You are on page 1of 19

BAHAGIAN A (20 markah)

Jawab semua 20 soalan objektif aneka pilihan dalam bahagian ini

1. Sebuah tangki mengandungi 3 120 liter air. Nana menggunakan 4/5 daripada air itu untuk mengisi 6
bekas secara sama banyak. Berapakah isipadu air, dalam liter, di dalam setiap bekas itu ?

A 416 C 651
B 418 D 652

2. Susun integer -12, -7, 4, 20, -1 dan 10 dalam tertib menurun.

A 20, 10, 4, -12, -7, -1 C -12, -7, -1, 4, 10, 20


B 20, 10, 4, -1, -7, -12 D -1, -7, -12, 4, 10, 20

3. Haqiem Rusli berbasikal 3.25km ke tempat A dan kemudian dia berbasikal 9km 240m ke tempat B.
Cari jumlah jarak, dalam km, yang dilalui oleh Haqiem Rusli.

A 12.265 C 12.049
B 12.49 D 12.274

4. Sufian Suhaimi membuat 22 kerusi yang serupa dalam 41 hari 6 jam. Hitung masa yang digunakan
oleh Sufian Suhaimi untuk membuat sebuah kerusi.

A 1 hari 21 jam C 2 hari 21 jam


B 1 hari 22 jam D 2 hari 22 jam

5. Wany Hasrita merancang untuk meningkatkan penhasilah strawberi di kebunnya kepada 1500kg
sebulan. Dia menjalankan suatu rawatan khas dan berjaya meningkatkan penghasilan strawberi
sebanyak 540kg sebulan, dengan keadaan 28kg kurang daripada amaun yang dirancangnya. Hitung
penghasilan strawberi dalam g, di kebun Wany Hasrita dalam tempoh sebulan sebelum rawatan khas
tersebut

A 922000 C 988000
B 932000 D 2012000

6. Dalam Rajah 1, AB ialah garis lurus,

Rajah 1
Cari nilai x

A 35° C 10°
B 25° D 5°

1
7. Dalam Rajah 2, ABCDEF ialah heksagon sekata dan BGD ialah sudut tegak

Rajah 2
Cari nilai sudut CDG

A 55° C 105°C
B 90° D 135°

8. Diberi bahawa y = 2x – 10 dan 7x + 2y = 90. Cari nilai x + y

A 10 C 15
B 12 D 20

9. Jadual 1 menunjukkan kadar bayaran untuk ruang letak kereta di sebuah pusat membeli belah.

Tempoh masa Kadar (RM)


Jam pertama 2
Setiap 30 minit berikutnya 3
Jadual 1
Luqman Faiz telah meletak kereta selama 4 jam. Hitung jumlah wang yang perlu dibayarnya

A 11 C 18
B 12 D 20

10. Koordinat P ialah (0,8) dan koordinat Q ialah (0,15). Hitung jarak, dalam unit, antara P dan Q

A 23 C 14
B 17 D 7

11. Rajah 3 menunjukkan sebuah bulatan ABC berpusat O. AEC dan OEBD ialah garis lurus.

Rajah 3
Diberi AC = 6cm, cari panjang, dalam cm, ED

A 3 C 4
B 3.5 D 4.5

2
12. Rajah 4 menunjukkan sebuah bekas berbentuk kon tegak

Rajah 4
60% daripada bekas itu diisi dengan air. Hitung isi padu, dalam cm³, ruang bekas yang belum diisi
dengan air itu.

A 68𝜋 C 70𝜋
B 78.4𝜋 D 98𝜋

13. Rajah 5 ialah carta palang yang menunjukkan bilangan nasi lemak yang dijual oleh Mak Erma.

Rajah 5
Jumlah bilangan nasi lemak yang dijual dalam bulan Jun ialah 500 bungkus. Hitung min bilangan nasi
lemak yang dijual bagi lima bulan itu

A 300 C 500
B 400 D 700

14. Diberi nisbah a : b = 7 : 3 dan a – b = 12. Cari nilai b

A 12 C 9
B 10 D 2

15. Harga 20 biji epal ialah RM 10. Berapakah harga yang harus Aiman Tino bayar untuk 37 biji epal?

A RM 0.60 C RM 12.60
B RM 1.62 D RM 18.50

3
16. Sebuah bas bergerak dengan kelajuan 95 km/j. Hitung jarak , dalam km, yang dilalui oleh bas itu
dalam masa 1 jam 30 minit.

