You are on page 1of 6

Bahagian A

[ 15 Markah ]
Jawab semua soalan.
1. Nyatakan dua langkah bagi membina negara maju dan sejahtera. [4]
1 i. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara.[lm]
Segala perbelanjaan negara harus dipantau dengan saksama agar negara tidak menghadapi defisit yang
besar. [ 1 m]
ii. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan. [lm] Memberi perhatian kepada usaha-usaha yang
bertujuan meningkatkan produktiviti, kreativiti, inovasi, dan fokus kepada bidang-bidang yang
mempunyai daya saing yang lebih kuat.[lm]
iii. Meningkatkan sumber daya manusia. [lm] Program-program penelitian dan pembangunan,
penguasaan sains dan teknologi, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran, lebih digalakkan untuk
menghasilkan ciptaan baharu, produk baharu, pendapatan baharu, dan kekayaan baharu. [ 1 m]
iv. Memperkukuh asas dan fundamental ekonomi negara serta mencipta bidang pertumbuhan baharu.
[lm]
Strategi ini dapat dicapai melalui bioteknologi dan pertanian moden serta biang-bidang lain seperti
pendidikan, kesihatan, pemasaran makanan halal dan sebagainya. [lm]
v. Memperbaik sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit. [ 1 m] Hal ini berkait
rapat dengan tadbir urus baik dan kerajaan yang cekap. [ 1 m]
Meningkatkan kualiti hidup rakyat. [lm]
vi. Melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat seperti perumahan, kesihatan, pendidikan,
elektrik, airbersih, dan lain-lain. [lm] Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial. [lm]
vii. Kestabilan ini dapat dicapai dengan melakukan program ekonomi dan sosial merentasi kaum,
kawasan, dan latar belakang. [lm]

2. Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang menggambarkan aspirasi masyarakat dan negara
Malaysia mengikut acuannya sendiri.
Jelaskan dua cara bagaimana kita dapat menerapkan prinsip yang kedua dalam kehidupan seharian
kita.[4]
Kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi. [lm] Kita sanggup
berkorban dan berkhidmat untuk negara dalam memajukan negara dalam pelbagai bidang. [lm]
Kita hendaklah sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan raja-raja sebagai ketua negara. [lm] Kita tidak
boleh menghina dan melakukan perkara-perkara yang akan menjejaskan imej Ketua Negara. [ 1 m]
Kita hendaklah sentiasa menjaga imej negara. [lm] Tidak memburuk-burukkan negara di luar negara dan
berusaha untuk menaik nama Negara. [ 1 m] Kita hendaklah sentiasa menghormati lambang-lambang
negara. [lm]
Dengan menjaga/menghormati bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan Lagu Kebangsaan.[lm]

3. Berikan empat pendekatan yang digunakan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat dalam Dasar Pembangunan Nasional. [4]
Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
Melibatkan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat
Memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia yang berdaya saing
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan
Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan
menghapuskankemiskinan dalam kalangan golongan termiskin 'hardcore poor' di samping
mengurangkan kemiskinan relatif.
4. Terangkan tiga alasan yang dapat menunjukkan bahawa rakyat hidup dalam keadaan
sejahtera. [3]
i. Rakyat hidup dengan selesa. [lm]
Ekonomi berkembang pesat peluang pekerjaan yang banyak dan upah tinggi. [lm]
1
ii. Rakyat hidup aman. [lm]
Politik yang stabil menyebabkan keamanan dan keselamatan dapat diwujudkan. [lm]
iii. Rakyat hidup sejahtera. [lm]
Pelbagai kemudahan sosial dapat dinikmati oleh rakyat seperti pendidikan, kesihatan, dan kemudahan
prasarana. [ 1 m]

Bahagian B
[ 20 Markah ]
Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5.Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
penagih dadah mengikut punca menagih dan tahap akademik yang dilaporkan di Malaysia pada tahun
2011.

2
6. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
kadar literasi penduduk Malaysia mengikut jantina dan umur pada tahun 2007 hingga 2010.

JAWAPAN 6

Bahagian C
[ 25 Markah ]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.
7.Perkembangan industri dan pertambahan penduduk telah menyebabkan permintaan terhadap
tenaga etektrik juga turut bertambah sedangkan tenaga dari sumber fosil semakin berkurangan.
Penemuan kaedah baharu pelbagai sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada
manusia.
Jelaskan sumber-sumber tenaga alternatif dengan memberi contoh contoh yang sesuai.
Pendahuluan
• Tenaga keterbaharuan atau tenaga alternatif adalah merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan
sentiasa berterusan.

