Professional Documents
Culture Documents
Kamsiahgeografisekmen 110816232654 Phpapp02
Kamsiahgeografisekmen 110816232654 Phpapp02
2007
TAJUK
MATA PELAJARAN
GEOGRAFI
DISEDIAKAN OLEH:
KAMSIAH BINTI MOHD ALI
SMK BANDAR PUTRA, KULAI JOHOR
ABSTRAK KAJIAN
Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran dalam mengukur bearing sudutan
dengan menggunakan kaedah main peranan dalam kalangan murid Tingkatan 2PK4.
Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada masalah yang
dihadapi oleh sebilangan murid kelas ini dalam menentukan arah mata angin dan mengukur
bearing sudutan, pengkaji telah melakukan perancangan tindakan yang ditumpukan kepada
memperkenalkan dan memahirkan murid mengukur bearing sudutan dengan tepat, menarik
dan berkesan. Tindakan telah dibuat dengan membawa murid-murid ini ke Dataran Kejat
untuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti iaitu menetukan
arah mata angin , menentukan bearing sudutan dan menentukan titik rujukan. Setelah
aktiviti ini, mereka telah diberikan satu set soalan ujian pos dan mereka berjaya menjawab
soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Begitu juga dengan perubahan sikap murid di
akhir kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran
mereka dalam menentukan arah dan bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid ini juga
menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian bulanan yang diadakan. Kesimpulannya,
kaedah ini secara umumnya dapat memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminati
mata pelajaran geografi . Dicadangkan pada masa akan datang, kaedah main peranan ini
dapat dipraktikkan dalam pengajaran untuk topik mengira waktu tempatan bagi
memantapkan lagi pemahaman dan kemahiran murid-murid.
2
REFLEKSI P&P YANG LALU
Mata pelajaran Geografi merupakan satu mata pelajaran yang meliputi bahagian
kemahiran dan pengetahuan geografi. Setiap murid perlu mahir dalam mengukur elemen
geografi yang dipelajari. Salah satu daripada elemen kemahiran yang perlu dikuasai oleh
Berdasarkan refleksi P&P yang lalu bagi tajuk ini ke atas murid-murid kelas 2PK4,
didapati sebilangan murid kelas ini masih lagi keliru dalam menentukan arah mata angin
terutamanya arah mata angin perantaraan. Mereka juga keliru untuk menentukan dari mana
bearing itu perlu diukur iaitu sama ada dari arah Utara mengikut pusingan jam atau
sebaliknya. Begitu juga dalam menentukan titik rujukan sesuatu bearing itu akan diukur.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengukur bearing dengan tepat seterusnya
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi P&P yang lalu, kajian
ini difokuskan kepada meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid yang terlibat
dalam mengukur bearing sudutan. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat
Kaedah Main Peranan merupakan salah satu kaedah dalam kemahiran Belajar Cara
Belajar yang melibatkan murid mengalami sendiri sesuatu situasi dan mereka dapat
membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku
3
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Objektif Khusus
bearing
SUBJEK KAJIAN
Subjek kajian ini ialah 10 orang pelajar Tingkatan 2PK4 yang dikenalpasti lemah
atau kurang mahir dalam Tema Kemahiran Geografi terutamanya Bab Arah (Mengukur
Bearing) . Subjek dipilih berdasarkan ujian pra yang dijalankan ke atas semua murid
kelas ini.
