilakukan untuk memastikan bahawa PPP
yang layak sahaja akan dipilih untuk mengikuti NPQEL Versi 2018. Kurikulum NPQEL Versi 2018 dijalankan
dalam tiga (3) fasa bagi setiap ambilan, iaitu aktiviti sebelum, semasa dan selepas latihan. Ketiga-tiga fasa
ini akan melibatkan aktiviti bersemuka, aktiviti lapangan dan aktiviti berkumpulan.

Buku Panduan ini bertujuan memberikan maklumat dan gambaran berkaitan latar belakang IAB,
sejarah NPQEL, kaedah pelaksanaan dan pentaksiran program NPQEL Versi 2018, pemprofilan peserta
dan semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan program NPQEL Versi 2018. Harapan kami agar
buku ini dapat membantu semua pihak dalam memahami pelaksanaan NPQEL Versi 2018.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

9
SINGKATAN

1. BYOD Bring Your Own Devices

2. CPD Pembangunan Profesionalisme Berterusan

3. IAB Institut Aminuddin Baki

4. JPN Jabatan Pendidikan Negeri

5. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

6. LCML Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan

7. MPPS Modul Penggantian Pemimpin Sekolah

8. NPQEL Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan

9. NPQH Kursus Kelayakan Profesional Pemimpin Sekolah

10. PGB Pengetua dan Guru Besar

11. PPD Pejabat Pendidikan Daerah

12. PdP Pengajaran dan Pembelajaran

13. PPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

14. PPPM 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

15. SGM Standard Guru Malaysia

16. SKPGB Standard Kompetensi Pengetua dan Guru Besar

17. SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua

18. SKKSM Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia

19. TAK Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Kumpulan

20. TAL Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Lapangan

21. TAS Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Bersemuka

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

10
1.0 PENGENALAN

Keadaan sosiopolitik yang stabil, ekonomi yang mampan serta budaya kerja dan kehidupan
yang beretika sememangnya merupakan faktor utama menjamin pembangunan sesebuah
negara; namun dengan wujudnya pendidikan berkualiti bertaraf dunia mampu membawa
keseluruhan negara dan warganya ke tahap yang dihormati dan disegani masyarakat
global. Peningkatan martabat pendidikan yang sederhana atau penambahbaikan secara
beransur-ansur adalah tidak memadai. Pendidikan bertaraf dunia memerlukan usaha
mentransformasikan sistem pendidikan melalui lonjakan saujana.

Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan bahagian di Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) yang berfungsi melaksanakan latihan bagi pemimpin dan bakal pemimpin
pendidikan di KPM. Institusi ini merupakan satu-satunya pusat latihan pengurusan dan
kepimpinan pendidikan di Malaysia serta yang terbesar di Asia. Sebagai pusat latihan
pengurusan dan kepimpinan, IAB memikul tanggungjawab besar bagi memastikan warga
KPM mendapat latihan terkini yang relevan dengan kerja buat peserta sebagai peneraju
bahagian, jabatan dan institusi masing-masing.

1.1 IAB SEBAGAI INSTITUSI LATIHAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

1.1.1 Visi dan Misi IAB

VISI
Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang

MISI
Membangunkan Kepemimpinan Bagi Menghasilkan Organisasi Berkualiti

Rajah 1: Visi dan Misi IAB

Secara umumnya, fungsi IAB adalah memberi sokongan secara berterusan dalam aspek
pengurusan dan kepimpinan pemimpin pendidikan. Sokongan secara berterusan ini
diberikan melalui pewujudan persekitaran pembelajaran dan pengamalan pengetahuan,
pembudayaan ilmu serta penghayatan nilai-nilai dalam kursus-kursus dan program-
program yang dilaksanakan sama ada bersifat jangka masa pendek atau panjang.
Program-program atau kursus-kursus yang dijalankan memenuhi mandat dan hasrat
kepimpinan KPM untuk memastikan pelaksanaan dasar-dasar disampaikan kepada
keseluruhan warga pendidik melalui pemimpin dan pengurus pendidikan.

Secara khususnya, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


(PPPM 2013-2025), IAB dipertanggungjawab untuk merealisasikan Anjakan ke-5 iaitu
memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. IAB berperanan
untuk memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian Pengetua/
Guru Besar (PGB) mulai 2013 dan melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar
yang baharu secara berperingkat, dengan sokongan dan kebertanggungjawaban yang
tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid. Maka dengan matlamat yang cukup jelas ini,
latihan yang dirangka melalui program-program atau kursus-kursus di IAB perlu meliputi
keseluruhan perkembangan kerjaya kepimpinan seseorang pendidik.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

11
1.1.2 Latihan Kepimpinan Pendidikan

A. Sebelum lantikan PGB

Dalam struktur kepimpinan sekolah, pemimpin pertengahan sekolah merupakan kelompok


pemimpin yang melaksanakan peranan antara pengurusan kanan dengan guru bagi
menjamin pembelajaran berkesan (Gurr & Drysdale, 2013). Kursus Kepimpinan Pemimpin
Pertengahan (LCML) merupakan kursus yang dianjur untuk membangun kompetensi
pemimpin pertengahan di sekolah. LCML diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pemimpin pertengahan sekolah melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
Pemimpin pertengahan memainkan peranan penting dalam membantu pengurusan
tertinggi sekolah membangunkan sekolah.

Oleh itu, semua pemimpin pertengahan di sekolah mesti mempunyai kompetensi


tertentu seperti berfikir secara strategik dan proaktif dalam melaksanakan tindakan. Dalam
usaha memantapkan pengurusan dan kepimpinan sekolah, pemimpin pertengahan juga
harus dibimbing untuk merealisasikan hasrat yang ingin dicapai. Sebuah program lagi
untuk bakal PGB ialah Program NPQEL. Pembangunan profesionalisme calon PGB dalam
program NPQEL menggunakan pendekatan pengurusan bakat iaitu peserta dikenal pasti,
ditaksir, dibangunkan dan dilantik sebagai PGB novis yang berprestasi tinggi di sekolah.

B. Semasa lantikan PGB

Peserta yang lulus dan telah dilantik sebagai PGB akan mengikuti Program Immersion.
Seterusnya peserta akan diberi kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan
kompetensi sebagai PGB IAB menganjurkan kursus dalam perkhidmatan sepanjang tahun
seperti Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum, Pengurusan Kewangan, Pengurusan
Teknologi Maklumat, Coaching dan Mentoring dan Kajian Tindakan.

Rajah 2: Pelaksanaan Latihan Kepimpinan Pendidikan Program NPQEL

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

12
2.0 NPQEL VERSI 2018

NPQEL merupakan satu-satunya program pada peringkat kebangsaan bagi menghasilkan


pemimpin pelapis yang cekap dan kompeten. Sehubungan dengan itu, mulai 1 Julai 2014,
KPM telah meluluskan bahawa sijil NPQEL sebagai syarat mandatori bagi pelantikan PGB
sekolah di bawah KPM merujuk kepada surat siaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
bertarikh 7 November 2013. Dapatan daripada 6 kajian yang telah dibuat menunjukkan
bahawa program NPQEL adalah satu latihan pembentukan pemimpin pelapis yang
berkesan yang membawa perubahan kepada tahap pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran peserta serta keupayaan peserta menjalankan tugas pengurusan dan
kepimpinan sekolah.

Pelaksanaan program NPQEL juga telah menerima reaksi positif dan merupakan
petunjuk bahawa program NPQEL berlangsung dengan baik. Kemampuan peserta telah
diperlihatkan dalam menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai peneraju pentadbiran
sekolah (IAB, 2014). Kajian-kajian ini juga menjustifikasikan kesesuaian dasar KPM
yang memastikan hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang benar-benar
layak sahaja menyandang jawatan utama pentadbiran sekolah. Program NPQEL ini
didapati amat relevan bagi memenuhi tuntutan kepimpinan sekolah masa kini dan perlu
diteruskan bagi memastikan pencapaian hasrat dan aspirasi negara melalui PPPM 2013-
2025 (Kamaruzaman, 2009). Kepemimpinan pendidikan sering dikaitkan dengan proses
pembangunan modal insan yang berkualiti (Ibrahim, 2002) yang bermaksud individu
tersebut bukan sahaja berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, inovatif dan intelektual
tetapi berbudaya progresif.

PPPM 2013-2025 mengesyorkan kriteria pemilihan PGB dari kriteria pemilihan


berasaskan tempoh perkhidmatan kepada kriteria memfokuskan kecekapan kepimpinan.
Kajian menyokong bahawa pendekatan latihan berasaskan kompetensi adalah berkesan
bagi melahirkan pemimpin kerana latihan berasaskan pekerjaan mampu meningkatkan
kemahiran individu, menguji aspek nilai dan sikap selain daripada melengkapkan diri
dengan pengetahuan. Sehubungan dengan ini, IAB membuat perubahan dari segi latihan
berasaskan pengetahuan kepada latihan berasaskan kecekapan. Latihan ini mampu
mengupayakan individu untuk melakukan tugasan di samping mengurus pelbagai tugas
dalam melaksanakan tanggungjawab di tempat kerja. Oleh itu, pelaksanaan pembelajaran
dan latihan berasaskan kompetensi, memerlukan komitmen yang tinggi dari segi
penglibatan individu dan organisasi sejajar dengan perkembangan keperluan semasa.

Proses latihan ini memerlukan individu mencapai piawaian kecekapan yang


ditetapkan mengikut keperluan industri meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan
sikap. Model kecekapan adalah salah satu kerangka kerja untuk menentukan kemahiran
dan pengetahuan mengikut keperluan sesuatu pekerjaan bagi menentukan prestasi kerja
yang berjaya. Maka, hasil pembelajaran ditetapkan berdasarkan kepada kecekapan yang
diperlukan dengan mengaplikasi kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut domain.
Justeru, modul pembelajaran dalam talian yang mengabungkan teori-teori pengurusan
dan kepimpinan dibangunkan berdasarkan kompetensi bagi menyediakan pengetahuan
agar individu dapat mempamerkan kecekapan yang dikehendaki.

Dalam mengorak langkah untuk memastikan NPQEL terus relevan dengan


perkembangan dan kehendak pembangunan profesional semasa, maka pihak IAB
mengaplikasi pendekatan baharu melalui NPQEL Versi 2018 berteraskan kompetensi
atau kecekapan (competency based). Latihan Berasaskan Kecekapan memberi peluang
kepada individu mempamerkan keupayaan peserta dalam membugarkan kompetensi
berasaskan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu tugasan sebagai pemimpin
berprestasi tinggi seperti mana hasrat KPM dalam Anjakan ke-5 PPPM 2013-2025.2.1

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

13
SEJARAH NPQEL

Rajah 3: Carta aliran Sejarah NPQEL

NPQEL merupakan suatu inisiatif latihan dalam perkhidmatan bagi bidang kepimpinan
dan pengurusan anjuran KPM bertujuan untuk membentuk satu kumpulan pemimpin
pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah, kepada tahap
yang cemerlang dan terunggul dalam semua bidang (IAB, 2009). Program NPQEL
adalah kesinambungan daripada Program Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan
Kebangsaan atau National Professional Qualification for Headship (NPQH).

Program NPQH telah dilancarkan pada 1 Jun 1999 berdasarkan tiga (3) faktor
utama. Pertama, pengetahuan dalam bidang pendidikan telah berkembang pesat di
Malaysia dan seluruh dunia. Oleh itu bakal pentadbir sekolah di Malaysia memerlukan
pengetahuan dan kemahiran baharu agar tidak ketinggalan dan dapat bergerak selari
dengan perkembangan dunia pendidikan.

Kedua, program ini sejajar dengan syor atau cadangan dalam penyataan Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979
berhubung dengan latihan kepada pentadbir sekolah iaitu penubuhan sebuah institusi
pelajaran tempatan yang menawarkan latihan bagi pegawai Kementerian Pelajaran yang
membawa kepada penubuhan IAB. Ketiga, pengaruh idea dan amalan berkaitan latihan
profesional untuk pentadbir sekolah berasaskan kehadiran pegawai tinggi KPM dalam
kursus di luar negara seperti latihan untuk pentadbir sekolah di Amerika Syarikat dan
kerangka latihan di Britain menjadi rujukan penggubalan modul Program NPQH.

Program NPQH dilaksanakan selama satu (1) tahun dan sukatannya berlandaskan
sembilan (9) bidang kompetensi dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (IAB, 2006). Sebanyak 11 kohort NPQH dilatih sejak tahun 1999 sehingga tahun
2007. Bermula tahun 2008 program NPQH telah ditukar nama kepada program NPQEL
dan pengisian program ini dimantapkan untuk membolehkan Sijil NPQEL diberikan nilai

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

14
taraf Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Walau bagaimanapun, tempoh program ini masih
kekal selama satu (1) tahun dengan enam (6) bulan pertama di IAB dan enam (6) bulan
kemudiannya di sekolah bagi program Sandaran. Sehingga Disember 2011, sebanyak
tiga (3) kohort NPQEL dilatih.

Program NPQEL adalah latihan menyeluruh (total training) yang merangkumi


keseluruhan keperluan asas kompetensi PGB NPQEL juga merupakan satu-satunya
program berstruktur secara komprehensif bagi menyediakan barisan bakal PGB di
negara ini. Pada tahun 2011, berdasarkan surat JPA(L)S. 175/4/1-1Klt 10 (48), IAB telah
mengubah tempoh program NPQEL kepada lima (5) bulan dan struktur mod pengajian
dilaksanakan secara blended learning, iaitu secara bersemuka (face to face) dan
e-Pembelajaran. Sehingga Disember 2017, tiga belas ambilan NPQEL mod baharu telah
dilaksanakan dan sejumlah 6951 orang peserta telah dilatih.

2.2 RASIONAL PINDAAN KURIKULUM NPQEL

Perubahan pendekatan latihan NPQEL 2.0 juga mengambil kira pembangunan profesional
pemimpin secara berterusan berteraskan prinsip andragogi dan pembelajaran berpusatkan
peserta (participant learning centred). Inisiatif membangunkan pemimpin pertengahan
berprestasi tinggi telah bermula pada tahun 2017 melalui Kursus LCML. Dalam jangka
masa panjang, Kursus LCML juga akan diperluaskan menggunakan pendekatan latihan
dalam talian. Kumpulan pemimpin pelapis ini merupakan calon NPQEL yang telah
mempunyai pengetahuan berasaskan pengalaman sebagai pentadbir dan juga terlatih
melalui mod latihan dalam talian dan bersemuka. Oleh yang demikian, adalah menjadi
keperluan untuk NPQEL menggunakan mod yang sama sebagai kesinambungan
pembangunan profesionalisme berterusan.

Pada tahun 2017, nisbah simpanan bakal PGB adalah 1:1 bagi kebanyakan negeri.
Ini menyebabkan graduan NPQEL yang tidak mendapat CGPA 3.75 iaitu pencapaian
yang diperaku sebagai berprestasi tinggi, turut dilantik sebagai PGB akibat kekurangan
simpanan graduan NPQEL. Justeru, pelaksanaan NPQEL Versi 2018 mengupayakan
nisbah 1:3 dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mempunyai pilihan calon berkompetensi
tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan PGB.

Latihan NPQEL turut menyesuaikan kaedah penyampaian yang sesuai, bertepatan


dengan keperluan menyediakan calon PGB novis dengan kompetensi pemimpin berprestasi
tinggi. Selain e-NPQEL, kaedah 70:20:10 digunakan untuk menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) andragogi dan pentaksiran bagi mengesan kompetensi bakal
PGB. Pelaksanaan NPQEL juga menerapkan keperluan tahap kompetensi bakal PGB
yang dilahirkan mematuhi pelaksanaan dasar semasa pendidikan negara seperti Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), Kurikulum Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Negara,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pendidikan 2030, Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) dan lain-lain dasar yang sedang berkuat kuasa.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

15
Jadual 1: Perbezaan antara NPQEL Mod Baharu (2011) dan NPQEL Versi 2018
Aspek NPQEL Mod Baharu (2011) NPQEL Versi 2018
Tempoh Kursus 5 bulan 3 bulan 3 minggu
Bilangan Ambilan 2 ambilan @ 1740 orang 3 ambilan @ 2610 orang
Setahun peserta peserta

Kurikulum Knowledge-based Competency-based


10 Kompetensi:

Ujian Akhir Kursus 1 & 2 (40%) 1. Berfikiran Strategik


2. Memimpin Perubahan
3. Membuat Keputusan
e-Pembelajaran (20%)
4. Menyelesai Masalah
Pentaksiran
5. Memimpin Pembelajaran
Penandaarasan (10%) 6. Membangun Kapasiti
7. Membina Jaringan dan Jalinan
Sandaran (30%) 8. Berkomunikasi Berkesan
9. Berkepemimpinan
10. Berkeperibadian Tinggi

Kuliah (6 minggu) 70:20:10


Kaedah Penyampaian
Amali (10 minggu) Pembelajaran Abad ke-21 BYOD
• 5 minggu bersemuka (2+2+1):
• Pembentangan kumpulan dan
6 minggu bersemuka (3+2+1)
individu
• Amali Protokol dan Etiket
• 7+ 3 modul latihan
• Jalinan Pintar Korporat dan
• Bersama Tokoh
• Lawatan Penandaarasan ke
Pengisian 2 minggu Penandarasan
Institusi Swasta
8 minggu Sandaran
e-Pembelajaran • Bicara Profesional/Ilmu
Ujian Kecergasan (sekali) • Bicara Kepimpinan melalui Buku
• e-NPQEL
• Perantisan 1 (1 minggu)

• Perantisan 2 (6 minggu)

Seterusnya, latihan NPQEL masih bersandarkan pendekatan kursus dalam


perkhidmatan seperti kursus pembangunan profesional berterusan (CPD) yang lain iaitu
peserta tidak perlu melepaskan jawatan yang disandang apabila mengikuti kursus ini.
Namun, terdapat perbezaan NPQEL Mod Baharu (2011) dan NPQEL Versi 2018 dalam
enam (6) aspek yang merangkumi tempoh kursus, bilangan ambilan setahun, kurikulum,
penilaian, kaedah penyampaian dan pengisian kursus (Jadual 1).

