You are on page 1of 11

Amali 1 : Memeriksa slaid tersedia Protista

1.0 Tujuan :
mengkaji dan memerhati Protista daripada segi morfologi
2.0 Pengenalan :
Lake Superior di Canada, United states adalah tasik yang mempunyai keluasan yang terbesar
iaitu 82,414 Km2 dan bekalan air bersih yang terbesar di dunia (Burton, 2018), selain itu ia
juga mempunyai pelbagai hidupan bermula daripada yang paling besar hingga kepada
hidupan mikroskopik. Hidupan yang ingin dibincangkan harini adalah hidupan yang berada di
tahap mikroskopik dan hidup di kawasan tasik,kolam dan kawasan berair, tetapi apakah
sebenarnya hidupan ini? Ia adalah mikororganisma yang digelar sebagai Protist.
Protist adalah ahli di dalam kingdom Protista, protista mempunyai populasi yang
pelbagai. Amoeba dan paramecium adalah contoh protista, ia boleh dijumpai di sekitar
kawasan berair dan kebanyakan protista adalah unisel yang menyebabkan iainya bersaiz
mikroskopik. Protista adalah salah satu organisma yang unik kerana ia adalah eukariot
(McDougal, 2018). Umumnya, Protista diketogerikan kepada tiga kumpulan iaitu yang
menyerupai haiwan seperti protozoa dan menyerupai tumbuhan iaitu alga dan menyerupai
fungus seperti kulst Downy (Brown, 2009). Menerusi amali ini kita akan mengkaji morfologi
Protista dengan lebih mendalam.

3.0 Prosedur :
1. Beberapa slaid tersedia Protista yang dibekalkan di bawah mikroskop kuasa rendah
dan kemudian kuasa tinggi diperhatikan. Kuasa pembesaran (4X, 10X dan 40X)
digunakan dan diselaraskan sehingga seluruh struktur organisma dapat dilihat dengan
jelas.
2. Setiap jenis protista diperhatikan dari segi bentuk, warna dan struktur yang boleh
diperhatikan.
3. Pemerhatian dicatat dan dilukis dengan jelas, kemas dan berlabel.
4. Hierarki pengelasan (taxa) bagi setiap Protista diperhatikan.

4.0 Permerhatian :
Amoeba Sp.
Spirogyra Sp.

Chlanydomonas Sp.

Paramecium Sp.
Volvox Sp.

Euglena Sp.

Gonium Sp.
Vorticella Sp.

Jadual permerhatian fungi.

Bil Fungi Struktur Corak susunan koloni Warna Bentuk


1. Amoeba Sp. -Mempunyai -Tunggal - -
pseudopodium. Merah Berbentuk
-mempunyai tidak
nukleus. teratur

Pembesaran :x40
2. Spirogyra Sp. -mempunyai -Berkelompok -Hijau -
nukleus. Berbentuk
-mempunyai seperti
kloroplas yang tikar hijau
berlingkar. yang
berlindir.

Pembesaran :x40
3. Chlanydomonas Sp. -Mempunyai -Berkelompok -Hijau -
nukleus. dan Berbentuk
-Mempunyai merah bujur
kloroplas
-Mempunyai
flagela

Pembesaran x 40
4. Paramecium Sp. -Mempunyai -Tunggal dan -
silia. berkelompok Berbentuk
-Mempunyai bujur
nukleus (seperti
tapak
kasut

Pembesaran: X40
5. Volvox Sp. -Mempunyai -Berkoloni -Hijau -
nukleus. Berbentuk
-Mempunyai bujur atau
kloroplas sfera

Pembesaran : x10
6. Euglena Sp. -Mempunyai Tunggal dan -Hijau. -
flagella. berkelompok. Berbentuk
-Mempunyai gelendung
nukleus. (seperti
daun) -
Bentuk
badan
adalah
tetap.

Pembesaran: X40
7. Gonium Sp. -Mempunyai -Berkoloni. -Hijau. -
silia. Berbentuk
-Mempunyai bulat.
nukleus.

Pembesaran: x 40
8. Vorticella Sp. -Mempunyai -Tunggal -Hijau -
Mynonem Berbentuk
Kontraksi. loceng.
-Mempunyai
nukleus.

Pembesaran :X40

Jadual pengelasan (taxa) bagi setiap Protista.