3
• Tenaga keterbaharuan yang banyak digunakan di negara-negara membangun adalah seperti tenaga
hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas dan tenaga geotermal.
Tenaga alternatif yang boleh diperbaharui
1. Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara
membangun
• Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran
deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan,
misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun,
Sarawak.
• Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan
dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
• Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara.
Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mencemarkan sungai.
2. Tenaga geotermal merupakan salah satu tenaga yang amat rumit urituk dijana.
• Hal ini demikian kerana tenaga ini berasal dan dalam bumi. Oleh sebab itu, tenaga geotermal
dikatakan sebagai pengahsilan haba dari dalam bumi untuk menjana tenaga elektrik
• Tenaga ini juga banyak dijana di negara-negara membangun khususnya negara yang berada dalam
lingkaran api pasifik.
• Hal ini demikian kerana haba yang dilahirkan di kawasan mata air panas atau gunung berapi ini adalah
lebih cepat iaitu melalui proses perolakan.
3. Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan
kehabisan.
• Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga solar kerana
punca tenaga utama bagi tenaga suria adala cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan
mati.Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh
secara semula jadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan
penggunaannya.
• Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran
cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi.
• Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per
meter persegi.
4. Tenaga biomas merupakan salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia.
• Tenaga biomas ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang bergantung sepenuhnya
dengan alam sekitar.
• Tenaga biomas ini juga dikenali dengan nama tenaga biojisim ataupun tenaga biogas.
• Pada masa dahulu masyarakat menggunakan tenaga biomas dengan mengambil kayu-kayan sebagai
bahan bakar utama untuk mendapatkan tenaga.
• Namun kini, ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat dijalankan, hasil hampas daripada sisa
pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga biomas. Contohnya, negara Brazil banyak
menggunakan hampas daripada tebu untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber biomas ini.
5. Tenaga nuklear secara relatifnya lebih murah berbanding petroleum.
• Penggunaannya lebih produktif dan tidak memerlukan keluasan yang besar
• Dapat mengurangkan penghasilan gas daripada bahan bakar fosil yang akan menyebabkan
peningkatan suhu dunia.
Kesimpulan:Tenaga alternatif yang pelbagai banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia
Pelbagai penyelidikan harus dilakukan bagi memanfaatkan tenaga alternatif.
Pilihan Jawapan : 5 + 0

2.Rukun Negara dijadikan ideologi negara untuk melahirkan rakyat yang tahu tanggungjawabnya
kepada negara. Namun kini, prinsip Rukun Negara makin terpinggir dan seolah-olah dilupakan.
Bincangkan.
4
Pendahuluan
• Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia
yang bersatu padu. Oleh itu, rakyat Malaysia mesti menghayati prinsip-prinsip rukun negara demi masa
depan negara.
Isi
Kepentingan
1. Melahirkan rakyat yang taat kepada agama
• Salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan
• Semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.
• Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat
seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.
2. Melahirkan rakyat yang patuh pada undang-undang dan peraturan negara
• Individu yang patuh pada undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan
• Jelaslah bahawa penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat dan patuh kepada
patuh undang-undang.
• Ini akan menjamin keamanan negara
3. Melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi
• Individu yang patuh pada prisip rukun negara akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh
dalam menjalani kehidupan.
• Dengan ini mereka dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya songsang.
• Individu yang setia kepada raja dan negara tidak akan menjadi pengkhianat negara
• Penghayataan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri.
4. Mewujudkan warga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu
• Melalui penghayatan rukun negara kita dapat mendorong dan mengamalkan nilai -nilai murni di dalam
kalangan anggota
masyarakat.
• Hasilnya, kita dapat mewujudkan warga yang harmoni di samping negara yang dan aman damai

Kenapa dipinggir
5. Kurang penghayatan
• Hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami roh Rukun Negara itu sendiri.
• Hal ini menyebabkan tidak ada penghayatan.
6. Kurang kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni
• Bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa hingga lupa kepada
ideologi negara.
• Kehidupan tidak berasas Rukun Negara boleh merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat
Malaysia.
7. Kurangnya jati diri rakyat
• Kerendahan peribadi tanpa asas kepercayaan agama yang kukuh antara menyebab berlakunya kes
sedemikian.
• Tanpa jati diri yang kukuh menyebabkan sesetengah pihak melupai akan Rukun Negara, sehingga
berlakunya penghinaan kepada institusi beraja dan pelanggaran undang-undang
8. Kurang memahami sejarah pembentukan Rukun Negara
• Tidak mengetahui bagaimana tercetusnya Rukun Negara
• Hal ini menyebabkan tidak ada rasa sayang dan cinta pkepada Rukun Negara.
• Menanggap Rukun Negara satu retorik yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Kesimpulan
• Penghayatan prinsip rukun negara sangat penting dalam negara kita kerana dapat memberi manfaat
bagi mengeratkan hubungan antara kaum tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan. Dengan ini,
pembangunan negara dapat dijalankan dengan pesat pada masa depan.
Kombinasi 2 + 3, 3 + 2
5
6

You might also like