You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK

AMPANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BIL 1/2019

Tarikh : 29 DISEMBER 2019


Masa : 8.00 PAGI
Tempat : Bengkel RBT 1
Kehadiran(Bilangan) : 3
Nama Yang Hadir :

BIL NAMA JAWATAN

1 ENCIK SHAHROL NISMAN BIN OMAR GPK Hal Ehwal Murid


2 ENCIK. LOKMAN BIN JANTAN Ketua Panitia
3 CIK. VANITHA DARMALINGGAM Setiausaha

Nama Yang Tidak Hadir :

BIL NAMA JAWATAN SEBAB

1 - - -

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

AGENDA

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan salam, memulakan mesyuarat dengan bacaan ulmu kitab Al-
Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang hadir untuk menjayakan
mesyuarat panatia kali pertama ini.

1
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran yang telah memberi
mandat kepada beliau untuk bertanggungjawab sebagai ketua panitia pada
tahun 2018.

1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih dan guru-guru baru
untuk mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi pada tahun ini serta
mengharapkan guru-guru dapat berkongsi pengalaman dan idea untuk
memantapkan program-program yang bakal dilaksanakan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh Encik. Lokman Bin Jantan dan
disokong oleh Cik. Vanitha A/P Darmalinggam

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
-Tiada

4. PERKARA-PERKARA BARU

4.1 Matlamat dan Objektif

4.1.1 Panitia RBT bermatlamat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal
faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam
keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

4.1.2 Tahun 2019 Panitia RBT telah menetapkan beberapa objektif seperti
berikut:
a) Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka
bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan.
b) Menggembeling tenaga dan menyelaras aktiviti-aktiviti kefahaman
dan kemahiran mengenai asas-asas Kemahiran Hidup.

2
c) Memperkembangkan ilmu pengetahuan tentang bahan dalam
bidang kayu, logam, elektrik, elektronik dan enjin serta membuat
pengiraan kos.
d) Menambah pemahaman tentang asas perdagangan yang
berorientasikan keusahawanan dalam kehidupan sehari-hari.
e) Memupuk dan memperkembangkan nilai dan kebolehan mengurus
sumber yang ada di persekitaran dengan cekap, bijak, kreatif dan
berkesan serta puas hati dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.

4.2 Dasar Ketetapan dan pelaksanaan kurikulum


4.2.1 Pengurusan Mesyuarat Panitia
a) Mesyuarat panitia akan diadakan 4 kali setahun seperti yang
tercatat dalam (Surat Siaran: PKPA Bil 2:1991)
b) Notis mesyuarat perlu dikeluarkan seminggu sebelum tarikh
mesyuarat.
c) Setiausaha perlu memastikan minit mesyuarat disedikan mengikut
format SPSK 07/03 dan disemak oleh pengerusi mesyuarat.

4.2.2 Anggaran Belanja Mengurus (ABM)


a) Anggaran perbelanjaan disediakan berdasarkan peruntukan yang
diberi.
b) ABM disedikan mengikut format SPSK PK 17/1
c) Peruntukan kewangan boleh digunakan secara optimum untuk
sumber pendidikan (60%-80%) yang melibatkan semua tahun
d) Peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran murid (20%-
30%) melibatkan semua tahun.
e) ABM panitia diserahkan kepada Penolong Kanan/ Setiausaha
Kurikulum seminggu selepas mesyuarat panitia pertama.
f) ABM disemak untuk memastikan telah disediakan mengikut format
yang tepat.

3
g) ABM perlu dibuat dalam tiga salinan dan disimpan dalam Fail
Panitia, Fail Kurikulum dan Fail Ketua Pembantu Tadbir (KPT)/PT

4.2.3 Pencerapan
a) Pencerapan PdPc akan dilaksanakan mengikut Surat Pekeliling
Ikhtisas 3/1987: Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran.
b) Jadual pecerapan dan agihan tugas perlu disediakan.
c) Tarikh, masa dan keas guru yang dicerap berdasarkan Jadual
pencerapan yang disediakan pada tahun semasa.
d) Maklum balas pencerapan/ Coaching dilaksanakan kepada guru
oleh pihak pencerap.

