You are on page 1of 1

SJK(C) SENG YOK

09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN.


KBC 0045 & TEL/FAX: 04-4765217
Email: sjkcsengyok@gmail.com
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Tuan:
Ruj.Kami: SSY/HIP/06(01)
Tarikh: 15 April 2019
Tuan Pengarah,
Klinik Pergigian Kupang
Jalan Kuala Ketil,
09200, Baling,Kedah.

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KLINIK PERGIGIAN KUPANG

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah kami SJK(c) Seng Yok ingin memohon
kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Klinik Pergigian Kupang.

2. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid kepada pengoperasian klinik pergigian dan
menyedarkan murid tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi.

3. Di samping itu, lawatan ini adalah dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris agar dapat
memenuhi kehendak pelaksanaaan Highly Immersive Programme (H.I.P) .

4. Bersama-sama ini disampaikan maklumat berikut untuk perhatian dan tindakan pihak tuan
selanjutnya.
4.1 Tarikh Lawatan : 25 Jun 2019
4.2 Bilangan Murid: 54 orang
4.3 Bilangan Guru : 11 orang

5. Kami berharap tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dengan sewajarnya.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

You might also like