You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK

AMPANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BIL 2/2019

Tarikh : 11 JUN 2019


Masa : 12.50 tengah hari.
Tempat : Bengkel RBT 1
Kehadiran(Bilangan) : 2
Nama Yang Hadir :

BIL NAMA JAWATAN


1 ENCIK. LOKMAN BIN JANTAN Ketua Panitia
2 CIK. VANITHA DARMALINGGAM Setiausaha Panitia

Nama Yang Tidak Hadir :

BIL NAMA JAWATAN SEBAB

1 - - -

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

AGENDA

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan salam, memulakan mesyuarat dengan bacaan ulum kitab Al-
Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang hadir untuk menjayakan
mesyuarat pada kali kedua.

1
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh Encik. Lokman Bin Jantan dan
disokong oleh Cik. Vanitha A/P Darmalinggam

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Peruntukan kewangan yang diberi kepada Panitia RBT adalah sebanyak RM 7988.
3.2 60%-80% daripada duit peruntukan akan digunakan untuk membeli bahan-bahan
sumber pendidikan.
3.3 Ketua Panitia meminta guru-guru menyediakan senarai yang hendak dibeli untuk
penggunaan PdPc.
(Tindakan: Semua Guru RBT)

3.4 Guru-guru dikehendaki bersedia untuk sesi pencerapan oleh pentadbir dan ketua
panitia
(Tindakan : Semua Guru RBT)

3.5 RPT telah disediakan dan disahkan oleh pentadbir.


(Tindakan: Makluman Semua Guru RBT)

4. PERKARA-PERKARA BARU
4.1 Program Peningkatan Prestasi
4.1.1 Semua guru dikehendaki menyediakan bahan-bahan yang diperlukan
untuk Program Peningkatan Prestasi.
4.1.2 Semua guru RBT dan murid wajib mengambil bahagian dalam Program
yang bakal dijalankan.
4.1.3 Kerjasama semua guru panitia diperlukan bagi menjayakan program
tersebut.

2
4.1.4 Semua guru diminta untuk merekodkan dapatan program supaya mudah
untuk menyediakan laporan program.
(Tindakan: Semua Guru RBT)

4.2 PLC
4.2.1 Pada awalnya PLC RBT dirancang untuk dilaksanakan pada awal bulan
Jun.
4.2.2 Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan PLC akan diadakan
pada awal bulan Julai.
(Tindakan: Semua Guru RBT)

4.3 Penyemakan Buku Latihan


4.3.1 Ketua panitia minta guru-guru menghantar buku catatan murid untuk
semakan.
(Tindakan: Semua Guru RBT)

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Setiap Panitia akan diberi satu sudut dalam kawasan sekolah untuk diceriakan
menggunakan konsep Peta Pemikiran (i-Think) bagi program Ceriathon
5.2 Oleh itu, guru-guru diminta bersiap sedia dan memikirkan ide-idea yang kreatif
supaya dapat menceriakan sudut yang bakal diberikan kepada Panitia RBT.
(Tindakan: Makluman Guru)

6. PENAGGUHAN MESYUARAT
6.1 Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi
hadir dan meluangkan masa untuk menjayakan mesyuarat panitia kali kedua.
6.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 1.50 tengah hari

Disediakan oleh,
Vanitha Darmalinggam
Urusetia

3
4

You might also like