You are on page 1of 1

TEKS PERHIMPUNAN

SEMUA MURID DIMINTA UNTUK BERDIRI DENGAN SENYAP.


PERHIMPUNAN AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha Puan Hajah Mariam bt Haji Mohd Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.

Yang Dihormati Puan Sitti Ne’mah Binti Hj Abd. Saman, Penolong Kanan Petang.

Guru-guru, barisan pengawas serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kerana dengan izinNya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada
petang ini dalam majlis perhimpunan.

Bagi memulakan majlis, dipersilakan saudara ....................... untuk mengetuai


bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan. ( selepas bacaan doa tamat )

Seterusnya, kita akan menyanyikan 3 buah lagu dengan iringan muzik atau tanpa
iringan muzik iaitu:

 Lagu Negaraku,
 Lagu Sabah Tanah Airku, dan
 Lagu Sekolah.

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan saudara ..................... untuk mengetuai


bacaan ikrar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. ( selepas bacaan ikrar tamat )

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada petang ini, dengan segala hormatnya
mempersilakan:

 Puan Hajah Mariam bt Haji Mohd Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk menyampaikan ucapan.
 Puan Sitti Ne’mah Binti Hj Abd. Saman, Penolong Kanan Petang untuk
menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan. Semoga segala amanat dan nasihat yang disampaikan
sebentar tadi menjadi pedoman buat kita. ( selepas ucapan tamat )

Seterusnya, majlis menjemput mana-mana guru yang ingin menyampaikan ucapan,


amanat, nasihat ataupun pemakluman. Majlis mempersilakan.

Sekiranya tiada. Guru bertugas pada minggu ini ialah cikgu ...............

Dengan ini berakhirlah sudah perhimpunan pada petang ini.

DIMINTA SEMUA PENGAWAS BERTUGAS UNTUK MENGAMBIL TEMPAT.

You might also like