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

16
2.3 KERANGKA NPQEL VERSI 2018

Kerangka NPQEL Versi 2018 dalam Rajah 2 menunjukkan keupayaan pelaksanaan


NPQEL bagi merealisasikan Anjakan ke-5 PPPM 2013–2025 dalam memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Pemimpin Berprestasi
Tinggi didefinisikan sebagai PGB berwawasan dan mampu membawa perubahan yang
berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi melalui keterampilan personal dan
profesional (dapatan bengkel pada 22-25 Nov 2016) serta mendokong dasar-dasar
pendidikan sedia ada. Latihan NPQEL memastikan bakal PGB berprestasi tinggi memiliki
sepuluh kompetensi yang dikategorikan kepada 4 domain kompetensi utama iaitu: (1)
Berwawasan; (2) Menerajui Perubahan; (3) Mencemerlangkan Organisasi; dan (4)
Berketerampilan.

Rajah 4: Kerangka NPQEL Versi 2018

Pemimpin berwawasan ialah pemimpin yang mempunyai pemikiran strategik.


Berpemikiran strategik menjadi komponen utama dalam penyediaan pengurusan strategik
dan keupayaan mengesan pencapaian (progress tracking). PGB yang berwawasan perlu
berfikir secara meluas, mendalam dan jauh ke hadapan dalam membuat keputusan ke
arah tindakan kecemerlangan organisasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PGB yang
berprestasi tinggi adalah pemimpin yang mampu memimpin perubahan yang diperlukan
dan pakar dalam melakukan intervensi (Shuhaida, 2016). Kompetensi ini penting kepada
pemimpin berwawasan untuk berdaya saing dalam era global yang berorientasikan masa
hadapan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

17
PGB yang berprestasi tinggi juga berperanan sebagai peneraju perubahan yang
memimpin ahli dalam organisasinya untuk mencapai hasil yang dihasratkan. Sebagai
peneraju perubahan, PGB harus memimpin proses pembaharuan yang dilakukan secara
berterusan dalam organisasi dari segi hala tuju, struktur serta kemampuan untuk memenuhi
keperluan pelanggan dalaman dan luaran. Pemimpin seharusnya dapat merangsang
proses pembangunan yang kreatif melalui budaya penambahbaikan yang berterusan
(Wall et al.,1992). Pemimpin perubahan juga berupaya membuat keputusan dengan
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berdasarkan data dan keperluan organisasi
di samping meningkatkan motivasi, kecekapan, keberkesanan dan mengurangkan konflik
apabila melaksanakan perubahan yang dikehendaki. PGB yang berprestasi tinggi mampu
memanfaatkan alat yang sesuai untuk memantau keberkesanan dan memantapkan
proses perubahan bagi memaksimumkan hasil atau kejayaan perubahan yang diingini.

Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada peranan dan kompetensi


seseorang pemimpin. Pemimpin sekolah perlu bertindak sebagai PGB berprestasi
tinggi bagi memastikan perjalanan pengurusan sekolah berjalan lancar. Oleh itu, PGB
seharusnya mempunyai kompetensi sebagai pemimpin pembelajaran (leadership for
learning), membangunkan kapasiti (capacity building) serta membina jaringan dan jalinan
(networking and linkages). Sebagai pemimpin pembelajaran PGB perlu kompeten sebagai
pemimpin instruksional, penyelia dan pembimbing (coaching and supervision) serta
pengurusan sumber dan operasi. Amalan kepimpinan instruksional di sekolah berprestasi
tinggi dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif, iklim pengajaran dan pembelajaran
serta membangunkan kepimpinan guru (Sufean, 2014). PGB sebagai pemimpin
pembelajaran perlu berupaya bertindak sebagai suri teladan, jurulatih dan pembimbing
(coach) pengurusan pembelajaran futuristik seperti Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) abad ke-21.

Sebagai pembangun kapasiti, PGB berprestasi tinggi sewajarnya memiliki


kompetensi dalam pembelajaran sepasukan (team learning), pengurusan sumber manusia
serta pembelajaran sepanjang hayat. PGB yang kompeten sebagai pembangun kapasiti
berupaya untuk membangunkan kompetensi diri dan sumber manusia dalam organisasi.
Pembangunan kapasiti guru boleh dilaksanakan semasa proses penyeliaan melalui sesi
coaching (Range, 2013).

PGB berprestasi tinggi perlu kompeten dalam membina jaringan dan jalinan
(networking and linkages), kesedaran sosial, kemahiran perundingan dan mempunyai
budaya keusahawanan. Dalam membina jaringan dan jalinan, PGB berupaya mewujudkan
pemikiran korporat dengan menggunakan pelbagai strategi dan sumber bagi menyokong
pembangunan sekolah. Kepimpinan sekolah abad ke-21 mesti berupaya bekerjasama
dalam komuniti sekolah dan industri luar bagi mencari peluang untuk pembelajaran luar
bilik darjah (Wagner, 2008) agar dapat memacu kecemerlangan sekolah.

Tiga (3) domain kompetensi utama yang telah dibincangkan perlu dilengkapi
dengan kualiti profesional dan kualiti peribadi yang saling lengkap melengkapi dalam
mengupayakan PGB sebagai pemimpin berprestasi tinggi. PGB berkualiti profesional
mempunyai kualiti keperibadian yang tinggi, tret peribadi yang baik dan dapat
mempamerkan gaya kepemimpinan yang baik, berkemampuan menonjolkan keikhlasan,
keyakinan diri, sifat dominasi, berwawasan, dan berkemampuan secara psikologi untuk
mencapai matlamat organisasi. Manakala PGB berkualiti peribadi mempunyai keterampilan
dalam berkomunikasi dan memimpin secara profesional dengan mengaplikasikan dan
menterjemahkan teori dalam tindakan dan seterusnya menjadi budaya dan inspirasi
kepada warga sekolah.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

18
Justeru, setelah dibekalkan dengan sepuluh kompetensi melalui latihan NPQEL
Versi 2018, bakal PGB dapat merealisasikan hasrat PPPM 2013-2025 sebagai pemimpin
berprestasi tinggi bagi menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti (Rajah
3) dengan mematuhi serta akur kepada standard ditetapkan iaitu Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang Kedua (SKPMg2), Standard Guru Malaysia (SGM) dan Standard Kompetensi
Pengetua dan Guru Besar (SKPGB).

2.4 KURIKULUM NPQEL VERSI 2018

Kurikulum NPQEL Versi 2018 dibentuk berdasarkan kerangka NPQEL Versi 2018
yang digubal khusus untuk menyediakan PGB novis yang berprestasi tinggi. Oleh
yang demikian, aktiviti pembelajaran, pendedahan dan pengalaman dalam kurikulum
NPQEL Versi 2018 adalah bertujuan untuk mencungkil penguasaan sepuluh kompetensi
kepimpinan pendidikan. Aktiviti pembelajaran dapat membekalkan peserta dengan ilmu
pengetahuan yang terkini, membangunkan jalinan hubungan dengan stakeholders atau
pemegang taruh, dan pendedahan tentang amalan kepimpinan dan pengurusan dalam
situasi sebenar supaya peserta dapat melaksanakan tugas di sekolah dengan lebih
berkesan.

Seterusnya, pembinaan kurikulum NPQEL Versi 2018 mengambil kira pelaksanaan


Kurikulum NPQEL Versi 2012 dan 2016 yang mempunyai 150 jam pembelajaran. Dokumen
rasmi pembentangan pasukan pemikir NPQEL Versi 2018 Bilangan 1 tahun 2016 kepada
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pengurusan Profesionalisme Keguruan),
dan hasil perbengkelan NPQEL Versi 2018 Fasa 1 tahun 2016 dan Fasa 2 tahun 2017
telah melibatkan pelbagai pihak antaranya pensyarah IAB, PGB, JPN, Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti.

[Sumber: Adaptasi Shuhaida 2016, Schlueter & Walker 2008, Berger & Dorothy 2003,Collins 2012, Dongen 2014]
Rajah 5: Domain Kompetensi NPQEL Versi 2018

Kedua-dua bengkel ini telah memutuskan dua perkara iaitu pendefinisian Anjakan
ke-5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah; dan
mencadangkan pengisian kurikulum berdasarkan definisi yang dipersetujui seperti dalam
Rajah 3. Kurikulum NPQEL Versi 2018 digubal berdasarkan kompetensi seperti yang
dinyatakan dalam definisi PGB berprestasi tinggi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

19
Jadual 2: Kurikulum NPQEL 2.0 Berdasarkan Kompetensi

Bil. Domain Kompetensi Kandungan

1 Berwawasan 1. Pemikiran Strategik 1.1 Pengurusan Strategik

2. Memimpin Perubahan 2.1 Memimpin Perubahan


Menerajui
2 3. Membuat Keputusan 2.2 Membuat Keputusan
Perubahan
4. Menyelesai Masalah 2.3 Menyelesaikan Masalah

3.1 Kepimpinan Instruksional


3.2 Coaching and Supervision
3.3 Pengurusan Sumber dan Operasi
5. Memimpin Pembelajaran
3.4 Pembangunan Sumber Manusia
6. Membangun Kapasiti
Mencemerlangkan 3.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat
3 7. Membina Jaringan dan
Organisasi 3.6 Pembelajaran Sepasukan
Jalinan
3.7 Kesedaran Sosial
3.8 Kemahiran Perundingan
3.9 Kemahiran Keusahawanan

8. Berkomunikasi Berkesan
4. Berketerampilan 4.1 Berketerampilan
9. Berkepemimpinan
10. Berkeperibadian Tinggi

2.5 PELAKSANAAN KURIKULUM

Pelaksanaan NPQEL pada tahun 2018 meneruskan fungsi dan objektif NPQEL Versi
2014 yang merupakan prasyarat lantikan ke jawatan PGB. Kaedah pelaksanaan dan
kandungan kurikulum NPQEL merupakan peralihan daripada berasaskan pengetahuan
(knowledge based) kepada berasaskan kompetensi (competency based). Pelaksanaan
kaedah baharu ini juga membolehkan latihan dilaksanakan tiga (3) kali setahun yang
akan menambah bekalan atau simpanan PGB kepada 2,610 orang setahun berbanding
1,740 orang pada tahun 2017 dan sebelum (Rajah 6).

Rajah 6: Proses Pelaksanaan NPQEL Versi 2018

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

20
Kurikulum NPQEL Versi 2018 dijajarkan kepada tiga (3) fasa setiap ambilan, iaitu
aktiviti sebelum latihan, semasa latihan dan selepas latihan. Proses pelaksanaan program
NPQEL Versi 2018 melibatkan e-NPQEL selama 21 hari sebelum pelaksanaan kursus
bersemuka selama tiga (3) bulan. Fasa sebelum latihan dilaksanakan secara latihan
interaktif dalam talian untuk peserta menguasai 10 kompetensi berkaitan pengetahuan
asas kepimpinan dan pengurusan sekolah. Fasa semasa latihan dilaksanakan secara
bersemuka selama lima minggu melibatkan aktiviti pembentangan, Bicara Ilmu, Protokol
dan Etiket Sosial, Pengurusan Kecergasan Eksekutif, Lawatan Penandaarasan ke Institusi
Swasta, Jaringan Pintar Korporat dan Bicara Kepimpinan melalui Buku. Peserta akan
melaksanakan Perantisan 1 selama satu (1) minggu dan Perantisan 2 selama enam (6)
minggu di sekolah perantisan yang dipilih dan di sekolah tempat peserta bertugas. Fasa
selepas latihan merupakan pemilihan hasil tugasan peserta untuk diterbitkan sebagai
galakan penghasilan kerja cemerlang. Sepuluh kompetensi secara bertema dijajarkan
secara seimbang dalam setiap aktiviti dalam talian, bersemuka dan amali.

2.6 KAEDAH PENYAMPAIAN LATIHAN

Selaku bakal PGB, peserta NPQEL Versi 2018 perlu memahami peranan sebenar peserta
sebagai seorang pengurus dan pemimpin sekolah. Kaedah penyampaian latihan 70:20:10
menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman dan pengetahuan bagi melatih
peserta menguruskan organisasi dengan cemerlang. Rajah 7 merupakan gambaran
model pembelajaran dan pembangunan 70:20:10 oleh McCall, Lombardo dan Eichinger
(1996).

[Sumber: Adaptasi daripada McCall, Lombardo and Eichinger (1996), High Impact Organization Maturity Model (Deloitte, 2013)]

Rajah 7: Model Pembelajaran dan Pembangunan 70:20:10

Kerangka penyampaian latihan dan pembangunan 70:20:10 menekankan


70 peratus daripada pembelajaran peserta daripada tugasan yang mencabar dan
pengalaman melakukan kerja buat PGB (on-the job learning experiences), 20 peratus
daripada pembelajaran peserta dibangunkan daripada hubungan peserta dengan
stakeholders, rangkaian komuniti pembelajaran dan maklum balas yang diterima dan 10
peratus adalah pembelajaran daripada latihan formal seperti kursus, bengkel dan seminar
yang berstruktur. Kaedah ini telah diadaptasikan sebagai kaedah pembelajaran peserta
NPQEL Versi 2018. Jadual 3 menunjukkan jenis aktiviti latihan dan pembangunan yang
merujuk kepada setiap kategori dalam kaedah penyampaian latihan 70:20:10.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

21
Jadual 3: Jenis Aktiviti Latihan dan Pembangunan PGB Mengikut Kategori Penyampaian Latihan
70:20:10 (Diadaptasi daripada Jennings & Wargnier, 2014)

Kategori

Ÿ Mengaitkan pembelajaran baharu dengan situasi sebenar.


Ÿ Menggunakan maklum balas untuk mencuba pendekatan
baharu bagi menyelesaikan masalah yang lama.
Ÿ Meningkatkan kebolehan membuat keputusan dalam simulasi
main peranan.
Ÿ Mengurus perubahan dalam projek berasaskan pembelajaran.
70% – Latihan dan Ÿ Melakukan refleksi dengan menggunakan pengalaman sebenar.
Pembangunan Ÿ Memimpin pasukan kerja dalam pembelajaran berasaskan
Melalui Pengalaman projek dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL).
(on-the-job Learning Ÿ Lawatan kerja.
Experiences) Ÿ Melakukan perbincangan kumpulan.
Ÿ Melakukan amalan terbaik melalui simulasi main peranan.
Ÿ Penilaian dengan maklum balas.
Ÿ Membuat ulasan projek.
Ÿ Melakukan perbincangan kumpulan dan sumbang saran.
berkaitan dengan amalan di sekolah.

Ÿ Mendapatkan maklum balas informal.


Ÿ Bekerja dengan perunding atau pakar dalaman atau luaran.
Ÿ Menjalankan temu bual.
20% - Latihan dan Ÿ Interaksi dengan JPN, PPD dan PGB dari sekolah lain.
Pembangunan Ÿ Mendapatkan nasihat, meminta pendapat, menyumbang idea.
Melalui Pembelajaran Ÿ Melakukan aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan.
Sosial Ÿ Mentoring berstruktur dan bimbingan.
Ÿ Belajar melalui pasukan/rangkaian luar/kenalan/industri.
Ÿ Bekerja dengan perunding atau pakar dalaman atau luaran.
Ÿ Menjalankan temu bual.

10% - Latihan dan


Ÿ Ceramah
Pembangunan
Ÿ e-pembelajaran
Melalui Pembelajaran
Ÿ Pentaksiran melalui pembentangan
Formal

3.0 PELAKSANAAN NPQEL Versi 2018

3.1 PERMOHONAN

Permohonan dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi Modul Penggantian


Pemimpin Sekolah (MPPS). PPP yang layak hendaklah memohon secara dalam talian
menggunakan aplikasi MPPS di Portal Rasmi Insititut Aminuddin Baki. Tapisan awal
melalui sistem dalam talian mengambil kira syarat umum dan khusus pelantikan PGB,
jawatan disandang, tempoh jawatan disandang, tempoh berkhidmat dan Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) untuk tiga (3) tahun terkini. Carta alir permohonan secara dalam
talian melalui sistem MPPS adalah seperti dalam Rajah 8.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

22
3.1.1 Syarat Memohon

Selaras dengan pemantapan penempatan pemimpin sekolah, calon-calon yang ingin


memohon NPQEL perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

A. Syarat Umum

i. Telah disahkan dalam perkhidmatan;


ii. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85%
berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir.
iii. Bebas daripada prosiding mahkamah/tindakan tatatertib;
iv. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun);
v. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
vi. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

B. Syarat Khusus

i. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/
DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred
DG29 (bagi calon Guru Besar SKM (B);

ii. Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:


Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam
Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;

iii. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai


Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang
dilantik secara pentadbiran di SKM (B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD, JPN,
Bahagian, IAB, Institut Pendidikan Guru atau Kolej Matrikulasi;

iv. Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-sekurangnya lima (5) tahun


sebelum bersara dan ;

v. Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan


Bil. 1 Tahun 2013).

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

23
Rajah 8: Carta Alir Permohonan Secara Atas Talian

3.1.2 Pentaksiran Pemilihan Calon Peserta NPQEL Versi 2018

Calon NPQEL Versi 2018 yang telah melepasi tapisan yang ditetapkan dan disahkan oleh
JPN/Bahagian akan dipanggil untuk pentaksiran ke NPQEL Versi 2018 yang melibatkan
Pentaksiran Kompetensi secara bersemuka. Pentaksiran ke NPQEL Versi 2018 adalah
tanggungjawab JPN dan/atau Bahagian bersama BPSM.

Pentaksiran ini diurus tadbir oleh pegawai bertanggung jawab Negeri/Bahagian


daripada Unit Naik Pangkat bersama urus setia di Negeri/Bahagian. Pentaksiran dilakukan
oleh pentaksir terlatih di Negeri dan/atau Bahagian dengan bimbingan dan pemantauan
jurulatih utama Negeri/Bahagian dan jurulatih utama pusat.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

24
Rajah 9: Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran ke NPQEL Versi 2018

3.1.3 Semakan Tahap Kompetensi

Tahap Kompetensi boleh disemak melalui sistem dalam talian di aplikasi Modul
Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di alamat http://tls.moe.gov.my.

