You are on page 1of 8

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil.

1 (Mei 2016): 30-37 30

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

STRATEGI PETA KONSEP DAN STRATEGI TRADISIONAL TERHADAP PENCAPAIAN


KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PELAJAR TINGKATAN 4
(Concept Map Strategy and Traditional Strategy Form 4 Students Achievement in
Literature Component in Malay Language)

SITI HALIJAH LAUNGENG Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan strategi peta
konsep dan strategi tradisional terhadap pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia
mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat. Kajian kuasi-eksperimen yang telah
cthalijah47@yahoo.com dijalankan ini melibatkan 71 orang responden daripada kalangan pelajar tingkatan empat di
sebuah menengah kebangsaan di Johor. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu
kumpulan eksperimen yang diajar melalui strategi peta konsep dan kumpulan kawalan yang
Dihantar pada: diajar melalui strategi tradisional. Pengajaran telah dilaksanakan bagi lapan sesi pengajaran
selama lapan minggu. Kajian ini menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian
20 Disember 2015
pasca. Untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
KOMSAS kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan pada peringkat ujian pra dan
Diterima pada: pasca, ujian-t sampel bebas dijalankan dengan menggunakan perisian Statistic Package For
15 Mac 2016 Social Science (SPSS) versi 19.0 Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Min
skor pencapaian dalam ujian pasca bagi pelajar kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi
Koresponden: berbanding dengan min skor kumpulan kawalan. Min ujian pasca bagi strategi peta konsep
cthalijah47@yahoo.com ialah 86.32 dan sisihan piawainya 8.901, manakala min ujian pasca bagi strategi tradisional
hanya 63.19 dan sisihan piawai 14.318. Perbezaan min ujian pasca antara kumpulan pelajar
strategi konsep dengan kumpulan pelajar strategi tradisional sebanyak 23.13. ecara
keseluruhan, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar
dalam KOMSAS.

Kata kunci : Strategi peta konsep, pengajaran KOMSAS, eksperimen

Abstract:. Concept map is a way of presenting a concept in the graphical form. Its usage in
the process of teaching and learning can increase the students’ achievement and reduce the
problems in learning. The purpose of this study was to examine the effectiveness of using
concept map strategy and traditional strategy in the teaching of literature in Bahasa
Melayu to the form 4 students. This quasi-experimental study involved 71 respondents. They
were chosen among the form four students studying at one secondary school, Johor. The
respondents were divided into two groups: an experimental group which was taught using
the concept map strategy, and a control group which was taught using the traditional
strategy. The teaching was conducted for eight teaching sessions for a duration of eight
weeks. This study used two sets of test, which were pre-test and post-test. To determine
whether there was a significant difference in term of achievement in literature during the
pre-test and post-test between the experimental and control group, independent sample t-
test was conducted using the Statistics Package For Social Sciences (SPSS) version 19.0.
The findings showed a significant difference between control and experimental group in the
post-test. The mean score for achievement in the post test for the experimental group
students was higher than the mean score of the control group. The mean for post-test for the
strategy map concept was 86.32 and the standard deviation was 8.901. Meanwhile the mean
for post-test for the traditional strategy was only 63.19 and the standard deviation was
14.318. The different of the mean for post-test between the groups of students who was
taught the map concept strategy and the group who was taught traditional strategy was
about 23:13. In general, the concept maps may contribute in improving the students’
achievement in literature.

