You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN (P) PUDU SATU

JALAN FOSS KUALA LUMPUR

PERLEMBAGAAN
KELAB PERMAINAN BOLA JARING
TAHUN 2019

1. NAMA:

Kelab ini dinamakan Kelab Permainan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu,Kuala
Lumpur.

2. ALAMAT:

Alamat kelab ialah murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu, Jalan
Foss Kuala Lumpur.

3. OBJEKTIF:

Objektif kelab ini ialah:

3.1 Memperkenalkan teori dan asas-asas permainan bola jaring.


3.2 Memberi akses kepada ahli kelab untuk mendapatkan faedah daripada peglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif.
3.3 Membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan murid
sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah.
3.4 Memberi peluang kepada murid yang berbabakat dan berpotensi dalam sukan untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi.

4. KEAHLIAN:

Terbuka kepada semua pelajar perempuan yang berminat.

5. PENTADBIRAN

5.1 Penaung : Puan Maznah Binti Latiff

5.2 Penasihat : Puan Rosnita Binti Mahadi@Zakaria


5.3 Penyelaras : Puan Hanani Binti Ishak

Puan Amira Nadjwa binti Appandi

Ci Nurulazmira Binti Azmi

5.4 Ahli Jawatankuasa

Kelab ditadbir sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat tahunan yang
diadakan pada 16 Januari 2019 (Rabu).

Pengerusi : Nur Arissa Binti Kamal (6 Kreatif)

Naib Pengerusi : Roice Vallestero Jastine Ambooras (6 Kreatif)

Setiausaha : Nur Aisyah Anissan Binti Mohd Nazri (6 Kreatif)

Bendahari : Hairiswary A/p Mohan(6 Kreatif)

AJK :

1. Tang Yisan (5 Inovatif)

2. Hasya MarissaBinti Shahrul Nizam (5 Inovatif)

3. Muwaffiqah Binti Abdul Haliku (4 Gemilang)

4. Vasumitha (4 Gemilang)

5. Rina Devi A/p Manimaran (3 Efisien)

6. Varshini (3 Efisien)

5.5 Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa:

a. Pengerusi:

1. Mempertingkatkan keahlian dan mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.


2. Meneliti catatan minit mesyuarat segala tindakan yang diputuskan dalam
mesyuarat telah dilaksanakan.
3. Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan bersama guru penasihat
kelab.
4. Memastikan aktiviti kelab berjalan lancar dan mendapat sambutan.

b. Naib Pengerusi:

1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.


2. Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.

c. Setiausaha:

1. Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.


2. Menyediakan laporan aktiviti kelab.

d. Bendahari:

1. Mengutip yuran
2. Menyerahkan semua kutipan kepada guru penasihat.
3. Mencatat semua perbelanjaan kelab.
4. Mengeluarkan resit / voucer bagi penerimaan dan perbelanjaan wang.
5. Mencatatkan penyata kewangan dalam mesyuarat.

e. AJK:

1. Membantu dalam menyelaraskan dan menjalankan segala aktiviti kelab.

5.6 Ketua Guru Penasihat Kelab.

5.6.1 Mengadakan mesyuarat Agung kelab untuk melantik AJK Kelab.

5.6.2 Mengadakan atau meminda Perlembagaan kelab.

5.6.3 Merancang aktiviti tahunan untuk kelab.

5.6.4 Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Penyelaras Kokurikulum:

1. Perlembagaan Kelab.
2. Senarai AJK
3. Rancangan aktiviti tahunan
4. Laporan pelaksanaan aktiviti
5. Senarai ahli layak menerima sijil (akhir tahun)

5.6.5 Memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut jadual dan Guru Penasihat
hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan kelab.

5.6.6 Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar menyediakan


laporan kegiatan dan mengemaskinikan papan kenyataan kelab.

5.6.7 Mendapatkan kebenaran Guru Besar terlebih dahulu untuk semua kegiatan
lawatan anjuran kelab dan mengiringi setiap rombongan yang dianjur.