3.1.4 Rayuan Penangguhan

Calon yang berjaya dipilih untuk Program NPQEL Versi 2018 tetapi ingin membuat
penangguhan setelah mendaftar atas sebab-sebab yang munasabah perlu mengemukakan
surat rasmi rayuan penangguhan kepada Pengerusi Lembaga Pengajian IAB. Hanya
calon yang telah mendapat kelulusan khas sahaja dibenarkan menangguhkan program.
Peserta yang menangguh pengajian tanpa kelulusan daripada Lembaga Pengajian IAB,
tidak dibenarkan untuk memohon semula bagi tempoh tiga (3) tahun pengajian.

3.1.5 Penarikan Diri dan Gagal Menamatkan Kursus

Peserta yang telah menerima tawaran dan memulakan pengajian dalam Program NPQEL
Versi 2018 tidak dibenarkan menarik diri daripada program tersebut. Peserta yang
mengikuti kursus tetapi gagal menamatkan kursus kerana alasan yang tidak munasabah
hanya boleh memohon semula untuk mengikut program NPQEL Versi 2018 selepas
tempoh tiga (3) tahun pengajian.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

25
3.1.6 Larangan Berkursus dan Cuti Rehat

Peserta yang telah menerima tawaran dan memulakan pengajian dalam program NPQEL
Versi 2018 tidak dibenarkan menjalani mana-mana kursus dan bercuti sepanjang tempoh
pengajian yang menyebabkan kehadiran kurang 90 peratus (%) bagi setiap fasa. Peserta
yang gagal mematuhi peraturan ini atas alasan yang tidak munasabah, hanya boleh
memohon semula untuk mengikut program NPQEL Versi 2018 selepas tempoh tiga (3)
tahun pengajian.

3.1.7 Penganugerahan Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan


Kebangsaan (NPQEL) dan Diploma Pengurusan dan Kepemimpinan
Pendidikan

Setiap peserta yang layak akan dianugerahkan Sijil NPQEL dan Diploma Pengurusan dan
Kepemimpinan Pendidikan setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Penglibatan secara aktif sepanjang kursus;

ii. Tidak terlibat dengan kes disiplin;

iii. Mencapai semua tahap kompetensi yang ditetapkan;

iv. Diperakukan oleh Lembaga Pengajian IAB Keputusan Lembaga Pengajian IAB
adalah muktamad;

v. Peserta wajib lulus e-NPQEL dengan memperoleh empat (4) lencana; dan

vi. Peserta wajib menyempurnakan semua tugasan yang diberi.

3.1.8 Komensmen

Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) dan Diploma


Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan akan dianugerahkan kepada peserta yang
berjaya dalam Majlis Komensmen yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).

3.1.9 Peraturan Kursus


A. Peraturan Am

1. Sentiasa menepati masa.
2. Kehadiran ke kelas adalah diwajibkan.
3. Menghargai masa, ruang dan peluang.
4. Bekerjasama dengan peserta kursus dan warga IAB.
5. Mematuhi peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan di IAB (bilik
kuliah, asrama, pusat sumber dll).
6. Kenderaan peserta perlu diletakkan di parkir yang disediakan sahaja.
B. Borang Maklumat Diri (BK 05)
1. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
2. Borang yang telah lengkap diserahkan kepada Ketua Kumpulan sebelum pukul
12.45 tengah hari pada hari pertama kursus.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

26
3. Semua borang hendaklah diserahkan oleh Ketua Kumpulan kepada Pengurus/
Pengurus Bersama.
4. Borang maklumat ini hendaklah diisi dengan betul untuk tujuan rekod dan sijil.

C. Buku Kehadiran (BK 79)


1. Catatkan kehadiran sendiri (tandatangan ringkas) pada setiap sesi.
2. Dilarang mencatat kehadiran peserta lain.
3. Sila maklumkan kepada Pengurus/Pensyarah/Ketua Kumpulan tentang
ketidakhadiran peserta.

D. Buku Log Harian


1. Catatan pada buku log harian harus dilakukan bagi setiap slot aktiviti.
2. Dicatatkan secara bergilir-gilir oleh ahli kumpulan.
3. Lengkapkan semua maklumat yang tertera pada borang yang disediakan.
4. Buku log perlu diserahkan kepada Pengurus pada penghujung setiap fasa.

E. Borang Sajian Asrama


1. Catatkan jika memerlukan makanan pada setiap hujung minggu dan hari cuti
umum.
2. Perlu diisi oleh peserta yang berkenaan sahaja.
3. Ketua Kumpulan perlu mengumpulkan borang yang lengkap dan menyerahkan
kepada urus setia selewat-lewatnya petang Selasa.

F. Penilaian Penyelia (Borang BK 09)


1. Perlu diisi secara dalam talian – panduan pengisian oleh Pengurus.
2. Penilaian dilakukan bagi setiap tajuk, walau pun dikendalikan oleh pensyarah
yang sama.
3. Penilaian hendaklah dilakukan secara jujur kerana bertujuan untuk
penambahbaikan prestasi pengajaran pensyarah.

G. Penilaian Kursus (Borang BK 10)


1. Perlu diisi oleh setiap peserta pada penghujung kursus.
2. Perlu diisi secara dalam talian.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

27
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN
Program NPQEL mengaplikasikan pendekatan NPQEL Versi 2018 akan dilaksanakan
bermula daripada Ambilan 1 Tahun 2018 dalam dua (2) mod iaitu Mod e-NPQEL dan Mod
Bersemuka. Mod e-NPQEL akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian sebelum peserta
hadir untuk sesi bersemuka di IAB. Peserta perlu melaksanakan Mod e-NPQEL dalam
tempoh tiga (3) minggu.
Jadual 4: Struktur Pelaksanaan NPQEL
AKTIVITI TEMPOH LOKASI
MOD e-NPQEL 3 Minggu Pejabat Bertugas Peserta
Fasa 1 2 Minggu IAB

Perantisan 1 Sekolah Perantisan 1/Pejabat


1 Minggu Bertugas Peserta
MOD Fasa 2 2 Minggu IAB
BERSEMUKA
Perantisan 2 Sekolah Perantisan 2/Pejabat
6 Minggu Bertugas Peserta
Fasa 3 1 Minggu IAB
Mod Bersemuka pula selama 12 minggu yang terbahagi kepada tiga (3) fasa sesi
bersemuka iaitu bagi Fasa 1, peserta akan hadir untuk sesi bersemuka selama dua (2)
minggu di IAB dan turun ke lapangan bagi melaksanakan amali Perantisan 1 selama satu
(1) minggu. Untuk Fasa 2, peserta akan hadir semula ke IAB selama dua (2) minggu dan
diikuti turun ke lapangan untuk Perantisan 2 selama enam (6) minggu. Manakala bagi
Fasa 3, peserta akan hadir ke IAB untuk satu (1) minggu. Struktur pelaksanaan program
NPQEL adalah seperti dalam jadual 4.

4.1 Mod e-NPQEL


e-NPQEL merupakan Portal e-Pembelajaran IAB yang menyediakan pembelajaran
secara dalam talian untuk Program NPQEL. Modul pembelajaran e-NPQEL dibangunkan
berdasarkan kepada 10 kompetensi yang dikenal pasti. Mod e-NPQEL mengandungi
empat (4) modul utama dengan lapan (8) submodul. Modul-modul ini menggabungkan
teori-teori pengurusan dan kepimpinan. Pelbagai bahan multimedia digunakan sesuai
dengan konsep pembelajaran dalam talian.

Rajah 10: Carta Alir Mod e-NPQEL

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

28
Peserta boleh memuat turun garis panduan pelaksanaan e-NPQEL dan manual
mengemas kini profil daripada portal e-NPQEL (https://npqel.iab.edu.my). Peserta boleh
mengikuti video panduan pengguna yang disediakan di dalam portal tersebut. Setiap
peserta akan dibekalkan nama pengguna (username) dan kata laluan melalui surat
tawaran untuk mengakses e-NPQEL. Portal e-NPQEL tidak boleh diakses setelah tempoh
21 hari tamat. Surat akuan menyiapkan e-NPQEL perlu dikemukakan kepada Pengarah
IAB pada hari pendaftaran bersemuka sekiranya peserta gagal menamatkan e-NPQEL
dalam tempoh yang ditetapkan.

4.1.1 Pentaksiran Komponen e-NPQEL


Komponen e-NPQEL terdiri daripada empat (4) modul yang dimuat naik dalam web untuk
dipelajari dan dilaksanakan aktivitinya secara kendiri. Peserta NPQEL perlu mencapai
sasaran yang ditetapkan dalam setiap modul. Empat (4) modul e-NPQEL tersebut adalah:
a. Modul e-Berwawasan;
b. Modul e-Menerajui Perubahan;
c. Modul e-Mencemerlangkan Organisasi; dan
d. Modul e-Berketerampilan.

Bagi menguji pemahaman peserta dalam setiap modul, penilaian formatif dan
sumatif disediakan. Peserta perlu menyempurnakan semua aktiviti yang disediakan dan
lulus 100% dalam penilaian akhir pada penghujung setiap modul. Setelah peserta berjaya
menamatkan empat (4) modul utama dalam e-NPQEL, sistem akan menganugerahkan
lencana dalam talian dan sijil e-NPQEL. Pelaksanaan e-NPQEL peserta akan dipantau
oleh Jabatan e-Pembelajaran IAB.

Peserta diberi tempoh selama 21 hari untuk melengkapkan semua aktiviti dalam
e-NPQEL. Sekiranya peserta gagal menyiapkan dalam tempoh tersebut, mereka perlu
menghantar surat akuan menyiapkan tugasan dalam tempoh tujuh (7) hari semasa mod
bersemuka bermula dari hari pendaftaran. Jika masih ada yang gagal menyiapkan dalam
tempoh tambahan tersebut, peserta perlu menghantar surat rayuan dalam tempoh 24
jam untuk melengkapkan tugasan atau menarik diri. Keputusan menerima atau menolak
rayuan tersebut akan diputuskan oleh Lembaga Pengajian IAB dalam tempoh lima (5) hari
selepas surat rayuan diterima.

4.2 MOD BERSEMUKA


Mod Bersemuka dilaksanakan dalam tiga (3) fasa sesi bersemuka di IAB selama lima
(5) minggu dan Perantisan selama tujuh (7) minggu. Sesi bersemuka yang dilaksanakan
di IAB mengandungi aktiviti utama seperti Pembentangan Eksekutif, Lawatan
Penandaarasan ke Institusi Swasta, Jalinan Pintar Korporat, Amali Protokol dan Etiket,
Bicara Kepimpinan melalui Buku dan aktiviti lain seperti Perkongsian Ilmu/Bicara Tokoh,
Hari Sukan dan Kebudayaan dan Kecergasan Eksekutif.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

29
Jadual 5: Definisi Kompetensi NPQEL 2.0

Domain
Kompetensi Deskripsi
Kompetensi
Keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan
futuristik bagi menentukan hala tuju organisasi
Berwawasan Berfikiran Strategik
berdasarkan jangkaan persekitaran masa
hadapan.
Keupayaan membuat pilihan yang relevan dan
mempunyai justifikasi berasaskan maklumat
Membuat Keputusan
dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan
alternatif.
Keupayaan untuk menerima dan memandu
Menerajui Memimpin perubahan dengan mengadaptasi tindakan
Perubahan Perubahan melalui sokongan warga organisasi bagi memacu
pembangunan dan pencapaian.

Keupayaan untuk mengenal pasti masalah dan


menggunakan logik, penghakiman, dan data
Menyelesai masalah untuk menilai alternatif dan melaksanakan
penyelesaian untuk mencapai matlamat
organisasi yang dihasratkan.

Keupayaan untuk menerajui pelaksanaan


Memimpin kurikulum dan mewujudkan persekitaran
Pembelajaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan
budaya belajar.

Keupayaan menyelia dan membangunkan


Mencemerlang kapasiti staf untuk meningkatkan kemahiran bagi
Organisasi Membangun Kapasiti
melaksanakan tugasan sejajar dengan hala tuju
organisasi.

Keupayaan membina, mengekalkan dan


Membina Jaringan memanfaatkan hubungan untuk berkongsi
dan Jalinan amalan terbaik dan berusaha ke arah matlamat
yang sama.

Berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan


Berkomunikasi idea dengan lancar dan meyakinkan secara lisan
Berketerampilan
Berkesan dan/atau bertulis, serta boleh menerima
pandangan orang lain.
Berkeupayaan untuk memimpin pelbagai pihak
Berkepemimpinan bersama untuk merealisasikan idea dan
mencapai matlamat organisasi
Berkeupayaan membuat refleksi kendiri untuk
Berkeperibadian meningkatkan kualiti peribadi secara berterusan
Tinggi serta mempamerkan nilai baik dalam pemikiran
serta amalan untuk menyumbang kepada
organisasi.

Terdapat 10 kompetensi yang diukur dalam Mod Bersemuka yang merujuk kepada
empat (4) Domain Kompetensi iaitu Berwawasan, Menerajui Perubahan, Mencemerlang
Organisasi dan Keterampilan. Deskripsi 10 kompetensi yang dimaksudkan adalah seperti
dinyatakan pada Jadual 5.

Aktiviti Mod Bersemuka disusun bertepatan dengan keperluan menyediakan


bakal pemimpin dengan kompetensi pemimpin berprestasi tinggi. Bagi mengembangkan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

30
kompetensi peserta secara maksimum, aktiviti utama yang akan ditaksir bagi mengukur
tahap kompetensi peserta, dikelompokkan kepada tiga (3) iaitu:

a. Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Bersemuka (TAS)


b. Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL)
c. Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK)

4.2.1 PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN AKTIVITI BERSEMUKA

Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Bersemuka (TAS) memberi peluang


kepada peserta membuat Pembentangan Eksekutif dalam tempoh yang ditetapkan.
Pembentangan ini membolehkan peserta mengkaji dan menganalisis tugasan yang
diberikan. Pentaksiran terhadap peserta mengikut setiap domain dan kompetensi ditaksir
seperti Jadual 6 di bawah.

Jadual 6: Pembentangan Eksekutif Peserta

Pembentangan Eksekutif Domain Kompetensi Ditaksir

1 Berwawasan Berfikiran Strategik


Berwawasan· Menerajui Perubahan Membuat Keputusan
Berketerampilan Memimpin Perubahan
Berkepemimpinan

2 Berwawasan Berfikiran Strategik


Meneraju Menerajui Perubahan Membuat Keputusan
Perubahan Memimpin Perubahan
Menyelesaikan Masalah

3 Menerajui Perubahan Memimpin Perubahan


Memimpin Mencemerlangkan Organisasi Menyelesai Masalah
Pembelajaran Memimpin Pembelajaran
Membangun Kapasiti

4 Berwawasan Berfikiran Strategik


Membangun Mencemerlangkan Organisasi Menyelesai Masalah
Kapasiti Berketerampilan Memimpin Pembelajaran
Membangun Kapasiti

5 Menerajui Perubahan Membuat Keputusan


Membina Berketerampilan Menyelesai Masalah
Jaringan dan Membina Jaringan dan Jalinan
Jalinan Berkomunikasi Berkesan

Lima (5) Pembentangan Eksekutif yang perlu dilaksanakan oleh peserta dan ditaksir
secara individu adalah seperti berikut:

A. BERWAWASAN
Pemimpin sekolah perlu mempunyai kebolehan menerajui perancangan dan pelaksanaan
pelan strategik yang bertepatan dengan misi, visi dan nilai organisasi. Di samping
itu, peserta perlu berupaya mengesan pencapaian pelan strategik. Sebagai seorang
pemimpin, peserta juga perlu berfikiran analitikal dengan memahami organisasi boleh
berubah dengan mengambil kira pelbagai faktor dan berkebolehan memimpin serta
mengurus berasaskan jangkaan masa depan. Pada akhir sesi latihan, peserta dapat
menggunakan pemikiran bersistem bagi:
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

31
1. menerangkan konsep pemimpin berwawasan.
2. membandingkan kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal yang diperlukan.
3. menterjemahkan kemahiran ini dalam menyediakan pelan pembangunan sekolah.
4. merangka tindakan sekolah secara individu dan konsesus untuk mencapai hasrat
KPM dengan menganalisis data atau maklumat.
5. membentangkan tindakan sekolah berdasarkan garis panduan.
B. MENERAJUI PERUBAHAN
Pembentangan Eksekutif Menerajui Perubahan bertujuan untuk memantapkan
pengetahuan peserta NPQEL berkaitan konsep dan langkah-langkah memimpin
perubahan yang berlaku dalam organisasi. Peserta akan didedahkan kepada langkah-
langkah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan data dengan
menggunakan alat dan teknik serta cara-cara untuk membina pelan perancangan dan
pelaksanaan. Pada akhir sesi latihan ini, peserta dapat menyatakan konsep dan langkah-
langkah seperti yang berikut:
1. memimpin perubahan berasaskan model.
2. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan data.
3. membina pelan perancangan dan pemantauan.
C. MEMIMPIN PEMBELAJARAN
Pembentangan Eksekutif Memimpin Pembelajaran bertujuan membantu bakal PGB
melengkapkan warganya dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini, bagi
membolehkan warga sekolah bertindak dengan cekap, seiring dengan perubahan dan
transformasi pendidikan yang dinamik. Pada akhir sesi latihan, peserta dapat:

1. mengenal pasti isu yang menghalang kecemerlangan proses pembelajaran.


