You are on page 1of 19

Tajuk: Awan dan hujan

Tujuan: Untuk mengkaji hubungan di antara cuaca dengan jenis pembentukan awan di atmosfera

Hipotesis: Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca sesuatu setempat.

Pengenalan/Teori:

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putig atau
kelabu di langit. Awan terbentuk apabila cahaya matahari memanaskan permukaan bumi dan udara.
Udara yang telah panas tadi akan mengembang dan naik ke atas. Udara tersebut mengandungi wap air.
Apabila wap air tadi mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Semakin panas udara,
semakin banyak wap air terkandung di dalam udara. Hal ini kerana, air lebih cepat menyejat. Udara yang
panas dan sarat dengan kandungan air ini akan naik sehingga di satu lapisan suhu yang lebih rendah. Di
lapisan udara itu, wap air akan mencair dan terbentuk molekul-molekul air yang banyak, dikenali sebagai
awan. Secara umumnya, proses pemeluwapan berkait rapat dengan pembentukan awan. Semakin tinggi
kadar pemeluwapan, semakin tebal awan yang terbentuk. Awan yang cerah dan nipis serta awan yang
gelap dan tebal terbentuk bergantung kelapada jumlah titik-titik air yang terdapat di dalamnya. Selain
itu, ia bergantung kepada kadar pemeluwapan yang berlaku di atmosfera. Titik-titik air dalam awan akan
menjadi semakin besar apabila telah terbentuknya awan dan awan itu akan menjadi semakin berat.
Sehingga sampai satu tahap di mana awan menjadi terlampau berat dengan titik-titik air ini sehingga ia
turun menjadi hujan. (Sandra,2017)

Terdapat beberapa jenis kumpulan awan iaitu kumpulan awan tinggi, kumpulan awan pertengahan dan
kumpulan awan rendah. Pembahagian kumpulan awan ini berlaku diatmosfera didefinisikan mengikut
garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kehadiran awan-awan tertentu. Kumpulan awan tinggi
adalah awan yang berada pada ketinggian yang melebihi 6,000m. Terdapat tiga jenis awan pada
kumpulan ini iaitu awan sirus, awan sirostratus dan awan sirokumulus. Kumpulan awan pertengahan
pula berada pada ketinggian 2,000 hingga 5,000m. Jenis awan pertengahan ialah Altrostratus,
Altrokumulus dan Nimbostratus. Akhir sekali ialah kumpulan awan rendah. Awan kumpulan ini berada
pada ketinggian kurang daripada 2,000 m. Antara jenis awan kumpulan ini ialah stratus,kumulus dan
komulunimbus. (National Geographic, 2017)

Rajah 1: Jenis awan mengikut ketinggiannya.

Namun begitu, awan seperti awan kumulus dan awan kumulonimbus tidak dapat dikategorikan
mengikut mana-mana kumpulan kerana ia lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini kerana,
pertambahan saiz awan secara selari dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian kategori awan
tinggi. Rupa bentuk awan sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuk dan jenis-jenis awan sentiasa
berubah pada setiap hari menyebabkan ia digunakan untuk meramal keadaan cuaca.

Kemahiran Proses Sains

Memerhati

Mengelas

Meramal
Membuat inferens

Komunikasi

Mentafsir data

Membuat hipotesis

Bahan dan Radas

Termometer

Kompas

Telefon Pintar

Pen

Kipas

Prosedur Amali

Sebelum pemerhatian terhadap awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari dan
dikumpulkan sebagai rujukan amali.

Lokasi untuk melakukan pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 2 minggu.

Pemerhatian dijalankan di lokasi yang sama

Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan telefon pintar.

Pemerhatian awan direkodkan. Perubahan cuaca pada hari tersebut sama ramalan mengenai cuaca
benar atau tidak.

Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan.

Laporan lengkap amali disediakan dan disertakan bersama jadual, gambar dan carta.

Dapatan amali dibincangkan.

