You are on page 1of 5

Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2015

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA…

YG BERUSAHA PN HASNAH BT MOHD ROSLAN GPK


1SK PEKAN PAGOH,
YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD NOR,
PENSYARAH KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN
PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
YANG DIHORMATI PN HASNAH BT MD ROSLAN GPK 1,
EN ABD LATIF BIN SALIM GPK HEM,
PN SULAILI BT TIMYATI GPK KO KURIKULUM..
RAKAN-RAKAN GURU DAN MURID-MURID YG
DIKASIHI SEKALIAN…

Bismillah Walhamdulillah...
alhamdulillah..
Pembuka kata
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Salam Muafakat Johor
Salam Muar Mampan
Saya sembah pembuka bicara
Sirih junjung penyeri majlis
Program Menara Ilmu 2015 kita raikan
Selamat datang tetamu ke majlis
Semoga ia mendapat keberkatan
Tuan – tuan dan puan-puan sekalian
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada tuan-tuan puan-puan serta murid-murid kerana dapat
hadir pada hari ini. Kehadiran anda sekalian amat saya sanjung
kerana ia menggambarkan semangat kerjasama yang tinggi &
sokongan padu daripada warga dewan terhadap aktiviti yang
dilaksanakan oleh Yayasan Nurul Yaqeen walaupun sibuk
dalam menjalankan tugas seharian.

Jangan disukat sarung sempoa


Guna buat mengira sukat
Tangan diangkat memohon doa
Moga Allah memberi berkat

Sidang warga dewan yang dirahmati Allah,marilah bersama-


sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh En Abd. Latif Bin Salim, dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian....
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan
Sudilah tuan jalan berlapan
Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan


daripada Pn Hasnah Bt Md Roslan GPK 1 SK Pekan Pagoh.
Dipersilakan......
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hasnah Bt Md Roslan di
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Sungguh merdu suara penasihat


Kata-katamu manis berunsur nasihat
Terima kasih atas setiap amanat
Semoga ia mendapat berkat

SAYANG TEBU PATAH SEBATANG


DITEBANG IA DIBUAT GULA
SAAT YG DINANTI TELAHPUN DATANG
CERAMAH MOTIVASI BAKAL BERMULA.

Majlis dengan hormatnaya mempersilakan......


YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD
NOR,PENSYARAH KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN
PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
Dipersilakan Dr.
Terima kasih diucapkan kepada YG BERBAHAGIA Dr.
KHAIRUNEEZAM BIN MOHD NOR,PENSYARAH
KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Yang telah sudi menyampaikan ceramah tadi.
Para hadirin sekalian

Penyampaian Cenderahati
Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya
menjemput Pn Hasnah Bt Md. Mohd Roslan GPK 1 SK Pekan
Pagoh.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


YG BERBAHAGIA Dr. KHAIRUNEEZAM BIN MOHD
NOR,PENSYARAH KANAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN
PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Terima kasih diucapkan di atas penyampaian cenderamata itu
tadi.
Pohon berangan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah hadirin membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Para hadirin sekalian
Selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Oleh itu pihak majlis
menjemput tetamu khas & jemputan serta para peserta untuk
menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmayullahiwabarokatuh.

You might also like