Keywords: Concept map, The teaching of Literature, experiment

Keywords: Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2016


ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 30-37 31

PENGENALAN kegagalan melihat perkaitan yang terdapat dalam


pelajaran. Keadaan ini menyebabkan
Pemahaman guru tentang konsep-konsep asas pembelajaran pelajar hanya berkisar pada struktur
dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu permukaan dan menimbulkan situasi yang sukar
pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti dan apabila bergerak daripada maklumat asas kepada
strategi dapat membantu guru memilih kaedah dan maklumat terperinci yang banyak menekankan
teknik pengajaran di dalam bilik darjah. perkaitan dalam pelbagai aspek.
Pemahaman tersebut juga dapat membantu guru Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, peta konsep seharusnya diberi
yang sesuai kepada pelajar untuk mencapai penekanan oleh guru ketika mengajar. Pelbagai
objektif pengajarannya. Zamri (2015) menyatakan aktiviti dan tajuk dalam Bahasa Melayu yang
bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam boleh dipermudahkan dengan penggunaan peta
sesuatu mata pelajaran banyak dikaitkan dengan konsep. Peta konsep juga boleh memudahkan
gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan. guru mengajarkan Bahasa Melayu dengan cepat,
Walau bagaimanapun, kejayaan dan manakala pelajar dapat mengaitkan apa yang
kecemerlangan pelajar ini tidak akan menjadi diajarkan oleh guru melalui peta konsep dengan
kenyataan sekiranya guru masih menggunakan pengetahuan sedia ada. Zamri (2012) mendapati
kaedah pengajaran tradisional, manakala pelajar penggunaan peta konsep dapat meningkatkan
pula lebih menggunakan kaedah mengingat dan pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu
memuntahkan kembali apa yang dihafal tanpa dalam kalangan pelajar tingkatan 4.
memahami konsep pembelajaran yang sebenar.
Peranan strategi pengajaran adalah penting PERNYATAAN MASALAH
jika kita mengajar pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan, pencapaian kecenderungan yang Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
berbeza-beza. Menurut Burden dan Byrd (2003), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah
strategi pengajaran adalah cara bagaimana isi memperkenalkan KOMSAS sebagai komponen
pengajaran disampaikan oleh guru kepada wajib dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
pelajarnya bagi mencapai objektif sesuatu Melayu, dan telah dimasukkan dalam peperiksaan
pengajaran. Terdapat dua strategi pengajaran yang PMR pada tahun 2002 dan SPM mulai 2001.
boleh diguna pakai oleh guru, sama ada Sehubungan itu, PPK telah mengeluarkan unjuran
berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar. Dalam waktu mengajar bagi pengajaran KOMSAS, iaitu
strategi pengajaran berpusatkan guru, peranan guru sebanyak 56 waktu setahun dengan mempelajari
lebih eksplisit, iaitu guru merancang dan 26 karya yang meliputi genre novel, cerpen,
menyampaikan pelajaran serta mengawal pelajar drama, prosa tradisional, puisi tradisional, dan
dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang. sajak.
Sebaliknya, dalam strategi pengajaran berpusatkan Pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak
pelajar, guru merancang persekitaran pembelajaran Mac 2000 antara lain bertujuan untuk
pelajar yang dapat mendorong pelajar berfikir serta membolehkan pelajar memberikan pendapat dan
dapat melibatkan diri secara aktif bagi hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian, dan
dirancang oleh guru dalam pengajarannya. rumusan yang wajar atas pelbagai bahan yang
Penyampaian guru dalam proses pengajaran dibaca. Namun, di sebalik tujuan yang ideal
atau penulisan teks kerap kali tidak dapat tersebut, timbul pelbagai masalah setelah aspek
mengelak daripada menjerumuskan pemikiran KOMSAS diperkenalkan di sekolah mulai tahun
pelajar atau pembaca kepada maklumat yang 2000. Antaranya, kandungan sukatan pelajaran
bersifat linear. Perkara ini menyukarkan pelajar yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak
atau pembaca melihat perkaitan yang kompleks berbanding peruntukan waktu mengajar KOMSAS
dalam pelajaran yang diajarkan atau maklumat (Noor Syazwani 2013). Penjadualan semula subjek
melalui pembacaan teks. Keadaan ini dirumitkan Bahasa Melayu sebanyak enam kali seminggu dan
oleh gaya pembelajaran pelajar yang melihat dua kali sahaja diperuntukkan untuk KOMSAS
maklumat secara urutan linear di samping juga boleh menjejaskan subjek bahasa Melayu.
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 30-37 32

