You are on page 1of 1

Ruj. Kami : SMKCT/02/04/005/Jld.

6(125)
Tarikh: 02 Julai 2019

Kepada :
IBU BAPA / PENJAGA
Pelajar Tingkatan 3,
SMK Convent, Taiping

Tuan/Puan

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP) TINGKATAN 3

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara
sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitud dan personaliti
murid.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia, akan menjalankan pentaksiran IKP di sekolah seperti ketentuan
berikut :

Tarikh : 09 Julai 2019 (Selasa)


Masa : 7.50pagi – 11.00 pagi
Sasaran : Semua pelajar Tingkatan 3

4. Pentaksiran ini adalah sangat penting kepada anak tuan/puan. Slip skor pentaksiran akan
diserahkan bersama-sama slip keputusan PT3 2019.

5. Pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan untuk memastikan kehadiran anak tuan/puan ke
sekolah terutamanya pada tarikh dinyatakan. Kerjasama dan komitmen tuan/puan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya Yang Menjalankan Amanah,

HJH YUHANA HIZA BINTI YAHAYA


Penolong Kanan Pentadbiran
B/P : Pengetua
SMK Convent,
Sekolah Kluster Kecemerlangan

You might also like