You are on page 1of 3

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

PERADUAN PENULISAN KREATIF 2019

1. Penyertaan dibuka kepada Murid Sekolah Rendah (Tahun Empat hingga Enam), Sekolah
Menengah Rendah ( Peralihan hingga Tingkatan Tiga ), Sekolah Menengah Atas (Tingkatan
Empat hingga Lima) dan warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak.

2. Peraduan adalah terbahagi kepada EMPAT (4) kategori bahasa, iaitu:-


2.1 Bahasa Melayu
2.2 Bahasa Inggeris
2.3 Bahasa Cina
2.4 Bahasa Iban

3. Tema:
3.1 ; Kasih Sayang
3.2 ; Kekeluargaan
3.3 ; Alam Sekitar
3.4 ; Perpaduan dan Kemasyarakatan
3.5 ; Futuristik

4. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori bahasa sahaja;

5. Sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan oleh murid-murid.

6. Penulisan dihasilkan dalam bentuk CERPEN sahaja dan hendaklah berdasarkan kepada salah
satu tema yang ditetapkan;

7. Peserta dilarang sama sekali menyentuh soal peribadi seseorang atau agama serta hal-hal
sensitif yang lain dalam penulisan;

8. Setiap karya hendaklah asli, bukan diciplak daripada mana-mana sumber dan tidak pernah
diterbitkan oleh mana-mana individu atau syarikat penerbitan dan penganjur berhak menolak
mana-mana penyertaan yang diragui keasliannya;

9. Setiap penyertaan yang dihantar mestilah merangkumi;

9.1 Borang penyertaan hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Guru Besar dan
Pengetua sekolah masing-masing diimbas (scan) dan dihantar dalam bentuk format pdf ;
9.2 Karya yang dihasilkan oleh pelajar mesti lengkap ditaip dan dihantar dalam bentuk format
WORD;
9.2.1 Nama Penuh Pelajar
9.2.2 Nama Sekolah
9.2.3 Nombor MyKid / Mykad / Sijil Lahir
9.2.4 Darjah / Tingkatan
9.2.5 Tema dan Tajuk Cerpen

10. Panjang karya hendaklah tidak kurang daripada 500 dan tidak melebihi 1,000 patah perkataan
untuk sekolah rendah, 1,800 dan tidak melebihi 2,000 untuk sekolah menengah dan ditaip
menggunakan komputer, jarak langkau dua baris (double spacing) menggunakan font ”Arial”, saiz
12. Bagi karya Bahasa Cina menggunakan font KaiTi. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan
dan setiap muka surat mestilah bernombor;

11. Setiap hasil karya adalah menjadi hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting,
menerbit dan mencetak bahan tersebut tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu;

12. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada pihak urus setia pada atau sebelum 30 September
2019. Penyertaan yang lewat diterima akan DITOLAK;

MAKLUMAN

1. Pemenang-pemenang akan dihubungi melalui telefon, e-mel atau surat;

2. Borang Penyertaan dan Karya Penulisan hendaklah dihantar melalui google form dan dimuat
naik melalui pautan mengikut daerah berikut;
BIL DAERAH PAUTAN
1 KUCHING http://gg.gg/PPK2019-KUCHING
2 PADAWAN http://gg.gg/PPK2019-PADAWAN
3 SAMARAHAN http://gg.gg/PPK2019-SAMARAHAN
4 BAU http://gg.gg/PPK2019-BAU
5 LUNDU http://gg.gg/PPK2019-LUNDU
6 SERIAN http://gg.gg/PPK2019-SERIAN
7 SIMUNJAN http://gg.gg/PPK2019-SIMUNJAN
8 SRI AMAN http://gg.gg/PPK2019-SRI-AMAN
9 LUBOK ANTU http://gg.gg/PPK2019-LUBOK-ANTU
10 BETONG http://gg.gg/PPK2019-BETONG
11 SARATOK http://gg.gg/PPK2019-SARATOK
12 SARIKEI http://gg.gg/PPK2019-SARIKEI
13 JULAU http://gg.gg/PPK2019-JULAU
14 MERADONG http://gg.gg/PPK2019-MERADONG
15 DARO http://gg.gg/PPK2019-DARO
16 MUKAH http://gg.gg/PPK2019-MUKAH
17 DALAT http://gg.gg/PPK2019-DALAT
18 SIBU http://gg.gg/PPK2019-SIBU
19 SELANGAU http://gg.gg/PPK2019-SELANGAU
20 KANOWIT http://gg.gg/PPK2019-KANOWIT
21 KAPIT http://gg.gg/PPK2019-KAPIT
22 BELAGA http://gg.gg/PPK2019-BELAGA
23 SONG http://gg.gg/PPK2019-SONG
24 BINTULU http://gg.gg/PPK2019-BINTULU
25 TATAU http://gg.gg/PPK2019-TATAU
26 SEBAUH http://gg.gg/PPK2019-SEBAUH
27 MIRI http://gg.gg/PPK2019-MIRI
28 SUBIS http://gg.gg/PPK2019-SUBIS
29 BARAM http://gg.gg/PPK2019-BARAM
30 LIMBANG http://gg.gg/PPK2019-LIMBANG
31 LAWAS http://gg.gg/PPK2019-LAWAS

3. Sebarang pertanyaan klanjut, boleh menghubungi pihak urus setia di talian berikut:
Tel:082-661 669 (Pn.Leonora Penny ak Jaau, Pn. Rodiah Binti Hamdan atau En.Hamdan bin Kiplie)

4. Sila lengkapkan borang penyertaan dan format penulisan yang boleh juga dimuat turun melalui
pautan http://gg.gg/BAHAN-PPK2019

5. Penyertaan akan dihakimi oleh panel penilai yang dilantik oleh Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Sarawak dan segala keputusan panel penilai dan urus setia adalah MUKTAMAD.

HADIAH UNTUK SETIAP KATEGORI


Hadiah Pertama : RM500 beserta Sijil
Hadiah Kedua : RM400 beserta Sijil
Hadiah Ketiga : RM300 beserta Sijil

You might also like