4.2.4 Sumber Pendidikan


a) Sumber pendidikan dan TMK perlu diinventori menggunakan KEW
PA 3. Sumber pendidikan disimpan dengan bersistem dan mudah
diakses.
b) Penggunaan sumber pendidikan direkodkan oleh guru dalam buku
rekod penggunaan sumber pendidikan bagi setiap mata pelajaran.
c) Pemeriksaan dan penyelenggaraan sumber pendidikan
dilaksanakan dua kali setahun.
d) Bahan bantu belajar berbentuk carta, model, surat khabar, majalah,
bahan-bahan berkaitan digunakan sekurang-kurangnya sekali
seminggu.
e) Sumber pendidikan seperti ICT/TMK/VLE sekurang-kurangnya
digunakan 30% sepanjang tahun persekolahan.
f) Penggunaan peta pemikiran (i-Think) sekurang-kurangnya sekali
seminggu dalam aktiviti kumpulan semasa PdPc.
g) Penggunaan sumber pendidikan dalam latihan amali di makmal/
bengkel seperti yang diperuntukan dalam sukatan mata pelajaran
yang berkaitan.

4
h) Murid dilibatkan sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa
untuk mata pelajaran yang berkaitan yang memerlukan projek luar/
lawatan/ khidmat masyarakat.

4.2.5 Tugasan dan Latihan


a) Latihan/tugasan kepada murid perlu diberikan bagi memastikan
pengukuhan konsep dan pengayaan dalam topik-topik yang diajar.
b) Bilangan dan bentuk latihan/ tugasan minimum mata pelajaran
mengikut bidang diputuskan dan diterima dalam mesyuarat panitia.
c) Latihan/ tugasan berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) sekurang-kurangnya 30 peratus dan ke atas mengikut
tahap keupayaan/ kebolehan murid.
d) Tugasan perlu diberi dalam pelbagai bentuk seperti individu,
pasangan dan kumpulan.
e) Satu buku catatan perlu disediakan oleh setiap murid untuk mata
pelajaran RBT.
f) Modul latihan untuk murid ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia
mengikut aras kesukaran 5:3:2 dan perlu dipatuhi oleh semua ahli
panitia.

4.2.6 Penyemakan Latihan Murid


a) Menyediakan jadual penyemakan buku latihan dan memasukkan
jadual tersebut ke dalam buku pengurusan/ takwim sekolah.
b) Penyemakan latihan murid hendaklah dibuat secara konsisten dan
konstruktif.
c) Guru mata pelajaran menyerahkan buku/ lembaran/ TMK dan
penyemak akan memilih 10 latihan dari setiap kelas untuk semakan
dengan mengguanakn Borang (SPSK PK 06/2) dan Borang (SPSK
PK 06/4)
d) Semua borang penyemakan latihan dan analisis penyemakan
disimpan dalam fail SPSK 06/2 dalam fail panitia.

5
e) Sekiranya tidak mematuhi spesifikasi tindakan pembetulan perlu
diambil dengan merujuk SPSK PK 15 Pengurusan Kawalan
Perkhidmatan yang Tidak Akur.

4.2.7 Pentaksiran
a) Panitia RBT memastikaj Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) disediakan
bagi setiap pentaksiran mengikut tahun.
b) Jadual Penyediaan soalan seperti berikut:

JENIS PEPERIKSAAN TAHUN PENGUBAL

4 Cik. Vanitha Darmalinggam

5 Cik. Vanitha Darmalinggam


Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2019 6 Encik. Lokman Bin Jantan

4 Cik. Vanitha Darmalinggam


Peperiksaan Akhir
5 Cik. Vanitha Darmalinggam
Tahun 2019
6 Encik. Lokman Bin Jantan

c) Kertas soalan perlu disemak oleh ketua panitia sebelum dihantar


untuk proses cetakkan.
d) Kertas soalan mesti dihantar kepada SU Peperiksaan untuk
diperbanyakkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
e) Kertas soalan yang disetak perlu diselenggara oleh penyedia soalan
dan mengikut SOP penyediaan peperiksaan yang ditetapkan.
f) Kertas soalan hendaklah disimpan di tempat yang selamat mengikut
ketetapan pengurusan sekolah.