Domain Eukariot Plantea Eukariot


Alam Unranked : Division : Chloroplastida Protozoa
Filum Amoeobazo Charophyta Chlorophyta Ciliophora
a
Kelas Tubelinea Zygnematophycea Chlorophyceae Oligohymenophore
e a
Order Tubulinida Zynematales Chlamydomonadales Peniculida
Famili Amoebidae Zygnematzaceae Chlamydomonadacea Parameciidae
e
Genus Amoeba Spirogyra Chlamydomonas Paramecium
Spesies
Nama Amoeba Sp. Spirogyra Sp. Chlanydomonas Sp. Paramecium Sp.
binomia
l

Domain Eukariot Eukariot


Alam Plantea Unranked:
Filum Chloropyhta Excavate Chlorophyta Ciliophora
Kelas Chlorophyceae Euglenoidea Chlorophyceae Oligohymenophore
a
Order Chlamydomonadele Euglenales Chlamydomonadale Sessilida
s s
Famili Volvocaceae Euglenacea Goniaceae Vorticellidae
e
Genus volvox Euglena Gonium vorticella
Spesies
Nama Volvox Sp. Euglena Sp. Euglena Sp. Vorticella Sp.
binomia
l
5.0 Soalan perbincangan:
1. Dengan bantuan gambarajah berlabel yang jelas, tunjukkan struktur-struktur umum pada
Protista dan nyatakan kepentingan setiap struktur tersebut.

Berdasarkan gambarajah Euglena Sp. Salah satu ahli Protista di atas terdapat
pelbagai struktur-struktur umum pada Protista yang mempunyai banyak fungsi dan
kepentinganya. Struktur yang pertama ialah nuklues, nuklues mempunyai bahan
genetik iaitu (DNA) yang berfungsi untuk mengawal semua aktiviti sel di dalam
Protista. Seterusnya ialah kloroplas, ia merupakan organel yang berfungsi sebagai
tapak fotosintesis yang bearfungsi menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan
bahan organik bagi kegunaan Protista untuk terus hidup. Oleh itu terdapat sesetengah
Protista yang diketogerikan sebagai fotoautotropik.
Seterusnya ialah flagelum, ia terdiri daripada filamen yang digunakan dalam
pergerakan.Ia juga mempunyai bintik mata (stigma) yang sensitif terhadap cahaya,
ia membolehkan Protista mengesan cahaya dan bergerak ke arahnya untuk
menajalankan proses fotosinstesis. Vakuol mengecut pula ia berfungsi untuk
mengawalatur tekanan osmosis di dalam Protista, apabila organel ini dipenuhi air dan
saiz takungan mencapai tahap maksimum, vakuol ini akan mengepam keluar air ke
persekitaran untuk memastikan sel tidak meletus akibat air yang berlebihan.
Protista juga mempunyai organel ribosom yang bertanggungjawab
mensentesis semua protein yang diperlukan. Selain itu, jalinan edndoplasma dan
jasad golgi berfungsi mengankut dan memproses protein kepada enzim dan bahan-
bahan lain. Mitokondria juga berfungsi sebagai tapak penghasilan tenaga
menggunakan makanan. Protista juga mempunyai membran sel, satu cecair yang
merupakan lapisan pelindung yang membantu memisahkan sel Protista daripada
persekitaran luar dan juga bertindak sebagai perlindungan mekanikal (Spadafora,
2019).
2. Bezakan strktur amoeba dan paramecium

Amoeba Sp. Paramecium Sp.


Amoeba adalah uniselular protozoa yang Paramecium adalah unisel yang menyerupai
bergerak menggunakan projeksi sementara haiwan air bersih yang mempunyai bentuk
yang dipanggil pseudopodia. seperti selipar bujur.
Boleh dijumpai di dalam kolam, tanah Boleh dijumpai di kawasan air bersih dan
berlumpu. bahan organik yang mereput.
Bentuk yang tidak tetap. Berbentuk bujur.
Bergerak menggunakan pseudopodia. Menggunakan silia untuk bergerak.
Organisma heterotroph yang menggunakan Organisma fotoautotroph dan heterotroph
fogositosis untuk melingkungi makanan
Membiak secara aseksual iaitu belahan dedua Membiak secara aseksual ; belahan dedua
semasa kedaaan yang baik tetapi ia
Membiak secara seksual melalui konjuksi
dalam keadaan yang tertentu;kurang baik.
(Lakna, 2017)