Hal ini kerana untuk memberi kemahiran yang melibatkan pendengaran hanya menyumbang 10
tinggi kepada pelajar dalam subjek Bahasa peratus dalam ingatan seseorang, sedangkan 50
Melayu, masa untuk empat waktu tidak sesuai peratus lagi daripada penglihatan dan 40 peratus
(Zamri 2012). Kandungan sukatan yang terlalu daripada pengalaman dan perbuatan. Proses
banyak menyebabkan guru cenderung memilih pembinaan peta konsep melibatkan penggunaan
teks tertentu dalam KOMSAS untuk diajar kepada deria penglihatan, pengalaman dan perbuatan yang
para pelajar. akan membantu pelajar dalam ingatan jangka
Memandangkan kepada permasalahan ini, panjang.
satu pendekatan, kaedah atau teknik dalam Bagi pelajar, peta konsep boleh bertindak
pengajaran dan pembelajaran wajar terus dicari. sebagai alat meta kognitif yang boleh membantu
Hal ini bertujuan agar mampu menguasai mereka menyusun atur maklumat yang diperoleh
kemahiran berbahasa dengan lebih baik, ke dalam satu kerangka pengetahuan yang lebih
terutamanya dalam bidang KOMSAS, untuk efektif bagi proses mengingat semula maklumat.
mengubah stigma pelajar yang menganggap Aktiviti memetakan konsep dapat menzahirkan
KOMSAS sukar dikuasai dan membosankan. kefahaman pelajar dan juga meningkatkan
Fenomena penghafalan fakta yang berpunca kemahiran penggunaan strategi pembelajaran yang
daripada amalan pengajaran yang tidak berkesan lebih efektif. Proses pembelajaran sebegini
telah mendapat perhatian banyak ahli psikologi membuat pelajar berasa bahawa kefahaman yang
pendidikan. Mengikut Ausubel et al. (1978), terbentuk adalah hasil usaha mereka sendiri dan
fenomena penghafalan fakta dapat diatasi bukan disogok oleh guru. Perkara ini akan
sekiranya wujud pembelajaran bermakna dalam menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap
kelas. Pembelajaran bermakna berlaku apabila pembelajaran sendiri dan keinginan untuk mencari
pelajar berjaya mengaitkan konsep baharu dengan maklumat yang tepat dan benar.
pengetahuan sedia ada. Konsep baharu yang
dipelajari akan diasimilasikan dengan pengetahuan OBJEKTIF KAJIAN
sedia ada secara sistematik dalam struktur kognitif.
Peta konsep yang diperkenalkan banyak Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan
membantu pelajar untuk memahami sesuatu penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan
konsep yang dipelajari seterusnya dapat pembelajaran KOMSAS. Secara khusus, objektif
meningkatkan daya ingatan pelajar. Penggunaan kajian ini adalah:
peta konsep dikatakan boleh merangsang otak kiri 1. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan
dan kanan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang signifikan antara markah pencapaian
akan dapat berfikir dengan kritis dan kreatif. pelajar kumpulan eksperimen yang
Mereka berupaya mencari, mengolah dan memilih menggunakan strategi peta konsep dengan
serta membuat penilaian terhadap idea yang pelajar kumpulan kawalan yang
diperoleh dengan baik. menggunakan strategi pengajaran tradisional
Penggunaan peta konsep juga dapat dalam ujian pra bagi pembelajaran
membantu pelajar mengingat fakta dengan baik KOMSAS dalam Bahasa Melayu.
dengan penglibatan pelbagai deria. Namun 2. Mengenal pasti perbezaan antara markah
demikian, guru Bahasa Melayu jarang pencapaian pelajar kumpulan eksperimen
menggunakan kaedah peta konsep ketika mengajar yang menggunakan strategi peta konsep
(Zamri 2012). Justeru, pengajaran dan dalam ujian pra dan ujian pasca bagi
pembelajaran dengan menggunakan peta konsep pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa
diperkenalkan. Hal ini kerana peta konsep Melayu.
merupakan satu teknik pengajaran yang dapat 3. Mengenal pasti perbezaan antara markah
membantu pelajar menginterpretasikan bahan pencapaian pelajar kumpulan kawalan yang
sastera yang dibaca dalam bentuk grafik mengikut menggunakan strategi pengajaran
kefahaman mereka dan lebih mudah menerima tradisional dalam ujian pra dan ujian pasca
proses pembelajaran. Kenyataan ini selari dengan bagi pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa
apa yang diutarakan oleh Zaidatol Akmalia et al. Melayu.
(2000), iaitu keupayaan mengingat yang
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 30-37 33

