You are on page 1of 16

PENTAKSIRAN

PERWAKILAN DATA

MATEMATIK
PERWAKILAN DATA LEMBARAN GANGSA

Soalan 1
Dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 30 orang murid, 12 orang menyatakan bahawa
Matematik adalah mata pelajaran kegemaran mereka. Sekiranya data ini diwakilkan dengan
carta pai, sudut sektor bagi 12 orang murid itu ialah
A 40° B 60°
C 144° D 216°

Soalan 2
Piktograf berikut menunjukkan populasi di beberapa daerah di negeri Pahang.

Kuantan

Temerloh

Bentong

Raub

Cameron Highland

Antara berikut, yang manakah mungkin benar?


A Populasi di Kuantan ialah 90 000.
B Populasi di Kuantan adalah lebih kurang dua kali ganda populasi di Temerloh.
C Populasi di Bentong semakin meningkat.
D Raub mempunyai populasi yang paling sedikit.

Soalan 3
Berikut adalah data tentang jisim badan dan jisim otak bagi beberapa jenis haiwan dan
manusia.

Hidupan Jisim badan (kg) Jisim otak (g)


Lembu 465 423
Kambing 27 115
Kucing 3.3 25.6
Manusia 62 1320
PERWAKILAN DATA

Gorila 207 406

Pada pandangan anda, perwakilan yang manakah sesuai digunakan untuk mewakilkan
data di atas? Berikan justifikasi anda terhadap pemilihan perwakilan tersebut.

01
PERWAKILAN DATA LEMBARAN GANGSA

Soalan 4
Berikut adalah maklumat tentang peratusan murid perempuan Melayu daripada jumlah murid yang
mendaftar di SK Pantai bagi tahun 2009 hingga 2012.

39% 35% 41% 40%

2009 2010 2011 2012

Bolehkah maklumat ini diwakilkan dengan carta pai? Terangkan jawapan anda.

Soalan 5
5 Malaysia mempunyai taman-taman laut yang sangat indah. Setiap
tahun, terdapat ribuan pelawat dari dalam dan luar negara melawat
taman-taman laut contohnya seperti di Langkawi, Kedah. Berikut adalah
data tentang jumlah pelawat taman laut dari tahun 2001 hingga 2009 di
Kedah.

Tahun 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Bilangan pelawat 127 541 133 775 114 684 135 272 94 272 112 648 110 629 96 071 102 866

(a) Adakah carta pai sesuai digunakan untuk mewakilkan data di atas? Terangkan jawapan anda.
PERWAKILAN DATA

(b) Apakah perwakilan data yang paling sesuai digunakan untuk mewakilkan data di atas?
Mengapa?

02
PERWAKILAN DATA LEMBARAN GANGSA

Soalan 6
Pencemaran udara mengakibatkan pelbagai masalah
kesihatan dan seharusnya dipandang serius oleh kita semua.
Berikut adalah data tentang pencemaran udara di Malaysia
mengikut punca bagi tahun 2009 seperti yang dilaporkan
oleh Jabatan Alam Sekitar.

Punca Peratus (%)


Bergerak 68.2
Tetap 29.5
Lain-lain 2.3

(a) Apakah perwakilan data yang paling sesuai digunakan untuk mewakilkan data tentang
pencemaran udara ini? Terangkan.

(b) Apakah kesimpulan yang boleh anda buat berdasarkan data tersebut? Cadangkan kaedah
bagi mengurangkan pencemaran udara.

PERWAKILAN DATA

03
PERWAKILAN DATA LEMBARAN GANGSA

Soalan 7

Cikgu Zaki mengumpul data tentang tempoh masa murid-muridnya


mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.
Dia kemudian melukis plot serak bagi melihat hubungan antara
tempoh masa mengulang kaji dengan keputusan peperiksaan yang
diperoleh murid-muridnya.
(a) Pada pandangan anda, bagaimanakah bentuk plot serak tersebut?

(b) Mengapakah plot serak adalah perwakilan yang paling sesuai digunakan untuk
data ini?

Soalan 8

Soal selidik dijalankan oleh murid-murid di SMK Aman Puri bagi menentukan persatuan
kegemaran murid perempuan Tingkatan 2 di sekolah tersebut. Persatuan yang terlibat ialah
Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Hasil soal selidik dalam
bentuk carta palang diletakkan di papan kenyataan sekolah seperti berikut.

Persatuan Kegemaran Murid Perempuan

35
Bilangan murid

30
perempuan

25

20

15
PERWAKILAN DATA

Pengakap Pandu Puteri Puteri Islam KRS

Persatuan

04
PERWAKILAN DATA LEMBARAN GANGSA

(a) Apakah pandangan anda tentang perwakilan data di atas?

(b) Berikan sebab mengapa perwakilan yang diberikan di atas mengelirukan.

Soalan 9
Graf garis berikut menunjukkan kenaikan harga sekilogram cili padi.