Perancangan dan pengumpulan data

Sebelum melakukan kajian ini, pemerhatian dilakukan bagi memastikan masa yang tepat untuk awan
kelihatan di langit. Hal ini kerana, pada awal pagi, awan tidak akan kelihatan jika hari adalah cerah. Selain
itu, kedudukan yang sesuai juga dikenal pasti agar tiada sebarang gangguan yang dapat menghalang
awan dari kelihatan.

Kaedah pengumpulan data yang digunakan bagi mengambil data-data dalam amali awan ini ialah melalui
pemerhatian. Pemerhatian dilakukan terhadap awan-awan sebelum awan tersebut dipilih. Selain itu,
pemerhatian juga dilakukan terhadap gerakan daun dari pokok-pokok berhampiran bagi mengetahui
arah angin dan menganggarkan kelajuan angin pada hari tersebut. Dari pemerhatian tersebut, foto di
ambil untuk memerhati dengan lebih dekat bentuk dan jenis awan tersebut.

Kajian ini dilakukan di gelanggang bola jaring yang terletak di sebelah blok kediaman FA perempuan dan
di belakang blok kediaman FB lelaki IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan. Kawasan
gelanggang ini tidak dihalang oleh pokok atau bangunan. Oleh itu, awan mudah dilihat dan dinampak
dengan jelas. Data-data awan ini diambil sekitar jam 12 tengah hari sehingga jam 7 petang bergantung
pada masa awal data diambil. Jika data awal diambil jam 12 tengah hari, awan akan dilihat semula tiga
jam berikutnya iaitu pada jam 3 petang. Manakala jika data awal diambil jam 4 petang, awan akan dilihat
semula pada jam 7 petang. Jika masa lebih awal daripada jam 12, awan tidak kelihatan dan hanya
kelihatan langit biru.

Alat-alat yang digunakan bagi mengumpulkan data ialah dengan menggunakan thermometer, kompas,
Skywatch widoo dan Hygrometer. Kompas digunakan bagi menentukan arah awan dan arah angin.
Termometer pula digunakan bagi mengukur suhu pada hati kajian tersebut. Bagi menentukan kelajuan
angin, alat digunakan ialah aplikasi dalam telefon pintar yang dikenali sebagai Skywatch Widoo.
Kelembapan pula ditentukan menggunakan aplikasi Hygrometer. Aplikasi ini mengenal pasti suhu
maksimum dan suhu minimum berdasarkan kedudukan GPS. Daripada kedua-dua suhu itu, kelembapan
ditentukan dalam peratusan.

Rajah 15: Kompas

Rajah 16: Termometer

Rajah 17: Skywatch Widoo

Rajah 18: Hygrometer

Keputusan/data

Rajah 1: Keputusan pemerhatian awan


Tarikh

Jenis Awan

Arah Awan

Kelembapan

Suhu kering

Arah & Kelajuan Angin

Cuaca

Ramalan

Keputusan (3 jam selepas)

Hari 1

9/2/18

Rajah 1: Awan kumulus

254° Selatan

46%

36°C

4 km/j Selatan

Tidak Hujan

(1.22 p.m.)

Tidak Hujan
(4.22 p.m.)

Hari 2

10/2/18

Rajah 2: Awan Sirokumulus

220° Barat Daya

54%

34°C

8 km/j

Utara

Tidak Hujan

(12.57 p.m.)

Tidak Hujan

(3.57 p.m.)

Hari 3

11/2/18

Rajah 3: Awan Altokumulus

224° Barat Daya

52%

32°C

5 km/j

Timur

Tidak Hujan

(1.43 p.m.)
Tidak Hujan

(4.43 p.m.)

Hari 4

12/2/18

Rajah 4: Awan Kumulus

268° Barat

48%

33°C

23km/j

Timur

Tidak Hujan

(2.57 p.m.)

Tidak Hujan

(5.57 p.m.)

