Professional Documents
Culture Documents
Contoh Perjanjian Sewa Rumah 2018
Contoh Perjanjian Sewa Rumah 2018
RUMAH
ANTARA
DAN
ALAMAT
1
PERJANJIAN SEWAAN
Perjanjian Sewaan ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1
Jadual 1 antara dua pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini
dinyatakan sebagai “Tuan Punya Rumah”) di pihak pertama dan satu pihak lagi
dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Penyewa”) di pihak
kedua.
1) Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah yang menjaga hartanah yang
dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai
“Premis”).
2) Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis
berserta kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang
dinyatakan.
ADALAH DIPERSETUJUI
2
3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua (2)
bulan Sewaan seperti dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai
jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa dalam menjaga baik Premis.
Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan
hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh (20) hari
selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Tuan Punya Rumah dan
jika berlaku kerosakan pada Premis yang disebabkan oleh kecuaian
Penyewa deposit akan ditolak berdasarkan kos kerosakan.
3
7.2 Membayar segala kemudahan asas dan bil pembentungan kecuali kos
selenggara yang disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis.
Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.
7.3 Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan
serta persekitaran dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi
faktor masa dan usia adalah diterima). Segala peralatan yang
disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.
7.5 Membenarkan Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah
memberi tiga (3) hari notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau
atas persetujuan bersama melalui temujanji untuk memasuki Premis
dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana Tuan Punya
Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi
memaklumkan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan
meminta Penyewa melaksanakannya. Dan sekiranya Penyewa dalam
masa empat belas (14) hari dari notis tersebut tidak melaksanakannya
maka tuan punya rumah bersama atau tidak bersama dengan pembaik
berhak memasuki Premis tersebut dan melaksanakan kerja-kerja
pembaikan dan segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh kedua-
dua belah pihak.
4
7.6 Menggunakan Premis bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 10
Jadual 1 dan tidak menggunakan Premis atau menyebabkan
penggunaan Premis tersebut selain daripada yang dinyatakan atau
menyebabkan Premis menjadi gangguan dalam sebarang bentuk
kepada Tuan Punya Rumah atau jiran Premis. Sebagai tambahan
Penyewa adalah dilarang sama sekali untuk membela binatang
ternakan separti ayam, itik, kambing, lembu atau seumpamanya bagi
mengelakkan kesulitan yang telah dijelaskan di atas.
5
7.11 Tidak menggunakan Premis untuk perkara yang melanggar undang-
undang, aktiviti tidak bermoral, perniagaan atau pusat penyimpanan
atau tempat perjudian walau dalam bentuk apa cara sekalipun.
7.12 Tidak menambah kunci atau mangga pintu tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah
akan memberikan kunci pendua bagi semua pintu rumah.
8.1 Membayar Sewaan keluar, servis caj dan segala yang berkaitan yang
telah dipersetujui antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa.
6
atau salahlaku atau kecuaian Penyewa atau orang berkaitan dengan
Penyewa, yang mana Penyewa akan melakukan pembaikan atau
pembaharuan dengan kos yang ditanggung oleh Penyewa. Dalam
keadaan kerosakan yang bukan disebabkan oleh Penyewa atau orang
berkaitan dengan Penyewa, Penyewa boleh melakukan sendiri
pembaikan dan pembaharuan dan menuntut kos daripada Tuan Punya
Rumah tidak lebih daripada RM100.
9.1 Jika pada sebarang ketika bayaran sewaan (samada diminta atau
tidak) akan kekal sebagai bayaran sewaan tidak dibayar untuk tempoh
7 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewaan dibuat dan sekiranya
ini berlaku, Tuan Punya Rumah berhak pada bila-bila masa tanpa
prejudis untuk memasuki Premis tersebut atas nama perjanjian ini
telah dilanggar oleh Penyewa.
9.2 Jika pada sebarang ketika, bayaran sewaan (samada diminta atau
tidak) akan kekal sebagai sewaan penyewa tidak dibayar untuk tempoh
14 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewaan dibuat dan
sekiranya ini berlaku, Penyewa akan meninggalkan keluar Premis
dalam masa 7 hari, mengembalikan kepada Tuan Punya Rumah
segala yang sepatutnya dan membaiki segala kerosakan yang
dilakukan oleh Penyewa atau orang yang berkaitan Penyewa dan
melupuskan semua deposit. Penyewa akan bertanggungjawab atas
semua caj guaman yang ditanggung Tuan Punya Rumah bagi
melaksanakan Klausa ini.
