You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Mahmud M (2008), istilah pencemaran boleh
didefinisikan sebagai suatu keadaan di mana berlakunya kemasukan bahan pencemar seperti
bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan juga tenaga di alam sekitar di mana akan mengakibatkan
kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber
alam dan juga ekosistem serta menyebabkan gangguan ameniti dan juga kepenggunaan alam
sekitar. Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Mahmud M, Abu Hanifiah NH
(2009) dan beliau juga mengatakan bahawa pencemaran berasaskan takfiran di bawah Akta
Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 merupakan suatu proses perubahan sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi, ataupun aras sinaran mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan, ataupun meletakkan buangan
sehinggalah menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan
yang mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, ataupun kebajikan awam manusia
mahupun flora dan fauna.

Pada asasnya, pencemaran alam sekitar merupakan suatu masalah dan isu yang berlaku dalam
keadaan yang semakin teruk di negara ini dan ia secara langsung akan menjejaskan habitat flora
dan fauna di persekitaran. Antara jenis pencemaran yang sering dihubungkaitkan dengan
kepupusan habitat flora dan fauna di dalam negara ini termasuklah pencemaran udara,
pencemaran air, pencemaran tanah, pencemaran radioaktif, dan lain- lain.

Sejajar dengan itu, suatu kajian yang terperinci akan dirancangkan dan dilaksanakan terhadap isu
pencemaran persekitaran yang sedang berlaku dalam negara ini dan kesanya ke atas flora dan
fauna di persekitaran. Antara aspek lain yang akan dikajikan termasuklah punca-punca yang
menyebabkan berlakunya masalah pencemaran persekitaran. Sesungguhnya, aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat di sekolah dalam membantu
menangani masalah pencemaran persekitaran juga akan dicadangkan dalam kertas kajian. Semua
perbincangan yang dilakukan dalam kertas kajian ini akan disokongkan dengan menggunakan
contoh yang sesuai.
2.0 Punca Pencemaran Persekitaran dan Tindakan yang Boleh Diambil oleh Pihak
Berkuasa

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa pencemaran persekitaran kerap berlaku dalam
negara ini dan masalah ini telah berlaku dengan semakin serious kebelakangan ini. Ini adalah
disebabkan oleh pelbagai sebab dan punca yang berlainan. Oleh yang demikian, beberapa punca
pencemaran persekitaran akan dikenalpasti dan dibincangkan dengan sistematik dalam kertas
kajian ini. Selain itu, tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa juga akan
dikenalpasti dan dibincangkan untuk bahagian kertas kajian ini. Perbincangan ini juga akan
disokongkan dengan menggunakan contoh yang sesuai dan juga relevan.

2.1 Punca Pencemaran Persekitaran

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Alvarez AM, Estevez Alvarez JR, Brito HI, Arriba
P, Lopez Sanchez D, Wolterbeek HT (2006), pencemaran persekitaran yang berlaku dalam
negara ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan industri secara berleluasa. Beliau turut
mengatakan bahawa penubuhan kilang yang semakin banyak tanpa kawalan dalam negara ini
memberikan impak yang serious terhadap persekitaran terutamanya flora dan fauna. Contohnya,
bilangan kilang yang banyak akan semakin banyak asap dilepaskan daripada kilang. Secara
langsung, ia akan mencemarkan udara di kawasan persekitaran dan menyebabkan berlakunya
hujan asid di kawasan persekitaran tersebut. Keterangan ini telah dipersetujui oleh Carreras HA,
Pignata ML (2002) dan beliau juga mengatakan bahawa hujan asid ini adalah bersifat menghakis
dan merosakkan flora dan fauna yang wujud di persekitaran. Malah, beliau juga mengatakan
bahawa banyak pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab akan membuangkan sisa – sisa
toksik pemprosesan ke dalam sungai dan menyebabkan berlakunya pencemaran air terhadap
sungai tersebut. Dengan itu, kehidupan sama ada flora ataupun fauna dalam sungai tersebut akan
terjejas. Semua ini menunjukkan bahawa pertumbuhan industri yang pesat merupakan antara
faktor yang sangat penting untuk menyebabkan berlakunya percemaran persekitaran dalam
negara ini.
Pada masa yang sama, dapatan kajian yang dibentangkan oleh Syazali Mohd Ramli (2009). juga
menunjukkan bahawa bilangan kenderaan yang semakin banyak di atas jalan raya juga
merupakan salah satu faktor yang penting dalam menyumbangkan masalah pencemaran yang
berlaku di dalam negara Malaysia. Beliau telah mengatakan bahawa asap yang dikeluarkan oleh
kenderaan terutamanya kenderaan yang lama mengandungi kandungan Sulfur yang tinggi dan
sekaligus akan mencemarkan udara untuk kawasan setempat. Malah, udara yang tercemar ini
akan bertukar kepada hujan asid semakin hujan menurun di mana sekaligus akan menggugat
kehidupan flora dan fauna di persekitaran.