Harga Sekilogram Cili Mengikut Tahun


Harga (RM)

Tahun

Graf 1
PERWAKILAN DATA

05
PERWAKILAN DATA LEMBARAN GANGSA

Harga Sekilogram Cili Mengikut Tahun

Harga (RM)

Tahun

Graf 2

(a) Apakah yang boleh anda katakan mengenai kedua-dua graf garis
di atas?

(b) Andaikan anda adalah Pengerusi Persatuan Pengguna, graf yang


manakah akan digunakan untuk menunjukkan bahawa harga cili
harus diturunkan? Terangkan jawapan anda.

(c) Graf yang manakah akan digunakan oleh peniaga bagi menunjukkan bahawa walaupun
harga meningkat, peningkatan tersebut tidak begitu ketara? Terangkan jawapan anda.
PERWAKILAN DATA

06
PERWAKILAN DATA LATIHAN EMAS

Soalan 1
Air merupakan unsur yang paling penting kepada tubuh manusia.
Dapatkan maklumat daripada internet tentang kandungan air
dalam bahagian-bahagian badan manusia seperti darah, otak,
tulang dan sebagainya.

Andaikan anda seorang doktor. Anda perlu membentangkan


fakta mengenai data ini. Selain daripada bentuk jadual, apakah
perwakilan yang akan anda gunakan untuk mewakilkan data ini?
Bincang dan berikan justifikasi anda.

Soalan 2
Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, adalah penting bagi kita untuk
makan makanan yang sihat. Oleh itu, makanan yang dimakan harus
mengandungi kadar kalori, lemak, gula dan garam yang rendah.
Kebanyakkan makanan segera adalah tidak menyihatkan.

Anda dan rakan anda diberi tanggungjawab untuk mengadakan


kempen “Jauhi Makanan yang Tidak Sihat”. Gunakan internet untuk
membuat penyelidikan tentang nutrisi makanan segera yang terdapat
di restoran makanan segera seperti burger, ayam goreng dan
sebagainya.

Anda juga boleh merujuk kepada maklumat yang terdapat dalam


pembalut makanan seperti kacang panggang, bijirin dan sebagainya.
Sediakan laporan ringkas dengan menggunakan perwakilan data yang
sesuai bagi membandingkan nutrisi makanan-makanan tersebut
untuk dibentangkan dalam kempen tersebut.

Soalan 3
Merokok ialah aktiviti negatif yang membawa kesan yang amat buruk
kepada kesihatan bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada orang di
sekeliling mereka.

Anda ingin melaksanakan kempen anti merokok di sekolah. Jalankan kajian


melalui internet tentang bahaya merokok serta statistik perokok di
Malaysia. Gunakan perwakilan data yang sesuai untuk menyediakan poster
PERWAKILAN DATA

bagi kempen anda.

11
PERWAKILAN DATA SOALAN PERAK

Soalan 1

Obes merupakan masalah kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan murid di Malaysia.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, lebih kurang 13% daripada
murid-murid tergolong dalam kalangan obes.
Jadual menunjukkan bilangan murid obes Tingkatan 2 dan 3 di sebuah sekolah.

Tingkatan Bilangan murid


2 32
3 30

Lengkapkan piktograf di bawah untuk mewakilkan bilangan murid dalam setiap tingkatan.

Tingkatan 2

Tingkatan 3

mewakili 4 orang murid

Soalan 2

Jadual menunjukkan bilangan rumah di sepanjang dua jalan, iaitu Jalan Chengal dan Jalan
Melati.
Jalan Bilangan rumah
Jalan Chengal 60
Jalan Melati 39

Piktograf di bawah mewakili bilangan rumah di sepanjang setiap jalan tersebut.

Jalan Chengal

Jalan Melati

Berapakah bilangan rumah yang diwakili oleh ?


PERWAKILAN DATA

07
PERWAKILAN DATA SOALAN PERAK

Soalan 3

Empat orang murid menjalankan soal selidik tentang buah-buahan kegemaran murid-murid
Tingkatan 2. Jadual di bawah menunjukkan hasil kaji selidik mereka.

Jenis buah Bilangan murid


Epal 40

Jambu 20
Anggur 10
Oren 30

Setiap murid tersebut merekodkan hasil kaji selidik mereka dalam bentuk perwakilan. Antara
berikut, perwakilan data yang manakah menunjukkan keputusan yang betul?

A 50 B Epal
40 Jambu
30
Anggur
20
Oren
10
0
Epal Jambu Anggur Oren

C 50 D
40
30 Jambu
Epal
20
10
Anggur
0
Epal Jambu Anggur Oren Oren
PERWAKILAN DATA

08
PERWAKILAN DATA SOALAN PERAK

Soalan 4

Carta pai berikut menunjukkan keputusan kaji selidik terhadap 200 orang murid tentang penyanyi
yang mereka minati.
Populariti penyanyi

Guy
Sebastian Justin
28% Bieber
Justin 48%
Timberlake
24%

Bina carta palang yang menunjukkan bilangan murid dalam setiap kategori.