2. mengenal pasti dan mencadangkan langkah intervensi bagi peningkatan pembelajaran
murid.
3. membangunkan potensi guru dalam menggalakkan proses pengajaran yang
berkesan.
4. membina perancangan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
D. MEMBANGUN KAPASITI
Pembentangan Eksekutif Membangun Kapasiti membolehkan peserta mempamerkan
kompetensi membangun dan memperkasa keupayaan kerja buat subordinat. Peserta
boleh menghubungkaitkan antara pengalaman dengan teori kepimpinan dan pengurusan
sekolah semasa mengikuti e-NPQEL dan perkongsian idea bersama dengan peserta lain
untuk menyempurnakan tugasan. Pada akhir sesi latihan, peserta berupaya:
1. berupaya menterjemah konsep pembangunan kapasiti untuk diaplikasikan dalam
bentuk amalan dengan berkesan.
2. berupaya melakukan analisis keperluan yang mampu membangunkan potensi diri
dan warga organisasi.
3. berupaya merancang, melaksana, menilai dan membuat refleksi aktiviti-aktiviti
pembangunan sumber manusia yang diberikan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

32
E. MEMBINA JARINGAN DAN JALINAN

Pembentangan Eksekutif Membina Jaringan dan Jalinan membolehkan peserta


mempamerkan kompetensi membina dan memanfaatkan hubungan baik dengan
pemegang taruh (stakeholders) untuk membantu sekolah ke arah organisasi pendidikan
cemerlang. Pada akhir sesi latihan, peserta dapat:
1. mengenal pasti konsep jaringan dan jalinan.
2. menerangkan penggunaan kemahiran perundingan dalam membina jaringan dan
jalinan.
3. menjelaskan kepentingan kesedaran sosial dalam menjalin hubungan luar.
4. menghuraikan kemahiran keusahawanan dalam melaksanakan jaringan dan jalinan.
5. peserta bentuk dan membentang program jaringan dan jalinan.

4.2.2 TATACARA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN


AKTIVITI BERSEMUKA

Pelaksanaan TAS melalui lima (5) Pembentangan Eksekutif akan bermula pada minggu ke-
dua sesi bersemuka Fasa 1. Semua peserta disusun dalam kumpulan yang terdiri daripada
empat (4) hingga enam (6) ahli yang berbeza bagi setiap sesi pembentangan Eksekutif.
Peserta boleh menyemak kumpulan mereka pada edaran yang akan diberikan semasa
hari pendaftaran bersemuka. Perbincangan dalam kumpulan perlu dilaksanakan dengan
bimbingan pegawai rujuk sebagai persiapan dibuat sehari sebelum sesi pembentangan
dijalankan. Perbincangan secara formal yang dijadualkan akan dijalankan di dalam bilik
kuliah dan perbincangan selanjutnya digalakkan di luar jadual bagi memastikan kesediaan
peserta untuk ditaksir.

Peserta akan diberikan bahan stimulus berserta arahan tugasan sebelum sesi
bersemuka. Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan secara individu dijalankan
berdasarkan arahan tugasan bagi setiap Pembentangan Eksekutif.

Semasa sesi perbincangan peserta digalakkan merujuk bahan-bahan dalam


e-Resos dan sumber-sumber lain yang berkaitan. Peserta perlu menyerahkan bahan
pembentangan selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum pembentangan bermula.
Ketua Pentaksir akan memberi taklimat pentaksiran sebelum pembentangan bermula.
Setiap peserta diberi masa tujuh (7) minit bagi setiap Pembentangan Eksekutif dengan
mempamerkan kompetensi yang telah ditetapkan untuk ditaksir (rujuk Jadual 5). Masa
akan dikira sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan. Loceng kedua dibunyikan dua (2)
minit sebelum masa tamat dan loceng ketiga dibunyikan dua (2) kali apabila masa telah
tamat.

Peserta akan ditaksir oleh Panel yang terdiri daripada dua (2) hingga lima (5)
pentaksir. Selepas setiap kumpulan tamat membentang, satu konsensus akan dibuat oleh
panel pentaksir bagi menentukan tahap kompetensi yang dicapai oleh setiap ahli dalam
kumpulan tersebut. Setelah tamat semua kumpulan membentang, Ketua Pentaksir akan
membuat rumusan dalam aspek pentaksiran kompetensi. Manakala Pegawai Rujuk pula
akan memberi ruang soal jawab dan membuat rumusan keseluruhan kandungan yang
harus dikuasai dan kompetensi yang perlu ada pada setiap peserta yang bakal menjadi
pemimpin berprestasi tinggi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

33
4.2.3 PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN AKTIVITI LAPANGAN

Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL) memberi peluang kepada


peserta mengamalkan amalan profesional dan beretika dalam aktiviti seperti berikut:
a. Perantisan 1
b. Perantisan 2
c. Protokol dan Etiket

A. PERANTISAN 1

Aktiviti Perantisan 1 melibatkan semua peserta NPQEL. Aktiviti ini adalah untuk
membolehkan peserta mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-
on. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membolehkan peserta menghubungkaitkan antara
amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah. Pelaksanaan Perantisan 1 ini
dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

Peserta akan berada di sekolah Perantisan 1 selama tiga (3) hari untuk
melaksanakan sesi amali dan dua (2) hari berikutnya untuk membuat pelaporan di
sekolah asal atau pejabat bertugas tanpa mengabaikan tugas-tugas hakiki. Pada akhir
sesi latihan, peserta diharap dapat:

1. Memberi justifikasi pemilihan sekolah Perantisan 1.


2. Mengenal pasti kekuatan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan antara
sekolah asal/pejabat bertugas dengan sekolah Perantisan 1.
3. Mencadangkan tindakan penambahbaikan aspek kepimpinan dan pengurusan di
sekolah asal/pejabat bertugas dan sekolah Perantisan 1.
4. Membuat refleksi atas kepimpinan dan pengurusan PGB yang bersesuaian serta
penambahbaikan yang akan diambil sekiranya diberi peluang menerajui sekolah.

B. PERANTISAN 2

Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing peserta NPQEL di sesebuah sekolah


perantisan. Perantisan 2 akan mendedahkan peserta tentang tugas sebenar seorang
pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai ejen perubahan dan berupaya menambah
baik melalui transformasi sekolah. Peserta boleh mencabar diri sendiri bagi memastikan
peserta berkeupayaan memiliki pelbagai kompetensi seperti yang diperlukan oleh
seorang pemimpin sekolah berprestasi tinggi. Selepas melibatkan diri secara aktif dalam
Perantisan 2, peserta diharap dapat:
1. Memerhati dan mengkaji bidang-bidang pengurusan dan kepimpinan di sekolah.
2. Mengenal pasti bidang-bidang pengurusan yang kritikal yang boleh ditambah baik.
3. Mempamerkan amalan yang terbaik bagi perancangan dan pelaksanaan satu projek
penambahbaikan di sekolah dengan menggemblengkan segala keupayaan dan
sumber yang terdapat di sekolah secara optimum.
4. Membuat pelaporan dan refleksi tentang projek yang dijalankan dan pembelajaran
yang diperoleh daripadanya.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

34
C. PROTOKOL DAN ETIKET

Seorang pemimpin sering kali menjadi tumpuan dan dijadikan suri teladan oleh pengikut-
pengikutnya. Lantaran itu, para pemimpin termasuk pemimpin pendidikan perlu menjaga
penampilan diri terutamanya ketika berinteraksi dengan orang ramai. Oleh itu para
pemimpin pendidikan perlu mendalami dan menguasai pelbagai aspek berkaitan protokol
etiket dalam amalan seharian.

Kebolehan seseorang dalam mematuhi segala prinsip dan amalan protokol serta
etiket sosial akan mengelakkan daripada berlaku sebarang kecacatan dalam keterampilan
dan kesilapan dalam pengendalian sesuatu majlis. Perkara ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan imej sesebuah organisasi dan individu yang terlibat. Pada akhir sesi
latihan, peserta akan dapat:
1. mempamerkan keterampilan diri yang baik dalam pelbagai situasi rasmi.
2. mengaplikasi etiket yang sempurna semasa menghadiri majlis rasmi.
3. mengendalikan majlis rasmi dengan mematuhi protokol yang sempurna.

4.2.4 TATACARA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN


AKTIVITI LAPANGAN

A. PERANTISAN 1
Terdapat tiga (3) peringkat dalam aktiviti ini:

1. Peringkat Sebelum

Setiap peserta membuat pemilihan sekolah Perantisan 1 dengan memberi justifikasi faktor
pemilihan sekolah berkenaan. Sekolah yang dipilih untuk Perantisan 1 mestilah berada
dalam daerah yang sama dengan sekolah asal/pejabat bertugas. Selain itu, peserta perlu
mengenal pasti minimum tiga (3) aspek kekuatan kepimpinan dan pengurusan serta tiga
(3) aspek kepimpinan dan pengurusan yang perlu ditambah baik di sekolah asal/pejabat
bertugas.

2. Peringkat Semasa

Semasa berada di sekolah Perantisan 1, peserta dikehendaki mengenal pasti tiga


(3) aspek kekuatan kepimpinan dan pengurusan serta tiga (3) aspek kepimpinan dan
pengurusan yang perlu ditambah baik di sekolah Perantisan 1.

3. Peringkat Selepas
a. Peserta perlu membuat refleksi Perantisan 1 berfokus kepada kepimpinan PGB yang
boleh dicontohi dengan membandingkan aspek kepimpinan dan pengurusan antara
sekolah asal/pejabat bertugas dan sekolah Perantisan 1.
b. Peserta perlu mencadangkan tindakan penambahbaikan yang akan dilaksanakan
sekiranya diberi peluang menerajui sekolah.
c. Laporan hendaklah disediakan dalam lima (5) hingga 10 halaman dengan fon Arial 12
dan langkau 1.5.
d. Laporan Perantisan 1 (P1-2) perlu dimuat naik ke portal e-NPQEL sebelum atau pada
hari Sabtu/Ahad minggu tersebut.
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

35
Nota: Sabtu untuk IAB Cawangan Utara (IABCU)
Ahad untuk IAB Induk (IABI), IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH),
IAB Cawangan Sabah (IABCSBH) dan IAB Cawangan Sarawak
(IABCSWK).
e. Peserta membuat pembentangan Perantisan 1 secara individu selama tujuh (7) minit
dalam dua aspek sahaja iaitu faktor pemilihan sekolah dan refleksi.
f. Slaid untuk pembentangan tidak boleh melebihi sepuluh (10) slaid dan tanpa hyperlink.
g. Peserta perlu menyediakan tiga (3) salinan Laporan Perantisan 1 dan menyerahkan
dokumen tersebut kepada panel pentaksir.

1. Pelaksanaan Pentaksiran
Kompetensi yang ditaksir bagi Perantisan 1 adalah:
a. Membuat Keputusan – Keupayaan membuat pilihan yang relevan dan mempunyai
justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan
alternatif.
b. Berfikiran Strategik – Keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif, dan futuristik bagi
menentukan hala tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan.
c. Berkomunikasi Berkesan – Berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan idea
dengan lancar dan menyakinkan serta boleh menerima pandangan orang lain.
d. Berkeperibadian Tinggi – Berkeupayaan membuat refleksi kendiri untuk meningkatkan
kualiti peribadi secara berterusan serta mempamerkan nilai baik dalam pemikiran
serta amalan untuk menyumbang kepada organisasi.

5. Kaedah Pentaksiran

Terdapat dua (2) bentuk pentaksiran dalam aktiviti Perantisan 1:

a. Maklum balas PGB (borang P1-3) – memberi maklum balas kompetensi peserta
dalam domain keterampilan Berkomunikasi Berkesan dan Berkeperibadian Tinggi.

b. Pentaksiran pembentangan individu selama tujuh (7) minit berdasarkan pelaporan


dalam dua (2) aspek sahaja iaitu faktor pemilihan sekolah dan refleksi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

36
P1-2
FORMAT PELAPORAN PERANTISAN 1

Nama
No. Kad Pengenalan
Kelas/Kumpulan
Ambilan/Tahun

Sekolah Asal/ Pejabat


Butiran Am Sekolah Perantisan 1
Bertugas

Nama Sekolah

Kod Sekolah

Tarikh Perantisan Dilaksanakan

Nama Pengetua/Guru Besar (P/


GB)
Faktor Pemilihan sekolah
(Nyatakan justifikasi Pemilihan)
Tiga (3) kekuatan kepimpinan
dan pengurusan sekolah serta
justifikasi

Tiga (3) perkara (kepimpinan dan


pengurusan) yang perlu ditambah
baik dan justifikasi

Refleksi atas kepimpinan dan pengurusan (perbandingan) dan penambahbaikan yang akan
diambil sekiranya diberi peluang menerajui sekolah.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

37
P1-3
PERANTISAN 1
Borang Maklum Balas Pengetua/Guru Besar

Nama Peserta

No. Kad Pengenalan

Sekolah Asal/Pejabat Bertugas

Sekolah Perantisan 1

Tarikh di Sekolah Perantisan 1

Ulasan Prestasi Peserta

Terendah Tertinggi

Kompetensi 1 2 3 4 5

Berkomunikasi Berkesan (K)

Berkeperibadian Tinggi (PT)

Ulasan keseluruhan:

……………………………. Tarikh:
(Nama PGB)
Cap Sekolah:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

38
B. PERANTISAN 2

1. Tempoh pelaksanaan

Perantisan 2 dilaksanakan selama enam (6) minggu berturut-turut atau 30 hari bekerja.

2. Pemilihan Sekolah Perantisan

Peserta dikehendaki memilih satu sekolah perantisan yang berada dalam daerah yang
sama dalam lingkungan 25 kilometer dari sekolah atau pejabat asal. Sekiranya sekolah
yang dipilih berada di luar 25 kilometer, tuntutan perjalanan tidak disediakan. Sekolah
yang dipilih adalah daripada senarai yang dicadangkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD)/Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing mengikut jangkaan kekosongan
tempat PGB dalam tempoh 3 tahun atau yang bersesuaian. Pemakluman pilihan sekolah
dibuat secara dalam talian semasa proses e-NPQEL. Hanya seorang peserta sahaja
dibenarkan bagi setiap sekolah perantisan.

3. Keberadaan Peserta di Sekolah Perantisan

Peserta dicadangkan supaya berada di sekolah perantisan selama tiga (3) hari dalam
seminggu. Manakala baki dua hari lagi memerlukan peserta berada di sekolah atau
pejabat asal. Jumlah minimum keseluruhan program Perantisan 2 yang perlu diikuti oleh
peserta adalah selama 18 hari. Jika peserta tidak dapat memenuhi keperluan seperti
yang dinyatakan, peserta hendaklah berbincang dan mendapat persetujuan urus setia.
Keberadaan peserta semasa Perantisan 2, sama ada di pejabat asal atau sekolah
Perantisan 2 adalah dengan persetujuan Ketua Jabatan, Mentor dan Penyelia.
Jadual 7: Aktiviti dan Pelaporan Perantisan 2

Minggu Aktiviti Pelaporan


1.1 Memperkenalkan peserta
kepada guru-guru dan Anggota Laporan menggunakan templet
Kumpulan Pelaksana (AKP) oleh standard (analisis persekitaran dan
PGB mentor. mengenal pasti isu kritikal).
1
1.2 Melaksanakan analisis
persekitaran dan mengenal pasti
isu strategik.

1.1 Melaksanakan job shadowing


kepimpinan dan pengurusan Laporan menggunakan templat
PGB mentor. Bidang-bidang standard (kekuatan
yang berkaitan adalah kepimpinan/pengurusan dan perkara
berdasarkan 9 elemen di dalam yang boleh ditambah baik).
SKKSM.
2-5
1.2 Menyediakan pelan Laporan menggunakan templat
perancangan penambahbaikan standard (perancangan/pelaksanaan
bagi projek intervensi. projek intervensi)
1.3 Melaksanakan projek intervensi Kerangka pembentangan dihantar
yang telah dirancang. kepada penyelia melalui e-mel.
1.4 Menyediakan pelaporan
1.1 Membuat refleksi bagi projek Draf laporaan perantisan dihantar kepada
Intervensi yang telah dilaksanakan penyelia melalui e-mel.
6
1.2 Melengkapkan pelaporan Laporaan perantisan yang lengkap dimuat naik
ke dalam e-NPQEL.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

39
4. Penyeliaan dan Bimbingan

Pensyarah IAB yang dilantik sebagai Penyelia akan menyelia dan membimbing peserta
sepanjang tempoh perantisan. Manakala PGB yang dilantik sebagai mentor akan
membimbing peserta. Penyeliaan dan bimbingan oleh pensyarah IAB dilaksanakan dalam
dua cara iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian.

Jadual 8: Pemetaan Pentaksiran Perantisan 2

Aktiviti Kompetensi yang ditaksir


1. Berfikiran Strategik
2. Membuat Keputusan
3. Memimpin Perubahan
4. Menyelesaikan Masalah
Kerja buat dan pelaporan 5. Memimpin Pembelajaran
(Tugasan di lapangan) 6. Membangun Kapasiti
7. Membina Jaringan dan Jalinan
8. Berkomunikasi Berkesan
9. Berkepemimpinan
10. Berkeperibadian Tinggi

5. Kaedah Pentaksiran

Peserta akan ditaksir dalam satu (1) peringkat iaitu semasa kerja buat dan laporan
yang dihantar.

6. Hasil Kerja Peserta

a. Peserta menyediakan laporan perantisan menggunakan templat standard yang


boleh diakses pada e-resos. Laporan perantisan ini ditaksir oleh Penyelia.
b. Peserta menyediakan laporan mingguan menggunakan templat standard
yang boleh diakses pada e-resos. Laporan perlu disahkan oleh PGB mentor
dan disertakan bersama Laporan Perantisan 2.
c. Peserta akan melaksanakan perkongsian hasil kerja Perantisan 2 dalam bentuk
kolokium, pameran, poster dan lain-lain dalam sesi bersemuka Fasa 3.

7. Peranan Peserta

a. Mendapatkan maklumat terperinci mengenai projek yang dikenal pasti.


b. Mengumpul bahan-bahan berkaitan projek penambahbaikan yang akan
dilaksanakan.
c. Melaksanakan satu projek penambahbaikan untuk sekolah.
d. Menyediakan laporan mingguan dan mencatatkan perbincangan dan refleksi
hasil pemerhatian dan perbincangan dengan Mentor (Pengetua/Guru Besar)
di sekolah perantisan.
e. Menyediakan laporan mengikut format untuk dikemukakan pada akhir
perantisan 2. Laporan perlu dimuat naik ke e-Laporan dan satu (1) laporan
dalam bentuk salinan cetak (hard copy) dikemukakan kepada urus setia
NPQEL pada Fasa 3.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

40
f. Membentangkan hasil tugasan dalam bentuk kolokium, pameran, poster dan
lain-lain dalam sesi bersemuka Fasa 3.