4. Mengenal pasti perbezaan antara markah untuk melihat tahap pencapaian mereka dalam
pencapaian pelajar kumpulan eksperimen KOMSAS. Dalam kajian ini, kumpulan
yang menggunakan strategi peta konsep eksperimen akan didedahkan dan diajar dengan
dengan pelajar kumpulan kawalan yang pengajaran menggunakan strategi peta konsep,
menggunakan strategi pengajaran tradisional manakala kumpulan kawalan akan diajar dengan
dalam ujian pasca bagi pembelajaran menggunakan strategi tradisional selama lapan
KOMSAS dalam Bahasa Melayu. minggu. Semua data akan diperoleh melalui
kaedah ujian pra dan ujian pasca, manakala reka
HIPOTESIS KAJIAN bentuk yang digunakan pula ialah reka bentuk
“non equivalent control group of pre test and post
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hipotesis nol test design” (rujuk Jadual 1).
yang berikut:
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Jadual 1: Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen
antara markah pencapaian pelajar Sumber: Wiersma (2000)
kumpulan eksperimen yang menggunakan
strategi peta konsep dengan pelajar Kumpulan Ujian pra X1 Ujian Pasca
kumpulan kawalan yang menggunakan Eksperimen
strategi pengajaran tradisional dalam ujian Kumpulan Ujian pra Y2 Ujian Pasca
pra bagi pembelajaran KOMSAS dalam Kawalan
Bahasa Melayu. X1 Pengajaran menggunakan strategi peta konsep
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan selama 8 minggu
antara markah pencapaian pelajar Y2 Pengajaran menggunakan strategi tradisional selama
kumpulan eksperimen yang menggunakan 8 minggu
strategi peta konsep dalam ujian pra dan
ujian pasca bagi pembelajaran KOMSAS Kajian kuasi-ksperimen ini dijalankan
dalam Bahasa Melayu. dengan menggunakan sebanyak 71 responden
Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan daripada dua buah kelas di sebuah sekolah
antara markah pencapaian pelajar menengah kebangsaan di negeri Johor. Kedua-dua
kumpulan kawalan yang menggunakan kelas adalah daripada aliran Sains. Pengkaji juga
strategi tradisional dalam ujian pra dan menggunakan set soalan ujian pra dan ujian pasca
ujian pasca bagi pembelajaran KOMSAS untuk melihat keberkesanan strategi peta konsep
dalam Bahasa Melayu. dalam pengajaran KOMSAS. Untuk Ujian pra dan
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pasca, instrumen yang digunakan dalam kajian ini
antara markah pencapaian pelajar ialah ujian berdasarkan tajuk-tajuk genre dalam
kumpulan eksperimen yang menggunakan KOMSAS tingkatan 4. Fokus pengkaji adalah
strategi peta konsep dengan pelajar pada bahagian prosa moden yang meliputi drama
kumpulan kawalan yang menggunakan sahaja. Dalam kajian ini, ujian-t digunakan untuk
strategi pengajaran tradisional dalam ujian membandingkan min data bagi set ujian pra dan
pasca bagi pembelajaran KOMSAS dalam ujian pasca daripada dua kumpulan responden
Bahasa Melayu. yang berbeza. Hasil analisis ini dapat memberi
gambaran dan menjelaskan strategi pengajaran dan
METODOLOGI pembelajaran yang efektif.

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk DAPATAN KAJIAN


kuasi-eksperimen, yang melibatkan pelajar di
dalam bilik darjah yang sedia ada (Wiersma 2000). Pencapaian KOMSAS Pelajar Strategi
Dalam reka bentuk kajian ini, dua kumpulan, iaitu Peta Konsep dan Strategi Tradisional
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam Ujian Pra
telah dipilih untuk dibuat perbandingan terhadap
pemboleh ubah. Sebelum memulakan pengajaran, Analisis Ujian-t dijalankan bagi menilai perbezaan
ujian pra dilakukan kepada kedua-dua kumpulan antara pencapaian KOMSAS pelajar strategi peta
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 30-37 34