Faktor ketiga yang menyebabkan berlakunya masalah pencemaran persekitaran adalah


pembakaran terbuka yang dilakukan sama ada mereka yang berada di bandar ataupun di luar
bandar untuk tujuan penanaman. Menurut pandangan yang telah dikemukakan oleh Mahmud M
(2008), pembakaran terbuka sering dilakukan di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal
di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di
hutan simpanan. Sesungguhnya, partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak yang jauh oleh
angin akan dihasilkan. Maka, ia akan menyebabkan masalah jerebu berlaku dan jerebu yang
berlaku ini akan menjejaskan kesihatan flora dan fauna di persekitaran.

Selain itu, Alvarez AM, Estevez Alvarez JR, Brito HI, Arriba P, Lopez Sanchez D, Wolterbeek
HT (2006) juga menegaskan bahawa banyak aktiviti harian manusia juga akan menyebabkan
masalah pencemaran berlaku di pesekitaran. Antaranya ialah penggunaan tenaga untuk mesin
dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara di mana cecair penyejuk yang
digunakan iaitu gas Kloroflorokarbon CFC akan dilepaskan ke udara dan ia berupaya untuk
menipiskan lapisan ozon. Keadaan ini akan menyebabkan pelbagai impak seperti kesan rumah
hijau berlaku dan seterusnya menjejaskan kehidupan flora dan fauna dalam sesebuah negara
tersebut.
2.2 Tindakan yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa untuk Menandangi Masalah
Pencemaran Persekitaran

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan adalah
diberikan terhadap cadangan tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi
masalah pencemaran persekitaran ini. Semua perbincangan juga akan disokongkan dengan
menggunakan contoh yang sesuai dan juga relevan.

Menurut Carreras HA, Pignata ML (2002), pihak berkuasa tempatan seharusnya mengubalkan
undang-undang dan akta yang lebih ketat untuk memantau dan juga mengawal masalah
pencemaran persekitaran yang kian berlaku dalam negara ini. Beliau telah mengatakan bahawa
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sewajarnya menguatkuasakan undang-undang
yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak
langsung dalam insiden pencemaran. Malah, beliau telah mengatakan bahawa hukuman yang
dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit dalam mencemarkan alam
persekitaran.

Sementara itu, dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan oleh Mahmud M, Abu Hanifiah
NH (2009) juga menunjukkan bahawa pihak penguatkuasa juga seharusnya melakukan
penyemakan secara terkejut dari masa ke semasa ke atas kilang – kilang yang sedang beroperasi
dalam negara ini. Dalam proses penyemakan mengejut ini, pegawai yang terlibat mestilah
melakukan penyemakan dan pemantauan yang teliti terhadap semua prosedur yang telah diambil
oleh pihak kilang dalam memproseskan sisa-sisa buangan termasuklah asap sebelum ia
dilepaskan sama ke udara ataupun sungai yang berdekatan. Dalam perkataan yang lain, pihak
penguatkuasa tempatan mestilah memastikan semua sisa buangan yang disumbangkan oleh
kilang ke persekitaran mestilah melalui proses rawatan yang sesuai dan sistematik untuk
mengelakkan berlakunya pencemaran.
Pada masa yang sama, Mahmud M, Abu Hanifiah NH (2009) juga mengatakan bahawa pihak
penguatkuasa boleh menganjurkan pelbagai jenis program pendidikan, latihan dan maklumat
yang relevan dengan alam sekitar. Keterangan ini telah mendapatkan sokongan daripada Nur Siti
Hasmah (2009) dan beliau juga mengatakan bahawa program yang seumpama ini adalah
bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan pengilang
ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam
masyarakat. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu akan
memberikan kesan dan impak yang menyeluruh terhadap diri sendiri dan juga masyarakat.

