You are on page 1of 1

TEORI KONSEPTUAL KATA KUNCI: ANTALOGI PUISI PUTIH SANG KEKASIH

KARYA PROF DR SITI ZAINON ISMAIL

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis puisi-puisi Sasterawan Negara yang ke-14 dalam
antologi Puisi Putih Sang Kekasih edisi kedua. Analisis ini bersandarkan kepada Teori
Konseptual Kata Kunci yang mempunyai tiga prinsip utama iaitu kepengaruhan, kata dan
kesan yang ditimbulkan oleh pengarang untuk pembaca. Terdapat enam buah puisi yang
terpilih dan disesuaikan dengan prinsip Konseptual Kata Kunci. Enam puisi tersebut adalah
Siti Melorinda, Kampung Kuala Bendang, Kepada Perempuan, Titik yang Hilang, Puisi
Putih Kekasih dan Kesedihan. Melalui analisis ini, pengkaji dapat melihat kelebihan Siti
Zainon sebagai seorang penyair yang mampu menyulam puisi dengan unsur alam dan seni
tampak yang telah sebati dalam kehidupan beliau. Ketiga-tiga prinsip Teori Konseptual Kata
Kunci telah menyokong penghasilan puisi-puisi Siti Zainon iaitu prinsip kepengaruhan dalam
puisi beliau dapat mempengaruhi pembaca dengan mesej yang ingin disampaikan. Manakala
prinsip pemilihan kata pula berkenaan frasa atau kata kunci yang dipilih oleh pengarang
untuk memberi gambaran mesej kepada pembaca. Akhir sekali, prinsip kesan telah
mewujudkan pembangunan akal minda masyarakat menerusi penyampaian mesej-mesej oleh
pengarang. Hasil kajian ini diharapkan menjadi titik tolak kepada penambahan analisis kajian
karya-karya tokoh sastera negara agar dapat menumbuhkan manfaat buat segenap lapisan
masyarakat.

Kata Kunci: Puisi Putih Sang Kekasih, prinsip kepengaruhan, prinsip pemilihan kata, prinsip
kesan, mesej, Sasterwan Negara

You might also like