8. Peranan Penyelia

a. Memastikan peserta melaksanakan satu projek di sekolah perantisan.


b. Membimbing peserta dari segi pelaksanaan program perantisan dengan
menggunakan kaedah yang ditetapkan.
c. Membuat sekurang-kurangnya satu (1) kali lawatan ke sekolah peserta untuk
memastikan peserta melaksanakan program dengan betul dan membantu dari
segi maklumat penyediaan laporan perantisan.
d. Menerima dan memeriksa laporan perantisan bagi setiap peserta seliaan dan
menentukan tahap kompetensi peserta berasaskan Rubrik Analitik Kompetensi
yang telah ditetapkan dan kemudiannya direkodkan dalam borang pentaksiran
individu lapangan.

9. Peranan Mentor (Pengetua/Guru Besar)

a. Menyediakan peluang dan memberi kerjasama kepada peserta untuk


melaksanakan satu projek penambahbaikan di sekolah.
b. Meluangkan masa bagi perbincangan dengan peserta tentang projek yang
dilaksanakan.
c. Memberi petunjuk dan panduan kepada peserta tentang penterjemahan teori
pengurusan dan kepimpinan kepada pelaksanaan projek di sekolah.
d. Membantu peserta dari segi pengayaan ilmu yang telah dipelajari dan bantuan
terhadap kemusykilan peserta berkaitan projek yang dilaksanakan.
e. Mengesahkan catatan peserta tentang aktiviti di sekolah semasa melaksanakan
program perantisan.
f. Membuat penilaian berkaitan pengurusan dan kepimpinan peserta
menggunakan borang penilaian mentor dan menyerahkan borang tersebut
kepada penyelia selepas peserta tamat melaksanakan perantisan 2.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

41
P2-1

BORANG ANALISIS PERSEKITARAN


Nama Peserta:____________________________________
No. KP:__________________________________________
Kod Sekolah dan Nama Sekolah:
________________________________________________

ARAHAN: Borang analisis persekitaran ini mesti dilengkapkan oleh peserta berasaskan data dan maklumat

Elemen Kekuatan Kelemahan Peluang Ancaman Isu

Kepimpinan Berkesan
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Organisasi
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Kewangan)

Persekitaran Pengajaran dan


Pembelajaran Bermakna
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Fizikal)

Guru Berkualiti:
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Sumber
Manusia
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum)

Sokongan PIBG dan


Komuniti:
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Hubungan Luar
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum)

Berasaskan isu yang dinyatakan, pilih satu (1) isu yang paling kritikal untuk tindakan seterusnya.
Nyatakan justifikasi pilihan anda.

Tandatangan Peserta: Tandatangan Pengetua/Guru Besar Mentor:


Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

42
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKIP2-2

Merujuk Elemen Bidang Keberhasilan Intervensi, nyatakan:


Isu:
______________________________________________________________
Matlamat:
_______________________________________________________________

Janakan strategi melalui TOWS Matrik.

INISATIF/STRATEGI MENGGUNAKAN MATRIKS TOWS


KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
Dalaman S1 W1
S2 W2
Luaran S3 W3
S4 W4
S5 W5
PELUANG (O)
O1
O2
O3
O4
O5
CABARAN/ANCAMAN
(C/T)
C1
C2
C3
C4
C5

Strategi 1: .........................................................................................................

Strategi 2: ........................................................................................................

Strategi 3: ........................................................................................................

Strategi 4: ........................................................................................................

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

43
P2-3
PEMILIHAN INISIATIF/STRATEGI BERDASARKAN PEMBERATAN

Menggunakan skala likert:

1-Amat Rendah 2-Rendah 3-Sederhana 4-Tinggi 5-Amat tinggi


Strategi Strategi Strategi Strategi Strategi
Bil Kriteria Pemilihan
1 2 3 4 5
Tahap kebolehlaksanaan
1
kerja
Kompetensi staf yang
2
bertanggungjawab
Sumber kewangan dan
3
kos pembiayaan terlibat
Kemudahan infrastruktur
4 dan peralatan/
kelengkapan
Andaian keupayaan
5
mengatasi halangan
Andaian hasil yang
dijangkakan/impak
6
untuk mencapai objektif,
matlamat/isu, misi dan visi
Akur kepatuhan dengan
7
mandat/arahan
Rekod keberkesanan
8
yang lepas
Kesesuaian dengan
9
persekitaran terkini

Jumlah Skor

Keputusan

SENARAI INISIATIF/STRATEGI MENGIKUT KEUTAMAAN

1.
2.
3.
4.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

44
P2-4

Pelan Intervensi Perantisan 2 NPQEL 2.0


1 2 3 4 5 6

KRITERIA
BIDANG
DATA BIDANG TOV/ KEJAYAAN INISIATIF
KEBERHASILAN/
DIKUMPUL FOKUS BASELINE (ETR/INDIKATOR)
ASPIRASI

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

45
SENARAI INISIATIF/STRATEGI MENGIKUT KEUTAMAAN

7 8 9 10 11 12 13

KAEDAH PIHAK TEMPOH KEPERLUAN DAPATAN KOS


EVIDEN
PEMANTAUAN BERTANGGUNGJAWAB MASA SUMBER PENILAIAN SEBENAR

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

46
P2-5
REFLEKSI
1.1 ASPEK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

1.2 KEKUATAN PROJEK

1.3 KELEMAHAN PROJEK

1.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

47
P2-6

PELAPORAN MINGGUAN PERANTISAN 2

Nama Sekolah
Kod Sekolah
Tarikh Amali
Nama Pengetua/Guru
Besar

Refleksi
Minggu 2/Minggu 3 (Nyatakan minimum 5 kekuatan
Minggu 4/Minggu 5 kepimpinan/pengurusan dan 5 perkara
yang perlu diperbaiki. setiap kenyataan
disertakan dengan justifikasi)

Pengakuan:
Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia untuk diambil
tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini diciplak daripada hasil karya pihak
tertentu yang terdahulu.

Tandatangan:
Nama Peserta:
No. K/P:
Nama Penyelia:
Tarikh Laporan:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

48
P2-7
SENARAI SEMAK MENTOR
(DIISI OLEH PENGETUA/GURU BESAR)

Nama Peserta:
No.KP:
Nama Sekolah dan Kod Sekolah:

SILA TANDAKAN [/]


PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEMAKAN 1 SEMAKAN 2
Menyatakan objektif dan matlamat organisasi selari dengan
A.
hala tuju visi dan misi.
Memperkenalkan konsep atau tindakan baharu yang telah
B. diubah suai ke dalam amalan sedia ada untuk penambahbaikan
pendidikan.
Berupaya menerangkan idea-idea perancangan bagi mencapai
C.
matlamat organisasi.
Mengadaptasi pemikiran kendiri berasaskan data/maklumat dengan
D.
menyatakan rasional terhadap perubahan.
Mengenal pasti dan menilai masalah menggunakan data/
E.
maklumat.
Menyatakan perancangan tindakan dan rasionalisasi (asas)
F.
terhadap tindakan perubahan.
Membuat perancangan program dengan merujuk pelbagai data
G.
dan maklumat.

H. Mengurus sumber yang menyokong persekitaran pembelajaran.

Mengupayakan pemimpin pertengahan dengan memberi panduan


I.
dan pendedahan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Memberi maklum balas dan mengambil tindakan susulan berfokus
J.
pada Masa Instruksional.
Mempamerkan galakan terhadap amalan perkongsian ilmu dalam
K.
kalangan guru.
Membimbing pasukan secara terancang ke arah matlamat yang
L.
sama.
Membuat pemantauan pelaksanaan program dengan mengumpul
M.
pelbagai data dan maklumat.

Tandatangan Mentor:
Nama dan Cap Rasmi: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

49
P2-8

BORANG SENARAI SEMAK PEMERINGKATAN KOMPETENSI PESERTA

Nama Peserta:
No. KP:
Nama Sekolah dan Kod Sekolah:

SENARAI SEMAK PEMERINGKATAN PESERTA


SILA TANDAKAN [/]
Minggu Minggu Minggu
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
2 4 6
Menyatakan objektif dan matlamat organisasi selari dengan hala
A.
tuju visi dan misi.
Memperkenalkan konsep atau tindakan baharu yang telah
B. diubah suai ke dalam amalan sedia ada untuk penambahbaikan
pendidikan.
Berupaya menerangkan idea-idea perancangan bagi mencapai
C.
matlamat organisasi.
Mengadaptasi pemikiran kendiri berasaskan data/maklumat dengan
D.
menyatakan rasional terhadap perubahan.

E. Mengenal pasti dan menilai masalah menggunakan data/maklumat.

Menyatakan perancangan tindakan dan rasionalisasi (asas)


F.
terhadap tindakan perubahan.
Membuat perancangan program dengan merujuk pelbagai data dan
G.
maklumat.

H. Menyediakan Pelan Intervensi Pembangunan Sekolah.

I. Mengurus sumber yang menyokong persekitaran pembelajaran.

Mengupayakan pemimpin pertengahan dengan memberi panduan


J.
dan pendedahan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Memantau kurikulum untuk mendapatkan maklumat bagi
K.
penambahbaikan berterusan.
Memberi maklum balas dan mengambil tindakan susulan berfokus
L.
pada Masa Instruksional.

M. Membimbing/memberi tunjuk ajar cara berfokus kepada kurikulum.

Mempamerkan galakan terhadap amalan perkongsian ilmu dalam


N.
kalangan guru.
Membimbing pasukan secara terancang ke arah matlamat yang
O.
sama.
Membuat pemantauan pelaksanaan program dengan mengumpul
P.
pelbagai data dan maklumat.

Tandatangan Pensyarah Penyelia:


Nama Pensyarah Penyelia: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

50
C. PROTOKOL DAN ETIKET
Empat (4) kompetensi yang ditaksir bagi Amali Protokol dan Etiket adalah:
a. Berkeperibadian Tinggi
b. Berkepemimpinan
c. Berkomunikasi Berkesan
Semua kompetensi ini akan ditaksir melalui dua (2) aktiviti iaitu Amali Etiket di Meja
Makan dan Pengurusan Majlis Rasmi.

1. Etiket di Meja Makan

Setiap peserta akan ditaksir kompetensi Berkeperibadian Tinggi dalam aktiviti


Amali Etiket di Meja Makan. Tatacara Pelaksanaan Amali Etiket di Meja Makan:
a. Amali Etiket di Meja Makan untuk jamuan makan tengah hari akan dijadualkan
bagi setiap kelas.
b. Amali akan dilaksanakan mengikut kumpulan kelas, dua (2) kelas untuk setiap
sesi amali.
c. Bilangan maksimum lapan (8) orang peserta dan dua (2) ke tiga (3) orang
pentaksir semeja. Bilangan meja makan untuk amali ini perlu ditentukan
mengikut jumlah peserta yang terlibat.
d. Meja makan yang lengkap dengan kemudahan dan peralatan makan mengikut
etiket perlu disediakan oleh pihak urus setia.
e. Pentaksiran akan dijalankan semasa sesi makan berlangsung.
f. Pentaksir boleh menyoal atau menemu bual peserta semasa makan untuk
mendapat kepastian tentang perlakuan peserta.
g. Pentaksir akan merumus aktiviti setelah selesai sesi amali.

Fokus penampilan diri merangkumi etiket berpakaian


Aspek Penampilan penjawat awam (keakuran kepada pekeliling dan peraturan
Diri penjawat awam), kebersihan dan kekemasan diri serta
pemakaian tanda nama.

Penggunaan Penggunaan peralatan yang betul dan sempurna mengikut


Peralatan Makanan etiket yang bergantung kepada jenis jamuan dan menu
yang disediakan.

Tata Cara atau Tatacara dan tertib makan serta peraturan di meja makan
Peraturan di Meja dipatuhi.
Makan

Adab dan Sebarang tingkah laku yang bersesuaian, sopan dan penuh
Kesopanan santun yang menggambarkan keperibadian tinggi peserta.

Rajah 11: Pentaksiran Amali Etiket di Meja Makan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

51
2. Pengurusan Majlis Rasmi

Amali Pengurusan Majlis Rasmi dilaksanakan dengan setiap kumpulan akan diberikan
tugasan untuk mengendalikan satu (1) Program Bicara Tokoh atau Ceramah Perkongsian
Ilmu. Pelaksanaan Amali Pengurusan Majlis Rasmi terbahagi kepada pramajlis dan
semasa pelaksanaan majlis. Tiga (3) kompetensi akan ditaksir bagi aktiviti ini iaitu,
Berkepemimpinan, Berkomunikasi Berkesan dan Membangun Kapasiti.

Tatacara Pelaksanaan Amali Pengurusan Majlis Rasmi adalah seperti yang berikut:
a. Peserta dibahagikan tugasan untuk mengendalikan majlis rasmi yang ditetapkan.
b. Peserta perlu membentuk jawatankuasa pelaksana majlis dan menentukan bidang
tugas setiap jawatankuasa melalui mesyuarat atau perbincangan.
c. Setiap jawatankuasa perlu menyediakan dokumen pengurusan majlis yang berkaitan
dengan tugasan mereka.
d. Dokumen pengurusan majlis ini perlu dikemukakan kepada panel pentaksir dalam
bentuk salinan lembut (soft copy) lebih awal melalui e-mel.
e. Dokumen dalam bentuk salinan cetak perlu dikemukakan semasa pertemuan
dengan panel pentaksir selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum majlis dijalankan.
f. Panel pentaksir perlu menyemak dokumen tersebut dan sesi temu bual dilaksanakan
semasa penyerahan dokumen tersebut.
g. Peserta akan mengendalikan majlis rasmi mengikut perancangan yang telah
ditetapkan dengan amalan protokol dan etiket yang sempurna.
h. Pentaksir akan mentaksir semua kompetensi peserta melalui dokumen yang
dikemukakan semasa sesi temu bual dan semasa pelaksanaan majlis.
i. Pentaksir akan merumus aktiviti pengurusan majlis untuk pengukuhan dan
penambahbaikan.

Perkara yang perlu diambil kira dalam mengendalikan majlis rasmi (tertakluk kepada
jenis dan keperluan majlis) adalah seperti yang berikut:
a. Susunan Keutamaan Persekutuan dan Negeri
b. Anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan dan negeri
c. Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan
d. Senarai jemputan bagi pelbagai majlis
e. Pengendalian kad jemputan mengikut amalan protokol.
f. Prinsip menyusun tempat duduk bagi pelbagai majlis
g. Prinsip menyusun tempat duduk bagi majlis jamuan
h. Susunan majlis dalam dewan dan luar dewan mengikut amalan protokol
i. Protokol dalam pengacaraan majlis formal
j. Peranan penyambut tetamu dalam majlis formal
k. Bendera dan susunannya mengikut amalan protokol
l. Fungsi pegawai protokol, pegawai pengiring dan pegawai perhubungan
m. Pemilihan menu
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

52
n. Penggunaan lagu kebangsaan mengikut amalan protokol
o. Penyusunan gambar orang kenamaan di dinding
p. Atur cara program dan atur cara pentadbiran mengikut amalan protokol

Dokumen pengurusan majlis yang perlu disediakan dan dikemukakan kepada panel
pentaksir (mengikut keperluan tugas jawatankuasa) adalah seperti yang berikut:
a. Kertas kerja atau kertas cadangan ringkas
b. Dokumen mesyuarat (surat atau memo panggilan mesyuarat, minit mesyuarat dan
maklum balas mesyuarat)
c. Jawatankuasa dan bidang tugas jawatankuasa
d. Carta alir tugas jawatankuasa
e. Peranan setiap ahli jawatankuasa
f. Buku program
g. Atur cara majlis
h. Atur cara pentadbiran majlis
i. Teks pengacaraan
j. Teks doa
k. Teks ucapan
l. Pelan lantai
m. Menu jamuan tetamu
n. Surat atau kad jemputan

Rumusan bagi keempat-empat kompetensi peserta akan diperoleh selepas semua


peserta selesai melaksanakan kedua-dua aktiviti amali protokol dan etiket ini.

PM-1

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

53
PANDUAN SEMAKAN DOKUMEN PENGURUSAN MAJLIS RASMI
JAWATANKUASA DOKUMEN/BUKTI
1 URUS SETIA DAN Kertas cadangan/kerja/konsep
PENDAFTARAN Proses kerja/Carta alir/Carta Gantt
Pembentukan Jawatankuasa dan bidang tugas
Minit mesyuarat Jawatankuasa
Kaedah pendaftaran/contoh borang
Atur cara majlis
Raptai
2 JEMPUTAN Senarai jemputan/tetamu
Surat jemputan/kad jemputan
Surat/borang pengesahan kehadiran
Carta alir/proses kerja
Pembahagian tugas AJK
3 SAMBUTAN DAN Senarai pembahagian tugas AJK: sambutan luar/dalam
PROTOKOL Carta alir/proses kerja
Senarai pembahagian tugas, Pengurus Acara/LO (1 to 1)/LO (pull)/
pengacara/pembaca doa
Atur cara pentadbiran
Teks pengacaraan/teks doa
4 SERANTA DAN Buku program
DOKUMENTASI Banner/bunting
Iklan media
Senarai pembahagian tugas AJK
Carta alir/proses kerja
Pelaporan
5 JAMUAN Pemilihan menu dan tempahan
Bajet
Susun atur tempat duduk jamuan
Senarai pembahagian tugas AJK
Carta alir/proses kerja
6 PERSEDIAAN TEMPAT Pelan susun atur tempat duduk utama
Pelan lantai dewan/tempat
Senarai pembahagian tugas AJK
Carta alir/proses kerja
7 CENDERAMATA/SIJIL Penyediaan cenderamata
Penyediaan sijil
Bajet
Senarai pembahagian tugas AJK
Carta alir/proses kerja
8 SIAR RAYA Penyediaan audio visual
Senarai pembahagian tugas AJK
Carta alir/proses kerja

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

54
4.2.5 PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN AKTIVITI KUMPULAN

Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK) membolehkan peserta


memperkembangkan ilmu dan kompetensi masing-masing menerusi aktiviti seperti
berikut:
a. Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta
b. Jalinan Pintar Korporat
c. Bicara Kepimpinan Melalui Buku

A. LAWATAN PENANDAARASAN KE INSTITUSI SWASTA

Aktiviti ini membolehkan peserta membuat penandaarasan dan pemerhatian terhadap


aspek pengurusan dan kepimpinan sesebuah institusi swasta sehingga berupaya
mengekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menggunakan sumber secara optimum.