A 115.5 C 138.5
B 120.5 D 142.5

17. Sebuah kotak mengandungi 4 biji bola putih, q biji bola hitam dan 6 biji bola merah. Kebarangkalian
untuk mendapat sebiji bola putih ialah 2/7. Hitung nilai q

A 4 C 6
B 5 D 8

18. Rajah 6 menunjukkan satu transformasi.

Rajah 6
Apakah jenis transformasi yang ditunjukkan pada Rajah 6 ?

A Translasi C Pantulan
B Putaran D Pembesaran

19.Azman membuat pinjaman kereta sebanyak RM60000 dengan kadar faedah 4.5% setahun. Jika
Azman ingin menghabiskan bayaran pinjamannya selama 4 tahun, hitung bayaran bulanannya.

A RM 1368 C RM 1475
B RM 1454 D RM 1526

20. HItung 0.00079 x (2.4 x 10−5 )

A 8.14 x 10−4 C 8.15 x 10−8


B 7.66 x 10−4 D 1.896 x 10−8

JAWAPAN
1. 5. 9. 13. 17.

2. 6. 10. 14. 18.

3. 7. 11. 15. 19.

4. 8. 12. 16. 20.

4
BAHAGIAN B (20 markah)
JAWAB SEMUA SOALAN

1. (a) Tentukan sama ada setiap yang berikut ialah ketaksamaan linear dalam satu pemboleh ubah.
Bulatkan jawapan yang betul.
( 2 markah )
Jawapan :

(i) 3a + 2 ≥ 8 Ya / Tidak
(ii) p – 3q ≤ 8 Ya / Tidak
(b) Rajah 7 menunjukkan tiga nombor

3 6 15
Rajah 7

Berdasarkan Rajah 7, pilih dan tulis nombor yang betul bagi setiap pernyataan berikut pada ruang
jawapan.
( 2 markah )
Jawapan :

Pernyataan Nombor

(i) Satu nombor apabila ditambah 17 akan


membentuk nombor perdana

(ii) Nombor ini ialah nombor perdana

2. (a) Tandakan √ atau X pada yang disediakan


( 2 markah )
Jawapan :

(i) Titik ( 6,0 ) terletak pada paksi – x

(ii) Jarak bagi titik P (0,6) dan Q (15,0) ialah 7

(b) Lengkapkan yang berikut dengan jawapan yang betul


( 2 markah )
Jawapan :

(i) √4 x √4 =

(ii) √𝑥 x √𝑥 =

5
3. Padankan graf dengan persamaan garis lurus yang betul
( 4 markah )
Jawapan :

6
4. Berdasarkan Rajah Venn, nyatakan BETUL atau SALAH bagi setiap pernyataan yang berikut.
( 4 markah )
Jawapan :

7
5. (a) Isi tempat kosong dengan symbol “ + “ atau “–“ yang betul.
( 2 markah )
Jawapan :

(b) Lengkapkan yang berikut dengan jawapan yang betul.


( 2 markah )
Jawapan :

8
BAHAGIAN C ( 60 MARKAH )
JAWAB SEMUA SOALAN

1. (a) Amy dan Awie dikehendaki melukis sebuah segi tiga PQR dengan nisbah sudut masing-masing
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Cari beza nilai Q yang dilukis oleh Amy dan Awie.

P Q R
Amy 2 9 4
Awie 4 5 9
Jadual 2
( 3 markah )
Jawapan :

(b) Rajah 8 menunjukkan sebuah prisma tegak

Rajah 8

(i) Nyatakan bilangan bucu bagi prisma itu


( 1 markah )
Jawapan :

Bilangan bucu =

9
(ii) Lengkapkan bentangan prisma tegak itu pada grid segiempat sama bersisi 1 unit di ruang
jawapan.
( 3 markah )
Jawapan :

3 2
(c) Diberi daripada 210 orang murid memakai tali leher dan daripada mereka ialah murid
7 5
perempuan. Berapakah bilangan murid lelaki yang memakai tali leher ?
( 3 markah )
Jawapan :

10
2. (a) Rajah 9 ialah sebuah piktograf yang tidak lengkap yang menunjukkan jualan epal dalam satu
minggu tertentu. Diberi bahawa bilangan jualan epal pada hari Jumaat adalah separuh daripada
bilangan jualan epal pada hari Sabtu.