konsep dan strategi tradisional dalam ujian pra. pencapaian pelajar dalam KOMSAS dalam bahasa
Hasil analisis ujian-t ditunjukkan seperti Jadual 2. Melayu selepas rawatan diberikan kepada
Berdasarkan jadual tersebut, dapatan menunjukkan kumpulan eksperimen. Hasil analisis juga
bahawa min markah pencapaian bagi strategi peta menunjukkan nilai signifikan (p) yang diperoleh
konsep ialah 51.35 dan sisihan piawai ialah ialah p=0.000. Hal ini bermakna aras signifikan
18.295. Kumpulan strategi tradisional pula lebih kecil dari 0.05 (p<0.05). Ia juga
mencatatkan min sebanyak 47.65 dan sisihan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
piawainya 12.915. Dapatan juga menunjukkan signifikan pencapaian KOMSAS pelajar strategi
bahawa nilai signifikan (p) yang diperoleh ialah peta konsep antara ujian pra dengan ujian pasca
p=0.332. Hal ini bermakna aras signifikan lebih dengan nilai t = 12.045. Oleh itu, hipotesis Ho2,
besar daripada 0.05 (p>0.05). Ia juga menunjukkan iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian pelajar kumpulan
antara pencapaian KOMSAS pelajar strategi peta eksperimen yang menggunakan strategi peta
konsep dengan strategi tradisional dalam ujian pra konsep dalam ujian pra dan ujian pasca bagi
dengan nilai-t=0.978. pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu
Oleh itu, hipotesis Ho1, iaitu tidak terdapat adalah ditolak.
perbezaan yang signifikan antara markah
pencapaian pelajar kumpulan eksperimen yang Jadual 3: Ujian-t bagi menunjukkan perbezaan
menggunakan strategi peta konsep dengan pelajar pencapaian KOMSAS pelajar strategi peta
kumpulan kawalan yang menggunakan strategi konsep dalam ujian pra dan ujian pasca
pengajaran tradisional dalam ujian pra bagi
pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu
adalah diterima. Hasil ujian ini menunjukkan Strategi Ujian Min Sisihan Nilai-t Sig.
bahawa tahap pencapaian kumpulan eksperimen Piawai
Pra 51.35 18.295 12.045 0.000*
dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dari segi Peta
statistik adalah setara. konsep Pasca 86.32 8.981

Jadual 2: Ujian-t bagi menunjukkan perbezaan


antara pencapaian KOMSAS pelajar strategi peta Pencapaian KOMSAS Pelajar Strategi
konsep dengan strategi tradisional dalam ujian pra Tradisional dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Strategi Min Sisihan Nilai-t Sig. Analisis ujian-t dijalankan bagi menilai perbezaan
Piawai pencapaian KOMSAS pelajar strategi tradisional
Peta konsep 51.35 18.295 0.978 0.332* dalam ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis
(N – 34) ujian-t ditunjukkan seperti Jadual 4. Berdasarkan
Pra
Tradisional 47.65 12.915 jadual, didapati min ujian pra 47.65 dan sisihan
(N – 37) piawainya 12.915. Min ujian pasca pula didapati
meningkat kepada 63.189 dengan sisihan
Pencapaian KOMSAS Pelajar Strategi Peta piawainya 14.318. Dapatan ini bermakna strategi
Konsep dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca tradisional juga turut berperanan dalam
meningkatkan pencapaian pelajar dalam kumpulan
Analisis ujian-t telah dijalankan untuk menilai kawalan. Walau bagaimanapun, peningkatan yang
perbezaan pencapaian KOMSAS pelajar strategi berlaku adalah lebih kecil berbanding dengan
peta konsep dalam ujian pra dan ujian pasca. Hasil peningkatan min markah bagi kumpulan
analisis ujian-t didapati seperti Jadual 3. eksperimen. Hasil ujian-t juga menunjukkan nilai
Berdasarkan jadual, didapati min ujian pra ialah signifikan (p) yang diperoleh ialah p=0.000. Hal
51.35 dan sisihan piawainya 18.295. Min ujian ini bermakna aras signifikan lebih kecil daripada
pasca pula didapati telah meningkat, iaitu 86.32 0.05 (p<0.05) dan ini menjelaskan bahawa
dan sisihan piawainya 8.981. Perkara ini jelas terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan min KOMSAS pelajar strategi tradisional antara ujian
pra dengan ujian pasca dengan nilai-t=-8.846.
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 30-37 35