Peserta akan membuat pemerhatian berkaitan amalan terbaik pengurusan dan


kepimpinan di institusi swasta yang membawa kepada kejayaan institusi tersebut.
Peserta juga akan membuat perbandingan sama ada amalan tersebut sesuai untuk
dilaksanakan di sekolah dengan beberapa penambahbaikan atau pengubahsuaian
demi kejayaan kendiri mahu pun sekolah. Perkongsian dapatan melalui pembentangan
membolehkan percambahan minda dalam kalangan peserta supaya dapat disesuaikan
di sekolah nanti.

Institusi yang dipilih merangkumi sektor swasta atau badan berkanun. Institusi
ini hendaklah yang mempunyai reputasi cemerlang dan dikenali, misalnya sekolah
antarabangsa, tadika swasta, hotel, resort, syarikat pengeluar makanan, pengimport
atau pengeksport dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Pada akhir aktiviti, diharapkan peserta berupaya berkongsi pemerhatian dan idea
bagaimana aspek yang dibuat pemerhatian boleh dimanfaatkan untuk dijadikan amalan
pengurusan dan kepimpinan kendiri serta organisasi.

B. JALINAN PINTAR KORPORAT

Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan aktiviti membina jaringan dan jalinan dengan
mana-mana tokoh/agensi korporat untuk melaksanakan sumbangan mereka dengan cara
yang penuh berintegriti, mesra masyarakat dan bermanfaat kepada pembangunan sosial.
Aktiviti ini dikembangkan oleh tokoh/agensi korporat untuk menawarkan penyelesaian
kepada masalah sosial.

Selaras dengan itu, aktiviti JPK didedahkan kepada peserta NPQEL bertujuan
melatih dan membimbing bakal-bakal pemimpin sekolah dalam membuat jaringan
dan jalinan dengan mana-mana tokoh/agensi korporat bagi mendapatkan khidmat
jalinan pintar korporat kepada sekolah-sekolah yang dipilih. Aktiviti ini dapat melahirkan
pemimpin-pemimpin sekolah yang berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, membina jaringan dan jalinan, dan seterusnya berkomunikasi
dengan berkesan. Pada akhir sesi latihan, peserta dapat:
1. menjelaskan proses-proses yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti.
2. mengaplikasi konsep JPK dalam organisasi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

55
C. BICARA KEPIMPINAN MELALUI BUKU

Aktiviti Bicara Kepimpinan Melalui Buku (BKB) merangkumi penulisan laporan dan
pembentangan individu yang ditaksir. Aktiviti BKB bertujuan meningkatkan keupayaan
peserta memahami kandungan buku untuk diaplikasi dalam pengurusan dan kepimpinan
organisasi. Pada akhir sesi latihan ini, peserta dapat:
1. memperkukuh kompetensi peserta melalui pelaporan dan pembentangan BKB yang
dipilih.
2. menggabungkan pengetahuan dan kompetensi dalam bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan sedia ada dengan amalan terbaik di tempat kerja.
3. membuat refleksi kendiri terhadap kompetensi yang dikuasai melalui aktiviti BKB.

4.2.6 TATACARA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN


AKTIVITI KUMPULAN

A. LAWATAN PENANDAARASAN KE INSTITUSI SWASTA

1. Sebelum Lawatan
Peserta diberi pilihan untuk mencari dan memilih sendiri lokasi institusi swasta
yang akan dibuat penandaarasan. Jarak pencarian Institusi swasta oleh peserta
sehingga 50 km dari IAB. Pemilihan lokasi dan pelan komunikasi (surat menyurat dan
perbincangan) akan dilaksanakan bersama oleh Pegawai Rujuk dan Koordinator.
Tempahan makan dan minum peserta, penyediaan cenderamata akan dilkendalikan
oleh koordinator. Pegawai rujuk perlu mengendalikan taklimat kepada peserta agar
peserta memahami matlamat dan perjalanan keseluruhan aktiviti ini

Peserta akan membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 6 orang


ahli bagi tujuan aktiviti ini. Peserta juga perlu mendapatkan maklumat berkaitan
institusi yang akan dilawati dan bersedia dengan soalan-soalan yang bersesuaian
untuk diajukan kepada pihak institusi yang dilawati. Peserta perlu berbincang dalam
kumpulan berkaitan skop pemerhatian yang ingin difokuskan serta memastikan
ia tidak bertindan dengan kumpulan lain. Wakil setiap rombongan (peserta) perlu
mendapatkan cenderamata sebelum sesi lawatan ini berlangsung.

2. Semasa lawatan
Agenda lawatan adalah seperti berikut:
a. Taklimat oleh pengurus syarikat
b. Soal jawab berkaitan pengurusan dan kepimpinan antara peserta dan syarikat
c. Lawatan sekitar institusi (jika ada)
d. Penyampaian cenderamata kepada syarikat
e. Sesi bergambar

Koordinator akan bersama-sama kumpulan peserta semasa lawatan ke


institusi swasta dan akan melaksanakan pentaksiran di lapangan untuk kompetensi
Berkeperibadian Tinggi. Peserta akan diagihkan mengikut kumpulan ke seksyen-
seksyen berdasarkan ketetapan institusi yang dilawati. Peserta diingatkan untuk
sentiasa menjaga tatasusila dan nama baik perkhidmatan awam semasa berada di
institusi tersebut.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

56
3. Selepas lawatan
3.1 Penulisan Laporan Berformat
Peserta perlu menyediakan laporan bertulis dalam bahasa Inggeris secara
individu. Maklumat yang perlu ada di dalam laporan adalah:
i.
Nama institusi swasta
ii.
Perkhidmatan utama institusi swasta
iii.
Lokasi institusi swasta
iv.
Maklumat institusi (seperti):
• Jawatan pengurusan
• Jumlah kakitangan
• Lain-lain
v. Perkara yang difokuskan:
• Kaedah operasi
• Kaedah kawalan disiplin kakitangan
• Kaedah penjagaan kebajikan kakitangan
• Kaedah kenaikan pangkat kakitangan
vi. Pengurusan dan kepimpinan yang diamalkan di institusi tersebut.
vii. Perbandingan pengurusan dan kepimpinan serta kesesuaian untuk
diaplikasikan kepada kendiri dan/atau organisasi (beserta penambahbaikan/
pengubahsuaian jika perlu).
Nota: Perkara v, vi dan vii perlu saling berkaitan

Peserta perlu melampirkan dokumen sokongan yang difikirkan perlu untuk


membuktikan aktiviti pemerhatian dan penandaarasan yang telah dibuat. Laporan
perlu dimuat naik ke dalam Portal e-NPQEL pada tarikh yang ditetapkan.

3.2 Pembentangan Laporan

Peserta akan membuat pembentangan dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab


bilangan slaid pembentangan terhad, semua dokumen sokongan hendaklah
dimasukkan ke dalam laporan sebagai rujukan pentaksir.

Panduan pembentangan adalah seperti berikut:


a. Pembentangan dan slaid pembentangan adalah di dalam bahasa Inggeris.
b. Setiap peserta akan membuat pembentangan selama empat (4) minit.
c. Panel Pentaksir boleh mengemukakan soalan bagi tujuan mendapatkan
penjelasan atau pencerahan dalam masa tiga (3) minit selepas pembentangan.
d. Slaid pembentangan perlu mengandungi sekurang-kurangnya perkara seperti
berikut:
• Maklumat ringkas berkaitan institusi swasta dan aspek yang difokuskan
dalam lawatan.
• Perkongsian berasaskan lawatan:
Fokus bidang keutamaan yang diperhatikan yang memberi nilai positif:
a. Amalan pengurusan dan kepimpinan di institusi tersebut yang membawa
kepada kejayaan.
b. Refleksi terhadap kesesuaian amalan (dengan beberapa penambahbaikan
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

57
dan pengubahsuaian, jika perlu) untuk diaplikasi kepada diri sendiri dan/atau
organisasi.
c. Pandangan dan wawasan terhadap amalan dan nilai yang diperolehi.
d. Berkongsi pengalaman/kemahiran/pengetahuan untuk mengamalkan amalan
terbaik, termasuk cabaran yang dihadapi bagi membangunkan potensi
subordinat dan organisasi
• Refleksi kendiri mengembangkan potensi diri untuk mengamalkan amalan
dan nilai yang diperolehi melalui tugasan dan cabaran baharu

4. Pentaksiran

Pentaksiran kompetensi adalah melalui pembentangan aktiviti secara individu. Peserta


dikehendaki membuat pembentangan dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun,
peserta tidak akan dinilai dari segi kemahiran menguasai tatabahasa dalam bahasa
Inggeris. Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kompetensi Berkomunikasi Berkesan
semasa sesi pembentangan manakala Berkeperibadian Tinggi akan ditaksir di
lapangan oleh koordinator.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

58
LPIS-1
FORMAT LAPORAN
AKTIVITI LAWATAN PENANDAARASAN INSTITUSI SWASTA
Nama Peserta
Name of Participant
Kelas
Class
Ambilan dan Tahun
Cohort and Year
Kumpulan 1 / 2 / 3 / 4 / 5
Group
Tarikh Lawatan
Date of Visit
Nama Institusi
Name of the Institution
Perkhidmatan Utama Institusi
Main Services of the Institution
Lokasi Institusi
Location of the Institution
Maklumat institusi (seperti):
Information about the Institution (i.e):
Jawatan Pengurusan
Management’s Post
Jumlah kakitangan
Total Number of Staff
Lain-lain
Others
*Perkara yang difokuskan:
Main focus of the organization:
*Kaedah operasi
Methods of operation
*Kaedah kawalan disiplin kakitangan
Methods of staff disciplinary control
*Kaedah penjagaan kebajikan kakitangan
Methods of staff welfare care
*Kaedah kenaikan pangkat kakitangan
Methods for staff promotion
(*Pilih salah satu atau lain-lain yang difikirkan sesuai)
*Choose one or more as you think fit.
Pengurusan dan kepimpinan yang diamalkan di
institusi tersebut
The management and leadership practiced in
the institution
Perbandingan pengurusan dan kepimpinan, serta kesesuaian
untuk diaplikasikan kepada kendiri dan/atau organisasi (beserta
penambahbaikan/ pengubahsuaian jika perlu).
Comparison of management and leadership, as well as appropriateness
to be applied to oneself and/or one’s organization (together with
improvements/modification if necessary).

Pengakuan:
Acknowledgement:

Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia diambil tindakan oleh pihak IAB jika
didapati bahawa karya ini diplagiat daripada hasil karya pihak tertentu yang terdahulu.
I hereby certify that this report is entirely my own original work except where otherwise indicate. I am prepared to
accept take actions taken by IAB if it is found that this work is plagiarized from the work of others or any particular
party in the past.

…… (Tandatangan/Signature)........
(Nama/Name)
(Tarikh/Date)

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

59
B. JALINAN PINTAR KORPORAT (JPK)
1. Sebelum Aktiviti
a. Setiap peserta perlu menjalankan aktiviti JPK ketika sesi bersemuka di IAB iaitu
pada hari Sabtu (Fasa 2).
b. Aktiviti JPK akan dijalankan mengikut kumpulan masing-masing dan dijalankan
dalam tempoh satu (1) hari sahaja.
c. Aktiviti JPK hanya berfokuskan kepada sekolah-sekolah di sekitar kampus IAB.
d. Aktiviti JPK boleh dilakukan mengikut keperluan/kesesuaian dalam dua (2) keadaan
iaitu akademik atau bukan akademik dengan khidmat bantuan tokoh/agensi korporat.
e. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang Koordinator.

2. Semasa Aktiviti
a. Setiap peserta melaksanakan aktiviti JPK secara berkumpulan.
b. Setiap peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan sumber peruntukan atau
perkhidmatan sendiri untuk melaksanakan aktiviti JPK.

3. Selepas Aktiviti
a. Setiap peserta secara individu wajib membentangkan aktiviti JPK yang dijalankan
secara berkumpulan yang telah dilaksanakan dalam pentaksiran JPK yang akan
ditaksir oleh pentaksir.
b. Bukti sumbangan perlu ditunjukkan ketika sesi pembentangan JPK dalam sesi
pentaksiran JPK (sumbangan berbentuk wang/material/perkhidmatan daripada
tokoh/agensi korporat).

4. Prosedur Penulisan Laporan


Setiap peserta perlu menyediakan laporan bertulis dengan mengisi borang laporan
berformat (JPK-1) dan diserahkan kepada pentaksir JPK yang dilantik semasa
pentaksiran.
a. Maklumat yang dicadangkan dalam laporan adalah:
• Sekolah yang melaksanakan aktiviti
• Tokoh/agensi korporat yang terlibat menyumbang kepada pelaksanaan aktiviti
• Keperluan sekolah
• Fokus aktiviti JPK
• Lain-lain usaha dalam mengekalkan hubungan jalinan sekolah dengan tokoh/
agensi korporat

b. Peserta perlu melampirkan dokumen sokongan yang difikirkan perlu untuk


membuktikan pelaksanaan aktiviti JPK. Laporan perlu dimuat naik ke dalam Portal
e-NPQEL pada tarikh yang ditetapkan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

60
5. Prosedur Pembentangan Aktiviti
Setiap peserta perlu menyediakan enam (6) slaid pembentangan (tidak termasuk
hiperlink) berkaitan aktiviti JPK yang telah dilaksanakan (sebelum/semasa). Laporan
dan slaid pembentangan perlu dihantar sebagai bukti aktiviti JPK kepada koordinator
selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum pembentangan.

6. Penilaian

Pentaksiran kompetensi dilaksanakan melalui dua (2) kaedah, iaitu pentaksiran di


lapangan semasa menjalankan program JPK, dan pembentangan aktiviti secara
individu semasa sesi pentaksiran. Semua bentuk pentaksiran akan ditaksir secara
individu. Satu (1) kompetensi, iaitu Membina Jaringan dan Jalinan akan ditaksir di
lapangan, manakala dua (2) lagi kompetensi, iaitu Menyelesai Masalah dan Membuat
Keputusan akan ditaksir semasa pembentangan. Peserta juga perlu mengemukakan
laporan berformat (JPK-1) tentang proses keseluruhan (sebelum/semasa) aktiviti JPK.
Penglibatan setiap seorang daripada ahli kumpulan mestilah dipamerkan semasa
menjalankan aktiviti. Pelaporan berformat perlu dimuatnaik bersama-sama dengan
slaid pembentangan sebelum sesi pentaksiran. Setiap peserta akan dinilai oleh tiga (3)
orang rakan sejawat (JPK-2).

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

61
JPK-1
LAPORAN JALINAN PINTAR KORPORAT
Nama Program
Nama Peserta
Kelas
Kumpulan 1 / 2 / 3 / 4 / 5
Tarikh
Tempat
Lokasi/Alamat

Pelaporan aktiviti Jalinan Pintar Korporat (JPK) yang


dilaksanakan:

1. Mengenal pasti dan perbincangan dengan sekolah

2. Mengenal pasti dan perbincangan dengan tokoh/agensi


korporat

3. Tujuan dan objektif aktiviti JPK dilaksanakan


• Latar belakang aktiviti
• Bila dan dimana aktiviti dilaksanakan
• Peserta dan organisasi yang terlibat
• Kaedah pelaksanaan

4. Pencapaian aktiviti JPK


• Hasil yang dicapai dari aktiviti yang dilaksanakan
• Perbandingan hasil dengan matlamat

5. Cabaran aktiviti JPK


• Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti

6. Cadangan penambaikan
• Cadangan penambahbaikan yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti JPK di sekolah setelah tamat
program NPQEL

7. Penutup
• Rumusan aktiviti JPK
Pengakuan:

Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia diambil tindakan
oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini diplagiat daripada hasil karya pihak tertentu yang
terdahulu.

Tandatangan:

Nama: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

62
JPK-2
BORANG PENILAIAN RAKAN SEJAWAT

Nama:
Kelas:

Arahan: Berdasarkan pemerhatian, nyatakan skor anda terhadap rakan-rakan yang dinilai
dalam jadual merujuk indikator berikut:

1- Tidak dipamerkan 2 - Kurang jelas dipamerkan 3 - Jelas dipamerkan

Bil Penyataan Nama Nama Nama


Rakan 1 Rakan 2 Rakan 3

1 Rakan dapat memberi kerjasama dalam 1 2 3 1 2 3 1 2 3


menjalankan aktiviti JPK

2 Rakan dapat mengenal pasti intervensi 1 2 3 1 2 3 1 2 3


untuk menyelesai masalah

3 Rakan menunjukkan kemahiran membuat 1 2 3 1 2 3 1 2 3


keputusan dengan menggunakan data

4 Rakan dapat menilai kekuatan dan 1 2 3 1 2 3 1 2 3


kelemahan setiap intervensi

5 Rakan dapat menyumbang idea dalam 1 2 3 1 2 3 1 2 3


menghasilkan kertas cadangan JPK

6 Rakan dapat mengenalpasti tokoh/agensi 1 2 3 1 2 3 1 2 3


korporat yang dapat memberikan khidmat
JPK

Tandatangan:

Nama: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

63
C. BICARA KEPIMPINAN MELALUI BUKU

Aktiviti Bicara Kepimpinan melalui Buku merangkumi penulisan laporan yang melibatkan
kerja berkumpulan dan juga sesi pembentangan yang dibuat dan ditaksir secara individu.
Pemilihan buku oleh peserta adalah berdasarkan Rajah 12:

Senarai judul buku yang


disediakan oleh IAB

ATAU
CD
ATAU
Pembelian
Sendiri

Rajah 12: Pemilihan Judul Buku

1. Syarat pembelian sendiri:

a. Terbitan 2015 ke atas.


b. Bilangan halaman tidak kurang dari 150 muka surat.
c. Hanya buku bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
d. Tema berkaitan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
e. Judul buku yang dibeli tidak sama dengan cadangan senarai judul yang diberi
atau CD yang dibekalkan.
f. Pemilihan judul mestilah dipersetujui oleh urus setia.
g. Kos pembelian ditanggung oleh peserta.