Hari 5

13/2/18

Rajah 5: Awan stratokumulus

209° Barat Daya

58%

34°C

10 km/j selatan

Tidak Hujan

(3.23 p.m.)

Tidak Hujan
(6.23 p.m.)

Hari 6

20/2/18

Rajah 6: Awan Altokumulus

240° Barat Daya

54%

33°C

10 km/j ese

Tidak Hujan (1.59 p.m.)

Tidak Hujan

(4.59 p.m.)

Hari 7

21/2/18

Rajah 7: Awan Altokumulus

207° Barat Daya

52 %

33°C

5 km/j Timur Laut

Tidak Hujan (1.58 p.m.)

Tidak Hujan

(4.58 p.m.)

Hari 8
22/2/18

Rajah 8: Awan kumulus

38° Timur Laut

67%

32°C

14 km/j wsw

Tidak Hujan (3.48 p.m.)

Tidak Hujan (6.48 p.m.)

Hari 9

23/2/18

Rajah 9: Awan Stratokumulus

244° Barat Daya

50%

34°C

11 km/j Timur Laut

Tidak Hujan (2.22 p.m.)

Tidak Hujan (5.22 p.m.)

Hari 10

24/2/18

Rajah 10: Awan sirus

208° Barat Daya

50 %
34°C

13 km/j Timur

Tidak Hujan (4.02 p.m.)

Tidak Hujan (7.02 p.m.)

Hari 11

25/2/18

Rajah 11: Awan Altostratus

238° Barat Daya

90%

31°C

25 km/j Barat Daya

Hujan (2.12 p.m.)

Hujan (5.12 p.m.)

Hari 12

26/2/18

Rajah 12: Awan Kumulus

207° Barat Daya

64 %

32°C

14 km/j wsw

Tidak Hujan (3.48 p.m.)

Tidak Hujan (6.48 p.m.)


Hari 13

27/2/18

Rajah 13: Awan Stratokumulus

231° Barat Daya

84%

32°C

30 km/j ese

Hujan (1.48 p.m.)

Hujan (4.48 p.m.)

Hari 14

28/2/18
Rajah 14: Awan Kumulonimbus

45° Timur laut

46 %

33°C

16 km/j Timur

Tidak Hujan (3.57 p.m.)

Tidak Hujan (6.57 p.m.)

Perbincangan

Jadual 1: Ramalan cuaca

Aspek

Ramalan

Keputusan

Ketepatan

Hujan

100%

Tidak Hujan

12

12

100%
Carta 1: Ramalan cuaca

Dalam amali awan ini, pemerhatian terhadap awan dan cuaca telah dijalankan selama 14 hari.
Pemerhatian awan dibuat di tempat yang sama iaitu di gelanggang bola jaring IPG Kampus Pendidikam
Teknik pada waktu tengah hari iaitu sekitar jam 12 tengah hari sehingga 4 petang dan keputusan ramalan
dilihat selepas 3 jam pada data awal diambil.

Ramalan dan keputusan yang dibuat semua tepat14% daripada keputusan adalah hujan dan 86% adalah
tidak hujan (rujuk Carta 1). Terdapat 2 hari iaitu 19/2/2018 dan 21/2/2018 yang diramalkan akan hujan
dalam masa 3 jam. Keputusan ramalan tersebut adalah tepat. Terdapat 12 hari iaitu 9/2/2018,
10/2/2018, 11/2/2018/, 12/2/2018/, 13/2/2018, 14/2/2018. 15/2/2018, 16/2/2018, 17/2/2018,
18/2/2018, 20/2/2018 dan 22/2/2018 yang diramalkan tidak hujan dalam tempoh masa 3 jam.
Keputusan ramalan tersebut selepas 3 jam tersebut adalah tepat iaitu tidak hujan. Ramalan cuaca yang
dibuat adalah tepat 100% iaitu 2 hari hujan dan 12 hari tidak hujan.

