You are on page 1of 3

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Sejarah


Tahun : 5M
Bilangan Murid : 20 orang
Tarikh/Hari : 30 Julai 2018/ Isnin
Masa : 12.30 tengah hari- 1.30 tengah hari
Aktiviti : Sesi kenal-mengenal dan interaksi bersama murid

1. Guru akan memperkenalkan diri terlebih dahulu (nama, tempat tinggal, tempat
duduk di pejabat guru).

2. Murid akan memperkenalkan diri mereka kepada guru (nama, tempat tinggal,
bilangan adik-beradik dalam keluarga, hobi dll).

3. Murid-murid diberi masa 10 minit untuk menghasilkan kad nama yang akan
diletakkan setiap kali kelas Sejarah mengikut kreativiti masing-masing.

4. Guru menerangkan peraturan-peraturan bilik darjah kepada murid-murid.


i. Murid-murid perlu menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan
tidak boleh membuat bising di dalam kelas.
ii. Murid-murid mesti mengangkat tangan sebelum menjawab soalan atau
menanya soalan.
iii. Murid-murid perlu menghantar tugasan yang diberikan pada masa yang
ditetapkan.
iv. Murid-murid perlu menjaga kebersihan kelas dan dilarang makan di dalam
kelas.
v. Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan
dijalankan, tetapi dengan nada suara yang lembut.
vi. Sesiapa tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan ditolak markah
daripada kumpulannya.

5. Murid diberi kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka terhadap peraturan-


peraturan yang dikemukakan dan peraturan-peraturan akan diubahsuai mengikut
kesesuaiannya.
6. Guru menjelaskan ‘sistem ganjaran’ kepada murid-murid.
i. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii. Sekiranya murid-murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan
betul atau menunjukkan kelakuan yang baik semasa aktiviti kumpulan,
sticker akan diberikan kepada kumpulannya.
iii. Bagi kumpulan yang tidak mematuhi peraturan kelas yang ditetapkan,
sticker yang dikumpul akan ditolak daripada kumpulan tersebut.
iv. Kumpulan yang mengumpul sticker yang terbanyak akan diberi ganjaran
berbentuk hadiah misteri oleh guru pada hujung setiap bulan.

7. Guru akan membincangkan dan menyemak jawapan bagi latihan yang telah
diedarkan oleh guru yang mengajar kelas 5M sebelum ini.
Refleksi:

Hari ini merupakan hari pertama saya memasuki kelas ini. Melalui sesi
perkenalan yang dibuat, murid-murid dapat mengenali saya dan saya juga dapat
mengetahui nama, tempat tinggal, bilangan adik-beradik dalam keluarga mereka, hobi
dan sebagainya. Melalui maklumat-maklumat di atas, saya dapat mengetahui serba
sedikit tentang latar belakang murid-murid saya. Bukan itu sahaja, saya juga telah
menerangkan peraturan-peraturan di dalam kelas dan saya telah diberi kebebasan
untuk menyatakan pendapat mereka terhadap peraturan-peraturan yang
dikemukakan dan peraturan-peraturan akan diubahsuai mengikut kesesuaiannya.
Dengan ini, murid-murid lebih rela untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan.

Namun begitu, saya berasa saya tidak bertindak terlalu tegas tetapi lebih relaks
di mana kadang-kadang saya akan bercakap dalam nada yang lebih santai. Hal ini
akan mengakibatkan murid-murid tidak takut terhadap saya dan seterusnya saya tidak
dapat mengawal disiplin dalam kelas dengan baik. Oleh itu, saya sepatutnya bertindak
tegas apabila murid-murid membuat bising atau tidak mematuhi peraturan agar
mereka mengetahui bahawa walaupun guru boleh berbaik-baik dan bersantai semasa
mengajar, tetapi jika mereke berkelakuan terlalu keterlaluan, guru juga akan
mengambil tindakan yang sepatutnya.

Pada kelas yang seterusnya, saya akan cuba untuk bertindak lebih tegas
sedikit jika murid melakukan kesalahan dan menolak sticker kumpulannya seperti
mana yang telah ditetapkan dalam peraturan kelas.

You might also like