PELAKSANAAN KAJIAN
1. Ujian pra
3. Ujian pos
4
UJIAN PRA
Murid-murid kelas 2PK4 diberikan satu set soalan mengukur bearing dan mereka
Berdasarkan ujian ini didapati 10 orang daripada 29 orang murid tidak dapat menjawab
semua soalan yang diberikan dengan betul. 10 orang murid inilah yang akan menjalani
aktiviti main peranan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Keputusan ujian pra boleh
Bahagian B
Soalan Mengukur Bearing 19 10 29
Mudah
Bahagian C
Soalan mengukur Bearing
Berdasarkan Peta Lakar 19 10 29
Berdasarkan Jadual 1, Murid-murid yang menjawab setiap bahagian soalan ialah murid-
murid yang sama iaitu 29 orang murid. Didapati jumlah murid yang menjawab dengan salah
dalam setiap bahagian soalan merupakan 10 orang murid yang sama. Oleh itu, murid-murid
5
AKTIVITI MAIN PERANAN
Setelah ujian pra dijalankan, 10 orang murid yang dikenal pasti lemah telah dipilh untuk
menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti yang dijalankan dalan 3
masa pengajaran. Aktiviti tersebut ialah aktiviti menentukan arah mata angin, aktiviti
menentukan bearing sudutan dan aktiviti menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing.
Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 8 arah mata angin di atas Dataran
Kejat .
Murid-murid dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan ini.
Perasaan murid-murid pada ketika itu begitu teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti yang
akan dijalankan.
8 orang murid dipilih untuk menjalani aktiviti main peranan sebagai arah mata angin.
Setiap murid diberi sekeping kad yang dilabelkan dengan arah mata angin. Kad tersebut
tidak dipamerkan sehingga diarahkan oleh guru. Kad-kad tersebut dilabelkan dengan arah
Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Laut, Timur Laut, barat Daya dan Tenggara.
Setelah subjek mengambil tempat masing-masing, guru menyebut setiap arah mata
angin satu persatu. Murid yang berperanan sebagai arah mata angin tersebut akan
mempamerkan kad di tangan mereka. Contohnya, guru menyebutkan arah Utara, maka
murid yang memegang kad yang tertulis arah Utara akan mempamerkan kad di tangannya.
Setelah selesai aktiviti, murid-murid tadi diberikan lembaran kerja yang mengandungi
soalan melabel arah mata angin. Murid-murid yang terlibat begitu seronok dengan aktiviti
yang telah dijalankan. Mereka juga dapat melabelkan setiap arah mata angin dengan betul.
6
Aktiviti 2 – Menentukan Bearing Sudutan
Aktiviti main peranan diteruskan dengan aktiviti menentukan bearing sudutan. Dalam
aktiviti ini murid-murid diminta menentukan dari arah mana bearing akan diukur. Adakah
mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Alat yang digunakan dalam aktiviti ini ialah
jangka sudut pospek yang telah dibina oleh guru. Jangka sudut ini merupakan jangka
sudut yang dibina secara berlapis bagi memudahkan pengukuran sudut sehingga 360 darjah.
Dalam aktiviti ini, 8 orang murid yang main peranan sebagai arah mata angin tadi
mengambil tempat masing-masing sementara 2 orang murid lagi berperanan sebagai titik
Seterusnya, guru meminta murid yang bertugas sebagai pengukur sudut mengukur sudut
bagi arah Utara dengan menggunakan jangka sudut pospek yang disediakan. Sudutnya ialah
00 . Begitulah seterusnya bagi arah mata angin yang lain iaitu Timur Laut (45 0), Timur
(900), Tenggara (1350), Selatan (1800), Barat Daya (2250), Barat (2700), Barat Laut (3150)
berperanan sebagai arah mata angin tadi bergerak mengikut arah pusingan jam. Murid
berperanan sebagai arah Utara bergerak mengikut arah pusingan jam dan berhenti di
tengah-tengah antara arah Utara dan Timur Laut. Begitulah juga bagi arah mata angin yang
lain iaitu murid berperanan sebagai arah Timur Laut berhenti di tengah-tengah antara arah
Timur Laut dan Timur, murid berperanan sebagai arah Timur berhenti di tengah-tengah
antara arah Timur dan Tenggara, murid berperanan sebagai arah Tenggara berhenti di
tengah-tengah antara arah Tenggara dan Selatan, murid berperanan sebagai arah Selatan
berhenti di tengah-tengah antara arah Selatan dan Barat daya, murid berperanan sebagai
arah Barat Daya berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Daya dan Barat, murid
berperanan sebagai arah Barat berhenti di tengah-tengah antara arah Barat dan Barat Laut,
7
murid berperanan sebagai arah Barat Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Laut
dan Utara. Kemudian mereka mengukur sudut menggunakan jangka sudut pospek.