3. Berikan 4 kepentingan Protista kepada manusia.


Kepentingan yang pertama ialah sebagai sumber makanan kepada haiwan dan manusia.
Protista adalah berperanan sebagai pengeluar, contohnya Phytoplankton adalah sumber
makanan tunggal untuk ikan paus dan Zooplankton sebagai sumber makanan pelbagai
makhluk laut termasuk udang dan ketam larva. Manusia juga menggunakan dan menuai
pelbagai protista untuk makanan contohnya, Spirulina dan Aphanizomenon flos-aquae dalam
suplemen harian yang berfungsi sebagai asid lemak omega-3, karaageenan yan diekstrak
daripada alga merah digunakan untuk membuat puding dan ais krim (Kuzmin, 2014).
Seterusnya ialah kepentingan untuk ekosistem. Aphanizomenon flos-aquae dan
Spirulina, adalah jenis alga biru-hijau yang juga menghasilkan oksigen sebagai hasil
sampingan kitaran pernafasan. Cynobakteria ini sangat penting kerana 80% oksigen bumi
hadir hadir daripada Alga biru-hijau ini, ia berfungsi sebagai eksoistem mini untuk hidupan laut
terutama organisma pada peringkat larva dan juga penting kepada manusia untuk sistem
pernafasan dan bahan mentah proses respirasi iaitu oksigen (Chandler, 2018)
Di samping itu, ia juga memberikan manfaat kepada ekonomi. Alga hijau dan coklat
kini ditanam dan dibiakkan secara pesat sebagai biofuel kerana ia dapat menggantikan bahan
api fosil tradisonal hal ini kerana alga mempunyai 50 peratus minyak dan ia boleh diproses
menjadi petrol, diesal danbahan bakar. Tambahan pula alga tumbuh dengan sangat pesat
dan ia mudah untuk dijaga.Oleh itu ia bukan sahaja dapat menjimatkan sumber minyak yang
semakin terhad i juga dapat mengurangkan penecemaran kerana ia datang daripada sumber
semula jadi.Selain itu, ia juga berguna dalam kajian perubatan, contohnya ubat yang
diperbuat daripada protista digunakan untuk rawatan darah tinggi, masalah penghadaman,
ulser dan atritis. Terdapat juga protista yang digunakan dalam kajian saintifik seperti D.
disdcoideum yang digunakan untuk menganalisis isyarat kimia pada sel. (Kuzmin, 2014)

Perbincangan tambahan
Protista adalah salah satu daripada enam alam yang lain (Bailey, 2019), kebanyakan
organisma dalam alam ini adalah uniselular iaitu mempunyai satu sel. Protista hidup di
kawasan yang berair dan lembap dan ada juga segelintir yang boleh hidup di dalam kawasan
yang ekstrem. Ia juga hidup secara berkoloni dan tunggal. Alam Protista diketogerikan kepada
tiga kumpulan yang besar yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza iaitu seperti haiwan (animal-
like protist); protozoa , seperti tumbuhan (plantlike protist); algae dan sepert fungus
(funguslike); pengurai. Protista mendapat nutrient melalui tiga cara iaitu heterotrof, autotroph
terbahagi kepada dua kemoautotrof dan fotoautotrof serta parasit.
Alam Protista terbahagi kepada dua taksonomi iaitu protozoan yang menyerupai haiwan tetapi
mempunyai satu sel dan alga yang menyerupai satu sel dan multisel. Protista yang
menyerupai haiwan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti haiwan iaitu kebolehan untuk
bergerak dan menghasilkan makanan tetapi ia berbeza daripada haiwan sebenar kerana ia
mempunyai ciri-ciri unisel dan multisel.Protozoan yang boleh bergerak diklasifikasikan kepada
4 iaitu sakordinia yang bergerak menggunakan pseudopodia. Zooflagellates pula bergerak
menggunakan flagella.Ciliaphorans ,bergerak menggunakan silia dan Sporozoans yang
membentuk spora.
Filum sarkodina
Pergerakan sarkodinia adalah dengan memanjangkan lobus sitoplasma yang dikenali sebagai
pseudopodia. Pseudopodia digunakan dalam pergerakan dan mencari makanan. Semasa
pembentukan pseudopodia, aliran sitoplasma ke dalam lobus menyebabkan lobus
'membasahi' dan mengembang, oleh itu ia boleh bergerak dengan bebas untuk mencari
makanan. Berdasarkan amali ini ianya ialah Amoeba sp.

Filum Siliophora (Ciliates)


Ia bergerak dengan menggunakan silia, ia mempunyai kekaki silia yang membantu ia
bergerak dengan bebas. Pergerakan silia adalah seperti padel kaki dan ia berulang-ulang
untuk menghasilakn daya bagi pergerakan organisma. Silia juga digunakan untuk menyapu
makanan ke dalam organisma. Contohnya di dalam amali ini ia adalah Paramecium sp.,
Gonium sp. Dan Vorticella sp.

