You are on page 1of 1

LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM 2 – SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A

HARI KEDUA – SELASA (31 JULAI 2018)

pada hari kedua iaitu Selasa 31 Julai 2018, saya dan rakan praktikum tiba di sekolah pada
jam sekitar 7.10 pagi untuk menjalankan sesi praktikum sepanjang 3 bulan di SKS2A.
setibanya di sekolah, saya mengikuti perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari di dataran
SKS2A. semasa berada di perhimpunan pagi, saya memperhatikan cara dan kaedah yang
digunakan oleh guru semasa mengendalikan sejumlah besar murid yang berada di dataran
perhimpunan tersebut.

Selesai sahaja perhimpunan, saya dan rakan pengurusan major Pendidikan


Jasmani bersama – sama guru pembimbing major telah memeriksa peralatan sukan di stor
sukan SKS2A untuk memastikan alatan yang boleh digunakan semasa sesiPengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Pendidikan Jasmani (PJ) sepanjang tempoh 3 bulan kami
berpraktikum. Selain itu juga, kami juga telah diberikan amanah untuk memegang satu set
kunci stor sukan SKS2A untuk memudahkan penggunaan peralatan di stor sukan tersebut.
Saya juga telah mengikuti PdP PJ yang dikendalikan oleh guru pembimbing bagi tujuan
mengnal pasti kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru pembimbing untuk
mengendalikan para murid semasa di padang.

Pada hari kedua juga, saya dan rakan praktikum yang lain telah dipanggil untuk
sesi taklimat bersama Pn. Fuziah Binti Abdul Malek, Guru Besar Cemerlang SKS2A
bersama – sama guru pembimbing. Taklimat yang diberikan adalah merangkumi beberapa
maklumat tentang sekolah dan perbincangan jadual waktu. Selain itu juga, saya dan rakan
praktikum lain juga turut diagihkan dengan bidang Ko-Kurikulum termasuklah unit
beruniform, persatuan dan permainan. Saya telah disenarai pendekkan untuk mengikuti unit
beruniform Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bahasa Melayu dan Permainan Badminton.

Selain itu, saya juga telah diberikan tugas menggantikan guru yang tidak hadir
pada hari tersebut iaitu En. Airul Anwar yang tidak hadir ke sekolah atas urusan mesyuarat.
Saya diamanahkan untuk menggantikan beliau di kelas 3 Jujur bagi mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan (PK) pada jam 10.50 pagi sehingga 11.20 pagi. Selain itu juga, saya
turut berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah untuk memdapatkan maklumat terperinci
mengenai sekolah untuk melengkapkan Portfolio Praktikum Fasa 2.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD ABDUL RAHMAN BIN ILIAS)

You might also like