You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK APONG

Sekolah Kluster Kecemerlangan


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-4210022 / FAKS : 04-4241849
(email : skta.ppdkmy@gmail.com )
______________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


KALI PERTAMA /2017

Tarikh : 11 Januari 2017


Hari : Rabu
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Hadir :

1. En Fadzil b. Mustafah ( Penasihat )


2. Pn Asrullida bt. Abdul Samat
3. En Mukhris b. Mohd Soberi
4. En Muhammad Asri b. Tajuddin
5. Pn Che Halijah bt. Che Mood

Urus setia : Hamidah bt Harun (Setiausaha)

I : UCAPAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia pada
mesyuarat panitia kali kedua 2017.

2. Beliau berharap mesyuarat panitia pada kali ini dapat memberi impak yang baik demi
mengekalkan kecemerlangan panitia RBT pada tahun ini.

3. Beliau juga mengharapkan agar guru-guru dapat menyumbang idea yang dapat dikongsi
bersama bagi meningkatkan lagi kecemerlangan matapelajaran RBT.
Makluman : Semua AJK

II : UCAPAN PENASIHAT
1. Pn Rosmah bt Desa, selaku Penasihat Panitia RBT mengucapkan ribuan terima kasih
dan tahniah kepada semua ahli panitia yang sudi meluangkan masa untuk hadir
mesyuarat kali kedua sesi 2017.

2. Beliau mengingatkan semua ahli panitia membuat perancangan yang teliti dalam pdpc
yang menjurus pada alaf 21.

1
3. Perancangan Strategik Panitia mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tiga
minggu.

4. Panitia juga mesti menyediakan headcount bagi semua aliran bermula daripada Tahun 1
hingga Tahun 6.

5. Beliau turut mengingatkan ahli panitia agar membuat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
( PBS ) semasa menjalankan pdpc.

III : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


1. Pn. Hamidah bt Harun membentangkan minit mesyuarat kali pertama / 2017 bermula muka
surat satu sehingga muka surat lima.

2. En. Muhammad Asri b Tajudin mencadangkan minit mesyuarat kali pertama / 2017 diterima
dan disokong oleh Pn Che Halijah bt Che Mood.
Tindakan : Setiausaha

IV : PERKARA BERBANGKIT
3. Agenda IV, perkara 9 iaitu Projek Skirting. Pengerusi memaklumkan projek ini lambat
mendapat persetujuan mantan guru besar iaitu di akhir tahun 2016. Walau bagaimanapun
projek ini akan diteruskan pada tahun ini dengan memasang skirting untuk empat buah
meja di bahagian hadapan dan meja guru sahaja. Manakala empat buah meja di bahagian
belakang dikekalkan untuk kerja projek.

4. Pengerusi turut menyatakan aktiviti baikpulih bangku Bilik Kemahiran Hidup tidak dapat
dilaksanakan pada tahun lepas memandangkan bangku-bangku tersebut terlalu uzur dan
rosak teruk. Bagi mengatasi masalah ini, pengerusi telah membuat permohonan baru
bersama mantan Penolong Kanan HalEhwal murid iaitu En Mohd Khairi b. Musa.
Makluman : Semua AJK

V : AGENDA PROFESIONALISME
5. Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2016

Tahun Bil. Calon % Menguasai GPMP

Tahun 4 132 93.18 2.63

Tahun 5 136 100.00 1.82

Tahun 6 135 100.00 1.57

2
a. Tahun 4- Soalan yang disediakan agak sukar menyebabkan ada murid yang lemah
gagal menguasai standard pembelajaran yang dipelajari.
b. Tahun 5- Soalan yang disediakan menepati DSKP Reka Bentuk dan Teknologi
Tahun 5. Sikap murid yang kurang memberi penekanan pada mata pelajaran elektif
menyebabkan mereka tidak fokus semasa menjawab. Walau bagaimanapun markah
murid dapat diseimbangkan dengan markah kerja projek.
c. Tahun 6- Soalan digubal oleh pihak sekolah. Justeru, guru boleh mengetahui aras
pemahaman dan kemahiran yang dikuasai oleh murid.
Makluman : Semua AJK

6. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)/Rancangan Pelajaran Tahunan


(RPT)

a. Pengerusi berharap agar semua guru menggunakan DSKP yang telah disahkan oleh
puan guru besar.

b. Rancangan Pelajaran Tahunan yang dibuat adalah mengikut KSSR semakan 2017
iaitu menggunakan peruntukan masa jam setahun (SPI KPM Bil 8 2016) iaitu 32 jam
setahun. Oleh kerana sekolah 36 minggu bagi sesi pengajaran dan pembelajaran,
maka semua AJK hendaklah membahagikan tajuk-tajuk (standard kandungan) untuk
36 minggu pengajaran.
Tindakan : Semua AJK

7. Persediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

a. Format penulisan pengajaran dan pembelajaran (pdp) atau Rancangan Pelajaran Harian
(RPH) mesti menggunakan format KSSR.

b. Unsur /elemen KBAT perlu ditulis dalam RPH.

c. Guru-guru juga perlu memastikan penulisan refleksi perlu dibuat selepas sesi PdP.
Tindakan : Semua AJK

14.Jadual waktu 2017


a. Masih dilaksanakan sistem agihan murid mengikut kumpulan dan kumpulan ini bergilir
setiap minggu untuk mata pelajaran TMK/RBT.
Makluman : Semua AJK

15.Persediaan Buku Latihan/Buku Kerja


a. Buku latihan RBT menggunakan sebuah buku panjang sahaja.

b. Buku kerja keluaran MyBook yang dibeli oleh murid digunakan untuk Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6.

3
c. Mengikut persetujuan Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2017, buku kerja boleh di hantar untuk
semakan pentadbir bersama buku latihan.
Tindakan:Semua AJK

16.Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)


a. Tarikh penghantaran buku latihan untuk semakan pentadbir untuk mata pelajaran
RBT adalah pada:

Mac – Penolong Kanan HEM


Mei – Puan Guru Besar
Ogos – Penolong Kanan Kurikulum

b. Guru perlu menghantar 10 buah buku latihan murid mengikut susunan nama
bersama Rekod Semakan buku latihan murid.

c. Buku perlu dihantar pada minggu ketiga atau minggu keempat bulan berkenaan.
Tindakan : Semua AJK

17. Perancangan Panitia 2017


a. Guru boleh merujuk Carta Gantt 2017 yang disediakan.

b. Pengerusi mengingatkan sekurang-kurangnya satu projek perlu siap untuk


pentaksiran
Makluman : Semua AJK

18. Anggaran Perbelanjaan Panitia 2017


a. Pengerusi memaklumkan baki 2016 RM2330.57 dan peruntukan yang diperoleh
pada tahun ini RM 3548.06. Jumlah keseluruhan ialah RM5878.63

b. Guru-guru boleh membuat cadangan pembelian dengan merujuk aliran masing-


masing untuk kerja projek atau aktiviti pdp RBT.
Tindakan : Semua AJK

19. Penggunaan Bilik Kemahiran Hidup / RBT.


a. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru buku Rekod Penggunaan bilik KH/RBT
perlu dicatat setiap kali guru menggunakannya.

b. Jika ada kecederaan atau kemalangan, guru juga perlu rekodkan di dalam buku
tersebut.

c. Pastikan murid tidak memasuki bilik KH/RBT tanpa pengawalan guru.

4
d. Murid tidak dibenarkan mengambil barang/alatan di dalam bilik stok alatan kecuali
dengan kebenaran guru.

e. Guru perlu memastikan semua suis dimatikan sebelum keluar.


Tindakan : Semua AJK
20. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
a. Pn Hamidah bt Harun mencadangkan agar ketua panitia mengadakan LDP yang
sesuai bagi kerja projek yang diajar untuk tahun lima.
Tindakan : Ketua panitia

VI : HAL-HAL LAIN
21. Pengerusi memaklumkan cadangan daripada puan guru besar supaya setiap ahli
jawatankuasa bertanggungjawab ke atas setiap fail panitia. Justeru, beliau memberi
cadangan agar ketua panitia membuat agihan tugas bagi melaksanakan cadangan tersebut.

22. Pengerusi turut memaklumkan sekiranya ada dalam kalangan guru yang mahu
menggunakan LCD untuk proses pdp, guru-guru boleh memaklumkannya kepada beliau.

23. En Mukhris b. Soberi telah bersetuju untuk membaikpulih meja guru kelas 6 Bestari yang
telah rosak.

VII : PENUTUP
24. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah memberikan
kerjasama dan idea-idea yang bernas dalam meningkatkan lagi kecemerlangan mata
pelajaran RBT di SK. Tasek Apong. Semoga komitmen yang diberikan terus berkekalan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Urus setia :
Jawatankuasa Mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi, SK Tasek Apong

Bertarikh :
18 Januari 2017

Disediakan oleh: Disemak oleh :

………………………….. …..................................................

(HAMIDAH BT HARUN) (ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT)

5
Setiausaha Panitia RBT Ketua Panitia RBT
SK Tasek Apong, SK Tasek Apong
Sungai Petani, Kedah Sungai Petani, Kedah

You might also like