Ramalan dilakukan dengan mengambil kira empat kriteria utama iaitu jenis awan, suhu harian,
kelembapan dan kelajuan angin. Kriteria pertama iaitu jenis awan. Melalui pemerhatian yang telah
dilakukan. Jenis awan di bahagikan kepada dua iaitu awan yang menyebabkan hujan dan awan yang
tidak menyebabkan hujan. Ramalan dibuat berdasarkan jenis awan yang diperhatikan mengikut
pengelasan seperti dalam Jadual 2

Faktor yang mempengaruhi cuaca

Jadual 2: Jenis awan

Awan yang membawa hujan

Awan yang tidak membawa hujan

Altostratus

Stratokumulus

Kumulus

Altokumulus

Sirokumulus

Kumulonimbus

Sirus
Jadual 2

Berdasarkan pemerhatian saya mendapati bahawa jenis-jenis awan yang hadir sepanjang hari kajian
adalah jenis awan yang membawa hujan dan awan yang tidak membawa hujan (rujuk jadual 2). Jenis-
jenis awan yang menyebabkan hujan berdasarkan pemerhatian saya ialah awan Altostratus dan awan
Stratokumulus. Jenis-jenis awan yang tidak membawa hujan ialah awan Kumulus, awan Altokumulus,
awan Sirokumulus, awan Kumulonimbus dan awan Sirus.

Awan Kumulus, awan Kumulonimbus dan awan Stratokumulus pula merupakan awan rendah iaitu pada
ketinggian 800 m- 2, 000 m. Awan Kumulus dan awan Kumulonimbus merupakan awan yang tidak
membawa hujan. Pada waktu petang, pemerhatian menunjukkan awan ini tidak menyebabkan hujan
dalam masa 3 jam. Awan kumulus hadir pada hari yang cerah dan mempunyai kelembapan yang rendah.
Awan Kumulonimbus juga dikenali sebagai kilat atau thunderheads yang akan menghasilkan hujan.
( National Geographic, 2017) Namun, hujan tidak turun pada hari tersebut kerana faktor lain yang
memberi kesan terhadap cuaca. Awan Stratokumulus pula tidak menghasilkan mendakan dan
kebiasaannya hujan yang tidak lebat akan turun. Awan ini akan menyebabkan ribut hadir dalam keadaan
angin yang kuat. (Thorkelson, 2011)

Altokumulus dan Altostartus merupakan awan sederhana yang berada pada ketinggian 2,000 m - 6,000
m. Awan Altostratus kebiasaannya meliputi keseluruhan awan dan menyebabkan matahari dilindungi.
Cahaya matahari terhalang menyebabkan hari menjadi gelap. Awan ini kebiasaanya membentuk ribut
iaitu angin kuat yang akan menghasilkan hujan. Manakala awan Altokumulus akan akan terbentuk pada
hari pada hari panas dan kelembapan yang rendah. (Latham, 2015)

Awan Sirus dan awan Sirokumulus pula merupakan awan tinggi dimana ia berada pada ketinggian 6,000
m – 12, 000 m. Pada ketinggian ini, awan menjadi sangat ringan. Bentuk awan yang agak kecil dan
mempunyai jarak antara satu sama lain menyebabkan awan ini tidak membawa hujan.

Kriteria kedua ialah suhu. Dalam pemerhatian yang dilakukan, suhu harian adalah hampir sama iaitu
dalam lingkungan 32ºc sehingga 36ºc dapat dilihat dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Suhu

Suhu (ºc)

31

32

33

34

36

Kekerapan

1
4

Carta 3: Suhu

Dalam tempoh 14 hari dijalankan pemerhatian, didapati bahawa suhu 31ºc direkodkan sehari, suhu 32ºc
direkodkan 4 hari, suhu 33ºc direkodkan 4 hari, suhu 34ºc direkodkan 4 hari dan 36ºc direkodkan sehari.
Suhu yang dapat diperhatikan adalah hampir sama iaitu 32ºc, 33ºc, 34ºc dan 36ºc. Suhu pada 2 hari
hujan (19/2/218 dan 21/2/2018) ialah 31ºc dan 32ºc. Suhu pada hari tidak hujan pula ialah 32 ºc, 33 ºc,
34 ºc dan 35 ºc. Berdasarkan pemerhatian saya, suhu pada hari hujan dan tidak hujan adalah sama.