Akhirnya, Mahmud M, Abu Hanifiah NH (2009) juga mengatakan bahawa menghijaukan


sesuatu kawasan yang tertentu. Beliau telah mengatakan bahawa pihak penguatkuasa tempatan
boleh melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di
persekitaran taman perumahan supaya masalah peningkatan suhu boleh diminimakan. Tindakan
ini juga boleh mengurangkan kandungan Karbon Dioksida yang wujud dalam udara dan
meningkatkan kandungan gas oksigen yang wujud dalam udara.
3.0 Akibat Pencemaran Persekitaran yang tidak Dibendung kepada Alam Flora dan Fauna

Pada asasnya, pencemaran persekitaran yang tidak dibendung sama ada pencemaran udara, air
mahupun tanah akan memberikan implikasi yang serious terhadap kehidupan flora dan fauna
dalam negara ini. Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini,
tumpuan akan diberikan terhadap akibat pencemaran persekitaran yang tidak dibendung terhadap
alam flora dan fauna.

Secara lazimnya, kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Carreras HA, Pignata ML
(2002) telah menunjukkan bahawa pencemaran udara yang berlaku akan menyebabkan
kebanyakan tumbuhan mengalami masalah kerosakan nekrosis iaitu keguguran daun, klorosis
ataupun pertukaran warna daun mahupun pertumbuhan yang terbantut. Perubahan struktur yang
berlaku pada bahagian daun untuk flora ini akan memberikan implikasi yang berjauhan terhadap
keupayaan tumbuhan tersebut dalam menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Oleh
yang demikian, ia akan menjejaskan kehidupan flora dalam jangka panjang.

Pada masa yang sama, pandangan yang telah diberikan oleh Mahmud M, Abu Hanifiah NH
(2009) juga menunjukkan bahawa pencemaran udara juga akan memberikan implikasi yang
serious terhadap kesihatan fauna (haiwan) yang mendiam di persekitaran. Ini adalah kerana
beliau berpendapat bahawa pencemaran udara akan menyebabkan partikel yang beracun
memasuki ke paru-paru haiwan dan secara langsung menjejaskan kesihatan haiwan (fauna)
tersebut. Keterangan ini telah dipersetujui oleh Syazali Mohd Ramli (2009) dan beliau juga
mengatakan bahawa kehapusan pelbagai flora yang disebabkan oleh pencemaran juga
menyebabkan haiwan kemungkinan besar kehilangan sumber makanan dan sekaligus mengalami
kelaparan dan mati kebuluran.

Selain itu, pencemaran udara yang semakin serious berlaku dalam dunia ini juga menyebabkan
lapisan ozon di bumi ini menjadi semakin nipis dan secara langsung mengalakkan berlakunya
pemanasan global yang serious. Pandangan yang telah diberikan oleh Nur Siti Hasmah (2009)
telah menunjukkan bahawa pancaran sinaran matahari yang terik ini akan menyebabkan
berlakunya pencairan ais khasnya di bahagian kutub utara dan selatan. Dengan itu, ia
kemungkinan besar akan menyebabkan berlakunya perubahan suhu dunia yang mendadak
mahupun banjir di kawasan yang mempunyai kedudukan geografi yang lebih rendah. Dengan itu,
ekosistem di dunia ini akan mengalami ketidakseimbangan dan menyebabkan flora dan fauna
mengalami kepupusan di masa hadapan.