Selepas selesai aktiviti ini, subjek diberikan kertas lembaran yang mengandungi soalan
melabel bearing sudutan bagi setiap mata angin dan point-point yang ditetapkan. Didapati
bahawa subjek begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan mereka dapat
melabelkan bearing sudutan bagi setiap arah mata angin dengan betul.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid untuk menentukan titik rujukan
bagi mengukur bearing sudutan. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 3 set
point, Set 1 dan 2 – point X,Y dan Z dan Set 3 – W, X, Y dan Z di Dataran Kejat. Aktiviti
Dalam aktiviti ini, subjek sekali lagi dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti
main peranan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 terdiri daripada 3
orang murid dan Kumpulan 3 terdiri daripada 4 orang murid. Setiap ahli kumpulan
rujukan dan membacakan arahan bagi bearing yang akan diukur. Contohnya, guru meminta
murid mengukur bearing X dari Y. Murid yang berperanan sebagai Y akan mengangkat
Setelah selesai aktiviti ini, murid-murid diberi set soalan mengukur bearing yang
yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul. Mereka juga seronok
8
UJIAN POS
Ujian pos telah diberikan kepada subjek sehari selepas aktiviti tersebut dijalankan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan latihan yang diberikan selepas aktiviti main peranan dijalankan, didapati
semua murid dapat melabelkan kelapan-lapan arah mata angin dengan betul.
Selepas aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah diberikan soalan melabelkan bearing
sudutan bagi setiap arah mata angin. Didapati semua murid dapat mengukur dan
Soalan-soalan yang diberikan selepas aktiviti ini juga dapat dijawab oleh murid-
9
UJIAN POST
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa keputusan ujian pos yang dijalankan
ke atas 10 orang murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan bahawa semua murid
yang terlibat dapat menjawab soalan menentukan arah mata angin dengan betul. Manakala
bagi soalan mengukur bearing mudah, hanya seorang murid sahaja yang tidak dapat
menjawab soalan dengan betul semuanya iaitu Soalan 3 dan 4. Sementara bagi soalan
mengukur bearing berdasarkan peta lakar, juga seorang murid sahaja yang tidak dapat
menjawab kelapan-lapan soalan tersebut dengan betul. Didapati murid tersebut adalah
10
Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau main
REFLEKSI
Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau
main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
mengukur bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid yang terlibat seronok dengan aktiviti
yang dijalankan berbanding kaedah penerangan atau tunjuk cara yang biasa digunakan .
Berdasarkan ujian bulanan yang dijalankan , murid-murid juga dapat menjawab soalan-
soalan menentukan kedudukan dan mengukur bearing dengan betul. Berlaku peningkatan
Dalam aktiviti 1, hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat manakala 2 orang murid lagi
hanya berperanan sebagai pemerhati. Diharapkan pada masa kan datang, semua murid mesti
terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Masalah seterusnya adalah dari segi masa. Aktiviti
ini memerlukan masa yang agak panjang, jadi pengurusan masa amat dititikberatkan dalam
Tuntasnya, kaedah main peranan adalah suatu kaedah yang menarik minat pelajar
dan dicadangkan pada masa akan datang, kaedah ini dipraktikkan dalam pengajaran unutk
topik mengira waktu tempatan bagi memantapkan pemahaman dan kemahiran murid-murid.
11
LAMPIRAN 1
PRA –UJIAN
1. Jika bearing sudutan pasar dari sekolah ialah 110˚, apakah bearing sudutan sekolah
dari pasar?
_____________________________
12
2. Apakah bearing sudutan rumah Ashwini dari rumah Rokiah?
_________________________
______________________.
13
5. Apakah objek yang terletak di bearing sudutan 165˚ dari kolam?
________________.
14
LAMPIRAN 2
POST- UJIAN
15
LAMPIRAN 3
16
17