Bilangan murid

100

80

60

40

20

0
Justin Bieber Justin Timberlake Guy Sebastian
Penyanyi

PERWAKILAN DATA

09
PERWAKILAN DATA SOALAN PERAK

Soalan 5

Jadual menunjukkan suhu di sebuah tempat bagi masa tertentu.

Masa 1200 1500 1800 2100 2400


Suhu ( o C ) 24 26 25 27 25

Graf yang manakah dapat menggambarkan maklumat yang diberikan dalam jadual di atas?

A B

1200 1400 1600 1800 2000 1200 1400 1600 1800 2000

Masa Masa

C D

1200 1400 1600 1800 2000 1200 1400 1600 1800 2000

Masa Masa

PERWAKILAN DATA

10
JAWAPAN

12
PERWAKILAN DATA JAWAPAN LEMBARAN GANGSA

Jawapan
1 C

2 B

3 Carta palang berkembar sesuai digunakan untuk menunjukkan perbandingan antara


beberapa kategori.

4 Carta pai tidak sesuai digunakan kerana carta pai menunjukkan perbandingan
antara kategori yang berlainan. Carta palang atau graf garis lebih sesuai digunakan.
Graf garis digunakan bagi memaparkan trend suatu data dalam tempoh masa
tertentu.

5 (a) Carta pai tidak sesuai digunakan kerana perbezaan antara data yang sangat
sedikit.
(b) Perwakilan data yang sesuai digunakan ialah graf garis kerana trend bilangan
pelancong yang melawat taman laut dapat diperhatikan.
6 (a) Carta pai sesuai digunakan bagi mewakilkan data sebagai sebahagian kepada
keseluruhan dan memaparkan perbezaan antara kategori.

(b) Punca bergerak merupakan faktor yang paling banyak menyumbang kepada
pencemaran udara. Faktor bergerak yang dimaksudkan adalah seperti kereta,
motosikal, lori, bas dan sebagainya. Bagi mengurangkan pencemaran udara kita
harus mengurangkan bilangan punca bergerak. Penggunaan kenderaan awam
perlu digalakkan. Begitu juga dengan tabiat berkongsi kenderaan apabila ke
tempat kerja dan sebagainya.

7 (a) Bentuk plot serak menunjukkan bahawa apabila masa semakin meningkat,
keputusan peperiksaan juga meningkat.

(b) Plot serak dapat menunjukkan perkaitan antara dua set data, iaitu masa murid
mengulang kaji pelajaran dengan keputusan peperiksaan yang diperoleh.

8 (a) Graf menunjukkan seperti persatuan Kelab Remaja Sekolah(KRS) lebih digemari
berbanding kelab yang lain.

(b) Kekeliruan ini disebabkan skala pada paksi mencancang tidak dimulakan dengan
nilai 0.
9 (a) Graf mewakilkan data yang sama. Walaubagaimanapun, penggunaan skala yang
berbeza memberi gambaran yang berbeza. Graf 1 menunjukkan seolah-olah
peningkatan harga cili padi yang mendadak manakala Graf 2 menunjukkan
seolah-olah peningkatan harga cili padi adalah tidak begitu ketara.
PERWAKILAN DATA

(b) Graf 1 kerana graf tersebut menunjukkan peningkatan yang mendadak.


Seterusnya, ia dapat meyakinkan pihak yang berkenaan bahawa harga cili perlu
diturunkan.

(c) Graf 2 kerana graf tersebut menunjukkan hanya terdapat sedikit peningkatan
harga cili setiap tahun. 13
PERWAKILAN DATA JAWAPAN LEMBARAN EMAS

Jawapan
1 Terima sebarang fakta dan perwakilan data yang sesuai.
Perwakilan yang mungkin digunakan ialah graf palang kerana perbandingan antara
kandungan air dalam bahagian-bahagian badan manusia boleh dibuat. Murid juga
boleh membentangkan dalam bentuk visual infografik. Justifikasinya kerana ianya lebih
menarik perhatian dan berkesan.

Contoh:

75% 25% 83%

#Sumber: http://www.lenntech.com/water-trivia-facts.htm#ixzz2isTUB380

2 Terima sebarang fakta dan penggunaan perwakilan data yang sesuai seperti jadual, carta
palang atau carta pai.

3 Terima sebarang fakta dan penggunaan perwakilan data yang sesuai seperti jadual, carta
palang atau graf garis.

PERWAKILAN DATA

15
PERWAKILAN DATA JAWAPAN LEMBARAN PERAK

Jawapan

1
Tingkatan 2

Tingkatan 3

2 6

3 D

4 100

80
Bilangan Murid

60

40

20

0
Justin Bieber Justin Timberlake Guy Sebastian
Penyanyi

5 B

PERWAKILAN DATA

14

You might also like