Sementara itu, logam berat seperti plumbum, merkuri, arsenik dan kromium yang digunakan
dalam penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium boleh bertindak sebagai
penghalang metabolik ataupun penafasan dalam banyak organisma, serta merencatkan ataupun
memusnahkan enzim yang diperlukan untuk proses-proses kehidupan dalam sungai terutamanya.
Malah, logam-logam berat ini akan mempengaruhi organism pengurai bersama-sama kehidupan
peringkat tinggi, dan menyebabkab berlakunya penambahan yang berlebihan ke dalam sistem
akuatik boleh memusnahkan kehidupan flora dan fauna dalam sungai tersebut. Dengan itu, flora
dan fauna yang wujud dalam sungai tersebut akan mati berikutan pencemaran air yang berlain di
sesuatu kawasan tersebut.

Seterusnya, Syazali Mohd Ramli (2009) juga mengatakan bahawa bahan-bahan lengai dan halus
adalah senang terampai dalam air dan semua bahan ini akan menyebabkan kekurangan
pemancaran cahaya matahari ke dalam sungai. Ia sekaligus akan merencatkan proses fotosintesis
tumbuhan akuatik dan juga mikroskopik. Malah, beliau telah memberikan contoh bahawa
industri porselin (tanah liat putih) merupakan sumber pencemaran yang dimaksudkan ini.
Keterangan ini telah mendapatkan sokongan daripada Mahmud M (2008) dan mereka juga
mengatakan bahawa industri besi keluli akan menghasilkan partikel halus dan seterusnya
menyebabkan sungai akan menjadi merah mahupun hitam.

Dalam pada itu, Nur Siti Hasmah (2009) juga mengatakan bahawa pencemaran air yang berlaku
pada sungai bukan sahaja menjejaskan kualiti air pada sungai tersebut tetapi juga menyebabkan
air tersebut menjadi beracun. Walau bagaimanapun, kebanyakan haiwan akan menjadikan sungai
sebagai sumber air minuman untuk mereka. Dengan itu, air sungai yang tercemar ini akan
menjejaskan kesihatan untuk haiwan – haiwan yang meminum air daripada sungai tersebut.
Menurut penyelidikan yang telah diberikan oleh Alvarez AM, Estevez Alvarez JR, Brito HI,
Arriba P, Lopez Sanchez D, Wolterbeek HT (2006) juga menunjukkan bahawa pencemaran yang
berlaku akan menyebabkan banjir terutamanya banjir kilat berlaku di sesuatu kawasan tersebut.
Beliau telah mengatakan bahawa banjir-banjir yang kerap kali berlaku adalah disebabkan oleh
masalah sampah sarap yang tersumbat pada parit. Dengan itu, air tidak berupaya untuk mengalir
ke laut ataupun sungai dan sekaligus menyebabkan berlakunya banjir. Akibatnya, banjir tersebut
akan memusnahkan tapak pembiakan rantai makanan dan menjejaskan ekosistem untuk flora dan
fauna tersebut.

Akhirnya, pandangan yang telah diberikan oleh Mahmud M (2008) juga menunjukkan bahawa
masalah pencemaran yang berlaku seperti pembuangan sisa-sisa pemprosesan di sungai akan
menyebabkan sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah dan sekaligus menyebabkan sistem
air bawah tanah tercemar. Dengan itu, ia akan menyebabkan kehapusan flora akibat daripada
penyerapan air dari sistem air bawah tanah ini.
4.0 Cadangan Aktiviti yang Boleh Dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program Bersepadu
Sekolah Sihat di Sekolah dalam Membantu Menangani Masalah Pencemaran
Persekitaran

Seperti yang telah diterangkan dalam seksyen sebelum ini, masalah pencemaran telah membawa
pelbagai implikasi yang negatif terhadap kehidupan flora dan fauna di persekitaran. Sejajar
dengan itu, beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program Bersepadu
Sekolah Sihat akan dicadangkan untuk membantu menangani masalah pencemaran persekitaran
yang kian serious berlaku dalam negara ini.