2. Panduan Penulisan Laporan (Format Penulisan Kandungan)

• Jenis Huruf: Arial


• Saiz Huruf: 11
• Langkau Jarak: 1.5
• Jidar (luar, dalam, atas dan bawah): 1 inci
• Header:Nama Kumpulan (cth: SRBE1 Ambilan1/K1/2018)
• Footer: NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk/Utara/Genting
Highlands/Sabah/Sarawak
• Nombor Halaman (dinyatakan di sebelah kanan bawah muka surat)
• Bilangan muka surat: 8 hingga 10 (cetakan depan belakang)
• Laporan Bicara Kepimpinan melalui Buku hendaklah dimuat naik ke
e-NPQEL pada hari pertama minggu ke-14.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

64
Jaduan 9: Deskripsi Kandungan Laporan Bicara Kepimpinan melalui Buku

BIL DESKRIPSI OPERASI PERINCIAN


a. Logo IAB
b. Nama IAB
c. Nama Kumpulan
1 Kulit Hadapan
d. Senarai nama ahli kumpulan
e. Judul buku/bahan bacaan
f. Maklumat penerbitan

a. Judul buku/artikel
b. Nama pengarang/penulis
2 Senarai Kandungan c. Penerbit
d. Tahun terbitan
e. Bilangan muka surat/bab

a. Ringkasan Eksekutif-sinopsis atau abstrak berkenaan


kandungan buku.
b. Aplikasi kandungan buku kepada peserta sebagai
3 Kandungan Buku
pemimpin sekolah.
c. Rumusan
d. Rujukan

4 Ringkasan Eksekutif Sinopsis buku yang dibaca


a. Kesesuaian dalam konteks pemimpin sekolah atau
Aplikasi kandungan buku
Pendidikan
kepada peserta sebagai
b. Kaitkan kesesuaian bidang kompetensi seperti yang
pemimpin sekolah
5 dicadangkan.
(minima 5 halaman)
c. Refleksi kendiri berasaskan bahan bacaan. sebagai
pemimpin sekolah (berasaskan Rubrik Analitik NPQEL
2.0)

6 Rumusan (1 halaman) Merumuskan Laporan Bicara Kepimpinan melalui Buku

7 Rujukan (1 halaman) Bahan-bahan yang dirujuk (Format APA)

3. Panduan Pembentangan
a. Setiap kumpulan perlu menyediakan jumlah slaid pembentangan (tidak termasuk
hyperlink) berkaitan Bicara Kepimpinan melalui Buku berdasarkan jumlah ahli
dalam kumpulan tersebut (seorang 1 slaid sahaja). Slaid pembentangan perlu
dihantar sebagai eviden hasil aktiviti kepada pengurus atau pengurus bersama
selewat-lewatnya sehari sebelum pembentangan.
b. Setiap ahli dalam kumpulan diberi masa selama tujuh (7) minit untuk sesi
pembentangan.
c. Semua ahli perlu terlibat dalam pembentangan.
d. Buku yang dibaca oleh peserta perlu ditunjukkan kepada pentaksir sewaktu
pembentangan.
e. Pembentangan diukur berasaskan kompetensi Berkepemimpinan,
Berkomunikasi berkesan serta Berkeperibadian Tinggi.
f. Pentaksiran pembentangan akan dijalankan secara individu.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

65
Jadual 10: Pembentangan Bicara Kepimpinan melalui Buku
BIL KANDUNGAN SLAID PERINCIAN CATATAN
1 Pengenalan Tajuk, penulis, bilangan Dibentangkan oleh ahli
muka surat dan sedikit pertama, setiap kumpulan.
sinopsis keseluruhan
buku
2 Aplikasi kandungan buku Kesesuaian dalam Dibentangkan oleh semua ahli
kepada peserta sebagai konteks pemimpin dalam kumpulan
pemimpin sekolah sekolah/institusi
pendidikan
Kaitkan kesesuaian
bidang kompetensi
seperti yang
dicadangkan.
Refleksi kendiri
berasaskan bahan
bacaan sebagai
pemimpin sekolah
(berasaskan Rubrik
Analitik NPQEL Versi
2018)
3 Rumusan Merumuskan laporan Dibentangkan oleh ahli terakhir
keseluruhan buku setiap kumpulan

D. PENERBITAN KARYA TERPILIH

1. Karya terpilih berdasarkan penulisan laporan peserta yang telah mengikuti 10 aktiviti
NPQEL Versi 2018. Penulisan karya berdasarkan kriteria berikut:

a. Pematuhan/kesesuaian penulisan berdasarkan format yang ditetapkan.


b. Mempamerkan/kenal pasti bidang kompetensi yang dikuasai/miliki.
c. Persembahan isi kandungan/pengenalan/pengalaman lepas/dapatan aktiviti/
penutup dan rujukan.
d. Peserta perlu;
• Menyatakan hanya lima (5) daripada 10 aktiviti yang dilaksanakan sebagai
dapatan aktiviti. (Aktiviti Perantisan 2 adalah diwajibkan dan empat (4) aktiviti
lain yang berkaitan).
• Mengaitkan kompetensi dengan dapatan yang diperolehi setelah melaksanakan
lima (5) aktiviti berkenaan.
• Membuat refleksi kendiri setelah memilih lima (5) aktiviti dengan merancang apa
yang sepatutnya dibuat untuk pembangunan organisasi.
• Membuat rumusan bagi setiap aktiviti yang dipilih.
e. Penyelia akan membuat penilaian penulisan laporan peserta berdasarkan
perincian skema pemarkahan yang telah disediakan oleh pegawai rujuk sebagai
panduan.
f. Penyelia perlu memuat naik markah peserta yang diselia sebagai calon karya
terpilih. Karya yang telah mendapat markah 80% ke atas akan disenarai pendek.
g. Panel pemilihan akan memuktamadkan karya-karya yang terbaik untuk diterbitkan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

66
2. Format penulisan dan laporan

Penulisan hanya terhad kepada 15 halaman sahaja

Perkara Halaman
Tajuk (bold)
Font 11, tulisan Arial, langkau 1.5
Logo IAB muka depan
Tajuk
Nama Peserta
Nama Penyelia
Ambilan
Pengenalan 1 halaman
Pengalaman lepas 1 halaman
Dapatan aktiviti: 10 halaman
1. e-NPQEL
2. Ujian Kecergasan Eksekutif, Hari Sukan dan Kebudayaan
3. Pembentangan Eksekutif
4. Bicara Ilmu/Bicara Professional
5. Jalinan Pintar Korporat
6. Perantisan 1
7. Perantisan 2 (wajib)
8. Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta
9. Pengurusan Majlis dan Etiket Meja Makan
10. Bicara Kepimpinan melalui Buku
Penutup 1 halaman
Rujukan (menggunakan format APA)

3. Skema Pemarkahan Laporan NPQEL (Karya Terpilih)

Tajuk: Laporan Aktiviti NPQEL - berdasarkan empat (4) domain:10 kompetensi

i. Pengenalan (5 markah)
Kata pengantar atau overview yang menerangkan secara keseluruhan karya yang
dihasilkan.

ii. Pengalaman lepas (10 markah)


Perkongsian pengalaman lepas sebagai pemimpin pendidikan.

iii. Dapatan aktiviti: (65 markah)


Berdasarkan Kurikulum NPQEL (peserta dibenarkan memilih lima (5) aktiviti
sahaja)

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

67
1. e-NPQEL Peserta perlu;
a. menyatakan dapatan yang diperolehi daripada lima (5)
2. Pembentangan aktiviti
Eksekutif
- Dua (2) markah untuk setiap aktiviti dan dapatan
3. Bicara Ilmu/ (Jumlah 10 markah)
Bicara
Profesional
4. Perantisan 1 b. mengaitkan kompetensi dengan dapatan yang
5. Perantisan 2 diperolehi setelah melaksanakan 5 aktiviti berkenaan.
(Wajib)
- Lima (5) markah untuk setiap perkaitan yang
6. Jalinan Pintar diterangkan (Jumlah 25 markah)
Korporat
c. membuat refleksi kendiri setelah memilih 5 aktiviti
7. Lawatan dengan merancang apa yang sepatutnya dibuat untuk
Penandaarasan pembangunan organisasi.
ke Institusi
Swasta (Wajib) - 5 markah untuk setiap refleksi dan perancangan
8. Pengurusan yang dicadangkan (Jumlah 25 markah)
Majlis dan Etiket
Meja Makan
9. Bicara d. Membuat rumusan bagi setiap aktiviti yang dipilih.
Kepimpinan
melalui Buku - Satu (1) markah untuk setiap rumusan aktiviti (Jumlah
5 markah)
10. Pengurusan
Kecergasan
Eksekutif, Hari
Sukan dan
Kebudayaan

iv. Penutup (5 markah)


• Merumus secara ringkas keseluruhan penulisan karya.

v. Bahasa (5 markah)
• Penggunaan bahasa yang jelas dan tepat, laras bahasa yang sesuai dan
ejaan yang keseluruhannya betul.
• Penggunaan penbendaharaan kata betul dan sesuai.
• Penggunaan kepelbagaian ungkapan menarik hendaklah betul dan sesuai.

vi. Kreativiti/kritis (5 markah)


• Pengolahan kandungan/idea/tindakan baharu yang disampaikan

vii. Rujukan (5 markah)


• Format APA

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

68
5.0 PENTAKSIRAN KOMPETENSI NPQEL

Pentaksiran terhadap peserta NPQEL dibuat secara individu berpandukan Rubrik


Analitik Kompetensi bagi aktiviti TAS, TAL dan TAK. Rubrik tersebut boleh dirujuk
dalam Kamus Kompetensi yang boleh diakses menerusi e-resos. Terdapat sepuluh
(10) kompetensi yang diukur sepanjang peserta mengikuti aktiviti TAS, TAL dan TAK.

Deskripsi sepuluh (10) kompetensi yang dimaksudkan tersebut adalah seperti


yang dinyatakan pada Jadual 1 dalam Kamus Kompetensi. Sepuluh (10) kompetensi
tersebut merupakan pecahan kepada empat (4) Domain Kompetensi iaitu Berwawasan,
Menerajui Perubahan, Mencemerlangkan Organisasi dan Berketerampilan. Semua
aktiviti pentaksiran menerusi tiga (3) komponen pentaksiran tersebut, mengukur
kompetensi setiap individu dengan merujuk kepada definisi kompetensi yang
ditetapkan seperti pada Jadual 1 dalam Kamus Kompetensi.

Jadual 11: Pentaksiran Individu Berasaskan Kompetensi

Membina Jaringan dan Jalinan


Memimpin Pembelajaran

Berkomunikasi Berkesan

Berkeperibadian Tinggi
Memimpin Perubahan

Membangun Kapasiti
Membuat Keputusan

Menyelesai Masalah
Berfikiran Strategik

Berkepemimpinan
Kompetensi

Aktiviti Pentaksiran TAS Pentaksiran Kompetensi


Pembentangan Eksekutif 1 ü ü ü ü  
Pembentangan Eksekutif 2 ü ü ü ü  
Pembentangan Eksekutif 3   ü ü ü ü        
Pembentangan Eksekutif 4 ü     ü ü ü      
Pembentangan Eksekutif 5   ü   ü     ü ü  
Aktiviti Pentaksiran TAL Pentaksiran Kompetensi
Protokol dan Etiket ü ü ü
Perantisan 1 ü ü ü ü
Perantisan 2 ü ü ü ü ü ü ü ü ü ü
Aktiviti Pentaksiran TAK Pentaksiran Kompetensi
Jalinan Pintar Korporat   ü ü ü ü
Lawatan Penandaarasan Ke
ü ü
Institusi Swasta
Ulasan Buku   ü ü ü
Jumlah Fokus Kompetensi 5 6 4 6 3 3 3 7 4 5

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

69
Pentaksiran peserta NPQEL yang dibuat secara individu adalah berasaskan
kompetensi sebagaimana yang digambarkan pada Jadual 11. Bagi tujuan pemprofilan
kompetensi individu, tahap tertinggi daripada setiap kompetensi yang diukur dalam
aktiviti pentaksiran TAS, TAL dan TAK, akan digunakan bagi menetapkan tahap
kompetensi yang sebenar.

Rajah 13: Pentaksiran Kompetensi NPQEL Versi 2018

Kompetensi dalam Rajah 11 diukur menggunakan Rubrik Analitik Kompetensi yang


dinyatakan dalam lima (5) tahap bagi setiap kompetensi. Setiap tahap membawa
definisi seperti Jadual 12. Setiap tahap dinyatakan secara berhierarki mengikut
tema yang mempunyai deskripsi tersendiri berserta dengan ilustrasi bagi memandu
pelaksanaan pentaksiran berasaskan kompetensi.

Jadual 12: Definisi Tahap Kompetensi Aras Ukuran Rubrik Analitik Kompetensi

Tahap Kompetensi Definisi Tahap Kompetensi


Tahap 1 Tahap Kesedaran
Tahap 2 Tahap Asas
Tahap 3 Tahap Pertengahan
Tahap 4 Tahap Lanjutan
Tahap 5 Tahap Mahir

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

70
5.1 PEMPROFILAN KOMPETENSI PESERTA
Setiap keputusan konsensus tentang tahap kompetensi bagi setiap peserta akan
dimasukkan dalam sistem pemprofilan peserta pada hari yang sama. Peserta boleh
mengakses keputusan tahap kompetensi sebagai maklumat Perkembangan Individu
melalui penyelia masing-masing. Laporan Pemprofilan Kompetensi akan dikeluarkan
secara individu menerusi dua dokumen berikut:

a. Perkembangan Individu: Pelaporan yang dikeluarkan secara mingguan yang


memberikan maklumat perkembangan kompetensi masing-masing.

b. Profil Individu: Laporan penuh pencapaian tertinggi sepuluh kompetensi yang


ditaksir terhadap setiap peserta.

Rajah 14: Laporan Perkembangan Kompetensi Peserta

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

71
Rajah 15: Laporan Pencapaian Peserta mengikut Kelas

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

72
Rajah 16: Profil Kompetensi Peserta

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

73
6.0 PENGURUSAN KECERGASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah lima (5) bateri ujian pentaksiran kecergasan NPQEL Versi 2018 yang
perlu dilaksanakan oleh calon untuk ke Program NPQEL:

Rajah 17: Aktiviti Pengurusan Kecergasan Eksekutif

Pengurusan Kecergasan Eksekutif dilaksanakan dengan tujuan memberi kesedaran


kepada peserta kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan kecergasan.
Perkongsian amalan penjagaan kesihatan akan diberikan dan peserta akan ditaksir
tahap kecergasan mereka sebanyak dua (2) kali bagi memantau perkembangan
kecergasan. Setiap peserta akan diberi borang Akuan Diri sebelum melaksanakan
taksiran. Taksiran pertama dibuat sebelum peserta ditawarkan mengikuti Program
NPQEL. Taksiran kedua dibuat pada minggu akhir sesi bersemuka Fasa 3. Taksiran
kecergasan melibatkan lima (5) bateri ujian seperti berikut:

a. Bleep Test iaitu ujian kecergasan aras pelbagai yang melibatkan kaedah larian
berulang alik secara berterusan di antara dua (2) jarak sejauh 20 meter dalam
masa beep dirakam. Masa antara beep akan semakin pendek pada setiap tahap.
Ujian ini adalah bagi menentukan pengambilan oksigen maksimum seseorang
individu. Kecergasan bermula bagi ujian Bleep pada aras 2 dengan 3 kali ulangan
bagi lelaki dan aras 2 dengan satu (1) kali ulangan bagi perempuan adalah
digalakkan.

b. Jangkauan Melunjur adalah latihan yang mengkehendaki individu duduk dan


meluruskan kaki serta secara perlahan-lahan menundukkan badan sehingga dagu
rapat ke dada sambil tangan diluruskan menjangkau perlahan-lahan sejauh yang
mungkin atas pita pengukur dan dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
Latihan ini bertujuan menilai keanjalan/fleksibiliti anggota badan yang melibatkan
bahagian belakang badan. Keanjalan bermula 17 cm bagi lelaki dan 26 cm bagi
perempuan adalah digalakkan. Ujian ini dijalankan sebanyak tiga (3) kali percubaan
dan hanya percubaan terbaik diambil kira

c. Bangkit Tubi iaitu latihan yang memerlukan individu berbaring dengan lutut
bengkok dan mengangkat bahagian badan bangkit dan ringkuk secara berulang

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

74
dalam masa satu (1) minit dengan kedua-dua tangan disilangkan pada dada dan
memegang bahu secara menyilang. Latihan ini bertujuan menaksir keupayaan
daya tahan dan kekuatan otot bahagian abdomen. Keupayaan daya tahan bermula
dengan 12 kali bangkit tubi bagi lelaki dan 11 kali bangkit tubi bagi perempuan
adalah digalakkan.

d. Tekan Tubi adalah latihan yang memerlukan kedudukan sokong hadapan dengan
berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan
dan diturunkan dengan membengkok siku sehingga dada menyentuh sponge dan
luruskan semula tangan (tekan tubi). Berbeza dengan kedudukan bagi perempuan
iaitu kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus
lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan (tekan tubi suaian). Turunkan
badan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh span yang tingginya
10cm. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kira satu (1) ulangan lakuan.
Tekan tubi diteruskan sehingga satu (1) minit. Latihan ini bertujuan mentaksir
kekuatan dan daya tahan otot serta bahu badan. Kekuatan bermula tujuh (7) kali
bagi lelaki dan enam (6) kali bagi perempuan adalah digalakkan.

e. Body Mass Index (BMI)

BMI adalah Body Mass Index atau Indeks Jisim Badan iaitu ukuran untuk
menilai berat badan seseorang berbanding tingginya. Untuk mengira BMI hanya
memerlukan berat badan dan ukuran tinggi semasa. Nilai BMI boleh menjadi
penunjuk sama ada seseorang itu kurang berat badan, normal atau berat badan
berlebihan.

Cara Kira BMI

Kebiasaannya, pengiraan BMI boleh dilakukan secara manual dengan


menggunakan formula ringkas iaitu:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

75
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAKSIRAN KECERGASAN FIZIKAL NPQEL

SURAT AKUAN

Saya : :
. (Nama dengan huruf besar)

No. Kad Pengenalan: beralamat di


membuat akuan bahawa, saya mengambil ujian kecergasan jasmani/fizikal, yang dijalankan
oleh Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, secara sukarela dan tanpa
apa-apa paksaan, bagi memenuhi prasyarat Kursus Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL).