7
9.3 Jika berlaku Penyewa ingin melanjutkan Perjanjian Sewaan ke atas
Premis yang sama, Penyewa hendaklah memberi notis dua (2) bulan
secara bertulis kepada Tuan Punya Rumah sebelum tamat Perjanjian
Sewaan ini dan di dalam masa yang sama Penyewa hendaklah
mematuhi segala terma dan syarat Perjanjian Sewaan sedia ada
sebelum Tuan Punya Rumah bersetuju menawarkan Penyewa
menyambung Perjanjian yang mana telah dinyatakan dalan Seksyen 9
Jadual 1 dengan terma dan syarat yang sama dan jumlah sewaan
yang dipersetujui kelak.
9.4 Jika berlaku Penyewa ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tarikh
tamat perjanjian yang mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual
1, deposit dua bulan yang dibayar adalah dikira hangus dan menjadi
hak sepenuhnya Tuan Punya Rumah atau mengikut budi bicara Tuan
Punya Rumah dan deposit kemudahan asas dalam Seksyen 8 Jadual
1 akan dipulangkan sepenuhnya setelah mengambilkira semua
kemudahan asas itu telah di selesaikan sepenuhnya oleh Penyewa
atau sebahagiannya melalui deposit tersebut.
9.5 Segala kos setem dan kos perjanjian ini dibuat dan disediakan adalah
di bawah tanggungan Penyewa.
9.6 Segala cukai yang berkaitan dengan premis ini seperti cukai tanah,
cukai pintu dan sebagainya adalah di bawah tanggungan Tuan Punya
Rumah. Manakala bil pembetungan (Indah Water Konsortium) adalah
di bawah tanggungan Penyewa.
10.1 Terma “Tuan Punya Rumah” dan “Penyewa” adalah merangkumi waris
sah atau wakil yang diperakui oleh kedua-dua belah pihak.
8
10.3 Perkataan yang merujuk kepada satu atau sesuatu merujuk kepada
bilangan satu atau lebih daripada satu dan yang merujuk kepada orang
atau seseorang merujuk kepada individu, orang perseorangan atau
organisasi.
11.1 Tarikh bayaran sewa adalah tidak lebih daripada 5 haribulan setiap
bulan. Kegagalan Penyewa membayar Sewaan pada masa yang
ditetapkan sebanyak 3 kali maksimum sepanjang tempoh Sewaan
boleh menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah
berhak ke atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan
Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.
11.2 Bil TNB dan SYABAS adalah tanggungjawab Penyewa. Sekiranya ada
tunggakan di kemudian hari, Tuan Punya Rumah boleh menolak
tunggakan daripada deposit yang diberi. Kegagalan Penyewa
membayar bil TNB dan SYABAS selama dua bulan tunggakan boleh
menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak ke
atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah
juga berhak memotong bekalan elektrik dan air dan berhak terhadap
Premis secara automatik.
11.3 Tempoh kontrak adalah selama (rujuk Jadual 1), jika kurang dari
tempoh kontrak, Penyewa yang ingin menamatkan sewaan perlu
mempunyai dan menyertakan bukti dan sebab yang kukuh. Jika tidak,
deposit dua bulan akan dikira hangus. Ia bergantung kepada budi
bicara Tuan Punya Rumah.
9
11.5 Jika Tuan Punya Rumah mendapati keadaan rumah tidak kemas dan
kotor, Tuan Punya Rumah boleh mengupah seseorang untuk
bersihkan dan segala kos pembersihan ditanggung oleh penyewa.
11.6 Penyewa boleh membawa orang luar seperti kawan, rakan sekerja
atau seumpama untuk bermalam di rumah sewa tidak melebihi satu
malam. Jika didapati melanggar peraturan ini, Tuan Punya Rumah
berhak untuk meminta sewa tambahan. Perkara ini tidak terpakai
kepada ahli keluarga terdekat Penyewa.
................................................... ...................................................
Ditandatangani oleh Tuan Punya Rumah Ditandatangani oleh Penyewa
Nama : Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh : Tarikh :
...................................................
Ditandatangani oleh Saksi
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh:
10
JADUAL 1
Ini harus diambil kira dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sewaan.
11
Senarai 1
10.
12