Oleh itu, hipotesis Ho3, iaitu tidak terdapat tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
perbezaan yang signifikan antara markah markah pencapaian pelajar kumpulan eksperimen
pencapaian pelajar kumpulan kawalan yang yang menggunakan strategi peta konsep dengan
menggunakan strategi tradisional dalam ujian pra pelajar kumpulan kawalan yang menggunakan
dan ujian pasca bagi pembelajaran KOMSAS strategi pengajaran tradisional dalam ujian pasca
dalam Bahasa Melayu adalah ditolak. bagi mata pelajaran KOMSAS dalam Bahasa
Melayu adalah ditolak.
Jadual 4: Ujian-t bagi menunjukkan perbezaan
pencapaian KOMSAS pelajar strategi tradisional Jadual 5: Ujian-t bagi menunjukkan perbezaan
dalam ujian pra dan ujian pasca antara pencapaian KOMSAS pelajar strategi
peta konsep dengan strategi tradisional
Strategi Ujian Min Sisihan Nilai- Sig. dalam ujian pasca
Piawai t
Pra 47.65 2.915 - 0.000* Ujian Strategi Min Sisihan Nilai- Sig.
Peta 8.846 Piawai t
konsep Pasca 63.189 14.318 Peta 86.32 8.901 8.224 0.000*
konsep
Pasca (N – 34)
Tradisional 63- 14.318
Pencapaian KOMSAS Pelajar Strategi Peta (N – 37) 19
Konsep dan Strategi Tradisional
dalam Ujian Pasca PERBINCANGAN
Analisis ujian-t dijalankan bagi menilai perbezaan Perbincangan kajian ini merangkumi aspek
antara pencapaian KOMSAS pelajar strategi peta penggunaan peta konsep untuk meningkatkan
konsep dengan strategi tradisional dalam ujian pencapaian KOMSAS bagi pelajar tingkatan 4.
pasca. Hasil analisis ujian-t dalam Jadual 5 Selain itu, perbincangan ini turut melihat kesan
menunjukkan perbezaan pencapaian antara pengajaran ke atas pencapaian kumpulan
pencapaian KOMSAS pelajar strategi peta konsep eksperimen dalam ujian pra dan ujian pasca dan
dengan strategi tradisional dalam ujian pasca. perbezaan pencapaian kumpulan kawalan dalam
Dapatan menunjukkan bahawa pelajar yang diajar ujian pra dan ujian pasca.
melalui strategi peta konsep memiliki min yang Perbandingan pencapaian digunakan untuk
lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang diajar melihat sama ada pengajaran menggunakan peta
melalui strategi tradisional. Min ujian pasca bagi konsep memberi kesan terhadap kumpulan
strategi peta konsep ialah 86.32 dan sisihan eksperimen. Perbandingan antara pencapaian
piawainya 8.901, manakala min ujian pasca bagi kumpulan eksperimen dan pencapaian kumpulan
strategi tradisional hanya 63.19 dan sisihan piawai kawalan dibuat menggunakan ujian-t. Sebanyak
14.318. Perbezaan min ujian pasca antara empat hipotesis yang dikemukakan untuk melihat
kumpulan pelajar strategi konsep dengan perbandingan pencapaian antara kelas kumpulan
kumpulan pelajar strategi tradisional sebanyak eksperimen dan kelas kawalan sebelum dan
23.13. Hal ini bermakna bahawa pencapaian selepas diajar KOMSAS. Hipotesis 1 (Ho1) tidak
pelajar dengan strategi peta konsep adalah lebih ditolak, iaitu tidak terdapat perbezaan yang
tinggi berbanding dengan pelajar yang signifikan antara markah pencapaian pelajar
menggunakan strategi tradisional. kumpulan eksperimen (Tingkatan 4 Sains Agama)
Jadual 5 juga turut memaparkan nilai yang menggunakan strategi peta konsep dengan
signifikan (p) yang diperoleh, iaitu p=0.000. Hal pelajar kumpulan kawalan (Tingkatan 4 Sains
ini bermakna aras signifikan lebih kecil daripada Tulen ) yang menggunakan strategi pengajaran
0.05 (p<0.05). Ini menunjukkan bahawa terdapat tradisional dalam ujian pra bagi pembelajaran
perbezaan yang signifikan antara pencapaian KOMSAS dalam Bahasa Melayu.
Komponen Sastera pelajar strategi peta konsep Secara keseluruhan, markah sebelum
dengan strategi tradisional dalam ujian pasca pengajaran bagi kedua-dua kelas rawatan dan
dengan nilai-t=8.224. Oleh itu, hipotesis Ho4, iaitu kawalan tidak dapat perbezaan yang signifikan.
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 30-37 36