Pertamanya, pandangan yang telah diberikan oleh Mahmud M (2008) telah menunjukkan
bahawa pendidikan merupakan langkah yang signifikan dalam mengatasi ataupun mengurangkan
masalah pencemaran persekitaran dalam jangka panjang. Malah, beliau juga mengatakan bahawa
pendidikan seharusnya bermula di sekolah rendah. Maka, jawatankuasa program bersepadu
sekolah sihat adalah dicadangkan untuk menganjurkan pelbagai jenis sesi ceramah untuk
memberitahu dan mendidik murid-murid di sekolah tentang kesan dan implikasi pencemaran
yang berlaku di negara ini serta menasihatkan mereka supaya tidak terlibat dalam sebarang
aktiviti yang boleh mencemarkan persekitaran.

Selain itu, jawatankuasa program bersepadu sekolah sihat juga dicadangkan supaya
menganjurkan program kitar semula di sekolah. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa
kebanyakan pencemaran udara adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka yang dilakukan oleh
penduduk di sekitar kawasan perumahan dan ia boleh diatasi melalui aktiviti mengalakkan
mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai.
Antara barang yang boleh dikitarkan semula termasuklah suratkhabar, majalah lama, kertas
terpakai, kotak kertas dan botol plastik. Pihak jawatankuasa program bersepadu sekolah sihat
boleh memberitahu kepada semua murid di sekolah supaya membawa bahan-bahan yang boleh
dikitarkan semula ke sekolah dan dikumpulkan sebelum dihantarkan kepada syarikat yang boleh
mengitarkan semua barang tersebut. Dengan itu, ia berupaya untuk mengurangkan aktiviti
pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan setempat.
Dalam pada itu, jawatankuasa program bersepadu sekolah sihat juga boleh menganjurkan
kempen – kempen terutamanya kempen mencintai alam sekitar di sekolah. Cadangan ini telah
dipersetujui oleh Syazali Mohd Ramli (2009) dan beliau telah mengatakan bahawa kempen –
kempen mencintai alam sekitar bukan sahaja perlulah dianjurkan di peringkat masyarakat tetapi
juga peringkat sekolah supaya rasa tanggungjawab boleh disemaikan dalam diri setiap individu
sejak mereka berada di bangku sekolah lagi agar alam sekitar yang bersih dan juga sihat akan
diwujudkan untuk generasi muda yang akan datang.

Pada asasnya, pandangan yang telah diberikan oleh Alvarez AM, Estevez Alvarez JR, Brito HI,
Arriba P, Lopez Sanchez D, Wolterbeek HT (2006) telah menunjukkan bahawa sifat menyayangi
alam sekitar seharusnya disemai bermula sejak bangku sekolah rendah dan beliau juga
mencadangkan agar pihak sekolah boleh menganjurkan pelbagai aktiviti seperti mengutip
sampah sarap di pantai ataupun kawasan rekreasi dari masa ke semasa. Sesungguhnya,
jawatankuasa program bersepadu sekolah sihat merupakan salah satu platform yang begitu baik
untuk menganjurkan aktiviti yang seumpama ini dari masa ke semasa. Aktiviti mengutip sampah
sarap di kawasan rekreasi di persekitaran sekolah mahupun kawasan pantai adalah sangat penting
bukan sahaja membersihkan kawasan-kawasan daripada sampah sarap tetapi juga boleh
menyemai sikap bertanggungjawab dan mencintai terhadap alam sekitar di kalangan murid-
murid sekolah tersebut.

Di samping itu, jawatankuasa program bersepadu sekolah sihat juga boleh mengadakan aktiviti
seperti penanaman pokok di sekolah mahupun di persekitaran sekolah dengan kerjasama
penguatkuasa tempatan. Sesungguhnya, aktiviti seperti penanaman pokok ini merupakan suatu
aktiviti yang baik bukan sahaja menghijaukan persekitaran sekolah tetapi juga memberikan
pendedahan kepada murid-murid bagaimana menjaga flora dan fauna di persekitaran sertap
keseimbangan seluruh ekosistem. Malah, pandangan yang telah diberikan oleh Mahmud M
(2008) juga menunjukkan bahawa aktiviti seperti menanam pokok boleh digunakan sebagai
platform yang penting untuk mendidik seseorang individu cara-cara untuk menjaga flora serta
tidak melakukan sesuatu aktiviti (yang melibatkan pencemaran) untuk merosakkannya.
Akhirnya, Syazali Mohd Ramli (2009) telah mencadangkan supaya jawatankuasa program
bersepadu sekolah sihat boleh menganjurkan pameran yang bertemakan punca dan kesan
pencemaran persekitaran tersebut flora dan fauna dalam negara ini. Keterangan ini telah
dipersetujui oleh Mahmud M, Abu Hanifiah NH (2009) dan beliau telah mengatakan bahawa
pameran ini adalah sangat penting untuk menyalurkan informasi yang tepat mengenai punca dan
kesan pencemaran persekitaran terhadap flora dan fauna kepada murid-murid sekolah. Secara
langsung, ia akan menyedarkan mereka tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan dan
keindahan persekitaran.
5.0 Rekaan Brosur
6.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pencemaran boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan di mana


