You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK

AMPANG, SELANGOR
MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 1 TAHUN 2018

Tarikh : 29 DISEMBER 2019


Masa : 8.00 PAGI
Tempat : BILIK SEJARAH
Kehadiran(Bilangan) : 4
Nama Yang Hadir :

BIL NAMA JAWATAN


1 PN JUHRANAR BINTI YANG GURU MATAPELAJARAN
2 EN MUHAMAD FADZLI B. MISMAN PENYELIA PETANG
3 CIK RAJESWAR KUMAR KETUA PANITIA
4 CIK SHANMUGAPRIYA A/P RAJAKUMAR SETIAUSAHA

Nama Yang Tidak Hadir :


BIL NAMA JAWATAN SEBAB

1 - - -

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

AGENDA

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi melahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru dan beliau berpuas hati semua guru dapat hadir.

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat sejarah kali pertama tahun 2018.

2.2 Cik Rajeswary Kumar mencadangkan minit mesyuarat sejarah bilangan 1 /2018
disahkan dan disokong oleh Cik Shanmugapriya a/p Rajakumar.

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

Page 1 of 4
4. PERKARA BAHARU

Post mortem bulan kemerdekaan

- Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru bagi berjaya
menyempurnakan segala aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.
- Pengerusi mencadangkan agar menambahkan aktiviti lagi untuk tahun depan.
- Hadiah yang diberi adalah berkualiti tinggi dan memuaskan.
- Pengerusi meminta kepada semua guru sejarah agar meningkatkan semangat
murid untuk mengibarkan jalur gemilang dan menghias kelas sepanjang bulan
kemerdekaan.
- Pengerusi mencadangkan agar perlu mengadakan pertandingan untuk guru-guru.

Tindakan :Semua ahli mesyuarat

Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


- Cik Rajeswary Kumar mengingatkan ahli panitia agar membuat dan merekodkan
PBD mata pelajaran Sejarah bagi setiap kelas yang diajar. Menurut beliau,
pentaksiran ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif
pengajaran tercapai.
Tindakan :Semua ahli mesyuarat.

Peperiksaan

- Pengerusi meminta guru matapelajaran untuk membuat soalan peperiksaan akhir


tahun 2019. Soalannya perlu ada unsur KBAT.
-
- Semua guru perlu mengikut jadual pembahagian penyediaan soalan seperti yang
telah ditetapkan oleh panitia.

Tahun Peperiksaan pertengahan Peperiksaan akhir tahun


tahun
4 Cik Rajeswary Kumar Cik Rajeswary Kumar
5 Cik Rajeswary Kumar Cik Rajeswary Kumar
6 Cik Shanmugapriya a/p Cik Shanmugapriya a/p
Rajakumar Rajakumar

Page 2 of 4
5. HAL –HAL LAIN

5.1 I-think/Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/VLE-Frog/Pembelajaran Abad


ke-21

- Pengerusi mengingatkan guru-guru agar terus menggunakan peta I-Think dalam


pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dan menerapkan unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di dalam penyoalan di dalam kelas.

- Bagi aplikasi dalam talian Vle-Frog pula, Pengerusi mengingatkan agar guru-guru
sentiasa mengemaskini dan membina site PdP di dalam laman Vle-Frog agar dapat
digunakan semasa cuti persekolahan nanti.

- Pengerusi turut mencadangkan agar guru-guru sentiasa melaksanakan aktiviti


berkumpulan yang menerapkan unsur pembelajaran kolaboratif, pembelajaran
kendiri dan pembelajaran berasaskan projek di dalam setiap proses PdP selari
dengan pembelajaran abad ke-21 terutamanya untuk tahun 2019.

Tindakan :Semua ahli mesyuarat.

5.2 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDPc)


- Pengerusi menekankan agar guru-guru menghabiskan sukatan pelajaran.

Tindakan :Semua ahli mesyuarat.


5.3 Buku aktiviti sejarah

- Pengerusi mencadangkan beberapa buku aktiviti untuk murid - murid tahun 4, 5 dan
6. Selain dari buku teks murid –murid boleh gunakan buku aktiviti sebagai latihan
pengukuhan.

- Penggunaan buku aktiviti boleh dilaksanakan tahun depan.

6. PENANGGUHAN MESYUARAT

Page 3 of 4
6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi dan beliau mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir dalam menjayakan mesyuarat panitia kali ke 1/ 2019.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 tengah hari.

Disediakan Oleh;

.................................
(Cik Shanmugapriya a/p Rajakumar)

Setiausaha,

Panitia Sejarah Tahun 2019,

SK Taman Tasik.

Page 4 of 4

You might also like