Rajah 9

(i) Lengkapkan piktograf dalam Rajah 9


( 1 markah )

(ii) Lengkapkan carta palang dalam Rajah 10 untuk mewakili bilangan jualan epal dalam minggu itu.
( 3 markah )

Rajah 10

11
(b) Dalam Rajah 11, segi empat sama ‘Y’ ialah imej bagi segi empat sama Y di bawah suatu
penjelmaan X

Rajah 11

(i) Nyatakan penjelmaan X


( 1 markah )
Jawapan :

(ii) Antara titik-titik P, Q, R dan S yang manakah pusat penjelmaan itu ?


( 1 markah )
Jawapan :

(c) (i) Kembangkan 5( y + 7 )


( 1 markah )
Jawapan :

3𝑥−2 4−3𝑥
(ii) Ungkapkan − sebagai satu pecahan tunggal dalam bentuk termudah.
5 3
( 3 markah )
Jawapan :

12
3. (a) Diberi 3𝑥+3 = 92𝑥−6 . Tentukan nilai bagi 𝑥
( 2 markah )
Jawapan :

(b) Tanpa menggunakan kalkulator, hitung nilai yang berikut.

7.4 × 10−8 − 6.3 × 10−9


( 2 markah )
Jawapan :

(c) Rajah 12 menunjukkan garis lurus PR dan PT pada satah Cartes dengan asalan O.

Rajah 12

13
(i) Tentukan pintasan x bagi garis lurus PR
( 2 markah )
(ii) Tentukan nilai h
( 2 markah )
(iii) Tentukan persamaan garis lurus PT
( 2 markah )

Jawapan :

4. (a) Sudut dongak bagi puncak sebuah menara dari sebuah kereta ialah 36°. Jika jarak kereta itu dari
kaki menara itu ialah 200m, tentukan tinggi menara itu dalam m
( 3 markah )
Jawapan :

14
(b) (i) Dalam Rajah 13, STU ialah sebuah segi tiga bersudut tegak dan UVWX ialah sebuah rombus.

Rajah 13
Cari perimeter, dalam cm, seluruh rajah itu
( 2 markah )
Jawapan :

(ii) Selesaikan setiap ketaksamaan linear yang berikut


a) h – 5 > 11
b) k – 9 ≤ 6
( 2 markah )
Jawapan :

(c) Pada tahun 2012, Irfan membeli 6000 unit saham Syarikat Aspirasi Berhad yang bernilai RMy
seunit. Pada tahun tersebut, syarikat itu telah mengumumkan dividen sebanyak 9.5%. Jika Irfan
menerima dividen sebanyak RM 1140, cari nilai y.
( 3 markah )
Jawapan :

15
5. (a) Rajah 14 menunjukkan graf bagi satu fungsi .

Rajah 14

Daripada graf, cari nilai-nilai x apabila y = -6


( 2 markah )
Jawapan :

𝑥1 ∶ _______________________________

𝑥2 ∶ _______________________________

(b) Rajah di ruang jawapan menunjukkan KLM

(i) Dengan menggunakan pembaris dan jangka lukis sahaja, bina pembahagi dua sama serenjang
bagi garis KL dan pembahagi dua sama sudut bagi KLM. Tandakan titik sebagai X .
( 3 markah )

(ii) Berdasarkan pembinaan dalam b (i) , ukur panjang XL, dalam cm.
( 1 markah )

16
Jawapan :

(i)

(ii)

(c) (i) Bundarkan 0.06482 betul kepada 3 angka bererti


( 1 markah )
Jawapan :

Rajah 15

(ii) Dalam Rajah 15, ABC ialah tangen kepada bulatan berpusat O di B. Tentukan nilai bagi x dan nilai
bagi y
( 3 markah )
Jawapan :

17
6. Rajah 16, menunjukkan sebuah prisma tegak dengan tapak ABCD berbetuk segi empat tepat yang
terletak pada suatu satah mengufuk . Permukaan LEABF ialah keratan rentas seragam prisma
tersebut. Diberi EA = FB = GC = HD dan keempat-empat sisi ini adalah tegak.

Rajah 16

Lukis dengan skala penuh :

(a) pelan prisma itu


( 3 markah )
(b) dongakan prisma dari arah X
( 3 markah )
(c) dongakan prisma dari arah Y
( 4 markah )

18
Jawapan :

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

AZHAR HJ KAMARUDDIN ENCIK ABDULLAH SAAT ABD KARIM ENCIK ROSLI HASHIM
Ketua Panatia Matematik Guru Kanan Mata Pelajaran Penolong Kanan
Sains dan Matematik Pentadbiran & Kurikulum

19

You might also like