You are on page 1of 5

PERTANDINGAN PETANQUE

ANJURAN
PENDIDIKAN KHAS SK BENUT
2017

1. Tajuk

Pertandingan Petanque antara murid-murid Pendidikan Khas SK Benut


tahun 2017.

2. Latar Belakang

Petanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana
objektif utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola -
bola besi yang disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola
kecil yang diperbuat daripada kayu yang digelar jack. Petanque adalah
satu permainan yang dipertandingkan diperingkat Kebangsaan dan
Antarabangsa. Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan
diperkenalkan di Malaysia oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang
Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989. Pada tahun 1993,
permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan
sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk
semua".

3. Rasional

3.1 Sukan sebagai wadah perpaduan.

3.2 Memperkenalkan kepada guru dan murid-murid pendidikan khas


mengenai sukan petanque.

3.3 Melalui pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan di antara


ahli-ahli.

3.4 Sebagai satu aktiviti Unit Sukan dan Permainan Pendidikan Khas SK
Benut.

4. Objektif

4.1 Memberi peluang kepada murid dan guru dalam penglibatan sukan
untuk mencapai matlamat “Satu Murid Satu Sukan”.

4.2 Membolehkan semua ahli kelab mengaplikasikan teori-teori


pengurusan dalam petandingan petanque.

4.3 Meningkatkan pengetahuan dan mendedahkan pengalaman kepada


semua murid dan ahli kelab.
4.4 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.

5. Penyertaan

Murid-murid Pendidikan Khas SK Benut untuk kategori:

5.1 Lelaki Double


5.2 Perempuan Single
5.3 Kumpulan

6. Pelaksanaan Aktiviti

6.1 Tarikh : 2 dan 3 Oktober 2017

6.2 Tempat : Gelanggang Petanque SK Benut

6.3 Senarai Ahli Jawatankuasa

Penasihat : En Sariman Bin Ali


Pengerusi : Tn Hj Haslizam Bin Misran
Setiausaha : Pn Indok Faridah Bt Bachok
Bendahari : Pn Hidayati Bt Jahori

Cenderamata & Hadiah : Pn Nisrinah Bt Sumeri


Dokumentasi : Pn Indok Faridah Bt Bachok
Persediaan Tempat & : Pn Hanisah Bt Jamhari
Peralatan
Pendaftaran : Pn Hidayati Bt Jahori
Makanan & minuman : Pn Norhayati Bt Ali
Pn Nor Alijah Bt Sukeri
Pn Norashikin Bt Abd Rahman
Pengemasan : Semua Guru dan PPM

7. Kewangan

7.1 Sumber

PCG
7.2 Anggaran Perbelanjaan:

Bil Perbelanjaan Jumlah Sumber

Piala Murid:
RM 6 X 7 =
Johan : RM42
7 Piala

Naib Johan: RM 5 X 7 =
7 Piala RM35
Wang PCG
Ketiga:
7 Piala RM 4 X 7 =
RM28
Saguhati:
7 orang
RM 1 X 7 =
RM7

JUMLAH RM 112.00

8. Penutup

Adalah diharapkan agar pertandingan ini akan dapat berjalan dengan


lancar dan sempurna.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................. .................................
..
(INDOK FARIDAH BT BACHOK) (HASLIZAM B
MISRAN)
Setiausaha Program GPK Pendidikan Khas
SK Benut

Diluluskan oleh:

...............................
(SARIMAN BIN ALI)
GURU BESAR
SK BENUT

SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT


2017

PERTANDINGAN PETANQUE

TARIKH:
2-3 OKTOBER 2017
HARI:
ISNIN DAN SELASA
MASA:
7:20 PAGI – 8.20 PAGI

ANJURAN:

PENDIDIKAN KHAS SK BENUT


SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT
JALAN JAAFAR,
82200 BENUT
PONTIAN JOHOR Tel / Fax : 07-
6903058
Rujukan Kami: JBA6041.UPK/700-5/3/3/4
Tarikh : 20 September 2017

Kepada:

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Benut,
Jalan Jaafar,
82200 Benut, Pontian.

Tuan,

Memohon Peruntukan Wang PCG Pendidikan Khas Bagi Pertandingan Petanque Murid
Pendidikan Khas

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Sekolah
Kebangsaan Benut akan mengadakan pertandingan petanque pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2-3 Oktober 2017


Hari : Isnin dan selasa
Tempat : Gelanggang Petanque SK Benut
Jumlah Peserta : 22 orang

3. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi motivasi dan rangsangan kepada diri murid-
murid agar menjadi murid yang dapat memajukan diri sendiri. Selain itu, bertujuan melahirkan
murid-murid yang berkeyakinan, berani dan tabah menghadapi cabaran hidup.

4. Sehubungan dengan itu kami memohon agar peruntukan wang PCG Pendidikan Khas
sebanyak RM112 dapat diberikan untuk menjayakan program ini. Wang peruntukan itu akan
digunakan bagi menampung bayaran hadiah dan jamuan sepanjang pertandingan.

5. Bersama-sama surat ini, pihak panatia turut melampirkan senaskah Kertas Kerja
Pertandingan Petanque. Segala jasa baik dan sumbangan daripada pihak tuan dalam
menjayakan program ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” dan “SELANGKAH DI HADAPAN”

Saya yang menurut perintah,

………………………………
(Haslizam Bin Misran)
GPK Pendidikan Khas
SK Benut, Jln Jaafar
Benut, Pontian.

You might also like