You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERPATI

“PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO


SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH
RENDAH PERINGKAT DAERAH SANDAKAN ”
2019

ANJURAN

SMK MERPATI SANDAKAN

PADA
20 MAC 2019

TEMPAT

DEWAN TUN ABDUL RAZAK


SMK MERPATI
SANDAKAN SABAH
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2019

1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial
khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah
pelajar merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di
samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk
berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik
yang memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Pada tahun 2019 Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan telah memberi


kepercayaan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati Sandakan sebagai
penganjur pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah Daerah sandakan.

2. LATAR BELAKANG

Nyanyian solo dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan


aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain
aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti nyanyian solo tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah
mendapatkan penyertaan murid di samping keperluan masa latihan yang agak
singkat.

3. MATLAMAT

Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berintegrasi, mempunyai


disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu
pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

4. OBJEKTIF

4.1 Memberi pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid

4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan

4.3 Memupuk disiplin di kalangan murid

4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid

4.5 Memperkembang bakat dan minat murid

4.6 Membentuk identiti nasional dalam kalangan pelajar


4.7 Penglibatan bagi markah kokurikulum

5. PELAKSANAAN

5.1 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1.1 Peringkat Daerah/Gabungan oleh PPD masing-masing.


Setiap sekolah diwakili 1 peserta sahaja iaitu 1 sekolah
menengah dan 1 sekolah rendah.
5.1.2 Peringkat Negeri.
Setiap PPD diwakili oleh 1 peserta sahaja iaitu 1 murid Sekolah
Rendah. Sekolah menengah tidak menghantar wakil peringkat
negeri.
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih
banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya
peserta yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat
yang lebih tinggi).

5.2 PENYERTAAN

5.2.1 Terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah & murid Sekolah
Menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.2.2 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 1 hingga 6 (SK)
dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (SM).
5.2.3 Setiap sekolah boleh menghantar penyertaan 1 orang peserta
sahaja.

6. LAGU

6.1 Setiap peserta menyampaikan sebuah lagu sahaja


6.2 Lagu yang dipilih adalah lagu Melayu tempatan
6.3 Lagu yang dipersembahkan mestilah yang dibenarkan oleh kerajaan
Malaysia dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif sensitif.
6.4 Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan adalah
dilarang sama sekali.

7. MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

7.1 Muzik iringan adalah secara ‘live’ (semasa peringkat kebangsaan)

8. PAKAIAN

Pakaian yang bersesuaian dan sopan.


9. PERMARKAHAN

9.1 Pic : 20 markah

9.2 Tempo : 15 markah

9.3 Sebutan : 15 markah

9.4 Ton suara : 15 markah

9.5 Dinamik : 10 markah

9.6 Attack/release : 10 markah

9.7 Penghayatan (ekspresi) : 10 markah

9.8 Ketrampilan : 5 markah

JUMLAH : 100 markah

10. PENGHAKIMAN

10.1 Juri yang dilantik oleh pihak penganjur

10.2 Seorang yang berkecuali dan profesional. Mempunyai latarbelakang


pendidikan/ pengalaman/ kemahiran muzik yang diyakini dan diperakui.

10.3 Keputusan juri adalah muktamad.

11. HADIAH DAN SIJIL

Johan (SM&SK) : Trofi + sijil penyertaan


Naib Johan (SM&SK) : Trofi + sijil penyertaan
Ketiga (SM&SK) : Trofi + sijil penyertaan
6 finalis (SM&SK) : Saguhati dan sijil penyertaan
3 orang juri : Saguhati dan sijil pengharaan

12. TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN

12.1 Sesi uji bakat

Tarikh :20 Mac 2019


Masa :8.00pagi – 12.00 tengahari
Tempat :Dewan Tun Abdul razak SMK Merpati, Sandakan
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2019
DEWAN TUN ABDUL RAZAK
SMK MERPATI SANDAKAN
20 MAC 2019

BORANG PENYERTAAN
BUTIRAN PESERTA
NAMA PESERTA

NAMA PENJAGA/
PENGURUS
NO. TEL
FAKS
ALAMAT SEKOLAH

Pengakuan Penjaga/Pengurus

Saya dan peserta bersetuju dengan syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan dan mengaku tidak akan
mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur jika berlaku sebarang musibah ke atas diri kami baik
sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.

Tarikh : _______________________________ Tandatangan : _______________________________

Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah di hantar atau difaks kepada :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERPATI


WDT 54, PEJABAT POS WISMA PERSEKUTUAN,
90500 SANDAKAN SABAH.
Tel : 089 671851
Faks : 089671753
TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
(up. EN. MARDIN HJ ANOI ) 15 MAC 2019 (JUMAAT)
Tel : 0146540889
JAM 4.30 PETANG

You might also like