2. Saya juga mengakui bahawa, saya adalah sihat dan cergas untuk menjalani ujian
tersebut. Saya faham objektif bateri-bateri ujian ini adalah untuk menguji komponen-komponen
kecergasan berlandaskan kesihatan; melibatkan BMI, ujian Bleep, ujian duduk jangkau, ujian
bangun tubi,dan ujian bangkit tubi. Saya dapat menganggar tahap kesihatan saya melalui data
yang diperoleh dari ujian-ujian tersebut. Saya juga faham bahawa data ujian ini adalah sulit.
Saya bebas untuk menarik diri daripada proses pentaksiran ini pada bila-bila masa,
sekiranya saya m e rasakan ujian-ujian tersebut terlalu mencabar untuk saya.

3. Saya juga mengakui bahawa pihak IAB akan mengambil tindakan dan langkah-langkah
sewajarnya, bagi memastikan keselamatan para peserta semasa pentaksiran dijalankan.
Saya berjanji akan mematuhi segala arahan yang diberikan pentaksir sepanjang pengujian
berlangsung

Tandatangan:
Tarikh::
. Nama Saksi: _
. (Nama dengan huruf besar)

No. Kad Pengenalan: Beralamat: .

Tandatangan:
Tarikh:

‘*Calon yang mengandung, baru lepas bersalin, mengalami kemalangan, sakit kronik, baru
l epas pembedahan dinasihatkan tidak melakukan ujian kecergasan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

76
7.0 BRING YOUR OWN DEVICE

Amalan Bring Your Own Device (BYOD) dalam organisasi membenarkan kakitangan
membawa peranti milik sendiri seperti komputer riba, telefon pintar dan tablet
untuk melaksanakan tugasan di pejabat. Melalui amalan BYOD, peserta boleh
menggunakan peranti sendiri untuk mengakses maklumat dan aplikasi bagi
melaksanakan kerja dengan lancar. Panduan BYOD hendaklah dipatuhi oleh peserta
dan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran BYOD boleh dirujuk kepada carta alir
dalam Rajah 13 di bawah.

Rajah 18: Carta Alir Pendaftaran BYOD

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

77
8.0 KANDUNGAN KIT PESERTA

Kit peserta diberikan semasa taklimat kursus. Kandungan kit peserta adalah seperti
berikut:
a. Jadual kursus
b. Lanyard
c. Direktori pengurus dan bengurus bersama, srus setia dan penyelia
d. Senarai buku untuk aktiviti Bicara Kepimpinan melalui Buku
e. Panduan Pelaksanaan
f. Takwim NPQEL Versi 2018
g. Bahan rangsangan untuk pembentangan 10 kompetensi
h. Buku catatan untuk aktiviti bersama tokoh dan ulasan panel penilai

9.0 KAJIAN IMPAK NPQEL VERSI 2018

Program NPQEL Versi 2018 ini melibatkan pelaburan yang besar bagi memastikan
pemimpin sekolah berprestasi tinggi dapat dilahirkan seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dianggarkan kira-kira
1,740 orang bakal PGB akan dilatih setiap tahun mulai tahun 2018. Justeru, satu
kajian perlu dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan impak program terhadap
peserta lulusan NPQEL Versi 2018 dan organisasi yang dipimpin. Dapatan kajian
ini akan memberi maklumat tentang aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan
terhadap program NPQEL Versi 2018 juga bagi memastikan program ini benar-benar
berfungsi sebagai program intervensi bagi meningkatkan kompetensi PGB dalam
menerajui sekolah. Kajian ini terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu:

a. Fasa I
Kajian keberkesanan melibatkan pengumpulan data peserta dalam tempoh latihan.
Semua peserta diminta memberi maklum balas terhadap instrumen penilaian reaksi
dan pembelajaran.

b. Fasa II
Kajian impak melibatkan pengumpulan data peserta yang telah dilantik sebagai PGB
dan berkhidmat di sekolah dalam tempoh enam (6) hingga 12 bulan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

78
Laporan kajian akan disediakan dalam dua (2) fasa iaitu fasa pertama setelah data
reaksi dan pembelajaran diperoleh dan fasa kedua setelah peserta berkhidmat di
sekolah sebagai PGB dalam tempoh enam (6) bulan hingga 12 bulan. Laporan
dapatan fasa satu dijangka akan dilengkapkan dalam tempoh lima (5) bulan selepas
peserta menamatkan program latihan manakala laporan dapatan fasa kedua akan
dilengkapkan dalam tempoh lima (5) bulan selepas data impak terhadap individu dan
organisasi sekolah dikumpulkan.

Kajian impak NPQEL Versi 2018 akan mengadaptasikan kerangka model


empat peringkat Penilaian Program Latihan (Evaluating Training Programs) yang
dibangunkan oleh Donald Kirkpatrick (1998). Jadual 9 menunjukkan jenis kajian,
peringkat, objektif dan fasa penilaian yang akan dilaksanakan.

Jadual 13: Jenis, peringkat dan objektif penyelidikan

Fasa
Jenis Kajian Peringkat Objektif
Penilaian

Mengenal pasti reaksi


Kajian 1. Reaksi Semasa
peserta terhadap program
Keberkesanan (Reaction) kursus
NPQEL Versi 2018

Sebelum,
Mengenal pasti peningkatan
2. Pembelajaran semasa dan
kompetensi peserta
(Learning) selepas
program NPQEL
tamat kursus

Meneroka amalan peserta


dalam mempraktikkan
Kajian 3. Tingkah laku pengetahuan, kemahiran Selepas
Impak (Behavior) dan pengalaman yang kursus
diperoleh melalui program
NPQEL Versi 2018

Meneroka impak program


4. Hasil Selepas
NPQEL Versi 2018 kepada
(Results) kursus
organisasi sekolah

Keempat-empat peringkat penilaian ini akan memberikan maklumat tentang dua


(2) perkara iaitu, pertama, keberkesanan Program NPQEL Versi 2018 terhadap
pembangunan kompetensi kepimpinan peserta dan kedua, impaknya terhadap
pembangunan sekolah yang diterajui. Usaha ini akan memastikan program latihan
NPQEL ditambah baik dari semasa ke semasa dan relevan dengan peranan IAB
sebagai pusat latihan kepimpinan pendidikan terbilang di rantau Asia.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

79
GLOSARI

1. Penyelia
Pensyarah yang berfungsi membimbing peserta bermula daripada mod e-NPQEL
sehingga mod bersemuka.
2. Mentor
PGB yang dilantik dan berfungsi membimbing peserta semasa aktiviti lapangan
Perantisan 1 atau Perantisan 2.
3. Pentaksir
Pensyarah yang bertanggungjawab membuat penilaian semasa sesi persembahan
eksekutif dan pembentangan.
4. Follow up dan follow through (FUFT)
Program susulan yang dibuat untuk melihat pencapaian objektif dan impak hasil
daripada kursus yang dihadiri.
5. Komensmen
Majlis penganugerahan sijil atau diploma kepada graduan NPQEL.
6. Inisiatif #87
Pelaksanaan Piagam Pemimpin Sekolah
7. Kompetensi
Pengetahuan, kemahiran dan atitud yang perlu bagi melaksanakan tugas dan
tanggungjawab. Prinsip asas kompetensi ialah prestasi seseorang PGB dan sekolah
akan meningkat sekiranya PGB memiliki semua kompetensi yang diperlukan untuk
menjadi seorang PGB yang berprestasi tinggi.
8. Standard
Satu penyataan tentang sesuatu domain yang merujuk kepada tanda aras tertentu
dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang sesuatu perkara.
9. Pentaksiran
Merekabentuk, menghasilkan dan menilai item, instrumen, sistem dan teori
pentaksiran bagi tujuan pelaporan, pengukuran atau penilaian pencapaian prestasi
individu atau institusi.
10. Verifikasi
Memastikan dan mengesahkan bahawa syarat-syarat yang ditentukan telah dipenuhi
melalui penyediaan bukti.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

80
RUJUKAN

Berger, L. A. & Dorothy R. (2003). The talent management handbook: Creating organizational
excellence by identifying, developing, and promoting your best people. New York:
McGraw-Hill.

Carrier, A., Levasseur, M., Bédard, D., & Desrosiers, J. (2011). Teaching transfer skills to
older adults: Identification of strategies used by occupational therapists. British Journal
of Occupational Therapy, 74(11), 500-508.

Che Man, N. (2011). Tanggungjawab sosial korporat: Analisis perbandingan di Bank


Muamalat Malaysia Berhad dan Affin Bank Berhad/Norajila binti Che Man. Tesis Doktor
Falsafah: Universiti Malaya.

Collins, R. (2012). The importance of leadership in high performing s c h o o l s .


Independent Schools Queensland Briefings. 16(6): 1-8. www.aisq.qld.edu.au/files/
files/.../briefings/JulyBriefings_12_A4.pdf [18 Oktober 2013].

Cooper, W.W., Seiford, L.M. & Tone, K., (2000). Data Envelopment Analysis: A
Comprehensive Text with Models, Applications, References and DEA-Solver
Software, Kluwer Academic Publishers: Boston.

Donald L. Kirkpatrick & James D. Kirkpatrick. (1998). Evaluating Training Programs (third
edition): The four levels, San Francisco: Berrett-Koehler Publishers. Akses 21 November
2017, dari https://www.bkconnection.com/static/ Evaluating_ Training_Programs_
EXCERPT.pdf

Dongen, Mac A. D. (2014). Toward a Standardized Model for Leadership Development in


International Organizations. Global Business and Organizational Excellence. 33(4):
6–17.

Gurr, D., & Drysdale, L. (2013). Middle-level secondary school leaders: Potential, constraints
and implications for leadership preparation and development. Journal of Educational
Administration, 51(1), 55-71.

Hallinger, P. (2011). Leadership for learning: Lessons from 40 years of empirical research.
Journal of educational administration, 49(2), 125-142.

Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of instructional


and transformational leadership. Cambridge Journal of education, 33(3), 329-352.

Hallinger, P., & Lee, M. (2012). A global study of the practice and impact of distributed
instructional leadership in International Baccalaureate (IB) schools. Leadership and
policy in schools, 11(4), 477-495.

Hallinger, P., Taraseina, P., & Miller, J. (1994). Assessing the instructional leadership of
secondary school principals in Thailand. School Effectiveness and School Improvement,
5(4), 321-348.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

81
Ibrahim Ahmad Bajunid. (2002). Changing mindsets: Lifelong learning for all.

Institut Aminuddin Baki. (2009). Course Directory. National Institute of Educational


Management and Leadership. Genting Highland.

Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.


Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.

Institut Aminuddin Baki. (2014). NPQEL: Panduan pelaksanaan Program Kelayakan


Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. Edisi Semakan. Genting Highlands:
Institut Aminuddin Baki.

Jim Kirkpatrick & Wendy Kayser Kirkpatrick. (2014). The Kirkpatrick four levels: A freshlook
after 55 years 1959 – 2014. Akses 22 November 2017 dari http://concierge.blackpepper.
co.uk/a_fresh_look_after_55_years_1959_2014_kirk patrick_partners.pdf

Kamaruzaman Moidunny. (2009). Keberkesanan program kelayakan profesional


kepengetuaan kebangsaan (NPQEL). Akses 22 November 2017 dari
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2014/11/program-kelayakan-profesional-
pemimpin.html

KPM.
(2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (Eds.). (2004). Small Business School Video Cases for
Entrepreneurship: Theory, Process and Practice. Thomson/South-Western.

McCall, M., Eichinger, R., & Lombardo, M. (1996). The career architect development planner.
Lominger Limited.

Range, B. G. (2013). How Teachers’ Perceive Principal Supervision and Evaluation in Eight
Elementary Schools. Journal of Research in Education, 23(2), 65-78.

Sahin, S. (2011). The Relationship between Instructional Leadership Style and School Culture
(Izmir Case). Educational Sciences: Theory and Practice, 11(4), 1920-1927.

Schlueter, K., & Walker, J. (2008). Selection of school leaders: A critical component for
change. NASSP Bulletin, 92(1), 5-18.

Shuhaida Shamsudin & Mohd. Izham Mohd. Hamzah. (2017). Talent Management and
Teacher Leadership Talent Development in High Performing School in Malaysia.
International Journal of Educational Best Practices. 1(1): 19-35.

Shuhaida Shamsudin. (2016). Pengurusan bakat di sekolah berprestasi tinggi di Malaysia.


Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sufean, H. (2014). School culture and instructional leadership of high-performing and low
performing school: Patterns of variation and relationship. Jurnal of Humanities and
Social Science (IOSR-JHSS), 19(3), 138-144.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

82
Wagner, T. (2008). Even our “best” schools are failing to prepare students for 21st-century
careers and citizenship. Educational Leadership.

Wall, B., Wall, R., Solum, R., & Sobol, M. (1992). The Visionary Leader: From Mission
Statement to a Thriving Organization, Here’s Your Blueprint. Prima Lifestyles.

Winfrey, E.C. (1999). Kirkpatrick’s Four Levels of Evaluation. In BIN Hoffman (Ed.)
Encyclopedia of Educational Technology. Akses 22 November 2017 dari http://coe.
sdsu.edu/eet/Articles/k4levels/start.htm.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

83
PENGHARGAAN
AHLI PASUKAN PEMIKIR PERINGKAT BAHAGIAN

Mohd. Radzi bin Hashim


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim


Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan

Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam


Bahagian Pendidikan Guru

Goh Suzie
Dr. Zuraidah binti Abdul Karim
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

AHLI PASUKAN PEMIKIR PERINGKAT JPN/PPD/SEKOLAH

Mohd. Rashid bin Mohd Sidek Roslin bin Balia


Jabatan Pendidikan Negeri Melaka SMK Za’ba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Puniran bin Denan Fauziah binti Abdullah


Pejabat Pendidikan Daerah Muar SMT ERT Setapak, Kuala Lumpur

Mohd Azwar Iqbal bin Tahir Arbain bin Pinni


Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Amirullah bin Bidin Sabuddin bin Haji Sani


Pejabat Pendidikan Daerah Bentong SM Sains Tuanku Munawir, Seremban

Rosimawati binti Saad Dr. Harery bin Abu Saad


School Improvement Partner (SIP) PPD Kuala Ketua Sektor Penaziran Kurikulum JNJK
Lipis
Zulkifly bin Nordin
Naharuddin bin Othman Sektor Kepimpinan Institusi Pendidikan JNJK
SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak
Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin
Mahathir bin Mohamed Unit Penilaian Kompetensi Bahagian
SMK Pokok Sena, Kedah Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Fariza binti Ab. Rasip Mokhtar bin Ibrahim


SMK Medini, Johor Bahru SM Teknik ERT Likas, Kota Kinabalu

Majidah binti Hashim Ismail bin Awang


SMK Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur SK Bertam Indah, Kepala Batas

Dr. Chan Seow Hong Omar bin Ahmad


SJK(C) Kwang Hwa, Butterworth SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

84
PENGHARGAAN
AHLI PASUKAN PEMIKIR PERINGKAT INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Dr. Balasandran A. Ramiah Dr. Zaiton binti Ismail


Dr. James Ang Jit Eng Dr. Ashfahani binti Zakaria
Mohd. Zanal bin Dirin Dr. Maimunah binti Husien
Dr. Abd. Razak bin Manaf Asiah binti Yaacob Khan
Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh Halijah binti Ariffin
Lew Yeok Leng Dr. Sham bin Ibrahim
Dr. A’azmi bin Shahri Junaidah binti Abd. Jamil
Dr. Faridah binti Yakob Sarina binti Che Ariff
Fadzilah binti Abdullah Latifah binti Othman
Dr. Wee Eng Lee Zuriah binti Mad Ali
Dr. Shafinaz binti A. Maulod Shuhaida binti Shaari
Suzana binti Zakari Norihan binti Azizan
Amran bin Omar Samsiah binti Si-Rajab
Zairi bin Zainal Abidin Manoharan Muthusamy
Paridon bin Sahid Mohd. Radzi bin Bainan
Hajar binti Muhamad Dr. Kunalan Kuriaya
Liew Fook Sin Masniah binti Masri
Misliah binti Mesran Abidin bin Mohamad
Maryati binti Athan Nor Kamsiah binti Jaapar
Marina binti Abas Dr. Azhar bin Harun
Md. Rahaimi bin Rashid Hasanah binti Abdul Rahman
Suhajanazer bin Suboh Ahmad Azuan bin Zainudin
Muhamad Sauki Razali Norfadzlianawaty binti Mohd Fathel
Nor’amimah binti Omar Hazlan bin Ali
Noor Azilah binti Jamuri Noraizan binti Hj. Noor
Normala binti Ibrahim Suriani binti Sulaiman
Dr. Zoolaiha binti Abd. Rahman Wan Shamsuddin Wan Mohd Salleh
Zulfikar Husni bin Shamsul Khalil Abdul Razak Majid
Shahrin bin Alias Norman Sani
Ahmad Salihin bin Mat Saat Madzani @ Saidie Nusa
Yong Chee Ken Ashraf Abd Rahman
Mislinah binti Makin Dr. Jamelaa Bibi binti Abdullah
Mariza binti Alias Dr. Gu Saw Lan
Dr. Nor Foniza binti Maidin Che Maznah binti Mohamed
Zakiah binti Ahmad Dr. Gulson Begum binti Khalid
Dr. Tarzimah binti Tambychik Indira Popatlal
Dr. Quah Cheng Sim Wan Othman Kamal bin Wan Yusuf
Mat Zizi bin Ismail Dr. Nor Asikin binti Salleh
Dr. Shuhaida binti Shamsudin Khairul Badri bin Ahmad
Azwan bin Wamin Noraida binti Mohd. Nor
Mohd Nashahrudin bin Mat Daud Azhan bin Ahmad
Thilagam a/p Gurusamy Samen Sanggod
Amalluddin Sufian Nor Zilah binti Nazir
Dr. Noor Hashimah binti Hashim

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

85

You might also like