You are on page 1of 3

Pluralism: Idealogi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

Pluraliti : Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi.
Cth: Masyarakat Melaka.

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang
dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan. Cth: era penjajahan British.

SEJARAH MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA...


Pluralisme Alam Melayu
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Alam Melayu hidup dalam kepluralitian
semula jadi tanpa paksaan.
- Alam Melayu menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.
- Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kerajaan Melaka.

Selepas Kedatangan penjajah...


Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan
ekonomi dan politik Inggeris.

Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka.

Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik
Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama,
‘negara kolonial sekular’.

Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan , manakala sains dianggap penyumbang kepada
kemajuan. (konsep epistemologi).

Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu: Kehakiman,
Eksekutif dan Perundangan

Hal ini mengubah senario pluraliti masyarakat di Alam Melayu sebelum itu meskipun masih wujudnya
masyarakat majmuk yang lebih ramai.

Zaman penjajahan British – 3 peringkat


Pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan
hartawan Cina dan India.
Sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dengan matlamat menjadikan mereka
sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Terdapat juga sekolah agama dan mengaji
Quran. Tiada sekolah menengah
Sekolah vernakular Cina dan India.
POLITIK
- Konsep raja dan kerajaan – Hindu
- Konsep negeri atau negara – perkataan Sanskrit
- Pelantikan para pegawai kerajaan awal dalam Alam Melayu secara berangka; Orang Besar Empat, Orang
Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua – Astrologi Hindu
- Penggunaan gelaran Raja – kepercayaan Hinduisme
- Perubahan sistem politik ‘kerajaan’ – British

EKONOMI

Wujud hubungan dua hala dalam bidang ekonomi sesama masyarakat yang berbilang kaum. Contoh:
Masyarakat Melaka.

Agihan kerja mengikut etnik (British)


- Melayu – tradisonal, petani
- Cina – perlombongan dan perniagaan
- India – lading getah dan kelapa sawit

KESAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA:

PENDIDIKAN
- Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan – dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 dan
Rahman Abdul Talib 1960.

- 13 Mei 1969, UMNO menegaskan pendidikan harus dipertingkatkan untuk meperkasakan orang
Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.

- Kerajaan memperbanyak penubuhan institut pengajian tinggi.

- Sekolah Cina masih wujud

POLITIK

- Pembentukan Parti Perikatan (UMNO, MIC dan MCA)

- Penubuhan Barisan Nasional (1974)

- Penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu untuk mewujudkan satu negara; Malaysia.

EKONOMI

Sistem ekonomi laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan
British
Wujud 3 sektor
- Sektor ekonomi tradisional (pengusahaan ladang getah, kelapa dan padi dan nelayan) dikuasai oleh
Melayu.

- Sektor ekonomi moden (perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan)- 10% dikuasai oleh etnik Cina.

- Sektor ketiga – Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan. India pula terlibat
dalam sector pengangkutan awam, perniagaan dan kewangan.

You might also like