6
g) Pengedaran Kertas soalan perlu mematuhi ketetapan perlu diambil.
h) Melaksanakan PBD mengikut Tatacara Pelaksanaan PBD dan
Penambahbaikan yang diedarkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
i) Setiap guru perlu melaksanakan PBD bagi menilai murid-murid T1-
T6 untuk mencapai TP yang telah ditetapkan oleh Panitia mata
pelajaran.
j) Pencapaian murid mengikut TP yang telah ditetapkan direkodkan
dan diserahkan kepada Ketua Panitia masing-masing untuk
disimpan di dalam fail yang disediakan.
k) Setiausaha PBD akan merangka Jadual Waktu Pentaksiran dan
Pelan Pelaksaan. Panitia akan melaksanakan PBD mengikut jadual
yang ditetapkan.
l) Markah rumusan direkodkan dan diserahkan kepada Setiausaha
PBD sebelum disahkan Penolong Kanan Pentadbiran.
m) Markah PPT dan PAT wajib dimasukkan dalam SAPS dan mencetak
analisis laporan.

4.2.8 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian


a) RPT yang disediakan untuk 43 minggu persekolahan.
b) RPT disedikan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP), kesesuaian tahap kebolehan murid serta
Takwim persekolahan tahun semasa.
c) Penyediaan RPT merujuk Takwim Tahunan Sekolah termasuk cuti
penggal, ujian, pentaksiran dan aktiviti sekolah.
d) RPT mesti disahkan oleh Guru Besar atau wakilnya sebelum
digunakan.
e) Cetakan “hardcopy” tersebut hendaklah disahkan dan satu salinan
disimpan dalam fail panitia dan kurikulum.
f) Penulisan RPH dibuat dalam talian (e-prema).

7
g) Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh
mengukur dan sesuai dengan keupayaan murid.
h) Peruntukan masa PdPc perlu digunakan secara optimum.
i) Aktiviti yang dilaksanakan ke arah mencapai objektif pelajaran. PdPc
dimulakan dengan set induksi, aktiviti, ke arah pembelajaran murid
dan penutup.
j) Guru mencatat penggunaan sumber yang bersesuaian dan
merangsang pembelajaran.
k) Refleksi wajib ditulis setelah selesai setiap PdPc dengan
mencatatkan bilangan murid yang telah mencapai objektif
pembelajaran. Tindakan susulan guru bagi murid yang tidak
mencapai objektif pembelajaran.
4.2.9 Buku Rekod Mengajar
a) Buku Rekod Mengajar diganti dengan folder RPH.
b) BRM perlu diuruskan dengan sempurna dna dapat dikemukakan
dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi
kuasa.
c) Setiap maklumat seperti maklumat peribadi, jadual waktu dan
maklumat murid perlu dilengkapkan.
d) RPT dan DSKP perlu diletakkan dalam BRM.
e) BRM hendaklah dihantar seminggu sekali untuk semakan oleh
pentadbir.
f) BRM mesti dibawa setiap kali guru melaksanakan PdPc.
g) BRM hendaklah diserahkan kepada pengurudan sekolah sebelum
cuti akhir tahun.

4.2.10 Program Peningkatan Prestasi Panitia


a) Panitia akan merancang program peningkatan prestasi panitia dan
melaksanakannya dengan sebaik-baiknya.
b) Peruntukan kewangan boleh digunakan sekurang-kurangnya 20-
30% dalam pelaksanaan program.

8
c) Panitia hendaklah mencatatkan hasil laporan dan perbincangan
serta direkodkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4.
d) Program yang dilaksanakan perlu dilapor dan didokumentasikan
sebagai bahan rujukan guru mengikut format yang telah ditetapkan.

4.3 Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2018


4.3.1 Mengikut analisis PAT 2018, mata pelajaran RBT mencatatkan 100% lulus.
4.3.2 Pada tahun ini murid yang mendapat Gred A perlu ditingkatkan

4.4 KPI Panitia


4.4.1 Guru-guru perlu memastikan peratus kelulusan dikekalkan pada tahun ini
iaitu 100%.
4.4.2 Penilaian berasaskan projek akan dijalankan sepanjang tahun.
4.4.3 Guru-guru hendaklah memastikan setiap murid berpeluang menghasilkan
sekurang-kurangnya satu projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

4.5 Perancangan Strategik Panitia.


-rujuk lampiran-

5. Hal-hal lain
-Tiada-

6. Penangguhan msyuarat
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru yang hadir.
6.2 Pengerusi menagguhkan mesyuarat pada pukul 9.50 pagi.

Disediakan oleh,
Vanitha Darmalinggam
Urusetia

9
10

You might also like