You are on page 1of 1

1.

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan untuk mempercepat proses


pembangunan negara anggota dalam pelbagai aspek serta mewujudkan keamanan dan kestabilan
politik di rantau sebelah ini. Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dalam usaha untuk
mencapai hasrat tersebut. (STPM Ulangan 2013)

2. Malaysia mendapat banyak manfaat sebagai anggota pertubuhan ASEAN. Huraikan.


(STPM 2015)

3. Peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN tidak terhad untuk mewujudkan
kerjasama dalam bidang ekonomi, malah melibatkan kerjasama dalam pelbagai aspek.
Bincangkan. (STPM Ulangan 2015)

4. Malaysia dikelilingi oleh beberapa buah negara yang tidak mempunyai kestabilan politik
dalaman. Ketidakstabilan politik negara-negara tersebut telah memberikan kesan tertentu kepada
Malaysia. Huraikan. (STPM Ulangan 2015 )

5. Penguatkuasaan yang lemah merupakan salah satu faktor yang membawa kepada berlakunya
masalah penyeludupan antara Malaysia dan negara jiran. Pelbagai kesan akan timbul ekoran
daripada masalah ini. Bincangkan.

6. Malaysia dan negara-negara jiran di Asia Tenggara pernah dikaitkan dengan isu gerakan
pengganas. Namun, melalui langkah-langkah bijak yang dilakukan oleh pemimpin negara, dapat
membebaskan Malaysia daripada persepsi ini. Huraikan pernyataan ini,

You might also like