You are on page 1of 1

CEA8024 SMK BANDAR TUN RAZAK

26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK


PAHANG DARUL MAKMUR
 09-4456551,  09-4455649

Ruj Tuan :
Ruj Kami : CEA 8024.600-4/2/1 ( )
Tarikh : 12 OGOS 2014
Pengerusi
Koperasi Politeknik Muadzam Shah Rompin Pahang Berhad
Lebuh Raya Tun Abdul Razak
26700, Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur

Tuan,

MEMOHON TEMPAHAN SEWAAN JUBAH POLITEKNIK MUADZAM SHAH BAGI PROGRAM


MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5 SMK BANDAR TUN RAZAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa SMK Bandar Tun Razak akan mengadakan Majlis
Graduasi Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 pada 26 Oktober 2015. Program ini bertujuan meningkatkat
motivasi dan jati diri kepada pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi Peperiksaan SPM pada
tahun ini. Program ini juga memberikan penghargaan terhadap pencapaian akademik dan ko-
kurikulum pelajar sepanjang mereka berada di SMK Bandar Tun Razak.

3. Sehubungan dengan itu, Pihak SMK Bandar Tun Razak memohon perkhidmataan
sewaan jubah Politeknik Muadzam Shah bagi program di atas. Kami juga memohon agar kadar
sewaan yang berpatutan dan diberikan potongan harga memandangkan SMK Bandar Tun Razak
salah sebuah Sekolah Angkat Politeknik Muadzam Shah.

4. Kami berminat menempah bilangan jubah seperti berikut :

i. Pelajar : 120 helai


ii. Guru : 60 helai

4. Kami amat berbesar hati agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
kami. Kerjasama dan perhatian tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( RIDHUAN BIN MAHUSSIN )


Pengetua,
SMK Bandar Tun Razak,
26900 Bandar Tun Abdul Razak,
Pahang.

Sk. 1) Fail pentadbiran


2) Fail Program

You might also like