Disebabkan Malaysia berada pada garisan Khatulistiwa, suhunya hampir sama sepanjang tahu. (Suhaila,
2015) Daripada dapatan, ia menunjukkan tiada perubahan suhu pada hari hujan. Oleh yang demikian,
kriteria suhu hanya boleh dijadikan kriteria sampingan kerana kurang tepat bagi membuat ramalan cuaca
berdasarkan faktor ini sahaja.

Jadual 4: Kelembapan

Kelembapan (%)

46

48

50

52

54

58

64

67

84

90
Kekerapan

Carta 4: Kelembapan

Dalam tempoh masa ramalan sebanyak 14 hari ini, 2 hari pada kelembapan 46%, sehari pada
kelembapan 48%, 2 hari pada kelembapan 50%, 2 hari pada kelembapan 52%, 2 hari pada kelembapan
54%, sehari pada kelembapan 58%, sehari pada kelembapan 64%, sehari pada kelembapan 67%, sehari
pada kelembapan 84% dan sehari pada kelembapan 90%. Kelembapan pada 2 hari hujan (19/2/218 dan
21/2/2018) ialah 84% dan 90%. Manakala kelembapan pada hari cerah ialah 46%, 48%, 50%, 52%. 54%,
58%, 64% dan 67%. Berdasarkan pemerhatian saya, kelembapan yang melebihi 80% adalah pada hari
hujan manakala kelembapan yang kurang daripada 80% pula adalah pada hari tidak hujan.

Kelembapan merupakan jumlah wap air yang terkandung dalam udara. Jika kelembapan mencukupi dan
tinggi, hujan akan turun dari awan perolakan. (Bergemann & Jakob, 2016) Kelembapan yang rendah
tidak akan menyebabkan hujan. Apabila tahap kelembapan meningkat, udara mengandungi banyak wap-
wap air, udara menjadi lembab menyebabkan suhu menjadi lebih sejuk. Ini mempercepatkan proses
proses pemeluwapan untuk menurunkan hujan. Kelembapan udara yang tinggi menyebabkan tekanan
udara menjadi tinggi. (Asmawi Abdullah, 2016)

Jadual 5: Kelajuan angin

Kelajuan angin (km/j)

5
8

10

11

13

14

16

23

25

30

Kekerapan

Kelajuan angin

Kekerapan

Lemah

4
Sederhana

Kuat

Carta 5: Kelajuan angin

Dalam tempoh masa ramalan sebanyak 14 hari ini, 4 hari angin lemah yang membawa kepada 29%, 7
hari angin sederhana (50%) dan 3 hari angin kuat (21%) Kelajuan angin dibahagikan kepada tiga iaitu
angin lemah pada kelajuan 1 km/j sehingga 9 km/j, angin sederhana pada kelajuan 10 km/j sehingga 19
km/j dan angin kuat pada kelajuan 20 km/j sehingga 29 km/j Pada 2 hari diramalkan hujan iaitu pada
19/2/218 dan 21/2/2018, kelajuan angin adalah angin kuat. Manakala pada hari tidak diramalkan tidak
hujan ialah pada kelajuan angin lemah dan kelajuan angin sederhana. Namun ada satu hari yang
diramalkan tidak hujan mempunyai kelajuan angin kuat namun terdapat faktor lain yang menyebabkan
ramalan tidak hujan pada hari tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, angin kuat menyebabkan hari
hujan manakala angin lemah dan sederhana menyebabkan hari tidak hujan. Namun ia turut dipengaruhi
faktor lain.