5.6.8 Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai kegiatan di


luar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

5.6.9 Bertanggungjawab menempah bas/van sekolah jika pengangkutan diperlukan.

5.6.10 Mengurus penyertaan ahli kelab dalam kegiatan atau pertandingan diperingkat
daerah / negeri.

5.6.11 Bertanggungjawab memajukan kelab dengan apa cara yang difikirkan sesuai.

6. PINDAAN:

Boleh dibuat pada bila-bila masa yang diperlukan atas nasihat Guru Besar atau Guru
Penasihat.

7. PENDAFTARAN KELAB:

Semua kelab hendaklah didaftarkan kepada Guru Besar sekolah dan semua aktiviti hendaklah
mendapat pengesahan daripada Guru Besar.

8. BUKU LAPORAN GERKO PELAJAR:

Semua ahli kelab hendaklah sentiasa membawa buku mereka apabila menghadiri setiap
perjumpaan untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat Persatuan.
9. LARANGAN:

9.1 Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak diluluskan
oleh Guru Besar sekolah tidak boleh dijalankan.

9.2 Kelab ini tidak boleh bergerak diluar kawasan sekolah ini dan setiap kegiatan
yang diadakan diluar hendaklah mendapat kelulusan pihak sekolah terlebih
dahulu.

9.3 Kelab ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak diluar sekolah
tanpa melalui / dan dengan kebenaran Guru Besar sekolah.

9.4 Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang- undang


negara tidak boleh dijalankan.

9.5 Kegiatan tidak boleh dijalankan jika tiada guru penasihat yang dilantik oleh pihak
sekolah tidak hadir sama.

9.6 Penceramah pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat persetujuan dari
Guru Besar.

9.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar sekolah hendaklah juga
mendapat keizinan daripada penjaga secara bertulis. (Borang izin penjaga boleh
didapati dari pejabat sekolah).

10. PAKAIAN DAN KETERTIBAN:

10.1 Semua peraturan sekolah berkuatkuasa bagi semua kegiatan kelab ini dijalankan.

10.2 Jika pakaian seragam diluluskan bagi kegiatan ini, semua ahli wajib memakainya.

10.3 Apabila pakaian seragam tidak diwajibkan, pakaian tambahan sekolah hendaklah
digunakan tanpa peringatan. pakaian bebas cuma boleh dibenarkan dengan
kebenaran khas daripada Guru Besar untuk sesuatu kegiatan.

11. KEWAJIPAN AHLI:

11.1 Setiap ahli akan menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.

11.2 Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab ini dan tidak hadir kegiatan 3 kali
berturut-turut atau lebih 4 peratus daripada jumlah perjumpaan / kegiatan tanpa
sebab-sebab yang munasabah akan digugurkan daripada kelab ini.

12. PENILAIAN KEAHLIAN:

12.1 AJK dengan bimbingan guru penasihatnya akan menyediakan suatu laporan
lengkap mengenai segala aktiviti kelab sepanjang tahun / kecemerlangan yang
didapati sepanjang tahun.

12.2 Disamping itu, pihak AJK dan guru penasihat akan menyampaikan suatu senarai
pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam kegiatan kelab pada bulan
September setiap tahun kepada pihak sekolah.

12.3 Penilaian ini akan diselaraskan oleh pihak sekolah untuk dicatatkan dalam Sijil
Berhenti Sekolah / Surat Akuan ahli berkenaan.

13. PENDAFTARAN KELAB:

Kelab ini didaftarkan oleh Guru Besar SK (P) Pudu Satu dengan syarat pendaftaran ini boleh
ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak sekolah juga berhak menambah/meminda
mahupun memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan apabila perlu.

14. HAL-HAL LAIN:

14.1 Jika ada sebarang butiran lain khas bagi kelab ini hendaklah dikepilkan bersama
perlembagaan induk ini.

14.2 Satu senarai nama AJK Kelab ini hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah
semasa mendaftarkan kelab ini.

You might also like