Hal ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian Perbandingan markah pencapaian dalam
awal (ujian pra) bagi kedua-dua kumpulan adalah ujian pasca antara kumpulan eksperimen dengan
sama. Hal ini bermakna peta konsep tidak kumpulan kawalan turut dikenal pasti. Hipotesis
mempengaruhi pembelajaran KOMSAS dalam Ho4, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan
kalangan pelajar. Dapatan ini menyokong kajian antara markah pencapaian pelajar-pelajar
yang dilakukan oleh Jumaliah (2014) dan Nik Nur kumpulan eksperimen (Tingkatan 4 Sains Agama)
Farihah (2014) yang menyatakan bahawa peta yang menggunakan strategi peta konsep dengan
pemikiran tidak memberi kesan apa-apa kepada pelajar kumpulan kawalan (Tingkatan 4 Sains
pelajar sebelumnya. Bahkan dapatan kajian ini Tulen) yang menggunakan strategi pengajaran
selari dengan kajian Azizah (2000) dalam tradisional dalam ujian pasca bagi tajuk KOMSAS
penggunaan peta konsep dalam pengajaran mata dalam Bahasa Melayu ditolak. Penolakan Ho4 ini
pelajaran Sains pelajar Tingkatan 1 juga disebabkan terdapat perbezaan markah pencapaian
menunjukkan penggunaan peta konsep adalah antara kumpulan eksperimen dan kumpulan
lebih baik daripada pengajaran biasa. kawalan dalam ujian pasca. Min ujian pasca bagi
Selepas menjalani proses pengajaran strategi peta konsep ialah 86.32 dan sisihan
KOMSAS selama 8 minggu, kumpulan piawainya 8.901, manakala min ujian pasca bagi
eksperimen dan kumpulan rawatan diberikan ujian strategi tradisional hanya 63.19 dan sisihan piawai
pasca. Berdasarkan dapatan, jelas menunjukkan 14.318. Perbezaan min ujian pasca antara
bahawa hipotesis 2 (Ho2) dan hipotesis 3 (Ho3) kumpulan pelajar strategi konsep dengan
ditolak. Ho2, iaitu terdapat perbezaan yang kumpulan pelajar strategi tradisional sebanyak
signifikan antara markah pencapaian pelajar 23.13. Ini bermakna bahawa pencapaian pelajar
kumpulan eksperimen (Tingkatan 4 Sains Agama) dengan strategi peta konsep adalah lebih tinggi
yang menggunakan strategi peta konsep dalam berbanding dengan pelajar yang menggunakan
ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran strategi tradisional.
Komponen Sastera dalam bahasa Melayu ditolak. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa
Perkara ini bermakna terdapat peningkatan penggunaan peta konsep dapat meningkatkan
pencapaian dalam ujian pasca berbanding dengan kefahaman dan pencapaian pelajar dalam
ujian pra bagai kumpulan eksperimen. Didapati KOMSAS. Penggunaan peta konsep boleh
min ujian pra ialah 51.35 dan sisihan piawainya dijadikan satu strategi untuk pemahaman tentang
18.295. Min ujian pasca pula didapati telah makna konsep-konsep dalam KOMSAS dengan
meningkat, iaitu 86.32 dan sisihan piawainya lebih mendalam. Hasil kajian ini sejajar dengan
8.981. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat Awaatif (2011) telah membuat kajian berkaitan
peningkatan min pencapaian pelajar dalam kesan penggunaan perisian kursus dengan peta
pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu konsep terhadap pencapaian pelajar dalam
selepas rawatan diberikan kepada kumpulan Pengetahuan Agama Islam Tingkatan Empat. Hasil
eksperimen. analisis ujian-t mendapati bahawa skor min bagi
Hal ini berlaku juga pada kelas kumpulan peta konsep ujian pos lebih tinggi daripada skor
kawalan. Ho3, iaitu terdapat perbezaan yang min peta konsep ujian pra. Begitu juga dengan
signifikan antara markah pencapaian pelajar kajian yang dilakukan Quesda et al. (2008) di
kumpulan kawalan (Tingkatan 4 Sains Tulen) yang Mexico berkaitan penggunaan peta konsep dalam
menggunakan strategi tradisional dalam ujian pra mata pelajaran Sejarah. Beliau telah mendapati
dan ujian pasca bagi pembelajaran KOMSAS bahawa keputusan ujian pos memperlihatkan
dalam Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen yang menggunakan
bahawa kumpulan kawalan juga terdapat kaedah peta konsep dalam pengajaran dan
perbezaan markah dalam ujian pra (47.65) dan pembelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan
ujian pasca, namun perbezaan adalah lebih rendah min berbanding kumpulan kawalan yang
berbanding bagi kumpulan rawatan. Didapati min menggunakan kaedah biasa.
ujian pra 47.65 dan sisihan piawainya 12.915.
Min ujian pasca pula didapati meningkat kepada
63.189.
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 30-37 37