Filum Mastigophora (Zooflagellata)


Protozoa ini bergerak dengan bantuan flagella dan kebanyakan adalah perasit. Contohnya
Euglena sp.

Phylum Sporozoa
Semua ahli di dalam filum ini tidak bermotor dan terdiri daripada parasit, ia membentuk spora
yang dinamakan sporazoa untuk membiak. Ia tidak mempunyai elemen lokomotif tetapi ia
bergerak menggunakan cecair badan. Kebanyakan sporozoa menyebabkan penyakit yang
serius pada manusia

Protista menyerupai tumbuhan.


Protista yang menyerupai tumbuhan digelar algae. Ia mempunyai klorofil seperti tumbuhan,
ia juga mempunyai bahan hijau di dalam sel yang membolehkan mereka membuat makanan
menggunakan proses fotosintesis. Selain itu, ia menghasilkan dan membebaskan oksigen.
Makanan utama Protista seperti tumbuhan ialah organisma air.
Filum Chlorophyta (Alga Hijau) –
Alga hijau ini terdiri daripada unisel dan multisel dan kebanyakan ia hidup dalam air tawar.
Ciri-ciri nya ialah ia mempunyai badan sperti thallus yang diperbuat daripada selulosa dan
pektin. Makanannya adalah simpanan kanji yang disimpan di dalam pyrenoids. Berdasarkan
amali ia adalah Spirogyra sp., Chlamydonos sp., dan Volvox sp.

Protista yang menyerupai fungus


Slime molds adalah protista saprofit yang mempunyai penampilan yang menyerlah, ia hidup
dalam tanah lembap, tumbuh-tumbuhan dan pokok yang mereput. Ia adalah organisma yang
mempunyai hanya satu sel dan jika dalam keadaan sesuai ia membentuk ageresasi
multiselular yang dipanggil plasmodium. Semasa keadaan yang kurang sesuai, plasmodia
membesar untuk membentuk badan berbuah yang mengandungi spora di hujungnya. Spora
ini mengasilkan lapisan perlindungan yang kuat dan membantu dalam keadaan buruk. Spora
ini dibebaskan dan disebarkan dengan bantuan udara (Kingdom Protista, 2018).

6.0 Kesimpulan
Protista mempunyai pelbagai jenis dan spesies tetapi mempunyai bentuk, warna,struktur serta
corak susunan koloni yang mebezakan setiap spesies protista. Prostista boleh dikelaskan 2
taksonomi utama iaitu alga dan protozoan dan terbahagi kepada beberapa filum utama. Filum
zooflagellata yang bergerak mengunakan flagella contohnya Euglena sp., filum Siliophora
yang bergerak menggunakan silia seperti Paramecium sp, Gonium sp. Dan Vorticella sp.,
filum sarkodina yang bergerak menggunakan pseudopodia contohnya Amoeba sp, dan yang
terakhir ialah filum Chlorophyta (alga hijau) iaitu Spirogyra sp., Chlamydonos sp., dan Volvox
sp (Kingdom Protista, 2018).

7.0 Rujakan

Bailey, R. (2019, February 1). The 6 Kingdoms of Life. Retrieved from www.thoughtco.com:
https://www.thoughtco.com/six-kingdoms-of-life-373414

Brown, E. G. (2009). Providencia Infections. New York: WebMD LLC Medscape.com.

Burton, J. (2018, September 11). What is the Largest lake in the world. Retrieved from
www.worldatlas.com: https://www.worldatlas.com/articles/10-largest-lakes-in-the-
world.html

Chandler, F. (2018, April 25). What Are the Benefits of Protists? Retrieved from Sciencing.com:
https://sciencing.com/benefits-protists-8610834.html

Kingdom Protista. (2018, March 14). Retrieved from biology.tutorvista.com:


https://biology.tutorvista.com/organism/kingdom-protista.html

Kuzmin, A. (2014). Importance of Protists. Retrieved from http://www.shutterstock.com:


https://www.ck12.org/biology/importance-of-protists/lesson/Importance-of-Protists-MS-LS/

Lakna. (2017, July 2). Difference Between Amoeba and Paramecium. Retrieved from Pedia.com:
http://pediaa.com/difference-between-amoeba-and-paramecium/

McDougal, W. (2018, January 1). What is the Cell Structure of Protists? Retrieved from Study.com:
https://study.com/academy/lesson/what-is-the-cell-structure-of-protists.html
Spadafora, C. (2019, January 12). Protist Cell Structure. Retrieved from Study.com:
https://study.com/academy/lesson/protist-cell-structure.html

You might also like