Kelajuan angin mempengaruhi kehadiran hujan. Angin turut membawa kelembapan bersama-sama
dalam jumlah yang berbeza. Apabila angin makin kuat di sesuatu kawasan, kelembapan akan meningkat.
Ini akan menyebabkan awan yang membawa hujan akan lebih banyak terbentuk. (Carballero, 2014)
Kelembapan udara yang tinggi menyebabkan tekanan udara menjadi tinggi. Ini akan mendorong tiupan
angin yang lebih kencang dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. (Asmawi
Abdullah, 2016) Ini menyebabkan hujan berlaku di sesuatu kawasan tersebut

Analisis Masalah

Semasa melakukan pemerhatian ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Antaranya ialah pada
waktu pagi, awan tidak kelihatan di langit menyebabkan masa bagi pemerhatian dilakukan pada waktu
tengah hari atau petang. Ini menjadi kesukaran untuk saya melakukan pemerhatian. Hal ini kerana, pada
waktu tengah hari, matahari terik memancar menyebabkan agak sukar bagi melihat awan yang
terbentuk. Jadi, sebagai langkah penyelesaian, saya memakai topi yang menutup bahagian atas mata
saya, dan mengambil gambar awan yang dikehendaki.

Disebabkan hanya pada waktu tengah hari awan kelihatan, agak terkejar-kejar bagi saya melakukan
pemerhatian. Hal ini kerana jarak masa yang agak pendek untuk rehat pada waktu tengah hari telah
menyebabkan waktu pemerhatian agak berbeza-beza. Hanya pada hari Jumaat, dapat diambil lebih awal
sedikit. Oleh itu, saya mengambil data pada 20 atau 15 minit sebelum kelas pada waktu petang bermula.
Kesimpulan

Ramalan hujan dapat ditentukan dengan melihat beberapa faktor seperti jenis awan, kelembapan dan
kelajuan angin. Suhu Malaysia yang sentiasa berada dalam 30ºc ke atas hanya boleh menjadi faktor
sampingan kerana Malaysia berada garisan Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun

Cadangan Penambahbaikan

Masa pemerhatian hendaklah dilakukan pada masa yang sama pada setiap hari agar perbezaan awan
dan data dapat dilihat dengan lebih jelas. Ini dapat memastikan data yang diambil lebih releven antara
satu hari ke satu hari.
Rujukan

Asmawi Abdullah (2016) Cuaca dan Iklim. Diakses pada 1 April 2018 daripada
https://www.slideshare.net/mobile/asmawi1975/cuaca-dan-iklim-72790218

Bergemann, M., & Jakob, C. (2016). How important is tropospheric humidity for coastal rainfall in the
tropics? Geophysical Research Letter, 43(11). 5860-5868

Caballero, R. (2014). Cloud microphysics. Physics of atmosphere

Latham, J (2015). Cloud Physics. Reports on Progress in Physics. 32(1)

Liu, Y., Daum, P. H., Chai, S. K., & Liu, F. (2002). Cloud Parameterizations, Cloud, Physics, and Their
Connection: An overview. Recent Research Development in Geophysics. 1-23

National Geographic (2017) Cloud. Diakses pada 31 Mac 2018 daripada


https://www.nationalgeograpic.org/encylopedia/cloud

Riechelmann,T.,Noh, Y., & Raasch, S. (2012) A new method for large-eddy simulations of clouds with
Lagrangian droplets including the effects of turbulent collision. New J. Phys., 14,27

Sandra, M. (2017). What Are Clouds. Diakses pada 25 Mac 2018 daripada
https://www.nasa.gov/audience/forstudents/5-8/features/nasa-knows/what-are-clouds-58.html

Stille, D. R. (2012). Weather. Chicago, IL: Raintree

Suhaila Jamaluddin (2015). Temporal changes and variability in temperature series over Peninsular
Malaysia.

Thorkelson, H. (2011). Cloud. United State : Gale Ecco, Us Supreme C.

You might also like