You are on page 1of 6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA telefon 07.231 0000, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Lacnhct ee Jalan Tun Abdul Razak a essere 80604, Johor Bahru {aman Web ww Jonighor moe gou.my Johor Darul Ta'zim Emel Ipnjohor@moe.gv.ry Unit HEMUSPKK_No-Tel:07-2811491 / No.Fax :07-2586788 Tarikh Februari 2019 Ruj. Kami: JPph.PPDa.800-4/1/3 (72) Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Johor Melalui Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor Tuan, SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sehubungan itu, semua sekolah di negeri Johor dicadangkan mengadakan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah Tahun 2019 dengan tema “Komuniti kita, tanggungjawab kita” 3. _Berikut dicadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang minggu tersebut 3.1. Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah 2019 peringkat sekolah 3.2. Membaca perutusan Minggu Antidadah 3.3. Ucapan Pengetua/ Guru Besar Sempena Minggu Antidadah 3.4. Lafaz Ikrar Antidadah 3.8 Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) seperti mewarna dan melukis poster, ku persembahan boria, mendeklamasikan sajak, ceramah pameran dan lain-lain program yang boleh menggalakkan peningkatan, pengetahuan dan kesedaran warga sekolah terhadap bahaya dadah. 4, Pinak sekolah diminta menghantar laporan Minggu Antidadah peringkat sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing dua (2) minggu selepas program tersebut dilaksanakan Tatikh akhir penghantaran laporan selewat-lewatnya sebelum atau pada 18 April 2019. 8. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Afian bin Ramian, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di talian 013-7616039. Kerjasama pihak tuan amat dihargai, semoga kita dapat merealisasikan visi “Komuniti kita, tanggungjawab kita” Sekian, terima kasih, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, BIN ADNAN) ‘mbplan Pengarah Pendidikan Negeri Johor bp engars>Perdckan Negeri Johor ASZIPPDa PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR SEMPENA SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2019 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dan Salam Sejahtera. 1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia- Nya maka dapat kita berhimpun pada kali ini dalam program Sambutan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah 2019 sempena memperingati Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang telah diisytiharkan pada 19 Februari 1983 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu Sambutan ini dilaksanakan untuk menunjukkan iltizam kita bagi memerangi gejala dadah habis-habisan daripada terus berleluasa sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. Komitmen untuk memerangi ancaman dadah ini perlu diteruskan bagi memastikan bangsa dan negara bebas daripada ancaman musuh nombor satu negara ini 2. Sempena Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini, saya dengan penuh harapan menyeru agar semua pihak bersama- sama menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah masing-masing sebagai inisiatif memastikan sekolah sentiasa selamat dan kondusif selari dengan halatuju pendidikan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik dalam Amanat Menteri Pendidikan 2019. Matlamat program Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah adalah bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya dadah Pelbagai aktiviti perlu dirancang dan dilaksana dengan baik oleh 1 jawatankuasa pendidikan pencegahan dadah sekolah bagi memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah. Guru-guru serta murid-murid sekalian, 3. 4. 5. Fokus untuk memerangi dadah habis-habisan bukan setakat tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia perlu digalas dan direalisasikan oleh gabungan seluruh masyarakat. Perkembangan dan penyebaran pengaruh dadah amat laju dan pantas. Justeru, kita harus sama-sama bertindak mengekang penularan gejala negatif tersebut. Oleh kerana mengambil kira peranan menyeluruh oleh semua pihak, maka tema Sambutan Minggu Antidadah peringkat sekolah pada tahun ini ialah Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita Adalah diharapkan melalui tema ini pihak sekolah dapat merealisasikan warga sekolah yang sifar dari gejala dadah dan seterusnya menyahut seruan kerajaan iaitu menjadikan Malaysia Bebas Daripada Ancaman Dadah.Tema ini juga dipilin sebagai mendukung aspirasi kerajaan Malaysia dan menunjukkan semangat kebersamaan dengan semua agensi terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kita harus menjadikan persekitaran kita bebas dari anasir dadah. Ancaman dadah kepada murid-murid merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh demi melonjakkan sistem pendidikan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, menerusi anjakan ke — 3 iaitu bagi melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dan anjakan ke - 10 yang memberi 2 tumpuan kepada kemenjadian dan keberhasilan murid bagi memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Guru-guru serta murid-murid sekalian, 6. Tf. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan agensi lain bagi memastikan pencegahan awal dapat dibuat bagi memastikan murid sekolah benar-benar terhindar daripada sebarang bentuk penagihan sama ada rokok, vape, inhalan, dadah dan_ sebagainya. Usaha pencegahan ini mesti dilaksanakan secara berterusan dan bersungguh-sungguh bukan sahaja melibatkan pihak sekolah malah yang lebih penting adalah para ibu bapa dan komuniti setempat. Saya yakin dengan kerjasama daripada semua pihak agenda membebaskan sekolah daripada ancaman dadah akan terus terlaksana dan sudah pasti murid-murid yang kita bentuk di sekolah pada hari ini akan mampu mengguna pakai ilmu yang diperolehi buat selama- lamanya walaupun telah menamatkan alam persekolahan nanti. Kejayaan melaksanakan ujian saringan urin kepada pelajar di semua sekolah menengah di Johor tahun 2018 adalah bukti Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Agensi Antidadah Kebangsaan Johor komited dalam menghapuskan gejala negatif ini. Kita tidak boleh membiarkan masalah dadah menggugat proses pembelajaran, keselamatan dan kesejahteraan murid- murid ketika di sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu mengenal pasti tanda-tanda awal yang boleh menjadi penyebab murid- murid terpengaruh dengan dadah. Gejala ponteng, merokok dan 3 tidak fokus dalam sesi pembelajaran adalah merupakan antara faktor risiko yang perlu dibanteras _sebaik sahaja ia dikesan. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat melalui strategi, pendekatan dan kaedah baharu bagi memastikan murid sifar dadah dan Sekolah Bebas Dadah Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga sekolah, guru-guru dan murid-murid agar sentiasa berusaha mengekang pengaruh dadah daripada mengancam sekolah Kita. Marilah kita berganding bahu membimbing anak-anak kita agar mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang kesan dan akibat penyalahgunaan dadah bukan sahaja kepada diri mereka malah terhadap kerukunan institusi keluarga, agama, bangsa dan negara. “Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita’. Sekian, terima kasih. | ce a eee Negeri Johor b.p Pengarah Jabefn Pendidikan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Negeri Johor IKRAR ANTI DADAH Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Daripada Dadah Pada Setiap Masa Dengan Memenuhi Masa Lapang Dengan Kerja-Kerja Yang Berfaedah; Melibatkan Diri Dalam Aktiviti-Aktiviti Yang Berguna Dan Berfungsi Kepada Masyarakat Menjadi Rakyat Berilmu Berakhlak Mulia Dan Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas Menyediakan Diri Untuk Mengisi Keperluan Wawasan Dan Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia Dari Ancaman Dadah.

You might also like