berlakunya kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan juga
tenaga di alam sekitar di mana akan mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga
membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan juga ekosistem serta
menyebabkan gangguan ameniti dan juga kepenggunaan alam sekitar. Antara punca pencemaran
yang dikenalpasti termasuklah pertumbuhan industri secara berleluasa, bilangan kenderaan yang
semakin banyak di atas jalan raya, pembakaran terbuka, dan aktiviti harian manusia seperti
membuang sampah sarap di merata tempat. Kesan pencemaran terhadap persekitaran
terutamanya flora dan fauna yang dikenalpasti termasuklah kebanyakan tumbuhan mengalami
masalah kerosakan nekrosis, kehapusan pelbagai flora yang disebabkan oleh pencemaran juga
menyebabkan haiwan kemungkinan besar kehilangan sumber makanan dan sekaligus mengalami
kelaparan dan mati kebuluran, kesan rumah hijau yang meyebabkan kebanjiran dan seterusnya
menyebabkan flora dan fauna mengalami kepupusan di masa hadapan, serta pencemaran air yang
menjejaskan kehidupan serta ekosistem untuk kehidupan akuatik dalam sungai tersebut. Sejajar
dengan itu, pihak berkuasa perlulah mengubalkan undang-undang dan akta yang lebih ketat,
penyemakan secara terkejut dari masa ke semasa ke atas kilang – kilang yang sedang beroperasi,
menganjurkan pelbagai jenis program pendidikan, latihan dan maklumat yang relevan dengan
alam sekitar, serta menghijaukan sesuatu kawasan yang tertentu. Untuk jawatankuasa program
bersepadu sekolah sihat pula, mereka boleh menganjurkan pelbagai jenis sesi ceramah untuk
memberitahu dan mendidik murid-murid di sekolah tentang kesan dan implikasi pencemaran
yang berlaku di negara ini, menganjurkan program kitar semula di sekolah, serta menganjurkan
kempen – kempen terutamanya kempen mencintai alam sekitar di sekolah.
7.0 Rujukan

Alvarez AM, Estevez Alvarez JR, Brito HI, Arriba P, Lopez Sanchez D, Wolterbeek HT (2006)
Lichen based biomonitoring of air quality in Havana City west side. Journal of
Radioanalytical and Nuclear Chemical 270, 63-67.

Carreras HA, Pignata ML (2002) Biomonitoring of heavy metals and air quality in Cordoba City,
Argentina, using transplant lichens. Enviromental Pollution 117, 77-87.

Mahmud M (2008) Scientific report on the haze event in Peninsular Malaysia in August 2005:
Main contributors of haze, pp. 158. Department of Environment, Ministry of Natural
Resources and Environment Malaysia.

Mahmud M, Abu Hanifiah NH (2009) Pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu tahun 2005:
Kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia. GEOGRAFIA-Malaysian Journal of Society
and Space 5(2), 1- 15.

Nur Siti Hasmah (2009) Mesoscale equatorial wind predictions in Southeast Asia during a haze
episode of 2005. Geofizika 26, 67-84.

Syazali Mohd Ramli (2009). Simulation of equatorial wind field patterns with TAPM during the
1997 haze episode in Peninsular Malaysia. Singapore Journal of Tropical Geography 30,
312-326.

You might also like