You are on page 1of 2

Pembetulannya adalah seperti yang berikut:

1a. Dia menyatakan bahawa✅kebakaran itu berpunca


daripada litar pintas.
2a. Gadis itu menyedari bahawa✅dia dalam bahaya
sekarang.
3a. Pelakon itu sedar bahawa✅dia sudah tidak popular
seperti dahulu.
4a. Rashid Sidek merupakan pemain badminton yang✅
dikenali ramai pada tahun 80-an.
5a. Menara Eiffel ialah yang✅paling terkenal antara
banyak menara sedemikian di Perancis.

Nyatakan ayat di bawah sama ada betul (✔️) ataupun


salah (❌). Jika ayat tersebut salah, berikan kata hubung
yang sesuai.
1. Kami berpendapat yang mutu sukan bola sepak
negara kita semakin merudum. (_____)
2. Mereka berpendirian bahawa usaha itu akan
mendatangkan kejayaan yang cemerlang. (_____)
3. Pegawai itu mengesahkan yang tembikar itu tulen
seperti yang dilihatnya di China. (_____)
4. Usaha tersebut sangat sukar setelah pihak bomba
memaklumkan yang tiada mangsa yang ditemukan.
(_____)
5. Beliaulah tokoh yang memenangi anugerah tersebut
bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini. (_____)
6. Polis bersetuju yang kebanyakan kejadian jenayah di
negeri itu dilakukan oleh pendatang asing. (_____)
7. Kerajaan telah mengisytiharkan yang hari Jumaat ini
merupakan hari kelepasaan am bagi seluruh Malaysia.
(_____)
8. Roslin memberitahu Hafizullah yang dia tidak dapat
mengikuti kursus kejurulatihan di Kulim. (_____)

You might also like