KESIMPULAN penerimaan murid tingkatan empat. Tesis


Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Secara keseluruhannya, penggunaan peta konsep Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
sebagai salah strategi pengajaran KOMSAS sangat Novak, J.D. & Gowin, D.B. 2008. Learning how
berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar to learn. New York: Cambridge University
dalam KOMSAS. Dapatan kajian turut Press
membuktikan bahawa strategi pengajaran dan Novak. J.D. 1990. Concept Map and veediagrams:
pembelajaran menggunakan peta konsep lebih Two metacognitive tools to facilitate
efektif berbanding pengajaran dan pembelajaran meaningful learning. Learning Science, 19:
secara tradisional. Zamri (2012) berpendapat peta 29-52.
konsep mampu menghasilkan pelajar yang lebih Nurazlin Zainal Abidin. 2008. Kesan penggunaan
baik. Peta konsep turut memberikan satu alternatif peta konsep ke atas pencapaian mata
kepada pendekatan pengajaran guru yang lebih pelajaran Reka Bentuk Sistem dalam
berstruktur, praktikal dan bermakna. Oleh itu, kalangan pelajar. Masalah Pendidikan, 27:
pendidik harus melakukan satu inovasi dalam gaya 198-212.
pengajaran masing-masing bagi mencapai anjakan Quesda, R., Reynaud, B., Tores, M.C & Estrada,
paradigma pedagogi dunia pendidikan. Pelajar C. 2008. Concepts map as a learning
juga perlu bekerjasama dengan guru bagi menjadi strategy of History in secondary school in
pelajar yang mahir untuk belajar bahasa Melayu Mexico. Proceeding of the Third
agar dapat meningkatkan martabat bahasa Melayu International. Conference of Concepts
itu sendiri dan seterusnya membantu Mapping. http://cmap.
meningkatkan pembelajaran pelajar. ihmc.us/publications/ResearchPapers/ [14
Mac 2012]
RUJUKAN Wiersma , W.2000. Research methods in
educational: An introduction. 7th . Ed.
Ausubel. D.P. et al. 1978. Educational psycology: Boston: Allyn & Bacon.
A cognative view. New York: Holt, Riehart & Zaidato Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias.
Winston. 2000. Pengajaran dan pembelajaran
Awaatif Ahmad & Norizan Esa. 2011. Kesan Perdagangan, Keusahawanan dan Ekonomi
penggunaan perisian kursus (courseware) Asas. Serdang: Penerbit Universiti Putra
dengan peta konsep terhdap pencapaian Malaysia.
pelajar. Asia Pacific Journal of Educator Zamri Mahamod, 2012. Inovasi P&P dalam
and Education, 26 ( 1): 51-70. Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim,
Azizah Abdullah. 2000. Keberkesanan Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
penggunaan peta konsep dalam mata Zamri Mahamod. 2015. Strategi belajar: Inventori
pelajaran Sains di Kementerian Pelajaran cara belajar Bahasa Melayu. Kuala
Malaysia. Draf Pemetaan Kerja Pengajaran Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
dan Pembelajaran KOMSAS. Kuala
Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Burden, P.R. & Byrd, D.M. 1994. Methods for
effective teaching. Boston: Allyn & Bacon.
Jumaliah Mingan. 2014. Penggunaan peta
pemikiran i-think dalam pembelajaran
Bahasa Melayu peringkat menengah atas.
Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Nik Nur Farihah Nik Harmi. 2014. Keberkesanan
kaedah peta pemikiran i-think terhadap
pencapaian, sikap, kesediaan dan

You might also like